Wafeya

Life is a serious matter.

Sunday, May 31, 2009

Semalam di kutub khanah


SATU

Tertarik melihat keronsang kecil yang dipakai pada tudung saya, mak cik perpustakaan minta saya belikan satu dua untuknya. Warna merah hati, pesannya lagi. Di Ukraine tiada yang kecil-kecil begini. Besar-besar dan mahal-mahal pula. Saya tersenyum dan mengangguk setuju. Saya pun sudah lama tidak singgah Mydin Wholesale Emporium.


DUA

Saya lihat jam. Masa bergerak sangat lambat. Adakah kerana saya selalu melihat jam atau muka surat yang sedang saya baca ini masih yang sama seperti 30 minit yang lalu?


TIGA

Melihatkan rakan saya Sarah sedang sedap menikmati waffle buah-buahan, saya lantas bergegas keluar pergi mendapatkan satu. Di depan kedai, saya menanti kakak waffle siapkan untuk saya. Lama juga - 15 minit dan cuaca sangat panas. Saya ingat mahu cadangkan kepada kakak waffle supaya pasang awning di hadapan kedai, biar teduh sedikit dan orang yang menanti tidak terseksa. Kalau kakak waffle pernah main Diner Dash tentu dia faham perasaan pelanggan. Tetapi tidak apalah, inikan kedai kakak, bukan kedai saya.

Sementara menanti, saya melihat sekeliling. Ada tukang kedai sedang pasang papan tanda kedai yang baru. Banyak orang berjual beli dan lalu-lalang seperti tidak akan ada lagi hari esok untuk mereka. Di hadapan saya, seorang nenek tua sedang duduk menjual rokok dan kuaci. Sedikit sahaja barang jualannya tertebar atas satu meja kecil. Duduk di bawah panas terik bahang mentari. Kasihan. Kemudian datang seorang lelaki meminta rokok sebatang dua sambil marah-marah memaksa minta cepat. Selepas dapat terus berlalu pergi. Entah bayar, entah tidak. Nenek ambil sehelai dua wang kertas dan kira-kira dengan wajah sugul dan sayu sambil mulutnya terkumat kamit antara dengar dan tidak. Barangkali mencatur nasib pada nilaian wang saku atau sedang mengadu pada Tuhan akan payahnya kehidupan.

Tiba-tiba nenek memandang saya dan tersenyum. Aduh! Luluh lantak hati saya. Wajahnya tidak ubah seperti arwah opah. Andai tiada yang melihat, mahu sahaja tumpah air mata ini. Kasihan. Sungguh kasihan. Hati saya tidak mampu menerima adanya orang tua susah melarat begini. Mujur nenek ini masih tabah mencari rezeki halal berbumbungkan langit Tuhan yang kian terik panasnya itu. Ada yang lebih susah, hanya menadah tangan atau cawan plastik minta dipenuhkan (saya tidak mahu fikir tentang konspirasi pengemis atau apa – yang penting mereka memang susah dan sudah tua pula!)

Umur-umur tua begitu, tempatnya di rumah. Dimanjakan anak dan cucu. Bukan mengendong guni, menyeret plastik sampah, menarik troli berat atau menyelongkar tong sampah mencari sisa-sisa makanan buat mengalas perut untuk satu hari. Manalah perginya anak-anak mereka yang suatu waktu dahulu pernah dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh? Dari tahun pertama saya melihat kesusahan dan kesengsaraan ini dan saya tidak mampu buat apa-apa. Hanya menangis dalam hati. Di mana silapnya? Sistem kapitalis yang diamalkankah atau sikap manusia yang tiada beragama di sini? Saya tidak tahu.

Kakak waffle menghulurkan waffle buah-buahan bersama baki wang sambil tersenyum lantaran betapa murahnya rezeki Tuhan kurniakan kepadanya hari itu. Rezeki saya juga. Rezeki nenek tua itu juga. Saya berlalu pergi dan berdoa dalam hati moga-moga Tuhan senangkan hati nenek hari ini. Biarlah dengan hanya sesuap roti pun.


