Wafeya

Life is a serious matter.

Friday, May 22, 2009

...and how well do you know Rasulullah?

Salam petang. Panas sungguh cuaca hari ini. Memang mudah sangat untuk berasa mengantuk dan tertidur. Lagi-lagi setelah berjaya mengisi perut dengan sepinggan princetauk srisam (bebola ayam, nasi kuning, sambal, kefir dan salad kobis) dan segelas jus epal buat penghilang dahaga. Pun begitu, cuaca yang sedikit berangin tetap terasa panas dan bahangnya. Kisah negaraku, kau tahu bukan?

Oh, bukan mahu bercerita lara kisah negaraku sebenarnya tetapi mahu berkongsi sedikit rasa terkesan di hati. Rasa ralat yang membangkitkan kefahaman serta sedikit kesedaran dalam diri. Walau agak terlambat kesedaran itu tiba, ya ia tetaplah sebuah kesedaran jua.

Tentang Facebook. Oh, jangan salah faham. Saya bukan mahu menambah kisah-kisah hangat tentang jaringan sosial yang sudah mendapat tempat di hati semua rakyat Malaysia itu. Facebook memang jaringan sosial yang menarik, ringkas dan kena dengan arus peredaran semasa yang serba cepat, pantas dan up to date. Tambah lagi ada beribu-ribu aplikasi dan pilihan kuiz yang menggila dengan soalan-soalan serta jawapan-jawapan yang aneh. Betul, kan? Tidak salah bermain kuiz dan melayan Facebook ini. Bila satu hari kepala pening dengan segala bebanan tugasan harian, Facebook nyata sedikit meringankan.

Dalam banyak-banyak kuiz tersebut, antara yang paling mengujakan adalah kuiz How well do you know me? Oh, saya juga turut membuat satu dan melihat kepada jawapan rakan-rakan, maaf mahu kata, tetapi boleh mengagak bagaimana mereka melihat dan menilai saya (kalau kamu pandai mereka (baca: mencipta) soalan yang sedikit psikotik, kamu boleh mengukur pandangan rakan kamu terhadap kamu, hehe) Dan lagi, kita berasa amat gembira malah terasa hebatnya andai mendapat markah paling teratas dalam carta kuiz mengenali kawan kita itu. Sebaliknya amat kecewa juga andai tidak mencapai takat lulus menjawab kuiz hatta mengenai rakan sebilik walaupun ada banyak soalan tipu daya yang direka si rakan. (Aduhai, soalan yang tidak ditapis lembaga peperiksaan memang banyak ralat dan silpanya, justeru tidak perlu kecewa, usaha lebih lagi untuk mengenali rakan sebilik kamu, ya)

Tetapi ada satu kisah kecil yang buat saya sedikit tersentuh dan oh, betapalah menunjukkan kita ini sebenarnya manusia yang sering lalai dan lupa. Alasan pesimistik mudah yang membenarkan setiap perlakuan salah kita. Ia bukanlah perkara besar, hanya sedikit kata-kata yang memercikkan suluhan kebenaran di tengah-tengah kebathilan. Seorang rakan saya, usai menjawab kuiz How well do you know me? ini, mendapat peratusan markah yang cukup-cukup makan, yang katanya tidak mencukupi pun syarat lulus dalam peperiksaan. Selang beberapa minit kemudian, muncul komentar ringkas di bawah kuiz tersebut berbunyi, ' ...and how well do you know Rasulullullah?' 

Ibarat ditampar kerana bermulut celupar. Terasa sakit namun tidak berbekas dendam lantaran salah sendiri menempa bahana. Memang patut terkena! Saya yang turut bermain, mulanya tidak berasa apa-apa. Ya, kalau ditanya biografi Rasulullah; nama, tarikh lahir, tempat lahir, umur diangkat menjadi Rasul, bilangan anak, nama sahabat terdekat, dsb. InsyaAllah kita mampu menyediakan jawapan-jawapan yang dikehendaki. Lambang belajar Pendidikan Agama Islam dengan baik di sekolah dahulu. Terima kasih ustaz, ustazah! Betapalah mengaku sebagai umat Muhammad S.A.W. kita berasa bangga kerana menganggap sudah mengenali baginda sehabis baik. Nabi Allah itu - yang menganggap kita saudara (ikhwan) yang paling dirinduinya untuk bertemu, yang di kepalanya terlintas kita, umat akhir zaman yang paling dirisau dan diingat-ingat saat nazak di pembaringan - apa, kenal benarkah kita kepada baginda?

