Wafeya

Life is a serious matter.

Thursday, May 21, 2009

Hidayah Cinta - Cinta Islami atau Cinta Islam?

(Sebenarnya sudah lama bercita-cita besar mahu belajar mengkritik/mengulas novel-novel yang sudah dibaca dengan baik. Yalah, takkan baca sahaja, tentu perlu ada outputnya, bukan? Lagi pula, dulu di sekolah sudah diajar menganalisa, memahami serta menghargai karya melalui pembelajaran KOMSAS. Hah, inilah masanya mahu mengaplikasi ilmu seciput yang dipelajari dahulu. Lantas novel Hidayah Cinta karya Ilham Hamdani menjadi bahan ujikaji pilihan. Mengapa? Jom baca! Kalau berminatlah)

Mengapa memilih Hidayah Cinta - Novel ini sahaja yang berada di tangan saya yang mana baru beberapa minggu lepas saya habiskan, jadi jalan ceritanya masih segar dalam ingatan. Kemudian perlu pulangkan kepada kawan setelah habis baca, jadi sementara masih ada dalam tangan, saya gunakanlah peluang ini, bila sudah pulangkan nanti, rasa sayang pula. Sebab lain adalah kerana novel ini adalah novel pertama penulis dan menilai dari tahap kematangan karyanya (bukan dari aspek sastera ringan-ringan) malah masih dalam proses membangun. Justeru tercapai (baca: mampu) dek saya yang tidak tahu apa-apa tentang karya dan sastera ini mencuba!

(Amaran: Ini adalah sekadar ulasan dan kritikan sedikit-sedikit sahaja berdasarkan pandangan pembaca iaitu saya. Ia bukanlah sebuah nilaian oleh seorang pengkritik profesional yang punya ilmu kesusasteraan yang tinggi. Sungguh, ia adalah percubaan sahaja. Justeru, ulasan ini - mahu baca boleh, percaya jangan)


Hidayah Cinta - Cinta Islami atau Cinta Islam?

Sewaktu sahabat saya mengunjukkan buku ini, dari judul dan kulit bukunya, minda saya pantas mengklasifikasikan ia di bawah novel-novel cinta Islami. Percintaan dua insan atas prinsip-prinsip Islam - bukan tidak bagus ya, bagus - iaitu seorang lelaki/wanita soleh/solehah yang menjadi rebutan ramai kerana akhlaknya yang baik dan terpuji (baca: terlalu ideal). Saya sudah baca terlalu banyak novel sebegini, jadi ia sedikit pun tidak mengujakan saya. Namun selang beberapa bulan kemudian, sewaktu saya tercari-cari sesuatu untuk dibaca mengisi masa lapang (wah, macam tiada kerja lain sahaja), saya teringatkan buku ini lalu bertanya sahabat saya samada saya boleh meminjam baca. Tanpa banyak bicara, kecuali sedikit kata-kata penguat semangat sepintas lalu, 'Buku ini banyak cerita pasal Jepun, kau pasti suka' terus dia menghulurkannya kepada saya. Ada-ada sahaja.

Tidak lama mahu menghabiskannya, tetapi kerana tidak membaca terus-terusan, saya mengambil masa sekitar seminggu juga (andai tidak, tentu sehari dua sudah boleh khatam).

Wah! Usai membaca hingga ke akhir kulit, saya rasa buku ini ada sedikit kelainan. Kalau tidak, masakan saya berusaha menghabiskan bacaan waimma kesudahan ceritanya sudah dapat saya agak. Walaubagaimanapun, ia sebuah pengakhiran yang berbaloi dan saya tidak menyesal atas masa-masa lapang saya yang terbuang membaca buku ini.

Memang ia novel cinta Islami. Umar Thilmisani yang baik dan beragama menjadi rebutan tiga bunga - si cantik ros merah, si ayu sakura putih dan si jelita teratai ungu. Tetapi apa yang istimewa dan lainnya? Selalunya si jejaka yang baik ini pada akhirnya akan memilih antara salah satu kuntum-kuntum tersebut tetapi Umar Thilmisani (ya, selain pening dengan tiga kuntum bunga itu) berusaha juga menyemarakkan cinta Islam kepada insan-insan di sekitarnya - Ayumi, otousan dan okasan, sahabat baiknya Koyama Hiroo, malah ayah Ayumi yang kejam dan keras kepala itu juga (ini, saya tidak jangka) tertarik dengan Islam. Walaupun, Koyama Hiroo itu tidak memeluk Islam, tetapi saya tahu atma luhurnya mengakui keindahan Islam dari perlakuan serta akhlak Thilmisani. Kyoudai dayou, kyoudai!

