Wafeya

Life is a serious matter.

Thursday, June 18, 2009

Inilah dunia!

(Ini entri lama dari blog Friendster saya yang lama. Musim-musim peperiksaan ini, entri tiru dan tampal sahajalah nampaknya. Membaca kembali, mengingatkan saya zaman menulis 'bahasa SMS'. Straight to the point bak kata orang utara. Entri kali ini, saya biarkan dalam bentuk tulisan asalnya. The Original flavour!)

Haza ad-dunia! - Inilah dunia!


6 Mei 2006

Just nak berkongsi sedikit tamsilan daripada ad-dars semalam. Bayangkan ada dua imtihan, d first one, kita disuruh masuk dalam bilik, yang penuh dengan emas, and then, kita disuruh pula mengaut sebanyak mana emas yang boleh kita ambil (wow!!) but with one condition, kita hanya diberi masa 5 minit sahaja. The second one, dalam situasi yang sama, ambillah sebanyak mana emas yang kita mampu, sehingga wisel ditiupkan, kita kena stop. Lalu, penceramah bertanya kepada para hadirin, yang mana yang susah? Imtihan pertama atau kedua?

Sudah pastilah kami menjawab yang kedua, becuz we don’t know when is the exact time we have to stop, mesti berdebar2kan?? Adrenalin rush!! Mungkin 3 jam (hehe, sempat balik bawa lori), atau mungkin hanya 1 jam, atau hanya 30 minit, atau juga 5 minit, dan tak mustahil hanya 5 saat, bukan?? Haza ad-dunia!! Kata saudara penceramah, membuka mata sekalian hadirin pada malam itu.

Macam tulah dunia, kawan2. Kita tak tahu, bila akhirnya, dan dalam masa yang diberi, yang kita tak tahu penghujungnya bila, kita disuruh pula banyak2 buat amalan untuk bekalan di hari yang kemudian. Bayangkan if kita tak sempat ambil emas banyak2, rugikan??!! Baru satu pundi kecil kita isi dengan emas, tiba2 wisel dah berbunyi, aduhai, ruginya….pasti menyesal. Begitulah ibaratnya kita di dunia ni kawan2, tak tahu bila kita akan pergi tak kembali, bila2 sahaja, bila2 sahaja, kawan2. Alangkah ruginya, andai masa kita di dunia ni, tak digunakan sebaik2 mungkin, Ya Allah, rugikan??!! Rasanya banyak benda baik yang kita belum buat lagi, banyak pula dosa yang kita dah kumpulkan, bagaimana kawan2? Sedang dalam imtihan yang pertama tadi, kita dah tahu bila waktu tamatnya, so kita boleh budgetlah banyak mana emas yang kita boleh try kautkan? Tapi, dunia bukan begitu……

Wallahua’alam. (tafakkur, tafakkur…)

Penceramah: Dr. Basil dari Jordan


Tamsilan mudah dan ringkaskan? Tetapi kadang-kadang buat kita termenung jauh dan berfikir panjang.


Rindunya zaman itu,

15 buah bicara:

benarlah sekali...
 
kalau camtu..
dua2 test takyah kutip emas..

saya pilih wisel.
so, penceramah dah tak bleh tiup wisel.
 
Arnab adalah seekor haiwan yang tidak pandai minum hot chocolate jenama Cadbury
lamak!!! ya betol sampai muka surat wisel hidip kita akan berbunyi... PEACE...
 
wa..perbandingan yg bagus...
 
dunia yang sementara.. aduhai..
sungguh menggetarkan jiwa..
 
hussh..hush..

arnab owh arnab...

cari arnab yer.
tumpang lalu..
 
Salam,

Saya mahu bertanya soalan lain. Apa itu anekdot? sudah lama mendengarnya tetapi ni baru teringat nak bertanya.

Pada saya, cukuplah ambil sekadar termampu. bukankah emas walaupun beberapa gram sudah beribu harganya. Jadi tak ada masalahkan.

Lainlah jenis tamak halabo. Teringat pula kisah Ali baba P.Ramlee.
 
=>Cikgu<=

Memang benarlah...

=>Arnab adalah seekor haiwan yang tidak pandai minum hot chocolate jenama Cadbury<=

Malangnya, bukan penceramah yang tiup wisel. Dan orang yang tiup wisel itu pun tak tahu sapa. So, what to do?

=>dkama<=

Alamak! So, be prepared (a reminder for yself too) PEACE back!

=>Farispharmacist<=

Alhamdulillah...

=>AtikahNaim<=

Sungguh! Mujahadah yer Atikah!
 
=>Pengembala Arnab<=

Uiks, zaman sekarang pun ada orang gembala arnab ek? Buat bisnes ker sedare? Jagalah arnab tu elok-elok. Zaman sekarang ni bukan senang nak jaga arnab. Maintenance tinggi wo... =)
 
=>faridrashidi<=

Salam,

Anekdot: Kisah pendek/ringkas yang menarik/pelik/tersendiri dan dapat/mahu/bertujuan memberikan pengajaran/kesan/ kepada pembaca.

Selalunya kisah benar, real life story, real incident melibatkan actual person. Boleh juga jadi fiksyen tetapi seperti kisah benar. Boleh juga jadi jenaka yang terselit maksud asalnya bukan untuk berlawak tetapi melainkan untuk memberi kesedaran/pengajaran/ serta menzahirkan ibrah di sebalik kisah pendek itu.

Contoh best, macam kisah-kisah kecil yang dikongsi orang tetapi memberi pengajaran dalam hidupnya.

Terpulang. Kalau emas itu tamsilannya adalah amalan. Dan amalan itulah bekalan. Sekadar termampu bermakna kita tidak percaya pada janji Tuhan. =)

Tamak haloba untuk amalan tak apa kot, kan ustaz?

Cerita P. Ramlee w/pun untuk lawak jenaka, tetapi ada pelajarannya. Bagus2.

Wallahua'lam.
 
Oh, saya tak bermaksud untuk tamsilankan sebagai amalan. Cuba untuk emas itu ada emas/harta benda/dunia. Bila ambil banyak lupa Tuhan masalah juga.

Tetapi dalam konteks amal ibadat itu sudah tentu dituntut. Silalah kaut :)

P/S: Saya berada di Bumi Syibin.
 
sorry..

nak cari kambing lak..

tadi kambing gi bersiar-siar, tapi tak balik2..
waktu mandi dah ni..

pastu hantar kambing gi tuisyen..educated kambing
 
best3!
 
=>FaridRashidi<=

A'ha, what a twist! Takpelah, tetapi di sini emas memang ditamsilkan sebagai amalan. Betapa berharganya amalan itu sebagai bekalan di kahirat sana. =)

p/s: Owh... Syibin El-Kom? Selamat berjaulah atau selamat menyempurnakan apa-apa sahaja urusan di sana!
 
=>Pengembala arnab dah jadi tokey kambing<=

Bisnes Arnab dah rugi ke sedara? Atau perniagaan dah berkembang maju sampai boleh bela kambing?

Berapa ekor? Memang mandikan semua kambing-kambing sedara ker? Rajinnya. Memang penternak berjaya, deh!

Hantar kambing gi tuisyen? =p

=>Busyra<=

Apa yang bestnya Busyra? Hehe... Syukran!
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!