Fahamkah manhaj perjuangan baginda? Hafal benarkah salasilah keturunan baginda? Tahukah selok-belok politik yang diajar baginda? Paling tidak pun, tahu tidak lembaran sirah perjuangan baginda, ilmu perang, ilmu kekeluargaan, ilmu bersahabat, ilmu perniagaan dan segala rencam ilmu yang patut dicontohi dan diteladani? Bila memikirkan ini, saya jadi tidak kenal kepada Rasulullah. Sedikit yang saya tahu tentang baginda, banyak rupanya yang tidak. Oh, tolonglah jangan kata kita tidak perlu tahu itu semua atau jangan suarakan bahawa biarlah budak-budak yang belajar agama sahaja yang ambil tahu. Kalau begitu, kita sebenarnya seperti tidak mengaku menjadi umat baginda. Nau'zubillah...

Justeru, sebaiknya kita bermuhasabah dan mengkoreksi diri. Tidak salah bermain kuiz, malah amat digalakkan kita mengenali insan-insan bernama sahabat ini yang kehadiran mereka menceriakan hari-hari dalam hidup kita. Tanpa mereka, kita sebenarnya adalah  'the crooked monkey' (kera sumbanglah) yang tidak bersahabat. Mainlah kuiz itu sepuas-puasnya manifestasi betapa kita amat mengenali dan mengasihi rakan-rakan yang sama-sama berjuang susah payah dengan kita. Rasulullah SAW malah bersabda: “Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia memberitahu kepadanya.” [HR Abu Daud & Tirmizi]'

Namun dalam masa yang sama juga jangan lupa untuk mengenali nabi kita, Muhammad SAW yang menjadi imam dan idola sepanjang zaman. Bahawa dengan mengenali Rasulullah, manifestasi cinta dan sayang kita kepada baginda - moga-moga turut terzahir akhlak dan perlakuan selakunya kita sebagai umat Islam.

Sollu a'lannabiy...

Tambahan maklumat:

Facebook Dark Side: Fakta yang perlu kita tahu mengenai Facebook
Facebook - The CIA conspiracy

Kawan-kawan, berhati-hati dengan segala maklumat diri yang kita isi dalam semua jaringan sosial, ya. Kalau pernah baca Digital Fortress - novel bestseller Dan Brown itu, kamu pasti tahu apa yang saya maksudkan. Amerika menyimpan beribu-ribu data dan maklumat seluruh dunia. Kalau mahu memusnahkan 'negaraku', hanya perlu tekan beberapa butang sahaja pada papan kekunci komputer. Booommm!!!

Contoh paling asas, bagaimana orang boleh mencuri maklumat kamu adalah tragedi sadis kemunculan sebuah blog mencaci nabi mulia kita menggunakan nama Adibah Ahmad. Masih ingat lagi? Then, do the math yourself!

 ******************

Petang yang damai, esok ada jaulah ke Dzur-Dzur. Semoga cuaca baik dan dapat menikmati panjat gunung (bukit mungkin) serta bunyi deru air terjun yang sudah lama tidak saya dengar, oh! Kali terakhir juga mahu meluang masa bersama kakak-kakak senior semua. (...dan suasana pun bertukar sedih dan sebak).


