Wafeya

Life is a serious matter.

Friday, March 19, 2010

Sepele: tentang sarapan dan sejarah



Sering dalam hidup, kita harus membuat keputusan; dari hal-hal sepele seperti membuat sarapan hingga hal-hal sepenting masa depan. Tak selalunya pula sarapan yang tersedia adalah sebulat-bulat salinan fotokopi bayangan imaginasi yang terhimpun enak dari memori indera bau, lihat dan rasa. Pun begitu, kita terpaksa jua santap dan habisi, lambang memikirkan bahawa syarat-syarat sah menjadi sahabat syaitan adalah dengan sewenang-wenangnya membazir. Itu. Natijah dari resepi yang salah. Lalu, bagaimana dengan keputusan yang lebih besar? Te…ntu tidak semudah menyedia sarapan. Kerna, hari pagi dan sarapan tak pernah ada sejarah. Dan sejarah, tak pernah wujud saja-saja; hadirnya sentiasa membuat kita ingat tentang masa lalu sekuat mana pun kita cuba melupakan. Mengelak dalam membuat keputusan, dunia akan mengenalmu sebagai pengecut. Mencuba, dunia akan mengenalmu sebagai pemberani. Ihsanlah dengan setiap pilihan. Kerna dari setiapnya, akan ada sebuah sejarah tercipta. Tak ada yang tahu natijahnya melainkan Dia. Untuk kekal tersimpan di hippokampus, tentu kau mahu sejarah yang manis-manis bukan?

Jadi, apa kaitan sarapan dengan sejarah?

Entah.



Rindu rasa pedas,

14 buah bicara:

Perkara yang tak manis pun kalau jadi sejarah pasti akan manis jua... PEACE...
 
salam..

Akhirnya..selepas betul2 berjanggut saya tunggu..ha.

hidup sentiasa mengintai ruang memberi pengajaran.
terkadang, kita merasai yang luar biasa dalam menjalani yang biasa-biasa sehari-hari.

'adakah kamu tidak memerhatikan'...
 
Dkama, betul. Tak ternafikan sejarah yang tercipta kerna kenakalan, biarpun pahit awalnya pasti mengundang manis saat menjadi kenangan. Pun begitu, yang tercipta atas salah perkiraan, bisa menjadi sembilu penyesalan seumur hidup. Ah, tapi itulah kehidupan, bukan? Pengalaman - dari situ kita belajar. PEACE (^_^)V

Haniff, salam kembali. Maaf dik, tak ada alasan terbaik bisa diberi. Benar, banyak perkara dalam hidup yang tidak pernah terdugakan. Siapa bisa menerka rahsia Tuhan. Setiap rahsia pula, ada sesuatu yang ingin diajarkan - berani atau tidak untuk diajari? Nah, setelah memerhatikan, tanya fatwa hatimu dan tentukan. ^^
 
Tiada apa yang bisa dituturkan. Sejarah mengajar hidup untuk hari ini dan masa depan.

Yang pastinya, semakin merindui nasi Malaysia seperti di atas.
 
balqis

lama tidak menukilkan rasa untuk tatapan akak di sini ya.
sibuk barangkali.

sarapan pagi dan sejarah?
mestilah berkait dengan sejarah masing2.
pada akak lempeng dicicah sambal, menyingkap sejarah lama akak bersama emak dan abah di berek polis dulu...
 
Ustaz, er tidak mengapa. Sekadar mahu bicara bahawa setiap keputusan ada konsikuensinya. Itu sahaja. Di Mesir tak adakah ustaz? Dengar cerita dari sahabat-sahabat yang ke sana, makanan mewah-mewah belaka, ada restoran Pattani dan restoran Melayu lain banyak jugakan? ^^

Kak, maafkan saya. Sibuk itu tiadalah sangat. Cuma fokus kepada blog sudah berkurang. ^^ Wah, tentu kenangan paling manis bagi akak, kan? Rindu untuk bersarapan bersama keluarga. Terima kasih kerana masih lagi sudi singgah kak walaupun sudah lama tidak dikemaskini. Terharu.
 
salam kak balqis
dah lama tak singgah ke sini.
pilihan kita hari ini akan mencipta sejarah untuk hari depan.

bimbang tersalah pilih.
apa pun semua itu pengajaran.

kecur liur. mahu nasi lemak sambal kerang satu!
 
Liyana, salam kembali. Betul-betul. Justeru buat keputusan betul-betul. ^^

Eh, tambah dua ya, dan teh 'o' ais limau satu!
 
Memang ada, tapi kebanyakkan di Kaherah. Bukan di Tanta. Di sini hanya ada kedai Indon sahaja.

Tetapi masakannya tak seperti Malaysia, yang ada lengkuas, serai, belacan dll.
 
Ustaz, oooo. Indon pun okay juga. Ada bakso tidak?
Betul, betul. Di sini pun ada restoran India dari India yang jual nasi lemak - sama tapi tak serupa. Buat sendiri lagi sedap. ^^
 
lapar lah saya saat tengok pic tu
 
Pesona Muslim, sebab laparlah maka saya buat entri ini. Huhu.
 
Ada bakso juga, tapi bukan bakso cinta ya! itu hanya imaginasi saja.

"Ustaz mau bawang putih enggak?" Kata seorang mahasiswa Indonesia yang menjual dari rumah ke rumah.

"2,3 minggu nanti datanglah.." Jawab saya sambil tersenyum.
 
Huhu...

Wah, kok mudah ya dapat bawang putih di sana? Alhamdulillah... ^^
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!