Wafeya

Mata ke bumi, hati ke langit

Wednesday, November 09, 2011

Separuh dari kita

(Yang aneh-aneh tentang kita - dan pilihan hidup kita)




Sebab sedang malas. Yang mana malas itu adalah sifat paling keji dalam sejarah hidup manusia. Tidak membangunkan, tidak membina. Kau tahukan, sifat ini hukumnya pemusnah. Perosak. Penghancur. Anai-anai pemakan tamadun ummah. Sebab itu kau menulis. Kau harap dengan menulis, kau menjadi tidak terlalu pemalas. Justifikasi pelik ini kau harap dapat menyedap-selerakan hatimu. Terbaik. Maka ini kau sedang mereka-reka -

Lalu apa kata sahabatmu tentang sifatmu yang pemalas, tidak keruan dan haru-biru tanpa arah tujuan ini?

Saat kau mengeluh padanya tentang masa depan hidupmu yang sepertinya akan bakal hancur dan terbantut akan kerana kemalasanmu memajukan dirimu, apa katanya?

Saat kau katakan padanya yang kau tidak lagi menaruh harapan besar, tidak lagi mahu berimpian, tidak yang entah-entah dan apa-apalah hanya kerana sebenarnya kau malas, apa katanya?

Katanya mudah. Dan kerana kau malas, kau memang tidak memikirkannya langsung.

Katanya - hey, kau bertuah. Kau bertuah kerana telah berada di jalan yang baik, dikelilingi orang bagus-bagus. Berapa ribu juta lemon orang yang menginginkan berada di tempatmu, tetapi kau dengan segala kebesaranmu ini mengeluh? Ya, kenapa ya?

YOU have the chance to learn.

Di saat semua orang sedang berusaha, apa alasanmu untuk tidak berusaha?

Mata ke bumi kawan, biarlah. Tapi hati, hati halakan ke langit. Di situ, jalannya lebih terbentang luas.

Yang anehnya - si penasihat inilah yang lebih-lebih tertekan dalam hidupnya. Benarlah, lebih tertekan, lebih terbentuk.

**
Terinspirasi; lagu watak -Hafiz




Don't let dreams be just dreams, ayuh!

Negeri 5 menara


Bacalah buku ini. Dan rasakan betapa kerdilnya diri - sekarang.


Benarlah. Orang-orang yang hebat, menulis dan bercerita perkara-perkara yang hebat.

Rindu pada buku, ilmu, imtihan (dan rindu pada rasa tersiksa menela'ah untuk imtihan)

Rindu ada impian, ada azam, ada cita-cita.

Rindu belajar. Dan zaman belajar. Zaman dibimbing dan diasuh.

Rindu guru-guru.

Rindu melanggar disiplin. Ooopps.


************************************
* Tidak sabar menunggu filemnya keluar.
** Dah lama beli, baru boleh baca. Alhamdulillah masih punya kesempatan membaca. Sebab jiwa kacau, hati runsing, fikiran celaru - pergi lari baca buku. Terapi membaca. Keluar ke dunia lain. Kembali ke dunia asal dengan semangat baru.
*** Seterusnya - Ranah 3 warna.
**** Tahu. Patut tumpukan pada kerjaya sekarang dan pembinaan kerjaya yang 'baik'. Tapi penat. Penat sangat dengan dunia. Statik. Radikal seketika. Istirehat. SEKETIKA.


“Kun fayakun, maka awalnya awan impian, kini hidup yang nyata. Jadi jangan pernahkan remehkan impian, walau setinggi apa pun. Tuhan sungguh Maha Mendengar”. - A. Fuadi


Masih belum hebat, tapi masih belum terlambat. InshaAllah. Ikhlas ya.

Wednesday, October 26, 2011

Suka baca puisi malam-malam dan bila hujan




Teruslah bergerak seperti jantung.
Tak butuh disebut-sebut,
tak butuh dipuji-puji,
dan tak butuh disaksikan.
Terus bergerak, terus bergerak dan terus bergerak.
Hingga Allah sendiri yang memutuskan kapan harus berhenti.