10 buah bicara:

totally agree witf u bal..
agak terkesima membaca entri kamu pd kali ini..betapa kerdilnya kiter dgn sedikit pengetahuan..muhasabah diri semula adalah yg plg baik..

n one more thing..psl dark side of FB....dats whyla sy hanya ignore if ade cause invitation psl gaza..n wut so eva..and also be a fan of sumthing yg berkaitan my relegion..bkn menidakkan..cume berhati2..segala tindak tanduk kite dikawal rite??

apepun bersederhanalah dlm sebarang perkara..
 
salam kak balqis!! setuju sangat-sangat. terpempam juga. how well do u know rasulullah..
tapi FB ni boleh buat penggunanya demam. mula-mula demam menggunakan aplikasi yang begitu banyak dan pelbagai, kemudian demam kuiz2 FB dari flixter dan sebagainya,lepas itu demam kuiz2 yang di cipta penggunanya kadang-kadang agak sengal. lepas itu kuiz how well do u know me. ha ha..saya dah lalui semua fasa2 itu. tak kering gusi bila tengok result dia.
sekarang surut demam itu semua.

oh ya, saya kurang arif tentang ini:

Contoh paling asas, bagaimana orang boleh mencuri maklumat kamu adalah tragedi sadis kemunculan sebuah blog mencaci nabi mulia kita menggunakan nama Adibah Ahmad.

saya tahu tentang blog itu, tapi tak tahu tentang orang mencuri maklumat diri ada kaitan dengan adibah ahmad ini.

apa pun, gunalah FB berpada-pada. [bercakap dengan diri sendiri :p]
 
"Seorang rakan saya, usai menjawab kuiz How well do you know me? ini, mendapat peratusan markah yang cukup-cukup makan, yang katanya tidak mencukupi pun syarat lulus dalam peperiksaan."

Siapakah rakan itu?
 
salam kak bal
hehe ksimpulannye jgn buang mase berlebih2 dgn kuiz2 di facebook...
 
=>Husna kawan sekolahku<=

n one more thing..psl dark side of FB....dats whyla sy hanya ignore if ade cause invitation psl gaza..n wut so eva..and also be a fan of sumthing yg berkaitan my relegion..bkn menidakkan..cume berhati2..segala tindak tanduk kite dikawal rite??Owh, saya tak tahu pula pasal ini, memang selalu dapat banyak invi tuk benda2 ni, but then just accept sinc its a good thing. Nampaknya lepas ni perlu lebih berhati-hatilah kan? Huhu, thanx for the in4, will b more alert nxt time.

ya, bersederhana - jangan terlampau ^_~
 
=>Liyana<=

Kan? Memang banyaklah masa terbuang juga melayan Fb ni sebenarnya, tapi masih tak sedar2 diri2 lagi, aduhai... (akaklah tu...)

Sekarang demam fb dah surut sikit juga, hehe...

Owh, tentang itu, sebenarnya mana2 orang boleh hack maklumat diri kita di mana2 jaringan sosial cthnya facebook inilah. Jadi, jangan letak maklumat diri yang sebenar, ya!

Berkemungkinan Adibah Ahmad ini, maklumatnya dicuri dari mana2 jaringan sosial dan namanya digunakan - kan dah kena fitnah! Jadi, berhatu2, ya!

Ya, berpada-pada!
 
=>rakan itu<=

Siapakah rakan itu?Punyalah panjang saya cerita, kamu mahu tanya tentang ini? Ahaks! ^_~

Identiti 'rakan itu' terpaksa dirahsiakan demi keselamatan pihak-pihak terbabit. Ehehe!
 
=>Asma'<=

Zaaassss!!!

Kesimpulan yang sangat baik, Asma'!
 
Salam,

Ada persamaan :)

Err, nak komen apa ya.

Haa...saya juga baru daftar Facebook, sebab saja nak tengok dan kaji. Mujur identiti dirahsiakan dan maklumat dipalsukan.

Mahu letak gambar dalam internet terutama Fs,FB dan lain-lain lagi perlu hati-hati ya kalian wanita-wanita. Ingat tu, sekali tekan..kabommm! hehe.
 
=>faridrashidi<=

Salam,

Itulah, sudah habis tulis di sini, baru baca blog ustaz... =)

Uish, ustaz ada FB? bagus2.. kaji jangan x kaji...

Ya, InsyaAllah berjaga-jaga...
sekali tekan..kaboom!! hehe..
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!