Wafeya

Life is a serious matter.

Sunday, June 21, 2009

Tidak Terbanding

(Mengenang ayah - bapa, guru, teman bicara, pendengar yang baik)


Tidak Terbanding

Memperihal ayahku;

kasar tangannya adalah,
(yang kuciumi sebelumnya kuberangkat pergi)
corak teristimewa membentuk,
acuan kedewasaanku;

jelingan tajamnya adalah,
kata sabda terluah,
'kau sebenarnya telah membuat salah!'

suara lantangnya adalah,
bisikan halus menerjah - bahawa
aku sudah tersilap langkah;

gurau tawanya adalah,
tiupan serunai paling indah,
muzik penghilang habuk-habuk duka,
jua rindu lara di jiwa,

dan tika dia memandangku,
dengan kedua mata sayu,
itulah kiranya,
nasihat paling berguna,
untuk seribu tahun lamanya lagi.

Lantas,
mana terbandingnya;
kasar tangan ayah,
jelingan tajam ayah,
suara lantang ayah,
gurau tawa ayah,
dan pandangan mata ayah,

dengan;
hormatku seumur hidupnya,
sedang cinta kasihnya sepanjang hayatku?

Tidak terbanding!
Selamat hari bapa, ayahku!

21062009
9.45 am
Simferopol
Ukraine.


"Someday I may find my Prince Charming, but my AYAH will always be my KING!"

34 buah bicara:

seorang ayah akan jadi ayah mertua

dan..

seorang anak akan jadi anak menantu
 
best puisi ni... menyentuh hati. thanx
 
Siapalah kita tanpa ayah dan ibu..
 
kasih yang tak terbanding...

someday i may find my prince charming, but ayah will always be my king

sangat suka ayat ini T___T
 
uwwaaaaaaaaaaaa T___________T
paan nanges je sepanjang baca.. kabur pandangan~~
aaaaaaaaaaaaaa.. sob3
 
hush... ilham sendiri ke??? hebat dan penuh makna... kak pon suka ayat prince charming ngan the king tu....

kasar tangan ayah tu adalah kerana susah nya dia mencari rezeki membesar dan mendidik kita....
 
Salam,
Its been a while since I last commented here.
How r u? Hows life?

Puisi ni sangat menyentuh hati n have deep meanings.
May we all be good parents when the time comes kn? Because the children become what their parents teach them rite?
 
Selamat hari bapa Buat nabi Adam AS...
 
Wahai Ayah,

Kabur pandangan pada kerut wajah,
Menyimpan derita,
Separuh usia yang menjarah,
Tersemat nestapa,
Pada langit malam ku merenung,
Bisa menggentarkan naluri jiwa,
Saat mengenang jerih perit,
Si pemimpin keluarga,
Telapak kasar itu,
Mengajar erti hakikat kedewasaan.

Oh Ayah, moga naif kudus doaku..memberkati sepanjang hidupmu..mengampuni kesalahan lalu..doaku di perantauan buat ayah di sisi bonda.
 
hukhuk...mcm xtersangke ayat Prince Charming tu akan terkeluar....



sungguh unpredictable
 
Salam dik Balqis,
Terus terang kak su katakan... kak su tak pernah ingat bila hari ayah... bila hari ibu... Terukkah kak su?
Hakikatnya... kak su selalu anggap setiap hari adalah hari ayah dan ibu... Rindu mereka selalu... :(
 
kasih ayah tidak terhingga. Selamat hari bapa kepada semua bapa di dunia.
 
'Someday I may find my Prince Charming, but my AYAH will always be my KING!'

Someday you will find someone to be your prince charming at somewhere.

Tapi kalau someday tu tak jumpa gak someone camne?

p/s:ramai pulak nak berpuisi,bergurindam,berdondang sayang
 
=>The Maiden Queens' Knight<=

Ya, itu Sunnatullah, setiap insan pasti akan melaluinya, cepat atau lambat sahaja.

=>Cikgu<=

Terima kasih cikgu, sama-sama. ^_^

=>Liyana<=

Ya, tidak terbanding!

Pinjam dari seorang kawan - 'Aqilah
 
=>Pa'an<=

Pa'an, janganlah nangis... Oleh itu hargailah ayah kita selagi masih punya peluang. Berbakti selagi boleh!! (semangat, tapi turut rasa sebak)

=>Kak Azma<=

Sambil pening-pening kepala ngadap buku, datang ilham bertimpa-timpa, alhamdulillah, lalu saya nukilkan buat ayah. Huhu, prince Charming and the King... =)

Betul, kak...
 