Memang hidayah itu kerja Tuhan, tetapi manusia adalah pemudah cara, langsung merupakan khalifah serta da'ie yang mengajak manusia lain kepada jalan kebenaran. Thilmisani adalah pemudah cara itu dan betapa sukarnya (ya, mengajak orang kepada Islam bukan mudah lagi-lagi wanita yang dicintai) antara mengikut perasaan cinta dan keinginan mengajak kepada Islam. Thilmisani berusaha dalam cintanya juga cintaNya. Hanya sebuah tafsir Al-quran dan Dia - pemilik segala hati-hati menentukan empat jiwa murni bersalut taqwa setelah lembaran-lembaran suci itu dibaca. Alangkah indahnya dan mudahnya andai Tuhan mahu memberi hidayah. Hidayah cinta. Cinta Ayumi kepada Islam dan Thilmisani. Cinta otousan dan okasan kepada Thilmisani. Cinta papa Ayumi kepada angkasa lepas. Cinta yang akhirnya membawa mereka mencintai Tuhan yang mencipta cinta. Sekarang fahamlah saya mengapa judulnya Hidayah Cinta. Ha ha.

Paling seronok adalah bagaimana otousan dan okasan memeluk Islam dan bagaimana papa Ayumi menjadi lembut hatinya kepada Islam. Genius! Semuanya berkait dengan pekerjaan otousan sebagai jurutera stesen janakuasa hidroelektrik dan minat papa Ayumi terhadap angkasa lepas. Ah, mahu ceritakan semuanya tidak menariklah, beli sendiri dan baca! Ini bukan spoiler! Apa pun, sudah saya katakan semuanya hanya kerana sebuah tafsir Quran.

Selain itu juga, Hidayah Cinta membawakan banyak wasilah-wasilah dakwah yang agak kuat dalam naratifnya. Seperti usrah online yang dianjurkan Thilmisani dan rakan-rakan, fikrah perjuangan Islam yang dibentur datuk dan neneknya dan yang diajar naqibnya, hubungannya yang rapat bersama Brother Qusai dari Jordan serta keluarga dalam menjalankan serta mengimarahkan surau kecil Hitachi, kisah sedih rakan baiknya Ahmad Atif sahabat dari Palestin yang meninggal akibat leukimia (saya terkejut, kerana wataknya dimatikan dengan tiba-tiba) serta suasana pembangunan Islam di Jepun dibangkitkan dengan amat mendalam serta berkesan. Serasa dekat dengan kehidupan sebagai pelajar Melayu Islam yang menuntut di negara-negara bukan Islam.

Kelemahan Hidayah Cinta

Apa pun, Hidayah Cinta  juga terdapat kelemahan-kelemahan yang kadang-kadang membuatkan saya berasa sedikit bosan apabila membaca (Oh, ini perasaan saya sahaja, ya!). Antaranya penggunaan perkataan yang banyak berulang, terlalu banyak tanda kurungan serta pengulangan perasaan yang berlebih-lebihan. Kadang-kadang sampai satu muka mahu cerita tentang perasaan rindu, geram atau marah sahaja. Alahai, saya sudah tahu tetapi tidak mengapalah, saya anggap kira-kira sebagai penguat jalan ceritanya. Kemudian, terlalu banyak juga monolog sendirian melayan perasaan, untuk hampir semua watak terutamanya Thilmisani dan tiga kuntum bunga itu, lagi-lagi Thilmisani yang suka termenung di Tasik Senba. Satu bab sahaja sudah monolog sendirian mereka. Terlalu melewah. (Atau ia merupakan salah satu teknik penulisan novel?) Mujur dalam monolog Thilmisani itu ada juga pengisian-pengisian yang bermanfaat. (Tetapi Thilmisani seorang sahajalah - tiga kuntum bunga lainnya lebih banyak berangan) Aduhai!

Seterusnya (wah, banyaknya mahu cerita, kasihan kepada yang membaca), apabila Thilmisani mahu mendermakan salah satu dari buah pinggangnya kepada Koyama, saya jadi hairan bukan kerana niat baiknya sebagai kawan tetapi dari segi logik perubatan, darah (atau lebih tepat lagi HLA - Human Leukocyte Antigen) Thilmisani dan Koyama perlu sekurang-kurangnya sesuai demi kelangsungan hidup Koyama selepas pembedahan supaya tidak berlaku graft rejection. Ibu bapa Koyama adalah pilihan terdekat sebagai penderma buah pinggang tetapi Thilmisani menawarkan buah pinggangnya dan tidak dijelaskan samada buah pinggangnya sesuai atau tidak dengan sistem badan Koyama. Tahu-tahu sahaja, sudah selamat menjalani pembedahan. Setidak-tidaknya saya mahu logik pemindahan organ itu selain dari demi sebuah persahabatan yang luhur. Tetapi kuasa dan rahsia Tuhan, siapa yang boleh jangka kan? (Atau mungkinkah ada sambungannya yang kedua?)