Saturday, October 08, 2011

Saku kering rasa



“Apa yang kau tangkap dari suara hujan
Dari daun-daun bugenvil yang teratur mengetuk jendel.
Apakah yang kau tangkap dari bau tanah
Dari ricik air yang turun di selokan”
― Sapardi Djoko Damono

Saturday, July 16, 2011

Umbilical cord

Selalu dengar orang anak lebih daripada sepuluh. Kagum. Serius. Tabik juga. Atas ketabahan. Dan er... atas kesuburan. Tahniah. Anda dikurniai Tuhan dengan rezeki anak yang melimpah ruah. Tabik juga lagi. Anda mampu untuk membesarkan kesemuanya dengan baik. Oh, ini bukan soal wang. Ini soal didikan dan asuhan. Dan juga soal er... mengandungkan kesemuanya (yang lebih dari sepuluh orang itu) selama sembilan bulan, lebih atau kurang beberapa hari. Sungguh. Anda antara orang terhebat. Dan dipilih Tuhan. Hey, bukan satu tugas yang mudah, kan. Senyum dan kenyit mata. Tanda saya faham.

Ada satu lagi. Terlebih dari buat saya kagum. Tuhan itu Maha hebat. Maha kaya. Lebih dari rasa kagum itu apa ya? Subhanallah. Subhanallah. Maha Suci Allah. Involuntary subfertility for 19 years. That one in her abdomen (more specific as them doctors called it - uterine) now is very precious. Very, very precious. Not a darling bud in May. Not a single wild rose in the dark forest. Its the one sun that brighten the day and the night (of course thru the reflection of the moon). Their soon born child. Subhanallah. Orang paling hebat. Paling tabah.

Setuju? Kau HARUS setuju.


B: Paling suka bila mahu potong tali pusat. "Puan, selawat ye puan, nak potong tali pusat ni..."

Sunday, June 12, 2011

Duka Tuan Bertakhta



"Masyghul sangat hatiku melihat manusia ini. Hidup di dunia tidak, akhirat pun tidak, duduk dengan mengeraskan hawa nafsu sendiri sahaja. Seperti kata Arab: jahil murakab, ertinya jahil bersusun dua kali, bodah sekali, bodoh tiada tahu, dua kali bodoh, orang memberitahu pun dia tiada mahu turut." kata- kata Munsyi Abdullah terhadap orang Melayu Singapura.



Tuhan, datangkan rasa berdosa itu cepat-cepat...

Sunday, May 22, 2011

Jonah

(Dalam ruang lingkup seorang houseman junior)

Memang mengerikan. Dari mana asalnya perkataan 'jonah' ini? Pertama kali mendengar, sungguh ia bunyi yang tidak menyelerakan di ruang halwa telinga sesiapa pun. Siapakah jonah? Atau setepatnya apakah itu jonah? Apa pun ia, jonah bagai sumpahan tujuh keturunan ke atas diri mana-mana pengamal perubatan yang sedang membuat tugas atas panggilan. Perkataan ini sungguh puaka, jangan disebut-sebut ketika kau sedang oncall. Bala! Bala!

Bayangkan dirimu menjadi pembawa sial. Begitulah lebih kurangnya menjadi jonah. Cuma, kesialan itu dipandang dalam keadaan yang lebih terhormat. Lebih profesional. Namun, tetap juga sial. Heh.

Jonah merupakan istilah dalam komuniti masyarakat perubatan di Malaysia yang sering ditujukan kepada orang yang mengundang banyak pesakit atau banyak penyakit ketika dia sedang menjalankan tugas atas panggilannya. Sungguh sial bukan maksudnya? Sungguh mengerikan.

Biar kuringkaskan sahaja jonah ini kepadamu; kiranya sewaktu kau oncall, tiba-tiba;

1) Banyak kemalangan jalan raya terjadi
2) Pesakit darah tinggi, semakin tinggi darahnya
3) Pesakit kencing manis, semakin tinggi kadar gulanya
4) Pesakit jantung, semakin gagal jantungnya berfungsi dengan baik
5) Banyak kejadian rompakan, serangan gangster, samseng, pukul-pukul orang
6) Banyak kecederaan domestik; terjatuh kerana lantai licin, pitam dsb
7) Banyak kecederaan industri; tercantas tangan ketika sedang berkebun, terpotong jari ketika sedang kendali mesin, dihempap mesin pengangkut barang dari belakang...
8) Kanak-kanak pula memilih untuk terjatuh ketika bermain di waktu kau oncall
9) Banyaknya referrals yang bukan-bukan dari hospital-hospital lain, atas alasan yang kadang-kadang kau rasa hospital itu tidak sepatutnya dibangunkan langsung (seperti tiada fungsi)
10) Lebih ringkasnya lagi - pesakit apa pun; tiba-tiba penyakitnya menjadi teruk dan harus dibawa ke hospital berjumpa doktor (dan kaulah doktor yang sedang oncall ketika itu)