=>The Dreamer<=

Salam,
Huh! Nak kena denda nih! Go and read all the entries since u last commented here! ^_^

Alhamdulillah. Life's great and just fine.

Yeah, hope so too. Mudah-mudahan, InsyaAllah...

=>dkama<=

Ya, nabi Adam, bapa kita memang tidak dilupakan bila-bila pun.
 
=>Faridrashidi<=

Ustaz juga pandai bersajak. Mengapa tidak dihantar ke mana-mana akhbar? Untung-untung ayah bonda di Malaysia terselak membaca. Alangkah!

=>FarisPharmacistMuslim<=

Prince Charming - unpredictable. Yeah... ^_^
 
=>Kak Su<=

Kak Su!!! Uwaa... Ya, benar! Setiap hari pun adalah hari ayah dan ibu. Kak Su, yang penting doa dan ingatan buat mereka biar berpanjangan, kan? Mudah-mudahan mereka tenteram di sana... Ameen, InsyaAllah....

=>Fareast<=

Ya, tidak terhingga. Tidak terbanding pun! Selamat hari bapa buat semua bapa di dunia!!
 
=>Someone at someplace in something<=

Wallahua'lam, jodoh ajal semua di tangan Tuhan. Kita yang bernama manusia payah mahu persoalkan.

QS. Asy Syuura (42): 11
(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

p/s: Tak mahu turut serta? ^_^
 
sorry la..

wa tak layan sajak,gurindam,dondang sayang ni..

wa jiwa rock,heavy metal,indie..plain white TS

p/s : teringin nak jamming dan gelek lagu rock dengan M. Daud Kilau feat Iwan
 
=>Someone is I at someplace on earth in something that we called as subaru legacy B4<=

Owh, o...kay. Whatever.

Kata orang, cara penghargaan seseorang itu terhadap seni berbeza. Sajak,gurindam, dondang sayang (bukan Melaka punya ke ni?),rock,heavy metal dan indie - semuanya itu pun seni. Saya hargai minat seni awak. ^_^

Anyway, saya tak tahu pun bergurindam, berdondang sayang. =p

p/s: Kau nak jamming dan gelek lagu rock tiada siapa yang kisah, janji kau kenal bau syurga nanti. ^_^
 
seni pun tak minat..

pendidikan seni selalu dpt C

khat selalu kena cubit, tak bawa pensel

pendidikan muzik selalu kena berdiri atas kerusi,tak bawa rekoder

p/s: sapa itu kassim selamat?lawyer,majistret?..sambung sendiri..

p/p/s:ade penyanyi rock kata,penyanyi rock plg snang masuk syurga,sbb rockers jujur dlm menyanyi..hampeh
 
=>Amelina celup Mas Idayu<=

Tidak mengapa, saya juga senasib kamu. Pensil Khat dan rekoder bawa tetapi tidak berapa pandai guna. Pendidikan seni selalu dapat C, tetapi pernah dapat A.

p/s: Alah Kassim.....

pp/s: Bukan jujur sahaja dinilai Allah untuk masuk syurga (hampeh dua kali)
 
salah laa..

Kassim Selamat tu ahli muzik mak..
Apa?Tukang muzik,pantang keturunan aku ahli muzik..

Bawa ok la tu..wa pernah tunjuk kat cikgu muzik majalah asuh yg tulis haram main seruling sbb wa nak escape dari main menatang rekoder tu..tp cikgu wa senyum smbl cubit wa

p/s:sesekali sedap kena cubit
 
=>Fasha Sandha tak lawa<=

Saya tahulah sambungannya apa. Apa ertinya saya sambung ayat kamu. Saya buatlah script line lain. Kasi habis cerita... (Alah Kassimmmm - screen-take final! Action!)