Saya tahu, saya banyak sedikit cerewet. Tetapi ini dari sudut pandangan saya. Dalam karya saya sukakan logik atau sesuatu yang boleh diterima akal (sudah tentu selain dari sifat ketuhanan dan perkara-perkara ghaib). Walaupun sesebuah karya itu terselit fantasi namun biarlah fantasi yang mampu menggarap minda sedar selain mempengaruhi minda bawah sedar kita.

Kesimpulannya Hidayah Cinta mampu menyentuh hati saya. Ahaks! Kisahnya sampai dan terkesan. Penulis banyak menggunakan perlambangan alam seperti pohon, bunga, musim, cuaca dan mengaitkannya dengan orang serta perasaan sesuai dengan negara Jepun dan Australia (oh, ya! Saya terlupa dengan negara kangaroo itu) yang bermusim-musim itu. Nampaknya pengalaman memainkan peranan penting dalam memasukkan elemen-elemen segar dalam sesebuah karya (penulis pernah belajar di Jepun dan sekarang menetap di Australia). Saya perlu menitikberatkan aspek pengalaman ini kalau mahu menjadi penulis yang baik suatu hari nanti. (Oh, saya berangan! Tak malunya!)

-Ulasan tamat-

Glosari:

Otousan dan Okasan = Ayah dan ibu (keluarga angkat Thilmisani sewaktu di Jepun)
Kyoudai dayou, kyoudai! = Kita saudara, saudara!

(Maaflah memberi ulasan yang terlalu panjang. Sekadar percubaan dan latihan meyakinkan diri sendiri dalam dunia penulisan. Walaupun hanyalah tahap pacal yang hina dalam dunia itu dan tiadalah hebat tara mananya)

Ai Balqis, kata mahu baca buku untuk periksa, sempat lagi update blog?
Hehe, saja buang masa, eh buang karan (baru jer bayar duit api ni).
Bukan apa, banyak sangat cas-cas negatif (baca: malas) dalam entri-entri saya sebelumnya. Ini, mahu meneutralkan sedikit Barukisu. Sekurang-kurang boleh mengasah bakat. Ahaks! =p

Sudah tiga filem Angles And Demons saya muat turun tetapi satu pun tidak boleh tonton. Semua player sudah saya cuba, tetapi semua ada masalah codec. Hairan, sebelum ini berfungsi sahaja. Adakah ini indikasi supaya saya lupakannya dan belajar? Mungkinlah juga. Aduhai...

Is it just me or memang kebetulan semua lelaki-lelaki idaman (baca: soleh dan baik) dalam kisah-kisah yang saya baca dan tonton, nama depannya bermula dengan Umar? (Ya, selain Fahri dalam AAC) Ada Umar Al-Mujahid dalam Hatiku Milikmu karya Fatimah Syarha, Umar Darius (gabungan Umar Al-Khattab dan Raja Darius) dalam drama bersiri Dunia Baru dahulu, Umar Lahmi dalam Isabella tulisan Maulana Mohammad Saeed dan ini dalam Hidayah Cinta ada Umar Thilmisani! Mujurlah Umar Thilmisani ini dari nama yang benar-benar wujud! Aduhai...

.... dan kamu berkata, 'macam-macamlah Balqis ni, sudahlah buat ulasan panjang lebar, banyak pula tambahannya'.

(^_^)



Bersiku-siku,

14 buah bicara:

assalamualaikum wbt..

hehe.. begitulah biasanya.. kadang2 dekat xm lah mahu buat semua benda.. termasuk uodate blog! ha ha

rabbuna yusahhil xm nanti yea..

xsangka akak bercita-cita mahu jadi penulis.. patutla penulisannya berisi.. percubaan yang baik.. ^_-

teruskan..
 
Salam,

Kalau baca suara kampus di Mesir ini telah tersedia suatu ruangan kritik sastera. Jadi saya beranggapan bahawa kamu sudah mampu mengisi jawatan itu :)

Bila ada perkataan 'cinta', pasti ramai akan tertumpu..entahlah kuasa apa yang ada pada cinta ya? boleh jawab? sila jawab :) saya sudah jawabkan pada entri yang lalu. Tajuknya? CINTA.

