Wafeya

Life is a serious matter.

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Saturday, May 02, 2009

Consequence



Ada satu ketika dalam hari-hari dewasa kita - sekarang
pasti pernah terkenangkan
peristiwa-peristiwa lucu - yang buat kita tersenyum sendirian
kadangkala memalukan - yang kita tolak jauh-jauh ke belakang fikiran
atau mengaibkan - yang cuba kita lupakan buat selamanya
segala peristiwa
yang pernah kita lakukan
sewaktu kecil
tika remaja
yang waktu itu
tidak pernah kita fikirkan
sebab dan akibatnya
naif, kata orang
melulu, kata mereka
'tak pernah nak fikir ke?' tanya ayah
'apalah yang ada dalam kepala otak budak ni?' keluh ibu
pun begitu
tidak kita endahkan
asalkan kita bahagia
dan merasa puas
ya, zaman kanak-kanak yang riang
siapa yang pernah fikir dahulu sebelum buat?
Alangkah!
Bukan salah kita.
Rupanya bahagian otak paling lambat bertumbuh
adalah bahagian
yang menimbang baik dan buruk;
kesan dan akibat -
itupun sempurna setelah
21 tahun umur kita.

Kita memang naif!



Tersenyum, teringat kisah-kisah lalu...

Wednesday, April 29, 2009

En Forensique I : The Encounter

Pagi itu saya ke kelas seperti biasa, tetapi sedikit lewat memandangkan kelas pada hari itu hanya terletak di belakang hostel. Kelas, atau setepatnya rumah mayat. Ya, saya akan memulakan cycle Forensic Medicine. Apa yang mahu dibayangkan? Oh, saya tidak tahu.

Setiap kali sebelum ke kelas, bersedia atau tidak dengan topik yang akan dibincangkan pada hari itu, saya tetap meletakkan mode bersedia sebagai penyedap hati. Bermula dengan yang positif, kononnya! Tetapi habislah kalau tiba-tiba disoal guru, ilmu pula bagai di hujung kail, ditarik-tarik tak dapat, ditunggu-tunggu tak tiba. Kadang-kadang kalau bernasib baik, kerana nama saya letaknya yang pertama dalam senarai nama pelajar, maka yang disoal adalah satu dua muka yang pertama yang mana, sempat saya selak-selak sedikit malam sebelumnya atau tadi sebelum guru masuk ke kelas. Itupun usaha jugakan?

Tidak apa, pembelajaran menjadi lebih berkesan kalau kita sering membuat salah dan dibetuli guru. Betulkan? Ia lebih tepat menusuk masuk terperangkap dalam neuron-neuron yang baru terbentuk demi menyimpan seciput memori kecil itu. Harap-harapnya bertahan sampai ke tua! Tetapi jangan selalu sangat membuat salah, nanti guru pun tak pandang, kita pun terkapai-kapai dalam kesesatan yang nyata. Dunia hari ini, manusia sering berlumba-lumba, ke hadapan dan terus berlari ke hadapan. Sedangkan masa yang ada tidak banyak, aduhai!

Tambah-tambah pula cycle Forensic ini kerap kali dibesar-besarkan cerita, merupakan cycle yang paling digeruni sekali dalam sejarah pembelajaran perubatan selepas subjek Anatomy dahulu di sini. Yang digeruni malahan bukanlah mayat yang harus didepani dalam proses memahami prosedur autopsi itu, tetapi adalah buku teks setebal 463 muka surat yang perlu direbus, diperah dan kemudian diminum airnya. Ertinya, setiap hari dalam seminggu lebih ini harus baca (dibaca: baca, fahamkan dan ingat dalam satu malam) sejumlah 70-90 muka surat paling banyak kerana soalan guru tidak terjangkakan dari muka surat manakah munculnya ia. Adillah juga kiranya soalan cepu emas ini datang bertandang; buku Forensic kamu baca, Al-Quran kamu baca tidak? Aduhailah jiwa-jiwa yang lemah!

Cuaca cerah elok pagi itu, tetapi sejuk tetap sejuk. Semakin bersinar matahari, semakin kuat bayu bertiup. Seakan-akan ada pertandingan bersaing kekuatan. (Oh, kamu ingat kisah pendek itu?) Saya masuk ke dalam kelas yang sudah dipenuhi oleh pelajar dari kelas lain, kali ini kami bergabung lagi dan kelas sempit itu berusaha memuatkan kami semua yang berjumlah 15 orang. Ya, kalau mahu belajar, jangan banyak rungutan nanti nikmat menuntut ilmu itu terhapus sama sekali.

