Wafeya

Life is a serious matter.

Tuesday, February 09, 2010

Alhamdulillah

(seloka - menginjak setahun lagi usia, semoga Allah berkahi)

Alhamdulillah.
Ini tangan.
Ini kaki.
Ini muka; ada mata, ada hidung, ada mulut, ada telinga.

Alhamdulillah.
Dua rongga kembang kempis dilebuh sang hawa.
Dua nadi pun tak jenuh berdenyut mesra.

Alhamdulillah.
Masih punya lengan,
cukup lima jari, cukup hujung indera sentuhan,
dipinta; tak terlanjur salah pegangan.

Alhamdulillah.
Masih punya kaki,
bisa gerak, bisa lompat, bisa jalan terus… berlari,
kejari bas 'tuk ke kuliah tiap pagi,
jua tak lemah lesu waktu bertemu-Nya lima sehari.

Alhamdulillah.
Masih bisa melihat,
indahnya alam ciptaan Illahi.
Walau sering buta mata hati,
merenung dan menaksir hakikat diri.

Alhamdulillah,
masih bisa berkata-kata.
Ya, kadang rampus lagi cempala tak susun kata,
atau gapil lalu muncung tak tentu hala,
tapi harap; terus reti dan mengerti,
mengalun sendu kalam-kalam suci.

Alhamdulillah.
Masih bisa mendengar,
tatkala dibacakan peringatan serta khabar,
walau sering halwanya jauh tersasar.

Alhamdulillah.
Hadiah dari Tuhan.
Cukup; tak pernah Dia minta perkiraan.

Pun begitu,
Sekali sekala Dia terkadang mengambil apa yang pernah diberi,
seraya ingatan bahawa tidak selama nikmat kita kecapi.
Terima kasih Tuhan,
Kerana ‘menghidupkan setelah mematikan’.
*
Senyum simpul,
Wajah basi-basi,
Mata sepet tak buka lagi.
Alhamdulillahi rabbil a’lamin!

Balqis
09022010
Simferopol Darul Rahmah,
Ukraine.


Satu DUA tiga EMPAT,
hanya nombor tanpa firasat.

Semilang dua lapang nang,
terus melangkah susah dan senang.

(^_^)V

InsyaAllah,

26 buah bicara:

assalamualaikum balqis dan selamat ulang tahun kelahiran! kakchik rasa hari ni birthday balqis kan? syukur alhamdulillah sebab menginjak usia dalam keadaan sempurna segalanya.

semoga Allah permudahkan perjalanan hidup balqis.
 
salam, mukabuku nya tiada? dan disqus di tumblr juga tiada kelihatan. mujur di tempat asalnya perkenalan barukisu ini tidak dibuang bahagian komentarnya.

selamat menambah usia untuk seorang kenalan maya ini. moga setiap umur yang telah diinjak, lahir sekalian manfaat bersamanya. dan satu pesananku, mati itu kian hampir. selari hampirnya umur kita meningkat setiap detik. moga tiap kita makin lapang hadapinya.

haa, panjang bagai tulisan kali ini.seakan ingin membuat post pula di bahagian komentar ini.haha.maaf ya. teruja kerna telah lama "On Gathering Thoughts" ini tiada contengan ku.maaf.

sekali lagi, С Днем Рождения Dr. Balqis (insyaAllah). mohon izin ya memanggil gelaran Dr. itu. kata itu doa bukan.haha.

salam dari ceruk moscow.
 
selamat hari lahir balqis...!
elfaeza
 
Anonymous
assalamualaikum wbt!

wah selamat ulangtahun kak balqis!!

semoga usianya diberkati ya :)
 
Suatu ketika saya tak mengerti apa itu usia dan hari lahir. Sehinggalah menginjak dewasa.

Tatkala itu persepsinya berubah dan semakin berubah. Alhamdulillah. Berkahilah dia, saya dan sekalian umat Islam. Mari baca surah al-asr.
 
Waalaikumussalam kak chik, terima kasih atas ucapan dan doanya. Alhamdulillah, masih diberi peluang merasai tiap titis dari nikmat-nikmatnya, syukur. ^^ Amin Ya Robb.

Salam Dinie, mukabuku dinyahaktif seketika untuk memberi laluan kepada pembelajaran. Disqus di Tumblr tidak tahu bagaimana mahu letak konfigurasinya setelah menukar template, alahai! Ya, mujur!
Terima kasih atas ucapan, InsayaAllah pasti akan kutanam sungguh-sungguh dalam ingatan biar terbias dalam setiap amal dan perbuatan - moga-moga hari-hariku seterusnya dalam amal kebaikan jua - bahawa mati itu tersangatlah dekat, aku tidak harus berbuat walau sekelumit pun jahat.

