Wafeya

Life is a serious matter.

Saturday, June 06, 2009

Bicara syaitan

Sudah kata mahu periksa tetapi tangan gatal juga mahu menulis. Degil, sungguh! Bukan apa, sekadar mahu berkongsi beberapa episod dari siri video syaitan ini. Mungkin ada antara kamu yang pernah menontonnya jadi ini sekadar tayangan ulangan sebagai peringatan berpanjangan buat kita semua. Saya suka kepada pendekatan video ini yang kontemporari serta straight to the point. Ada banyak lagi siri, tetapi saya ambil dua tiga yang paling dekat dan paling terkena pada kita semua. Video-video ini di dalam Bahasa Arab tetapi ada terjemahannya dalam Bahasa Inggeris. Tonton dan fikir-fikirkan, ya!

1. Chatting!

Tidak boleh berhenti chatting? Pernah terfikir mengapa?



2. Ya, kawan-kawan. Tidur lebih baik daripada bangun dan solat subuh.



3. Ini pula pengakuan ikhlas hati ke hati dari musuh kita, syaitan!


Siri-siri selebihnya boleh ditonton di sini andai kamu berminat untuk mengikuti. Tidak lama, setiap satu hanya dalam lingkungan 1-3 minit. Selamat menonton!

Surely the devil is your enemy so take him for an enemy. He only invites his hizb [followers] that they may become the dwellers of the blazing Fire. (Faatir, 35:6)



Aduhailah, hati!

14 buah bicara:

Assalamualaikum.
Hanya kerana syaitan itu tidak kelihatan, maka diri tidak terasa takut dan gerun dengan tipu dayanya yang mengarah kepada kesesatan dan kebinasaan. Sekiranya jelas di depan mata, pasti kita akan menjauhinya walau dengan apa cara sekalipun.

"Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah" (al-A'raf 7:200)
 
assalamualaikum,
peringatan yg menyedarkan.....

balqis, macam video yg pertama tu, dia pesongkan kita supaya leka berinternet... walaupun alasannya utk berkongsi perkara makruf...tapi nanti jari tu gatal je nak klik sana jap, sini jap... sedar2 dah 2 3 jam.... g sambung study....pas exam nanti bleh sambung balik....
 
fuiyo brader yg chatting tu men tenet sambil isap shisha..

video2 ni mmg kreatif..buat org tesedar yg syaitan tu ade kat mane2..time tgh chatting pon de nak sebuk..

heh..tp rs cam kelaka gak dgr syaitan ckp arab ammi mesir..rs mcm ade syaitan tgh dok tepi saye skrg..bek gi smayang subuh cpt2..dah masuk waktu ni

neway,nice post!
 
subhanallah..bagus sekali video mcm ni.usaha dibuat utk kita nampak scr jelas lbh keg mcm tu la kita..mcm ada jg kdg2 dalam salah satu vid ini..subhanaalah..astaghfirullah.
 
Salam,

Sempat lagi ya kamu. Apapun semoga mendapat kebaikan. Saya pernah menontonnya di Youtube, ada juga yang tentang hijab.

Biasalah, musim exam itulah yang banyak datang idea nak menulis :) Namun, tak semestinya perlu mengadap buku 24 jam. Fokus 2 jam lebih bernilai dari 24 jam yang melewah.

Apapun, semoga kecemerlangan mampu digenggam.
 
=>Al-hakim<=

Waalaikumussalam.

Buat sebab tak dapat nampak syaitan. Tapi tak ingat yang Allah nampak. Nampak hantu syaitan tahu pula takut tapi tetap buat juga kejahatan. Takut pada siapa sebenarnya?

Kita sedang menipu diri sendiri sambil-sambil tertipu dengan tipu daya syaitan. Astaghfirullah...

"Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah" (al-A'raf 7:200)

Moga kita tetap hati kepadaNya.

=>Kak Azma<=

Waalaikumussalam. Ya, peringatan yang menyedarkan...

Uwaa... betullah cakap kak tu. Faham kak, faham... makasih ingatkan...

=>muhammad nazrul syazwan bin kamarul ariffin<=

Wah, panjangnya nama!

Tau takper. Sini pun pak arab ramai yang isap shisha, duk dari pagi sampai petang tak bangun2. Memang diorang ske kot isap shisha tu, ek?

Uiks, of course... time chattinglah confirm dia tumpang chatting skali... bagi lagi panas...