“Hari ini kita akan tengok mayat!”, sahut rakanku, ceria.

Bukankah terlalu ironi penyataan tersebut dengan keghairahan yang jelas terpamer?

“Baguslah, sebab aku tak habis baca lagi”, sahut seorang rakan yang lain pula.

Ini lagi terlalu kontradiksinya. Melihat mayat lebih bagus dari membaca buku?

Walhal di dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu betapa bertahan-tahannya keberanian kami dengan doa dan zikir yang tidak henti-henti. Waktu inilah firman Tuhan dalam surah Ar-Ra’du ayat 28 benar-benar menguasai jiwa. Duhailah hati-hati yang lemah! Dan kami bergerak perlahan-lahan menuju bilik autopsi yang terletak nun di hujung sekali sambil tangan cekatan mengikat kemas topeng penutup hidung ke muka.

Apa itu mati?

Kalau imaginasi waktu kecil saya tidak salah, mati itu bererti dibungkus dengan kain putih, diangkat oleh ramai orang dan dikambus di dalam lubang yang gelap. Kemudian ditinggalkan orang sendirian, tidak lagi dijenguk untuk beberapa lama. Apabila mula bersekolah, saya belajar bahawa setelah mayat ditinggalkan orang tujuh langkah, akan datang dua malaikat maut yang namanya Munkar dan Nakir (dari namanya juga sudah gerun, bukan?) menyoal si mati dengan soalan-soalan yang sudah saya hafal jawapannya setepat mungkin waktu itu kerana kata guru, kalau tidak dapat menjawab dengan baik, akan dipukul sang malaikat dengan kuat sehingga terbenam sedalam tujuh petala bumi.

Dan setelah sedikit dewasa, saya mengerti bahawa mati itu bukan sekadar ‘pergi tidak kembali’ tetapi adalah satu perjalanan lain di daerah asing yang kita tidak diberi melainkan sedikit ilmu mengenainya. Bezanya perjalanan itu harus ditempuh sendirian tanpa keluarga dan teman, kecuali beruntunglah mereka-mereka yang siap membawa bekal amalan bersama-sama.

Lamunan terhenti saat bau hanyir menyengit mencucuk deria bau saya. Ya ampun, busuk bau bangkai manusia ini rupanya. Saya menekap tangan ke hidung yang sudah pun kejap dipakaikan mask. Tanpa disangka-sangka, rakan di sebelah menghulurkan Vicks.

“Tak tahan bau, ya?”, soalnya.

Padanlah nampak tenang sahaja dari tadi, sudah ada persiapan rapi rupanya. Saya yang terkesip-kesip menahan bau menyambut tanpa memberikan jawapan. Secalit Vicks saya sapu pada hidung kemudian menarik nafas kelegaan. Saya pulangkan kembali dengan ucapan terima kasih dan rakan saya sekadar tersenyum sinis. Cis!

Rasa sejuk mencengkam naik; membuang segala rasa yang aneh-aneh itu, saya melihat sekeliling. Mata merakam setiap inci ruang yang menempatkan dua almari besi berisi perkakasan bedah, satu almari berkaca, sebuah meja beserta kerusi, sinki dan sebuah alat penimbang di suatu sudut di sebelahnya. Bilik ini bertutup rapi, tingkap yang terkunci rapat dan hanya satu pintu untuk masuk dan keluar. Di setiap penjuru tingkap terletak gambar kecil Jesus yang dianggap Tuhan oleh orang Kristian. Hati menggerutu bingung, sudah berdepan dengan mayat-mayat ini, apakah bisa lagi berada dalam kegelapan yang zulmat? Benarlah, cahaya hidayah itu memang milik Tuhan dan Dia memberi kepada sesiapa yang dikehendakinya. Tatkala itu jua pandangan tertumpah pada objek yang berada di tengah-tengah ruang autopsi itu - yang saya nampak pertama kali masuk tadi tetapi buat-buat tidak nampak - mayat yang akan kami bedah!

Bersambunglah pula…

(Kalau saya rajin, entri ini akan ada penyambungnya. Kalau tidak, kamu buatlah cerita sendiri. Eheh!)