Thumbs up! Kecil-kecil sudah berjiwa da'e dan hadapi pelbagai rintangan dalam usaha dakwah (i.e kena cubit) ^_^

p/s: Moga bekasnya masih ada dalam diri, seperti Bilal Bin Rabah dihempap batu tika menyatakan ketauhidannya kepada Allah. Subhanallah. Terkenang perjuangan sahabat, setakat kena cubit - apalah sangatkan? ^_^
 
hoho..stakat kena cubit..

nabi kena baling batu,wa kena `baling` ngan ayam paprik,masak kurma..

khabab berbaring atas bara sampai melecur belakang,wa berbaring sakan atas tilam sampai tido mulut berbuih

kalau khabab tanya pada nabi bila islam nak menang, nabi kata itu tergesa2..

kalau camtu,dengan wa makan best,tido best..kalau wa tanya benda sama gak..campak wa masuk gaung dulu
 
No more comments

hoho..wa menang..
 
wa dapat tau dari agen wa yang memantau dunia internet ni, tuan punya blog nak cari identiti wa..

lupakanlah..wa datang niat baik,bila perlu wa datang

memang takkan dapat cari,i am always one step over u
 
=>Wa lagi hensem dari Zed Zaidi<=

Alhamdulillah, dah sedar diri sendiri.
(Sejuk perut ibu mengandung!)

Terima kasih kerana turut menyedarkan yang turut membaca. ^_^

Kata seorang guru;

"Believe it or not, we were born Muslim! And Alhamdulillah, we are still Muslim now. So don't take it for granted. Do something with your Muslim's title. What's a title for then?

Do the physics yourself, dude!

p/s: Jadi teringat sebuah kisah dalam banyak-banyak kisah sahabat yang diceritakan seorang sahabat kepadaku tentang sahabat Nabi bernama Khabab ini. Katanya, asal makanan kebab adalah daripada kisah Khabab berbaring atas bara api sampai melecur. Sehingga hari ini, masih terpinga-pinga, "dia nak buat lawak dari kisah sahabat ker atau memang kisah benar?"

Sekadar berkongsi, alang-alang sudah lama kamu melepak di sini. ^_~

=>Subaru Legacy B4 2.0GT<=

Rasanya orang yang sama untuk semua komentar di atas. Saya hargai kedatangan kamu ke sini. Moga niat baik kamu benar-benar membawa kebaikan di sini!

"kokoro ga yashashikute, kono kome ga buroguru ukiuki ni narimas"

p/s: Baik jangan ketawa!
 
Sama mungkin tak serupa..

serupa mungkin tak sama..

berbeza mungkin tak sama..

tak sama mungkin berbeza..

lain mungkin berbeza..

berbeza mungkin ade lainnya..

wa datang suka-suka,wa datang aman,kalau nak wa pergi pun wa boleh pergi aman..(moga wa mati pun dalam aman dan iman)

i'm just mr nobody..

p/s: cakap bahasa ape tu?wa tak faham..tak baik mencarut kutuk wa..wa bantah PPSMI
 
=>Subaru Legacy B4 2.0 GT<=

Terpulang. Sesiapa sahaja boleh datang dan bercerita berceriti di sini. Blog ini bukan hak milik saya sepenuhnya melainkan dengan izinNya jugalah saya dapat mencoretkan apa sahaja di sini. Satu anugerah dan nikmat Tuhan buat saya.

Hidup di dunia sangat sekejap. Semua pun pinjaman semata. Saya pun sekadar singgah di blog ini dan melontar kata sepatah dua. Barangkali saya pun tiada siapanya di sisi pengunjung-pengunjung yang sering datang menjenguk ke sini.

(Terkesan melihat video pengebumian saudara seperjuangan Allahyarham Ammar Zulkifli - pelajar tahun tiga perubatan. Rasa kematian itu tersangat dekat)

Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita semua, ameen.

p/s: Hatinya baik (hati kamu), jadi komentar-komentar kamu di blog ini menceriakan/memeriahkan blog ini juga. (Ah, saya tidak pandai berbahasa nihongo, barangkali ada salah pada tatabahasanya)

Semoga kita semua mendapat kebaikan daripada tiap-tiap apa yang kita lakukan. ^_^

Saya hargai kedatangan kamu ke sini, Subaru Legacy B4 2.0 GT.
 
siapa Subaru legacy B4 ni cik balqis..

saya nak berkenalan dengan dia boleh?
 
=>Proton Exora<=

Wallahua'lam, Encik Proton.

Silalah, buatlah macam rumah sendiri tapi jaga adab sopan dan budi bahasa. Itu sahaja.
 
kepada encik/cik/tuan/puan/datuk/datin proton exora..

wa tak layan kereta proton

kereta idaman wa kereta subaru
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!