Oh maaf, saya tak boleh berlama-lama. Perlu baca Usul Fikh pula. Sekian, arigato wa ilal liqa'.
 
salam!

saya juga agak cerewet dalam pembacaan satu karya lagi-lagi novel. memang betul, sangat mudah terkritik cerita. banyak yang dititikberatkan sebab bila baca, kita cuba hayati dan bayangkan yang kita berada didalam cerita.

saya suka penulis yang pandai membawa pembaca ke dunianya macam latar tempatnya, latar masanya memang terasa real. kematangan penulisan juga menjadi faktor utama satu karya itu menjadi menarik!

ahha, yang tentang logik satu situasi itu pun kena dititikberatkan. sebabnya, kita akan nampak luas pengetahuan penulis. satu karya itu bukan main sedap tulis saja, perlu ada homework. bagi isinya sesuai dengan kehidupan seharian.

uish bukan mudah ye jadi penulis. kena baca banyak karya, komen, supaya jadi pengajaran untuk karya sendiri nanti. semoga berjaya kak balqis! :)
 
hmmm...novel pasal cinta di negara sakura rupanya, patutlah di kulit novel ada gambar seakan-akan ueto aya pakai tudung!... huhu
 
Anonymous
salam bal...
kiter serupa nmpaknye..terlalu cerewet dlm menilai sesebuah novel..huhuhu..kdg2 garapan yg tdk indah membuat sy mls utk menghabiskan novel..kdg2 anti klimaks pula berlaku..itulah plg tdk digemari..hehehe...

sy juga mengimpikan utk menulis satu hari nati..hehehe...ape2 pun..all the best for exam ok!!kim salam kat semua kwn kat ukraine!!
 
=>Atikah<=

Waalaikumussalam wbt...

Betul, betul... dekat xm lah idea dtg bagai cendawan selepas hujan. (cheewah, ayat tak boleh tahan!)

terima kasih, InsyaAllah. Rabbuna yusahhil a'laina... ameen...

Akak pun tak sangka itu sebenarnya cita2 akak (erk, bukan doktor ker?) Haha...
terima kasih, banyak lagi yang perlu dipelajari.

^_-

InsyaAllah..
 
=>farid rashidi<=

Salam. Oh? Nampaknya banyak sisipan menarik dalam suara kampus Tanta ini, ya? Tidak sabar untuk menatap membaca...

Kuasa cinta itu...

Baik, baik. Selamat berjaya dalam peperiksaan ustaz! Doiteshimashita wa ma'as salamah...
 
=>Liyana<=

Tersangat-sangat setuju dengan kamu. Karya yang matang dan baik adalah karya yang isinya berisi dan bermanfaat serta apabila di akhir pembacaan dengan tidak semena-mena kita akan berkata, "Wah, buku yang best!" begitu...

Memang tak mudah nampaknya (haish... habislah saya, hahaha!!) ya, ya... terima kasih, InsyaAllah, akak cuba.
 
=>Anonymous<=

Ya, kisah cinta di negara Sakura. Tetapi bukan kisah cinta sahaja, ya! A'ha... Ueto Aya, ya? Bila saya tgk2 balik, memang ada pun iras-iras wajahnya. Hehe... kamu pasti peminat drama Jepun juga, kan?
 
=>Husna kawan satu sekolahku<=

Betul, kalau novel-novel begitu, saya ambil masa yang lama untuk menghabiskannya kerana akan letak ketepi dahulu, hehe... atau saya mengambil masa yang sangat cepat pula, kerana mahu cepat habis dan juga mungkin kerana novelnya tidak berapa berat, hehe..

Husna pun mahu jadi penulis? Wah, menarik ini... Seronoknya ada kawan yang punya minat yang sama... Jom Husna kita melangkah ke dunia penulisan. Kalau buku kamu keluar dahulu, beritahu, saya ya! Kalau saya tidak sempat menjadi penulis, pasti saya akan menjadi penyokong buku2 tulisan kamu nanti, InsyaAllah!!

Alright, InsyaAllah, ameen...

InsyaAllah, salam akan disampaikan!!
 
Salam dik Balqis...

Kak su rasa zaman kak su mengadap novel-novel terutama novel cinta telah hampir lupus. Terhakis oleh masa agaknya... Lama benar tak membaca novel. Huhu...
 
=>Kak Su<=

Salam Kak Su...

Ini pun bukanlah novel cinta sangat Kak Su. banyak juga isi dan pengajaran yang mahu disampaikan. Tentulah ada terselit sedikit2 cinta islami. Tapi oklah novel ini.

Saya pun baca bila ada masa terluang. Waktu kelas2 sibuk2 begini dan hampir peperiksaan - sudah tinggalkan juga =)
 
salam....
Cinta Ilahi..cinta sejati, membawa bahagia kekal abadi..cinta manusia, hanya sementara jika dilupa akhirat sana..cinta wanita membawa kecewa, jika tiada restu agama
 
=>Fakrul<=

Salam, right you are, Fakrul. Selamat dtg ke Barukisu
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!