Wafeya

Life is a serious matter.

Friday, May 29, 2009

Award dan Tag Untuk Semua

Mensettlekan (jangan guna perkataan ini dalam kehidupan seharian anda. Amat salah dari segi nahu Bahasa Melayu) award dan tag yang lama terbengkalai.

Pertama : Terima friendship award dari adik Atikah Naim (Wah, rasa saya sudah tua sangat!) - pelajar perubatan tahun tiga di Alexandria, Egypt. Bertemu semasa sama-sama sertai Sunathon di Setiu, Terengganu Ogos tahun lepas. Manis, ayu dan sopan orangnya. Terima kasih, Atikah!


Rules:
1. Put this badge in your awesome blog.
2. Award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly.
3. Make sure you put the 'recipients' names here, along with their links.
4. Let them know about this.

Saya mahu beri kepada semua (sorry, I'm a rulebreaker) kerana semua sahabat yang saya kenali dalam alam maya ini adalah pemberi inspirasi dan ilham terbaik sepanjang mengenali mereka. Ambillah, jangan segan-segan dan jangan malu-malu! ^_~

Kedua : Award bersama tag dari Kak Tirana (merasa sedikit muda kembali, eheh!)

a) Copy badge "Vespa 3logger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda.

Photobucket

b) Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Kak Tirana dari blog The Precious Moment

Saya memang baru sahaja mengenali Kak Tirana. Asalnya sudah lama melihat terlalu banyak namanya di ruang komentar sahabat-sahabat yang lain, maka hati rasa tertarik mahu berkunjung ke blog Kak Tirana. Malangnya selalu bertangguh dan tidak berkesempatan. Suatu hari yang saya tidak dapat ingat dengan tepat tarikh dan harinya, saya membuat kunjungan pertama. Membaca entri-entri di blog beliau, memberikan saya kefahaman bahawa tidak semestinya blog itu harus datang dari buah fikiran sendiri. Asalkan isinya bermanfaat dan ada pengajaran, bisa sahaja dikongsi dengan sekalian pembaca. Dan hari-hari berikutnya saya kerap kali akan berkunjung lagi untuk membaca entri-entri seterusnya. Kak Tirana blogger yang rajin dan istiqamah. Selalu update blog dengan cepat dan pantas! Jadi, kalau ke sana saya tidaklah selalu kerugian. Terima kasih Kak Tirana kerana sudi berkawan dengan saya! Teruskan menulis dan berkongsi entri-entri yang bermanfaat, ya!

c. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri.

  1. Dalam banyak masa adalah seorang yang pendiam. Ada waktu-waktu tertentu merupakan orang paling bising dan tidak boleh berhenti bercakap.
  2. Makan, berjalan dan bercakap dengan laju tetapi tidak termasuk dalam simptom-simptom mania. 
  3. Kata kawan, saya orangnya 'terlebih perasaan'; mudah terkejut walaupun hanya dengan stimuli sekecil sentuhan, mudah ketawa, cepat sedih, terlalu sangat rasa bersalah, mudah tersentuh, mudah teruja etc. Mudah kata threshold emosi saya berbeza dari threshold emosi orang-orang di sekitar saya.
  4. Sukakan sesuatu yang lain dari biasa. Ya, saya jarang suka mematuhi undang-undang dan peraturan walaupun saya dikatakan seorang yang skema.
  5. Belajar di waktu-waktu akhir bukanlah tabiat yang saya suka tetapi saya memang akan selalu belajar dalam waktu-waktu akhir sebelum peperiksaan. Apakah?
  6. 80% dari barang-barang saya berwarna hijau, 10% berwarna pink, 5% berwarna biru dan 5% lagi warna-warna lainnya. Saya tahu, ia bukanlah pembahagian yang adil tetapi dalam ujian warna untuk binocular vision, mata kiri saya lebih dominan berbanding mata kanan di mana saya nampak warna hijau lebih dari warna merah. Justeru? Bukan salah sayakan?
  7. Saya pernah memakai cermin mata semasa saya dalam darjah 4. Besar, berbingkai plastik dan tebal sekali.
  8. Suka artwork. Tidak memiliki kemahiran seni melukis atau kraftangan. Tetapi amat menghargai hasil kerja tersebut terutamanya dalam seni hias/reka dalaman, fotografi, arkitektur bangunan dan yang seumpamanya. Anjung Seri merupakan antara majalah kegemaran saya.
  9. Suka juga kerja-kerja graphic, graffiti dan design. Suka tengok, mahu buat tidak tahu.
  10. Saya memang malas kalau kerja dengan orang yang malas.
    d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
    Sebelum apa-apa, saya memohon maaf kepada nama-nama di atas. Seperti sebelum-sebelumnya, tag ini tidak wajib dijawab. Sekadar wasilah persahabatan dari saya. ^_-

    Saya sudah mengantuk tetapi subuh lagi dua jam. Oh, tabahlah!

    13 buah bicara:

    Terimakasih kerana sudi terima award dan tag dari kak tirana... Mudah-mudahan BalQis sihat dan ceria2 selalu...
     
    thanx Bal...insyaAllah sy jwb nanti...btw do keep in touch ok!!!
     
    =>Kak Tirana<=

    Sama-sama kak. Ya, mudah-mudahan akak juga!

    =>Husna<=

    You're welcome Husna... Jawab-jawab, jangan tak jawab. InsyaAllah, I will. Hope u will too!
     
    terima kasih terima kasih!! pertama kali dapat award. menjadi excited la pulak. ha ha

    later saya buat walaupun tak wajib. ^^
     
    =>Liyana<=

    Sama-sama... ^_~

    Terima kasih kerana sudi terima dan buat... ^_^
     
    Salam,

    Saya selalu susah hati kalau terima tag dan award. Tak tahu mahu menyelitkan bagaimana. :)

    Syukur kerana ramai yang mengerti.
     
    =>faridrashidi<=

    Tahu sahaja... tak disediakan ruang dalam kategori blog ustaz, kan?

    Lagipun tak kena dengan mesej, konsep serta bawaan blog ustaz. Jadi, semua orang pun dapat memahami.. =)

    Teruskan berkongsi ilmu-ilmu yang baik dan bermanfaat, InsyaAllah...
     
    assalamualaikum wbt..

    terasa diri ini muda jua..hehe.... jazakillah kak balqis. nanti saya jawab. biiznillah.. sekarang musim genting xm. sgttakut\/ mampu usaha saje.doakan saya+rakan semua..

    take care..
     
    =>Insan Biasa<=

    Waalaikumussalam wbt

    Hehe...

    InsyaAllah... bittaufeeq wannajah!

    take care too...
     
    salam Balqi.syukran yaa!!!!:)
     
    =>Saffmukmin<=

    Ya, sama-sama!!
     
    Tahniah Balqis! Memang Balqis deserve to be awarded with those awards!~ *hugs*
     
    =>A'qilah<=

    Thank you! Walaupun konfius kenapa diberi ucapan tahniah tapi er, saya terima jugalah, huhu...

    Ia award sebagai tanda persahabatan... =)
    A;hamdulillah....

    *hugs*
     

    Post a Comment

    Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!