Ha'alah...baru perasan dia ckp ammi rupanya, sebelum ni mmg anggap dia cakap arab fushah... patutlah cam sedap, cam real lah... lagi2 duk kat mesir, confirm rasa lagi realkan? Ehehe...

Neway, Thanks!

=>Ridhuan<=

Itulah, saya tgh cari sapa yang produce vid ni. Memang sesuai tuk buat iklan-iklan sementara tngu sambung citer drama ke filem ker... yelahkan, daripada iklan-iklan ntah apa2 dlm tv tu, baiklah tayangkan iklan camni. (tapi tulah takut budak2 trauma sebab tgk muka syaitan tu jelah)

Yep, bukan macam ada, kita mmg ada dlm salah satu vid ni pun... astaghfirullah...

=>Faridrashidi<=

Salam,

Sempat alhamdulillah. Copy paste jer pastu embed. Eheh, rasa tak puas hati kalau tak letak. Ya, semoga.

Video2 ini ditayangkan masa majlis khatam quran ramadhan dulu kot, especially ttg hijab tapi x semua. Jadi saya cari balik dan jumpa yang best dan elok tuk dikongsi.

"Biasalah, musim exam itulah yang banyak datang idea nak menulis :) Namun, tak semestinya perlu mengadap buku 24 jam. Fokus 2 jam lebih bernilai dari 24 jam yang melewah."

Sungguh!

Ya, semoga! Ameen...
 
Sebagai tambahan, bila saya dengar betul-betul percakapannya bukanlah bahasa ammiyyah Mesir. Ianya loghat bahasa arab sebelah jazirah arab ataupun sebelah dataran syam.

Kalau ammiyyah Mesir, perkataan 'shin' pasti kedengaran banyak digunakan.

Shisha? kita perlu tahu. Asap rokok ataupun shisha itu adalah menjadi makanan syaitan. Syaitan memang sukakan asap.
 
=>Faridrashidi<=

Syukran atas tambahan. Seperti loghat2 yang begitu banyak dalam rumpun Melayu-Indonesia. Begitukan? Secara umunya tetap berbunyi Arab kepada saya. =)

Of course... ^_^

Katakan 'tak nak' pada merokok!
 
Salam dik Balqis...
Musim exam ye? Musim yang menakutkan bagi kak su... Memang gayat abih. Perut memulas je bila memikirkan soalan exam. Huhu...
Apapun, musim itu telah berlalu bagi kak su... dan kamu dik, jgn dok depan pc je... p study nuh! (gaya kakak memarahi adik dgn bercekak pinggang)

:D
 
=>Kak Su<=

Salam Kak Su...
Ya, musim exam, kak. Ha, kan? kan? Huhu... seronok dengar orang punya pengalaman yang sama... hehe...

Bestnya kak su dah kejer...huhu (tapi org dah kejer pun ada ujian dia sendiri gak kan...)

Uiks, bukan saya yang duk depan pc kak, pc yang duk depan saya, kehkehkeh... ok2 saya gi study pas ni, nak mkn jap... (takutnya.....)
 
Assalamualaikum, balqis, alhamdulillah baru sempat singgah sambil kongsi...cuti pun sibuk juga.. :)... exam tetap exam..cuma perkongsian seperti ini dapat menyegarkan minda dan menghilangkan jemu..betul tak...sebelum ni ada jumpa video syaitan ttg hijab..akak nak tunjukkan pada anak-anak didik di sekolah nnti..moga ada kebaikan...didoakan moga tenang dan mudah dalam peperiksaan... ( akak dah update blog n masukkan award dr balqis tu tq.. :)
 
=>Kak Salina<=

Waalaikumussalam kak. Hehe, itulah, kadang-kadang harus break the tension, kan?

Ya, video ttg hijab tu, baik juga...

Terima kasih, InsyaAllah...
 
Terima kasih kerana berkongsi Balqis. Saya sudah selalu menonton luahan hati syaitan nirrajim dan juga kesukaran utk bangun subuh. Bolehlah sambung menonton yang lain juga :)

Moga diri ini sentiasa kuat melawan archnemesis saya ini..
 
=>A'qilah<=

Sama-sama, A'qilah. Sila-sila, seronok dapat berkongsi dengan orang lain... :)

Moga2!! InsyaAllah, saya pun juga!
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!