Maksudnya: “Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya)” (Surah az-Zumar, ayat 42).



Bisa benar, bisa tidak,

Thursday, April 23, 2009

Barukisu in Top 34 Blogs under Medical

Breaking news...

I wasn't expecting this but, alhamdulillah it did brighten up my day a little...

Barukisu was listed along in Top 34 Blogs under Medical by NetworkedBlogs.com

No. 13
10 followers
With just 5 entries on Health and Medical (though only the last three was self-made and real)
And I was listed?

Not bad -
but still,
not much

Don't ask me how it came to be there, or how was the selection done. I have zero knowledge about this. If it was by voting - then I guess, no other words could describe how much I appreciate those who'd checked this humble blog  - so, thank you very much!! I owe you a thousands more than just an appreciation.

 Click for a larger view

I guess, being in the list - together with others who are much, much more serious about writing and sharing medical stuff with their readers - mean that I too held the same responsibility. But I don't want this blog to be so medical. Some of the entries on health were meant to be light and understandable so that they can reach those who are without the medical basis easier. (Well, I do hope so)

So, that means I have to write more medical stuffs right? Or what?  =D



Confuse but happy,

Saturday, April 11, 2009

Sawan

Apakah reaksi anda andai tiba-tiba sahaja seseorang berdekatan anda jatuh sawan?



Makanan tengah hari tadi memang kurang sedap. Bukan saya tidak bersyukur tetapi rasanya benar tawar dan sedikit pahit kerana terlalu banyak bawang merah. Sambil makan, beberapa kali saya letak serbuk garam yang disediakan. Tetapi saya habiskan juga kerana sangat lapar (walaupun nasi gorengnya tinggi menggunung hampir mencecah 5 sm dan penuh sepinggan)

Saya berbual-bual sementara menanti rakan saya selesai menikmati nasi gorengnya pula (dengan bahagianya kerana saya sudah habis makan). Tatkala itulah terdengar satu bunyi yang sangat kuat datang dari arah kiri. Bunyi kerusi terjatuh; saya palingkan muka dan melihat. Seorang lelaki pertengahan umur terbaring kaku di atas lantai dengan garpu di tangan. Ketua kelas yang makan bersama sudah berada di tepinya dan memalingkan badannya ke arah sisi. Sejurus, fasa tonic tamat dan garpu yang dipegang terjatuh. Fasa clonic menyusul. Tangannya menggoncang kuat, mulutnya berbuih, matanya membulat memandang tidak tentu arah. Agak lama kemudian, (hampir 5 minit) goncangan berhenti, dia menjadi kaku dan terbaring lesu, nafasnya kedengaran kuat dan sukar; makanan yang masih ada di dalam mulutnya menghalang pernafasan dengan sempurna.

Sekalian yang ada datang membantu, (ya, mujur yang makan-makan di situ majoritinya pelajar perubatan atau doktor) tetapi tidak boleh berbuat apa-apa melainkan tunggu dan lihat. Sesetengah yang lain pula menjerit minta dipanggilkan ambulan. Tukang masak yang muncul entah dari mana cuba memaksakan sudu ke dalam mulutnya yang sudah keras dan kaku seperti terkena kancing gigi. Saya rasa itu bukan idea yang baik. Pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri, memasukkan sesuatu dalam mulutnya yang sukar dibuka boleh menyebabkan trauma. Mujur guru (juga seorang doktor) yang sedang mengajar di study room berdekatan datang dan memberitahu.

Agak lama berada dalam unconscious state (keadaan tidak sedar) - kami agak risau sebenarnya. Pesakit mungkin tertidur dan kami tidak mengejutkan; fasa koma. Goncangan yang kuat seluruh badan tadi melemahkan tenaganya. Melalui kata-kata yang saya dengar, rupanya beliau menghidap post traumatic epilepsy, sejenis sawan yang disebabkan kerosakan pada otak akibat kecederaan serius pada bahagian kepala. Dan melalui pemerhatian, beliau mengalami sawan tonik-klonik atau Grand Mal.

Lalu, secara tiba-tiba juga sepertimana ia bermula, pesakit mula membuka mata, perlahan-lahan dan melihat sekeliling. Terkejut mungkin melihat ramai orang mengelilinginya. Saya tahu, dia sedang keliru. Selalunya pesakit tidak ingat apa-apa kejadian yang berlaku sebelumnya. Setelah beberapa minit, perlahan-lahan dia minta diangkat dan mereka membawanya ke bilik berdekatan dapur. Selang 15 minit kemudian barulah dua paramedik tiba memberikan bantuan.