Tak mengapa, blog ini juga semakin lama menjadi semakin bosan kerana kurang dikemaskini, aduh!

Spasiba Dinie! Ya, silakan. Moga-moga!

Salam kembali dari ceruk Simferopol.
 
Anonymous, terima kasih. elfaeza?

Liyana, waalaikumussalam wbt. Terima kasih atas ucapan!

Ustaz, amin ya Robb...
 
ohh. boleh juga kalau nak ditengokkan disqus pada tumblr itu. rasanya boleh bantu. tapi itulah, perlulah ditukarkan password barukisuglimpse itu dahulu.
 
Balqis...happy belated besday...may ALLAH bless u..wishh all ur dreams cum true...=)
 
Balqis,
Happy belated birthday juge...
have a great years ahead...
 
salam ya ukhti,.
mungkin masih belum terlambat ntuk sy wish selamat hari lahir,.
moga sukses slalu, dipanjangkan usia n dimurahkan rezeki,.
semoga sentiasa dibawah naungan rahmat Illahi,.
selamta hari lahir,.

{bape usia ek?? bley tau?? huhu}
 
Happy belated birthday.

Moga hari mendatang dilalui lebih baik..
dengan bekalan pengalaman hari semalam.

moga sihat-sihat, tenang-tenang, bahagia-bahagia selalu!
 
Dinie, terima kasih. ^^

Husna, thank you... ^^ Amin ya rabbal a'lamin...

Faiz, thanx... InsyaAllah. ^^

Miss Fairytopia, salam kembali. Terima kasih atas ucapannya... Umur saya? Ada saya beritahu dalam pantun dua kerat di atas. Hehe...

Haniff, terima kasih. ^^ Moga-moga, InsyaAllah. Amin ya Robb!
 
salam ya, moga Allah merahmatimu. Ayat last yang best tu, semilang lapang nang :)
 
abuya, lama tak nampak. ^^ InsyaAllah, terima kasih atas duanya. Hehe... ghoyak skit deh... ^^
 
salam..
24 thun??
kalau betul, kre kne pggil kak balqis la ni ek??huhu
no matter what, fini doakan yg terbaik untuk kak balqis..
take care of urself kt tmpt org tu..
May Allah bless u!!
 
n psal bku2 tu,yup, mmg da bce pn..
engat crite tu, trengat plak mse duk oztel dlu..
msing2 brebut ble ad novel bru..
haha, mcm2 ragam ble duk sme2 kwn2..
 
salam ziarah..... :)
 
Anonymous
Salam Fini, yupsie... ^^ Kakak ya? Hehe... Terima kasih atas doanya Fini, InsyaAllah... Fini pun jaga diri ya walau di mana berada. ^^ May Allah bless you too!! Fini peminat buku juga? Samalah kita. ^^

Faiz Solehan, terima kasih atas ziarahnya... ^^
 
sesame balqis...... :)
 
Anonymous
salam..
alhamdulilah, kita masih hidup, masih diberi peluang untuk siapkan diri untuk alam seterusnya..
when people come to me and ask: how are you?
when i in the bad mood,i used to say: alhamdulilah, i'm still alive?
for me at that moment, it doesn't matter whether i'm healthy or not,sad or happy, as far as i'm still alive means i've still have change to prepare myself to the next world..

hehehehe..

by the, salam kenal saya dari bumi malaysia kepada anda di bumi unkraine...

wsalam
 
Salam Faizal, alhamdulillah. You're right. Hargai waktu-waktu yang masih diberi Tuhan kini. ^^

Salam kenal kembali dari bumi Ukraine yang asalnya tak lupa dari bumi Malaysia juga.

Wassalam.
 
salam kak balqis..
yup, kne lah pggil akak..
beza umur kita 4 thun tu.. huhu..
hm, minat tu, tkde la sgt, tp boleh la ckp cmtu..
skang ni nga bace cite 'mgintai cinta khalifah', karya novelis yg tulis 'warkah cinta berbau syurga'..
hm, btw, nk mntk doa akak ntuk result Fini sok..
Result stpm akn kluar esok..
Akak doakan yg terbaik ya..
 
Salam Fini...
4 Tahun? Wow, nowadays dapat banyak kawan yang umurnya sebaya ukhti... ^^
Owh, akak dah pernah baca 'warkah cinta berbau syurga', mengintai cinta khalifah? Menarik tajuknya...
InsyaAllah Fini, semoga beroleh keputusan yang cemerlang, amin!
(^_^)V
 
Salam :)
Alhamdulillah. Syukur..
Selamat harilahir :)
 
Salam kembali Hana...^^
Alhamdulillah, terima kasih...^^
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!