EMPAT

Waffle buah-buahan itu memang sedap! Sedikit mahal tetapi berbaloi – ada pisang, strawberry, kiwi dan nanas. Sedaplah!



Nak exam dah weih!


14 buah bicara:

salam imtihan ^^

wah,rumah yang berwajah baru...masuk casa impian kah?^^

semoga setiap penat lelah usaha mendapat redha Allah dan akan membuahkan kejayaan...ameen^^

chaiyok!!!
 
"Waffle buah-buahan itu memang sedap! Sedikit mahal tetapi berbaloi – ada pisang, strawberry, kiwi dan nanas. Sedaplah!"

Kenapa tak belanja nenek tu makan waffle?
 
dinner dash! ahah..game yang menarik. juga posh shop hehe..

di sini juga begitu, saya kira mungkin lebih ramai. nenek, anak kecil, wanita menggendong anaknya yang masih bayi.. berpanas mencari sesuap nasi dah berlegar-legar di panahan mentari

yang paling menyentuh jiwa, ketika di traffic light, kanak-kanak mungkin berusia lingkungan 10 tahun, menggendong lesung batu di pundaknya. lesung batu! bukan satu, tapi lebih disetiap bahu. mereka sepatutnya ke sekolah. aduhai, bersyukur.

apa pun. perkara-perkara macam inilah yang buat kita berfikir untuk lebih menghargai kehidupan diri dan membantu golongan yang lemah.

p/s: macam best saja waffle itu.
 
=>kak Damai<=

Terima kasih, kak! jantung saya berdegup laju bukan main kencangnya. Harap-harap musim imtihan kali ini dikurangkan dugaan duniawai dan dimudahkan saya melaluinya, ameen...

Itulah, template blog lama sudah rosak. lama akak tidak menjengah ke sini, kan? Saya rindukan template blog yang lama; aman, bersih dan putih cerah. Tgklah nanti ada masa saya tukar lain blog ini. Selepas periksa mungkin?

Ameen~
 
=>Abang Penjual Waffle<=

Wah, sejak akhir-akhir ini banyak komentator tidak bernama atau menggunakan nama samaran meninggalkan jejak bertapaknya. Musykil, musykil...

Tidak mengapalah, kerana setiap pengunjung Barukisu itu begitu berharga.

Abang Penjual Waffle, ibarat kata mudahnya beginilah;

tangan kanan memberi, tangan kiri tidak tahu.

p/s: Jangan tak tahu, 'Abang Penjual Waffle' yang sebenar iaitu suami kepada kakak waffle kepalanya botak, tihihi...
Rasanya bagus kerana menjaga kebersihan diri dgn baik. Kedai mereka sgt kemas dan bersih, saya suka.
 
=>Liyana<=

Posh Shop? Belum pernah main lagi. Diner Dash dah lama tidak main.

Saya tidak kisah sgt dengan org muda yang menjadi pengemis kerana mereka masih bertenaga cuma kadang-kadang sahaja malas mencari rezeki berusaha sendiri. Nenek-nenek yang tua tidak berdaya yang saya kasihankan...

Lesung batu dikendong? Buat apa? Jualkah? Berat tu!

Ya, benar dan tepat sekali!

p/s: Best-best, nak buat sendiri tetapi tak ada acuannya. Ish, tak payah membazir 15 UAH untuk satu waffle. Rasanya yang mahal adalah buahnya.
 
Owh belanja gak ke nenek tu.Tapi masih musykil..

Nenek tu masih ade gigi tuk makan waffle?atau lebih kurang baper umur dia?..kalau tak, lain kali belikanlah sesuatu yang lebih lembut.

p/s: saya bukan penjual Waffle yang botak, tapi kalau jual Waffle menyebabkan botak, saya nak tukar karier.Jual Budu dari Golok !!!
 
=>Abang Penjual Waffle yang tak botak<=

Aik, tambah nama samaran lebih panjang pula sang komentator ini, aduh!

Hurm, bukanlah waffle...

