Wafeya

Life is a serious matter.

Sunday, May 24, 2009

Chantek Air Dzur-Dzur

Saya jarang menulis tentang kembara. Catatan perjalanan hanya disimpan dalam kotak ingatan dan bila tiba masanya ia hilang begitu sahaja. Yang tinggal hanyalah gambar-gambar serta cenderahati yang pernah dibeli sebagai kenang-kenangan. Tetapi kali ini sedikit teruja mahu berkongsi catatan eceran Jelajah Benua 2009 ini sebelum ia luput dari fikiran. Sekurang-kurang menjadi artifak sejarah dalam muzium Barukisu apabila saya tua nanti dan datang berziarah ke sini. (Entah ada lagi atau tidak blog ini)

Destinasi pilihan Jelajah Benua tahun ini - Alushta

Kami bertolak seawal jam 8 pagi dari hostel. Saya menaiki bas berkat; bas orang-orang yang sudah kahwin. (Eh, sebenarnya mereka yang naik bas kami!) Perjalanan mengambil masa selama hampir dua jam. Kononnya mahu membaca buku yang dibawa atau menikmati pemandangan sepanjang perjalanan, malangnya mata alah dek kantuk yang memaksa-maksa. Saya terlena dan hanya terjaga apabila bas memasuki kawasan berlereng bukit dan berliku selekoh seperti di jalan menuju Cameron Highland.

Lebih kurang jam 10, kami tiba ke destinasi yang dituju. Cuaca sedikit membahang panas tetapi semangat kami bersinar cerah seperti cahaya mentari yang memancar terang. Untuk sampai ke kawasan air terjun, kami harus mendaki lebih kurang 1 kilometer dan dalam cuaca yang panas itu, aduhai...

Sampai di kaki bukit, kedai cenderamata dan bangsal kecil menyambut mesra kami. Pohon-pohon hutan yang tumbuh melata sedikit menghilangkan lelah mendaki, lantas mengembalikan semangat untuk meneruskan pendakian ke puncak. Wah, suasananya sama dengan hutan di Malaysia. Deruan air terjun sudah kedengaran dari kejauhan. Sedikit sahaja lagi! Ayuh, teruskan!

Sebenarnya sejak kecil saya tidak percaya wujudnya air terjun di negara-negara selain Malaysia terutamanya negara empat musim seperti di Ukraine ini. Jadi, bila berpeluang menjelajah begini dan melihat kewujudan air terjun tersebut, saya jadi faham dan mengerti bahawa dunia ini kecil dan saya yang tinggal dalam dunia ini lagi kecil, kemudian otak saya lagi kecil dan sel-sel neuron yang saya guna untuk berfikir ini lagi-lagi kecil. Apa kena mengena dengan air terjun? Sebab air terjun di Malaysia banyak, dan di luar Malaysia juga ada air terjun yang sama macam Malaysia - saya yang kerdil ini mahu dibandingkan dengan pencipta air terjun yang banyak-banyak dan sama itu. Saya jadi malu sebab kadang-kadang selalu tidak sedar diri dan lupa. Fikir diri sendiri macam bagus padahal tiada apa pun yang menjadi hak milik saya. Saya sedang mengarut, sila abaikan.

Dipendekkan cerita, kami sampai di kawasan air terjun tersebut, dan oh, cantik dan indahnya! Subhanallah. Pendakian kami teruskan lagi, mencari tempat sedikit tersorok dan tenang buat melabuhkan kaki-kaki yang kepenatan memanjat bukit yang curam yang mana andai tidak berhati-hati - terjadilah adengan yang tidak ingin kita lihat.

Airnya cetek, jernih dan bersih - tempat kami berlabuh itu. Sayang airnya sejuk di bawah takat beku walaupun suhu sekitar mencapai angka 26 darjah. Seinci kaki mencecah, sakitnya sehingga ke sum-sum. Aduhai, bermain air sahajalah sambil menikmati indahnya kawasan sekitar. Kadang-kadang cuba meranduk ke seberang tetapi tidak kesampaian. Tabik hormat kepada rakan-rakan yang mampu menahan sejuknya air itu. Kamu memang survivor!

Habis bermain air, kami turun dan makan - nasi putih, ayam goreng dan sambal. Sedapnya hingga menjilat jari kerana perut sudah lama berkeroncong lapar.  Kemudian ada sedikit pengisian. Ulang belajar semula asas-asas bersuci dalam bab taharah dan bincang sedikit tentang solat. Menentukan masuk waktu dan arah kiblat tanpa kompas sewaktu kembara bermusafir. Huh, jangan ingat belajar tinggi-tinggi semua pun sudah tahu, ya!

Tiba ke destinasi - gambar wajib diambil!

Sampai di check point - Tak ada diskaun, dik!