Saya berasa kasihan. Saya kenal orang yang jatuh tersebut. Beliau banyak membantu kami ketika kami mula-mula datang ke Ukraine. Tetapi saya tidak dapat berbuat apa-apa. Saya kira, saya amat terkejut untuk melakukan apa-apa pun tambah-tambah simpati saya lebih menguasai. Pengalaman pertama saya berhadapan kes kecemasan di tempat awam. Saya perlu lebih banyak belajar.

Sedikit perkongsian tentang rawatan kecemasan ketika sawan:

Rawatan kecemasan diperlukan jika pesakit mengalami kekejangan yang serius.

Dalam kes sawan ini, pesakit akan pengsan dengan tiba-tiba, tubuh-badan menjadi kejang diikuti dengan sentakan anggota kaki dan tangan.

Pesakit jarang mati disebabkan sawan. Sawan yang berlaku sekali sahaja tidak membahayakan nyawa.

Anda tidak berupaya untuk menghentikan sawan tetapi ada beberapa perkara yang patut dan tidak patut anda buat untuk membantu pesakit yang sedang sawan:

HARUS BUAT:

Sentiasa tenang. Jangan panik.
Anda perlu berfikir dengan jelas untuk membantu pesakit tersebut.

Perhatikan pesakit semasa sawan (turutan peristiwa, pergerakan badan dan anggota, tempoh masa sawan)

Elakkan kecederaan
Jangan alihkan pesakit.
Alihkan pesakit hanya jika di dalam keadaan bahaya contohnya di tengah jalan atau tempat tinggi.
Jauhkan pesakit dari benda-benda merbahaya.

Pusingkan pesakit ke kedudukan mengiring.
Ini akan mengelakkan pesakit tercekik dengan air liur atau muntah sendiri.

Berikan sokongan dan jadilah orang yang sensitif terhadap perasaan pesakit.
Cakap dengan tenang dan perlahan, pastikan orang lain tidak mengerumuni pesakit.

JANGAN:

Pegang pesakit dengan kuat.
Biarkan sawan itu berhenti dengan sendiri.

Letakkan objek ke dalam mulut pesakit seperti sudu atau kunci.
Ini hanya akan menyebabkan kecederaan kepada mulut dan lidah.

Berikan makanan atau ubat melalui mulut
Tunggu sehingga sawan berhenti dan pesakit sedar sepenuhnya sebelum memberinya makan.

Lakukan CPR atau resusitasi mulut ke mulut.
Pesakit tidak akan berhenti bernafas atau mati dari sawan yang sekejap.

Biarkan pesakit tidur selepas sawan.

PENTING: Dapatkan pertolongan doktor jika sawan berterusan lebih dari 5 minit.

Sawan tonik-klonik (Grand Mal)


Mahu belajar lebih lagi tentang sawan? Anda boleh tonton di sini.


Don't panic,

Tuesday, March 17, 2009

Of Cotton Buds and Wudhu'


Kita mungkin pernah mendengar fakta yang berbunyi; putik kapas tidak elok digunakan untuk membersih saluran telinga. Kali pertama saya mengetahuinya adalah daripada ibu. Bila saya bertanya sebabnya, kata ibu, tidak elok kerana berbahaya untuk telinga. Ah, bagaimana putik kapas yang berwarna putih, halus lembut dan kelihatan suci bersih itu boleh menjadi begitu berbahaya? Saya kurang yakin dan sampai hari ini, saya malah masih menggunakan putik kapas untuk membersihkan telinga.

Sehinggalah pada suatu hari, dalam subjek ENT, sang guru juga memberitahukan perkara yang sama. Kali ini pastilah bersandarkan alasan-alasan serta bukti-bukti yang kukuh lagi sahih. Kata cikgu, penggunaan putik kapas untuk membersihkan telinga memang tidak digalakkan sama sekali. Ini kerana:

1) Putik kapas akan menolak cerumen yang dihasilkan jauh ke dalam, terperangkap di hujung (sehingga ke gegendang telinga) lalu menyumbatkan lubang telinga.