Cukup sepuluh. Tidak mahu menambah kengerian itu menjadi berganda. Itu barulah sebahagian dari sumpahan 'jonah'. Sumpahan jonah boleh juga datang dalam bentuk yang lain seperti; datang dari wad di bawah tanggungjawabmu -

Kisahnya, saat itu tiba-tiba pesakit di katil 15 tidak cukup nafasnya, kandungan oksigen turun secara mendadak kerana paru-parunya memilih untuk tidak berfungsi dengan baik ketika kau oncall. Di saat yang sama juga, jururawat memaklumkan tekanan darah pesakit di katil no 6 turun mengejut (mengejut dan mendadak adalah dua kawan baikmu ketika oncall) walau setelah 5 bacaan diambil (yang kau suruh jururawat itu ulangi sementara kau menganalisa keadaan pesakit di katil 15 tadi).

Pesakit di katil no 6? Bukankah dia sudah boleh pulang? Kau tidak sempat memikirkan semua itu kerana ketika itu, bacaan oksigen pesakit katil 15 turun lagi, kali ini tidak naik-naik walau telah kau naikkan skala ukuran tiub topeng oksigennya kepada tingkat tertinggi. Membaca keadaan, kau tahu pesakit ini tidak akan lama. Baru hendak mengangkat telefon untuk memakumkannya kepada bossmu (ia harus dilakukan dalam keadaan tercepat dan terpantas seperti ada bom masa yang akan meletup kalau kau lambat sedetik) jururawat yang tadi dengan baik hatinya memberitahu, (IV) intravenous line untuk katil 6 baru sahaja dicabut petang tadi kerana, dia kan boleh pulang? Bagaimana sekarang mahu memberi intravenous fluid untuk menstabilkan tekanan darahnya, sementara kau berjuang melawan takdir (memang selalunya kau akan merasa seperti melawan takdir) untuk memastikan pesakit katil 15 dapat kembali bernafas seperti normal? Klimaks kepada kisah ini, jururawat yang bekerja shif malam itu tidak tahu langsung memasang IV line kerana dia merupakan jururawat baru yang tidak pernah mendapat latihan seperti jururawat lama-lama dahulu. Memangnya begitu malang, bukan? Tersenyumlah dikau dalam kelat. Esok pula ada passover (membentangkan kes-kes yang masuk wad malam ini kepada pakar-pakar agar morning ward round tidak perlu lama) - public execution zaman milenia, kata kawanku!

Tuhan!! Hanya dua. Hanya dua pesakit cukup untuk menguji. Kau pejam mata, seakan-akan berdoa meminta dikuatkan (sebenarnya sedang melawan kantuk yang mengetuk-ngetuk belakang kepalamu - berat). Tidak. Jonah mematahkan langsung lagu 'Patah Hati' nyanyian Saujana - bukankah Tuhan, jadikan malam, untuk beradu menanti siangggg....

Bagaimanakah boleh jonah? Tiada siapa yang tahu bagaimana jonah ini boleh mendatangi seseorang. Beberapa teori telah dibuat berdasarkan pengalaman masing-masing, pun begitu ia hanyalah kepercayaan, sekadar menyedapkan rasa hati saat diri digelar si 'jonah'. Mengikut kepercayaan-kepercayaan sedia ada (sejak aku mula mengenali perkataan ngeri ini); jonah boleh sahaja disebabkan oleh:

1) Warna baju yang dipakai orang yang sedang oncall (sangat bodoh, bukan?)
2) Jika pertama kali oncall (paling kasihan kerana kau kurang ilmu, kurang pengalaman)
3) Kau oncall bersama orang yang memang tertulis di lembaran takdir hidupnya dia adalah jonah
4) Oncall di hari-hari cuti, hari-hari perayaan dan hari rusuhan
5) Memang dirimu sendiri jonah, tidak tersangkalkan lagi. Heh. Heh.

Semakin banyak persoalan tentang jonah, semakin aneh memikirkannya. Maaf kata, ada kalanya jonah terkait juga dengan akhlak, dengan iman, dengan islam yang kau bawa pada diri. Sedikit sukar untuk merefleksi penyataan ini; cuma bayangkan seperti makanan yang dibiar lama, tidak disimpan sebaiknya, kulapuk dan kulat lebih mudah dan cepat mendiam pada makanan tersebut, bukan? Begitulah. Ia lebih kepada perhitungan antara kau dengan Tuhan. Ada sesuatu yang mahu diajar-Nya kepadamu. Sendiri muhasabahlah ketika itu; lebih tepat, renungkan ketika telah habis oncallmu yang jonah itu.