Hijau tetap hijau!

Dah sampai! - Dan kami panjat atas lagi

Pesisir pantai Alushta yang banyak obor-obor

Dalam perjalanan pulang sempat singgah menikmati bayu pantai di persisiran Alushta. Sekadar melihat, berjalan dan mentafsir sahaja di tepian pantai itu. Mahu mandi? Lupakan sahaja. Banyak obor-obor berenang-renang damai di kaki pantai. Ada juga orang bermandi manda, pasti terganggu ketenteraman si obor-obor yang sedang asyik berzikir memuji kebesaran Illahi. Ahaks!

Sekian sahaja. Ada banyak lagi gambar-gambar yang cantik dan indah - pemandangan alam sekitar dan bukit bukau, tetapi kelajuan internet hari ini tidak mengizinkan, maka cukuplah sekadar itu sahaja buat tatapan mata. ^_-


Dasvidania!

30 buah bicara:

xccaye ek..mcm kt msia jek..besnye air terjun..
nape ek..kat joden punye laut pon tepi pantai kne hati2 kdg2 ade obor2..kt msia mcm jauh sket2 baru ade obor2 kan..huhu..besnye..kt joden xbyk sungai/airterjun..
 
salam kak balqis!

bestnya ada air terjun!!! saya pun terfikir. ada ye? oh inilah dzur dzur yang di tulis di entri lepas. macam mana nak sebut? d-zur d-zur?

ha ha..jalan bersimpang siur. tidurlah jawabnya. tak sanggup melayan rasa pening dan loya

bila tengok air terjun di sana teringat seorang kakak pernah bagi saya ayat ini ketika mukhayyam di sini.

"Kamilah yang telah mencurahkan air melimpah dari langit, kemudian kami belah bumi dengan sebaik-baiknya" 80:25-26

cantik. tapi sejuknya tak tertahan. kalau sejuk di sini pun dah tahan. apa lagi yang bawah takat beku! adoi..

apa pun. bagus juga tulis pengalaman kembara di sini. berkongsi cerita dan pengalaman di tempat orang. lagi-lagi pembaca di kejauhan. terima kasih barukisu. ^^
 
Assalamualaikum kak balqis..
Mula-mula saya pun mempunyai pendapat yang sama dengan kak balqis.Saya berpendapat hanya di negara yang beriklim Khatulistiwa seperti Malaysia ada air terjun.Rupanya jangkaan saya silap.Di negara Jepun juga ada air terjun yang di mana air terjunnya sangat cantik dan airnya jernih.Subhanallah.Terasa ingin menangis apabila melihat air terjun di Jepun.Sesungguhnya Allah Maha Besar.
 
salam balqis,
subhanAllah, cantik sungguh..
saya mmg suka air terjun,
dah byk tempat pergi kat air terjun..
tp di msia jer..
ermm...permandangan pun mcm cantik jer..
teringin nak berjalan2, tapi sibuk dgn tugasan2 lain..

=)
 
=>Asma'<=

Memang tak percaya dan memang macam di Malaysia, hehe... entah bagaimanalah rupanya kalau musim salji, tentu air beku dan pohon2 semua putih sahaja...

Ada obor-obor yang posisonous and infectious kan? tapi sebenarnya obor2 yang di Alushta tu tak beracun - ada sahaja org yang mandi tapi tak ramai. Cuma kami geli mahu masuk kaki pun, hehe... banyak sangat....

Hurm, Jordan takde hutan ker? Cuba check internet, ntah-ntah ada hutan simpanan rizab di mana dlmnya ada air terjun... mana lah tahukan..
 
=>Liyana<=

Salam Liyana!!

Best2, tapi sejuk tak boleh mandi. Itulah, sebenarnya semua tempat pun mungkin ada air terjun, maksud akak negara yang ada bukit bukau dan hutan. Sebutnya Zhur-Zhur! Hehe, susah sikit. Akak rasa nama ini tentu diambil dari bunyi air terjun yang turun zhur-zhur (lantas dinamakan kerana bunyi menderu-deru itu, mungkin!)

Betul-betul. memang kalau naik kenderaan - terus syahidlah jawabnya, hehe...

Benar, dan lagi Allah berfirman dalam ayat 18 surah Al-Mukminun:

"Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya"

Memang betul bawah takat beku. Genggam ais batu lama2 - itulah rasanya... huhu..