Wallahua'lam. Tak pula saya pergi periksa, setakat yang saya lihat, alhamdulillah masih elok tersusun barisan giginya walau sudah ada yang berkarat bertampal. Jangkaan saya dalam lingkungan 60-70-an. Tengah hari tadi menemankan rakan membeli milkshake di kedai yang sama. Mak cik itu sudah tiada lagi di situ.

p/s: Ahahaha... jual budu pula? Alhamdulillah, tahu tidak budu itu khasiatnya awet muda? Para saintis Malaysia sekarang ini sedang mengkaji untuk mengkomersialkan budu sebagai salah satu alat komestik. Mungkin boleh mnegalahkan Olay, Avon, Nivea dsb. Kalau Abang Penjual Waffle betul2 berminat dengan budu, InsyaAllah kalau kena gayanya, boleh buat bisnes, tambah majukan ekonomi umat Islam di Malaysia! Wallahua'lam
 
Huh, budu boleh buat kosmetik?

Tapi tambah musykil satu lagi, sanggup ke Kak Balqis sapu budu ganti bedak Safi balqis (main tibai bedak)?

Rahsia pompuan kelantan ko molek lo ni,gosok muke nge budu?

p/s:Ape salahnya nama panjang dan unik.Orang biasa pun ada nama panjang sampai dua IC.Huhu
 
=>Abang budu seludup Golok<=

Ya. Sudah diluluskan SIRIM pun, dan sudah dijual pun produknya.

Ahaha... bukanlah diambil seluruh budu itu dan diletak dalam pakej kemudian dijual. Hanya diambil 1% sahaja dari ekstrak marin budu itu yang mengandungi bahan-bahan tertentu yang mampu erupaya melawan radikal bebas, merangsang pertambahan sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen. Ia juga mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari.

Ho, molek sebak make budu banyok betaun-taun...

Kalau Encik Budu berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut (manalah tahu benar-benar mahu buat perniagaan kosmetik budu), boleh lihat di sinip/s: Eheh, sampai dua IC? kat dunia dah kompleks, akhirat nanti lagi susah mahu panggil ni! Letak nama pendek sahaja macam saya, kan mudah dan senang! =)
 
hoh, boleh lawan Mustika ratu,nina roguy, sendayu tinggi la camni..

tapi still takleh baye, isteri nanti hok male2 tepek budu ganti bedak sejuk.

p/s:ABGLS-Abe Budu Golok Lulus Sirim
 
=>ABGLS<=

Rajin pula sang komentator tanpa nama sebenar ini membalas setiap komentar. Takdo kijo dah ko?

Wallahua'lam. Belum cuba belumlah tahu.

Aduhai! Tok yoh baye lo cik abe oi, bue maso jo!

p/s: Elok dah huruf ni, boleh tempah buat plate kereta nanti. ^_^
 
salam,

mesti awak tgk makcik yg jual kuaci tu kan, subhanallah sama sebijik dgn apa yg saya fikir muka dia tak saling tumpah dgn arwah nenek saya. kadang2 saya beli kuaci, tak makan pun, bagi 5 grieven/10 grieven lebih, dia berkeras tak nak terima baki dan saya berkeras suruh dia terima duit tu. huhuhu.

inilah memori2 indah di ukraine. and i'm sure i'm gonna miss that grandma.
 
=>Bro Mirul<=

Salam,

Yep! Kan? Tak tahulah but sometimes semua orang tua yang saya pandang dah nampak macam arwah opah saya and each time pun rasa sangat tersayat hati. That's good bro, sebab saya tak pernah beli kuaci pun langsung. Maybe someday before I graduate kena pergi beli and merasa juga kot, huhu...

Bro, ayat dah macam sedih jer. Huhu, nanti kalau ada masa-masa lapang antara on call and tugas-tugas, datang-datanglah lepak Ukraine. Tihihi... as if! But anyway, will miss all you seniors. Dah takkan nampak lagi muka-muka senior dekat perkarangan hostel, hari raya... huhu.... oh, me sentimental pula! Good luck bro! Good luck! =)
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!