Betapa pun mengerikan jonah ini, ia tetap ada sisi baik yang jika dipandang-pandang, amatlah mulia dan wibawa rasanya menjadi jonah. Ia membuat kau sibuk; sekaligus membuat kau menjadi pantas dan cekap mengendalikan kes-kes yang tidak putus-putusnya datang. Ini semua pengalaman-pengalaman berguna yang akan memudahkan dirimu di hari kemudian nanti.

Percayalah, jangan pernah memandang jonah sebagai suatu kesusahan. Pandangilah ia sebagai medan untuk kau mempersiapkan segala persenjataanmu menghadapi medan yang lebih besar nanti.

Ya, aku selalu jonah. Terima kasih Tuhan. (Tetapi, tetap juga masih mentah)

Dan kau, kau pun belajar satu perkataan baru hari ini, bukan? Seperti aku yang terpinga-pinga mendengarnya di hari pertama aku bertugas atas panggilan, kau pun pasti terpinga-pinga biarpun setelah habis membaca entri ini sambil mengutuki penulis blog ini barangkali sedang sangap. Maaf, entri ini sepatutnya menjadi pelajaran yang berguna dan ada bau-bau melankolik sedikit (lama tidak menulis sepatutnya bermula dengan nada melankolik, bukan begitu?) tetapi ia menjadi entri yang agak provokatif. Ini semua gara-gara Andrea Hirata dan buku terbarunya - Padang Bulan/Cinta Dalam Gelas - kau harus baca, tahu.


Hidup ini, usah banyak tingkah,



*giler rindu dengan lagu-lagu yang main sendiri dekat blog ni macam berhantu. Rindu!!*

Thursday, March 10, 2011

Metastasis


‎"Bahagia, belum tentu ada di istana,
tak semestinya sarang derita di gubuk buruk"
-Mim-


Pak cik ni dah cukup bahagia dengan Al-quran dan kucing sebagai teman.

Duhai diri, apalah lagi yang dicari?

Hurm?



Dan itu sudah peringkat terakhir,

Wednesday, February 16, 2011

Nefrotik sindrom

Rindu. Betul rindu banyak benda. Tengok gambar salji, rindu pada butir-butir halus putih yang sejuk dan beku itu. Rindu rasa mahu jalan dan dengar bunyi ais hancur-hancur bawah tapak but. Rindu mahu lihat semua tempat jadi putih, pokok, rumput dan sungai yang sedikit membeku. Betul rindu. Bila lihat gambar daun coklat kuning yang gugur, rindu pula pada pepohonan maple, pada daun-daun kering yang selalu mengisi tepi-tepi jalan setiap pagi mahu ke tempat belajar. Rindu juga pada bunga-bunga yang berkembang semi tiap kali tiba musimnya. Warna-warni yang tampak seperti lukisan sedang ia lakaran terindah ciptaan Tuhan. Rindu betul!

"Doktor, dah dapat belum darah saya?"

Er, eh! Astaghfirullahala'zim....

"Eh, ye... susah betul nak cari salur darah awak ni..."

"Amik dekat femoral jelah doktor, sakit kena cucuk banyak-banyak kali ni..."

"Erm, okay..."

Kadang-kadang pesakit lebih arif. Itu antara hakikat yang perlu didepani dan diterima.

"Bismillah.... tahan sikit ye."

Dia tersenyum.

"Doktor ni doktor baru ye?"

"Erm, ya. Okay, dah. Terima kasih"

"Terima kasih doktor."

Jarang ada orang yang berterima kasih selepas dirinya dicucuk banyak kali dan darahnya diambil saban hari.

Bunga semangat sedikit berputik. InshaAllah, semoga kerja hari ini dimudahkan.


*Aku malas menulis. Nanti aku sambung ya. Tisbah a'la kheir.*




Tapi benar aku rindu,

Tuesday, February 15, 2011

I dont celebrate bithdays, I celebrate Maulid; Everyday!

Bismillah Alhamdulillah

Assalamualaikum Ya Muslims of the world

I hope that you are in great state of health and Iman.
As I can see, the season of Maulid is here. Yes, people are celebrating. We do dzikir, recite Qasidah, read the Quran, pray in Jemaah attend Haul…so on and so forth.