2) Hujung putik kapas yang tidak melekat dengan kuat pada batangnya mungkin akan tertinggal di dalam lubang telinga dan jika tidak disedari dan dibiarkan lama akan menyebabkan terjadinya jangkitan kuman dalam lubang telinga.


3) Penggunaan putik kapas yang terlalu ganas seperti menolaknya terlalu jauh ke dalam dengan kuat berkemungkinan akan mencederakan gegendang telinga yang memisahkan antara bahagian luar telinga dan bahagian dalam telinga. Jika ini berlaku, kuman malah mudah masuk terus ke bahagian dalam telinga dan menyebabkan jangkitan dalam telinga yang sukar dirawat. Malah jika baik pun, peratus untuk berulangnya jangkitan amat tinggi. (Tympanic membrane perforation)

Putik kapas tersekat di gegendang telinga 

Kami lantas bertanya guru, samada batang besi halus bersama penyangkuk kecil boleh diguna ganti untuk mengeluarkan cerumen.
Sambil ketawa, cikgu berkata, “Tidak perlu membuang cerumen yang dihasilkan. Padahal cerumen itu mengandungi bahan yang boleh membunuh bakteria dan melindungi telinga kamu dari kotoran-kotoran luar. Ia memerangkap habuk serta memastikan telinga kamu berfungsi dengan baik. Menggunakan besi juga amat berbahaya jika kamu tidak berhati-hati, malah lebih parah jika tercedera tanpa disedari”.

Hah? Habis itu mahu dibiarkan sahaja telinga dipenuhi cerumen? Eeii… Geli juga jika dibayang-bayangkan cecair kuning malah kadangkala coklat pekat itu memenuhi lubang telinga. Pastinya tidak selesa dan minta dibersihkan segera.

“Alahai, selama aku hidup, guna putik kapas, ok jer… Asasnya, kalau pandai guna dan jaga, InsyaAllah tak jadi apa-apa”, rakan di sebelah menjawab selamba usai guru menamatkan kelas.

Ya, betul juga. Malahan beberapa pengeluar produk putik kapas menyediakan arahan di bahagian luar bekas seperti , “Never insert a cotton bud into the inner ear or nose. Keep out of children’s reach. Improper use can cause injury”. Dalam Journal of the Royal Society of Medicine, satu kajian ‘Use and Abuse of Cotton Buds’yang dijalankan di sebuah klinik ENT mendapati banyak kes yang melibatkan jangkitan telinga dilaporkan dan kebanyakan dari mereka menggunakan putik kapas untuk membersihkan telinga. 

Tetapi naluri saya sering tertanya-tanya. Seandainya Allah menjadikan cerumen untuk melindungi telinga, tentulah Dia juga mencipta cara untuk dapat membersihkannya dengan baik tanpa memudaratkan si pengguna, kan?

Kamu tahu apa dia? Itulah sejenis cecair yang jernih, menyegarkan dan dapat digunakan untuk membersihkan apa sahaja jenis kotoran kurang degil; air. Mudahkan? (Tetapi bukanlah dengan memasukkan air ke dalam telinga sehingga tersumbat dan mengurangkan deria pendengaran pula) Caranya mudah sahaja, iaitu dengan rajin MANDI. Apabila kita mandi, air yang mengalir tanpa kita sedari melembutkan/mencairkan cerumen yang berada dalam telinga lalu mengalir keluar bersama-sama air tersebut. Kalau tidak percaya cuba periksa telinga kita selepas mandi. Sedikit bersihkan? Hanya orang-orang yang tidak/jarang/malas mandi sahaja yang mempunyai masalah telinga kotor dan tersumbat dengan cerumen. Nenek moyang kita dahulu tidak menggunakan putik kapas pun, tetapi pendengaran sesetengah dari mereka malah amat baik dari kita, kan?

Apatah lagi orang Islam seperti kita yang mengangkat hadas kecil sebelum solat, pasti akan membasuh telinganya sebanyak lima belas kali sehari dalam proses tersebut dan ini sudah cukup untuk membersihkan telinga dari sebarang kotoran. Ah, berapa bersih lagi yang kita mahu?

-Tamat-

Aik, ada soalan lagi?

Habis itu kalau tidak digunakan untuk membersihkan telinga, buat apa dicipta putik kapas?
Kasihan sungguh Leo Gerstenzang pencipta putik kapas pada tahun 1923 yang mendapat ilham setelah melihat isterinya menggulungkan kapas kecil pada hujung pencungkil gigi untuk membersihkan telinga bayi kecil mereka yang comel. Hah, bacalah di sini.