Ehehe, sama-sama. (Sebenarnya tidak berapa pandai menulis catatan kembara) (^_^)
 
=>'Atiqah Jasni<=

Waalaikumussalam adik 'Atiqah....
Di Jepun, airnya sama sejuk jugakah? Atau elok-elok untuk mandi? Pasti dan pasti setiap kejadian dan penciptaan Allah itu indah dan cantik buat manusia merenung dan menginsafi betapa kerdilnya diri berbanding Yang Maha Esa...
Sesungguhnya Allah Maha Besar
 
=>Faiz Kamal<=

Salam Faiz,
Memang cantik dan indah - betul seperti Malaysia!
Tak apa, selesaikan dahulu tugas serta kerja, nanti bila sudah ada masa senggang, rehat2kan diri dan minda pergilah berkelah di air terjun!
Selesaikan satu-satu!
 
sejuk!!!!!hehe
 
=>Saffmukmin<=

Sungguh sejuk!!!! hehe...
 
kak balqis..yup kat joden ade jek..tp limited and susah kalo nk pegi sndrik..kalo tyme summer maybe tros xde sungai /air terjun!sume kering kontang!hehe
 
=>asma'<=

Asma'... ooo... hurm pulak dah, time sejuk, sejuk sgt... time summer kering kontang pulak... bersabar yer Asma'. Takpe balik mesia nanti boleh gi air terjun selalu...
 
Assalamualaikum kak balqis..

Saya tidak sempat untuk mencecahkan kaki pun ketika melawat air terjun di Jepun.Disebabkan orang Jepun begitu menjaga kecantikkan dan keindahan alam kebanyakan air terjun yang cantik-cantik tidak dibenarkan untuk mandi.Hanya dibenarkan untuk diambil gambar sahaja.Walaupun ambil gambar dalam jarak 3 meter dari air terjun kesejukan air dapat dirasa.(melawat air terjun ketika musim panas)
 
=>'Atiqah jasni<=

Waalaikumussalam 'Atiqah...

Oh, yer ker...
Bagusnya air terjun tak boleh mandi, tgk sahaja... makanya mmg terjaga amat. Tak pernah terfikir pula untuk mnjaga air terjun denagn x boleh mandi dan berkelah. bagusnya... andai m'sia begitu... mesti sungai x tercemarkan?

takkan xde air terjun yg boleh mandi?
(sayang pula utuk tgk shj...ehehe.. )
 
dzur...dzur...haha
kelakar juga bunyinya...
mungkin orang ukraine mendapat ilham dari bunyi air terjun yang berdesir...
apapun , tq...
perkongsian yang menarik.
semoga berjaya membina muzium yang diimpikan
...:P
 
Anonymous
Salam,

Alhamdulillah alasyan qissahtul keda...

Pertamanya, Dzur-dzur itu bunyinya seperti arabic. Kalau hurrul ain jadi nama bidadari syurga pula. Kalian mandi-manda?

Kedua, sesuailah hutan hijau dengan mereka yang memakai pakaian bewarna hijau :)

Ketiga, rupanya ada yang tak bertudung ya. Studentkah?

Keempat, kereta trak sebelah tu saya tengok seperti kereta zaman perang dunia kedua. Adakah itu bas kalian?

Kelima, Pakcik askar itu penjaga tapi kerja askar?

Keenam, Jangan tak tahu. Tengah padang pasir kering kontang tiba-tiba ada air terjun. Ya, shalalat el-fayyoum namanya. Satu-satunya air terjun di Mesir. Berdekatan tasik Qarun di sini. Ajaib bukan ciptaan Allah?

Ketujuh, soalan selesai :) mode pertanyaan seperti imtihan.
 
=>Anonymous<=

Ya, pertama kali mendengar juga saya hampir-hampir mahu ketawa. (Terpaksa menahan tawa lantaran mahu menjaga hati kawan. Oh, jahatnya saya!)

Tapi tempatnya sangat cantik, secantik namanya!

Ya, saya juga fikir begitu. Mudahkan? Dengar sahaja bunyinya terus diberi nama! Mungkinkah turun temurun dari orang-orang primitif terdahulu yang tidak mempunyai bahasa pertuturan? Wallahua'lam.

Ya, sama-sama.

Muzium itu... kamu sang komentator tanpa nama ini juga sebahagian dari artifaknya, tahu!
 
=>Farid Rashidi<=

Salam,

Aiwan, haza qissahtul keda, syakirin awi a'la qiraatika ila akhir! (Erk, betul ke ni?)

Ya, sebutannya agak-agak Arabic sedikit. Dari mana pula datangnya Hurrul Ain bidadari syurga itu dan kaitannya dengan Air Terjun Dzur-Dzur? (Sedikit menggaru kepala kebingungan =p)
Tidak boleh mandi manda ustaz, main-main air sedikit-sedikit sahaja. Terlalu sejuk melampau. Nanti overcooling pula seluruh badan. Tetapi kalau ada yang berani, memang mandi betul juga! (Adab dan sopan InsyaAllah dijaga)

Eh, siapa yang berpakaian hijau? Mesra alam sungguh! Kak Damai tidak ikut sekali. (^_~)

Er, ya. Pelajar juga seperti kami.