However I also can see some of us saying Celebrating the birthday of Rasullullah SAW is bidaah and should not been done. Some even result to being critical and hating this event. I hope that they dont hate the people that attend these events.

You see, we Muslims are fragile. We love Nabi Muhammad SAW more than we love ourselves. I myself am in love with Rasulullah SAW no doubt about it. But what have we done that we can be proud of to say that we love him? His sunnah? Do we even do all of his sunnah? His actions, his treatment of other, his ibadah, his mannerism, do we even start to think of him when we look into ourselves?

Thus some think that we can live and celebrate his life by celebrating Maulid on the 12th of RabiulAwwal, and thats it. Some thinks that all those who goes to Maulid on the 12th Rabiul Awwal thinks like this.

People talk about bidaah. I talk about sahabah. You need to see the context. During the time of sahabah, they celebrated his existence everyday, fought by his side, followed his footsteps,exemplify him. Now look at us. Some even disown those who go to these celebrations as their brothers and sisters in Islam.

Ya Rasulullah, Maddad , Maddad Ya Rasulullah. Your Ummah needs you!

I shall stand for unity of this ummah. I am not a Salafi, nor a Wahabbi, nor an ahlul bidaah. I stand by the words of Rasulullah SAW, the Quran, and the sunnah of the prophets. I love poetry, I love Qasidahs too. I sing it everyday actually. So as for me what ever makes me happy is to think and exemplify him and cherish his sacrifice that he have made. From the times of Taif, to Badr, from his birth till his passing. He is the person I will fight for, die for, and live for even though I have never met him, yet.

I am here not to hate. I am here to seek peace amongst the raging Muslims. The time is near. We need to be at the best state as possible. In anyway possible. InsyaAllah.
Im not a man of knowledge, I am a man of mistakes. Allah is my strength and the goodness in me comes from Allah. the worst of me comes from myself.

The best way to live his sunnah is to be in the da`waah movement. Have you joined?
Wassalam Alaikum Ya Ikhwan

from your bro,
Muhammad hbr



Solla a'laikallah... Ya Rasulullah,

Sunday, February 13, 2011

ps. I love you



It wasn't just every year that I would want to say this.
I would have say it everyday. Every minute. Every second. Every wishful thought I had.

But sometimes I just couldn't.

Busy.
No times.
Rushing.
In a hurry.

Next time, I would always say.

When everyday, all the next times becomes another yesterdays.

I'm so, so, sorry. Really I am such an ungrateful person.

(though sorry DOES NOT justify this)

Ibu. Ayah.

Thanks for awesomely raising me this two and a half decades!




p/s: I love you,

Sunday, January 30, 2011

Entri Retrospektif



Sejak Subuh tadi, hujan masih belum berhenti
Kabus masih membungkus
Perbukitan masih sepi
Ada kisah yang panjangkah?

Begitu

(Apokalips hati)


Tiga bulan. Dan esok-esok pun akan hadir sehingga sampai waktu dinobat sang pengamal perubatan yang unggul. Sehingga saat itu, apa yang paling teruji? Waktu? Tenaga? Harta? Kesabaran? Kekuatan? Ketokohan? Kredibiliti? Pengetahuan?

Tidak.

Melainkan yang satu itu.

Sungguh, sakit itu paling tenat sekali. Sesak, benar dia sesak. Sempit, lebih sempit dari salur pernafasan si penghidap lelah yang kronik. Lumpuh, dia lumpuh. Dan saraf-saraf yang mati itu tidak bekerja lagi, berdiam di tempatnya. Menyepi, gelap, terlindung dari cahaya. Iya, sudah matikan?

Ada bahagian-bahagian yang tersumbat itu, pecah memecah berlari-lari sehingga ke terowong-terowong paling kecil, menyulitkan lagi pergerakan. Dan cahaya pun tidak sampai. Putus terhenti atau tidak mahu sampai lagi - dia tidak tahu.

Begitu Tuhan menguji.

Malap, semakin malap. Padam dan terus lenyap (?)

Allah!!!!

Melainkan yang satu itu.

Iman.

****************

In front of God,
You don’t hide the tears,
as the flow is a beauty that nothing compares,
But, you do fear too.

Of betraying yourself.


****************

+ Lain yang dirancang, lain yang menjadi.

- Sudah-sudahlah.

+ Pergi belajar.

- Baiklah-baiklah.



Ah, nefrologi - hidup tanpa buah pinggang sendiri memang memedihkan.