Andainya kamu masih belum berpuas hati (almaklumlah sudah bertahun-tahun menggunakan putik kapas untuk membersihkan telinga) bolehlah google web sahaja tentang masalah ini. Banyak kes-kes menarik akan ditemui nanti.(^-^)

I must be out of my mind - writing about cotton buds and - earwax? Eheh.

Nota kaki:

Cerumen - Tahi telinga lah!!
ENT - Ear Nose and Throat
Otitis - Jangkitan telinga


Without wax,

Tuesday, December 16, 2008

Ia hanyalah selesema


Kamu tidak akan tahu bila kamu dijangkiti virus yang menyebabkan selesema, tiba-tiba sahaja kamu akan bersin beberapa kali, dan hidung kamu akan mula berair. (Oh, kadang-kadang sungguh menyeksakan menanti bersin yang terhendap-hendap mahu keluar).

Virus-virus ini akan mula membahagi dengan banyak, menyerang sel-sel di permukaan dalam hidung kamu yang kemudiannya akan mula menghasilkan mukus dengan sangat banyak untuk memerangkap virus-virus tersebut dan menghalangnya daripada menjangkiti bahagian bawah salur pernafasan (farinks, larinks, trakea, bronkus dan seterusnya paru-paru). Mukus inilah yang kamu panggil hingus. Hingus yang sangat banyak akan menyekat salur pernafasan menyebabkan kamu tidak dapat bernafas dengan baik. Kamu akan mula rasa berat kepala, mengantuk dan mudah penat, semuanya kerana kamu tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi apabila hidung kamu tersumbat. Kasihan.

Lebih teruk lagi jika virus sudah menjangkiti nasofarinks (bahagian antara hidung dan tekak) dan kemudian larinks (bahagian penghasilan suara). Tekak akan berasa gatal-gatal seperti mahu ditoreh serta digaru dan batuk pula datang bertalu-talu tanpa dipinta. Sungguh menyakitkan.


Kadang-kadang bersama batuk dan gatal tekak, mata kamu akan berair (watery eyes) tetapi sebenarnya kamu tidak menangis. Ini kerana terdapat satu salur kecil yang menghubungkan antara mata dan hidung dipanggil salur nasolakrimal. Dalam keadaan normal, kelenjar lakrimal yang sentiasa menghasilkan air mata (untuk membersihkan mata) akan dialirkan dari mata ke hidung melalui salur ini. Apabila hidung kamu tersumbat, salur ini juga turut tersumbat lalu mengakibatkan air mata kamu tumpah dengan banyaknya seolah-olah kamu sedang menangis kerana kesedihan. Oh, bersabar ya!

Haa chum!!

Tahukah kamu? (Kalau sudah tahu, baguslah)

  1.  Andai diserang selesema, cepat-cepat pakai topeng hidung dan mulut, agar tidak menjangkiti  orang  di sekeliling. Sila prihatin, ok!
  2. Menghembus hingus sekuat hati (hingga berbunyi) bukanlah cara terbaik untuk melegakan selesema. Ini  akan menambah terukkan keadaan malah memanjangkan jangka masa diserang selesema. Lebih baik dikumpul dan dibuang melalui mulut sebagai kahak.
  3. Apabila baring, tinggikan sedikit kepala dengan dua buah bantal. Ini kerana tarikan graviti akan  
    mempengaruhi keseimbangan pengeluaran mukus dari kelenjar. Lebih banyak mukus dihasilkan, maka  lebih teruk hidung akan tersumbat.
  4. Opps, jangan segera mengambil antibiotik andai ada tanda-tanda diserang selesema. 90% dari selesema adalah disebabkan oleh virus, bukan bakteria. Tiada ubat yang benar-benar dapat   memulihkan selesema. Virus yang mengakibatkan selesema ada banyak dan akan sentiasa bermutasi  untuk ketahanan dirinya. Untuk mendapatkan rawatan segera silalah berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan dengan anda. (Hehe) 
  5. Jika selesema kamu tidak berkurangan atau berhenti, dan demam pula menjelma, jangan ambil     ringan, ya! Kamu mungkin diserang virus influenza!
  6. Andai teman sebilik/rakan sekelas kamu diserang selesema, maka bersedialah! Kamu berkemungkinan adalah mangsa seterusnya. Hihihi.