Oh, tidak. Itu jip namanya ustaz, buat mengangkut sesiapa yang tidak mampu untuk berjalan mendaki gunung. Rupanya seperti kereta perang dunia ke-2? Berkemungkinan juga, siapa tahukan, modelnya mungkin sama. Bas kami bas abad ke-21, ustaz. ^_-

Pakcik askar itu menjaga pos pengawal sebelum kami masuk ke dalam lebih jauh. Berkemungkinan beliau memang seorang tentera yang bertugas menjaga pos pengawal dan hutan, tetapi boleh jadi juga beliau hanyalah seorang pengawal berpakaian askar. Jangan dihairankan, di Ukraine orang biasa juga bisa dilihat berpakaian askar. Bezanya, ada lencana/bintang berpangkat atau tidak sahaja.

Oh, betulkah? Subhanallah... Adakah ia juga merupakan apa yang dipanggil oasis/wadi? Wah, kalau benarlah ada air terjun di tengah padang pasir, bagi saya ia merupakan suatu yang ajaib. (Apa tidaknya - jauh perjalanan air mata air/wap air hujan dari laut menuju ke tengah padang pasir nan kering kontang itu!) Tentu kawasannya berbukit bukau, kan? Aduhai, bila saya dapat ke Mesir, ya? Ustaz, buatlah satu entri tentang Shalalat El-fayyoum itu. saya teruja mahu melihatnya!

Banyak sungguh pertanyaan! Tidak mengapa, malu bertanya sesat jalan. ^_~

Semoga mudah menjawab dalam peperiksaan, ya ustaz! InsyaAllah...
 
Salam Balqis..

Lama tak berkunjung ke sini. Seronok baca kisah kembara..Tak semua dapat peluang sperti itu..

p/s nanti masuk blog kak tirana amik award plus tag..hehehe
 
salam balqis...seronoknya...teringin nak pi tmpat2 mcm tu...nnt balqis bleh sponsor ek....hheehehe
 
Kak TiranaSalam kak Tirana,

Ya, kembara melihat alam ciptaan Tuhan memang seronok, tambah-tambah lagi pergi hutan dan air terjun. Syukur pada Tuhan, dalam kesibukan belajar masih ada masa dan peluang berjalan. Alhamdulillah...

p/s: baik kak... hehe
 
=>Kina<=

salam shake, ehehe... InsyaAllah....
 
Salam dik Balqis...
Erm... kak su baru berkesempatan nak menjengok. Heran. Semua komen bercerita ttg air terjun. Kenapa kak su tak nampak pun gambarnya? :(

Mungkinkah masa kak su menjengok ni, Balqis dok mengedit entry ni?
 
Salam..dah bertukar wajah rupanya..hmm hijau + hitam..

Dah lama tak pergi air terjun nih...tak tahu berapa tahun lagi berpeluang.
 
Anonymous
=>kak Su<=

Salam Kak Su. Tidak apa... selamat kembali Kak Su!! Moga sihat2 sentiasa, tentu masih terkenang2kan dua tanah suci itukan?

Maaf, Kak Su. Selepas tukar template blog kerana template lama rosak, mcm2 masalah yang berlaku. saya pula tidak perasan. Sudah dibetulkan. harap boleh dtg lagi dan baca! =)
 
=>Syahidah<=

Salam Syahidah!

Lama x dengar khabar berita! Seronok bercuti?
Ya sudah bertukar wajah. gara-gara tempalte blog yang sebelumnya sudah rosak...

Huhu... tidak apa... kamu belajar di Penang kan? Laut kan banyak! hehehe...

Saya juga dah lama tak pergi... inilah sekali dalam usia2 tua begini =)
 
laut memang banyak..tapi kecewa dengan pencemaran..di jambatan sahaja dah nampak tumpahan minyak..Malaysia oh Malaysia..indahnya luntur kerana manusia..
 
Anonymous
Haaa.... barulah dapat baca penuh celoteh Balqis dan dpt tengok gambar jugak.

Teringat satu teka-teki yang di berikan oleh Ustaz Jaafar masa kat Madinah... Dah penah dgr, cuba direfreshkan balik.
"Air apa yang paling berani? Air terjunlahhh.... berapa tinggi pun air tu boleh terjun." Dia yang menyoal, dia yg menjawab. Hehehe
 
=>Syahidah<=

Eh? dah banyak berubah ker? Dulu Pulau Mutiara kan indah bangat! Di jambatan pun dah boleh nampak minyak tumpah? Aisee.... Sedihnya lah hai...

isk, isk...
 
=>kak Su<=

Alhamdulillah....

Ahahaha... Ya, sungguh air terjun air paling berani. Bayangkan terjun bersama air terjun. Aiyark!! Tak sanggup!
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!