Semak, serabut, serabai
Apa lagi?

Thursday, December 14, 2006

Breakthrough hailed as study shows circumcision can halve HIV risk

Found this interesting article in The Guardian while searching for some information on AIDS. Will be having lesson about Retrovirus, the causative agent for AIDS. So I need some extra information on it.... and I stumbled onto this. Great information for scientists and medical practices though ...

Circumcision can halve the risk of a man picking up the HIV infection which leads to Aids, scientists in the United States said last night. Two major trials, in Kenya and Uganda, have confirmed what doctors and campaigners have suspected and hoped for several years. The results have major implications for the fight against the Aids pandemic raging in Africa and Asia.


Read more.....

"Islam is always and forever and ever the best way of life, believe it or not..."

Saturday, December 09, 2006

Burp!!! Oooopppssss......

Eating so much food is a pleasure especially when we're very hungry, we can eat a horse (are you sure about this?), but too much eating is not good for us. When we EAT TOO MUCH, we tend to get lazy ( because our stomach is soooo full, we can't do anything), then sleepiness come and we sleep for so long we forgot about solah and every other responsibilities. Beware that sleeping after eating is no good, the least u can get is esophageal reflux and when u wake up, your body will ache all over (because during sleeping, your gastrointestinal muscles are trying to work out the digestion in a horizontal position when it supposed to be vertical, imagine how hard is that, ha?).

The Prophet SAW said " Eat when you're hungry, and stop before you're full"

Here's a beautiful kindergarten song from Allah Knows Album by Zain Bikha, about a boy who ate so much. Ignore the music, let's get straight to the lyrics - here we go...



PIZZA IN POCKET

Did you ever hear about the boy
Who ate and ate and ate!
He ate early in the morning
And he ate when it was late.

But he didn’t thank Allah for all the yummy food he had
And he ate so much it made him sick!
Which really made him sad.

He ate dates in Damascus, which he thought were very nice.
And hot samoosas in Sumatra, seasoned with a special spice.

He had tacos in Tijuana with some sauce he got from Spain
And a bowl of fresh bakalava that he bartered in Bahrain.

He said gyros made in Cairo are a taste that can’t be beat,
And the lemonade in Yemen made a very special treat.

But the turkey made in Turkey
Could still use a pinch of salt.
If you ever visit Malta, you should
Have a chocolate malt!

He had pizza in his pocket, he had ketchup on his shirt,
And he bought an ice-cream sundae, so he wouldn’t miss dessert.
He had pizza in his pocket, he had ketchup on his shirt,
And he bought an ice-cream sundae, so he wouldn’t miss dessert.

On a bay in the Bahamas,
He ate bon-bons in a bunch.
And then he rushed back
Home so he could make it
Just in time for lunch!

Then one day he saw a little girl, who held her tummy tight,
And he walked over and asked her if everything was alright.

She said she was so hungry and had been hungry for so long,
Then he realized the way he ate was very very wrong.

He looked down at his own tummy and he started feeling pain-
Pain from eating too much food, but he knew not to complain.
So he brought the girl some food, shared it with her family,
Then they thanked Allah for what they had, and then he let them be.

So let’s try to learn a lesson and let’s try to do what’s right.
Eat the food your parents give you without a fuss or fight.

Always be thankful to Allah for all your yummy food,
Share what you have with others, because not sharing is rude.

Being thankful is what’s really great.
Eat the veggies on your plate.

And don’t be like the boy who always ate and ate and ate!

He had pizza in his pocket, he had ketchup on his shirt,
And he bought an ice-cream sundae, so he wouldn’t miss dessert.
He had pizza in his pocket, he had ketchup on his shirt,
And he bought an ice-cream sundae, so he wouldn’t miss dessert.

Being thankful is what’s really great.
Eat the veggies on your plate.

And don’t be like the boy who always ate and ate and ate!

I have never heard some types of the food mention above, so i've done some exploring, here...


Dates from Damascus


Hot Samosa from Sumatra


Tacos from Tijuana


Baklava from Bahrain


Gyros from Cairo


Lemonade made in Yemen


Turkey from Turkey =)


Chocolate Malt from Malta!


Bon bon in a bunch on a bay in the Bahamas


Eat the veggies on your plate!

Done!