Wafeya

Life is a serious matter.

Tuesday, March 17, 2009

Of Cotton Buds and Wudhu'


Kita mungkin pernah mendengar fakta yang berbunyi; putik kapas tidak elok digunakan untuk membersih saluran telinga. Kali pertama saya mengetahuinya adalah daripada ibu. Bila saya bertanya sebabnya, kata ibu, tidak elok kerana berbahaya untuk telinga. Ah, bagaimana putik kapas yang berwarna putih, halus lembut dan kelihatan suci bersih itu boleh menjadi begitu berbahaya? Saya kurang yakin dan sampai hari ini, saya malah masih menggunakan putik kapas untuk membersihkan telinga.

Sehinggalah pada suatu hari, dalam subjek ENT, sang guru juga memberitahukan perkara yang sama. Kali ini pastilah bersandarkan alasan-alasan serta bukti-bukti yang kukuh lagi sahih. Kata cikgu, penggunaan putik kapas untuk membersihkan telinga memang tidak digalakkan sama sekali. Ini kerana:

1) Putik kapas akan menolak cerumen yang dihasilkan jauh ke dalam, terperangkap di hujung (sehingga ke gegendang telinga) lalu menyumbatkan lubang telinga.


2) Hujung putik kapas yang tidak melekat dengan kuat pada batangnya mungkin akan tertinggal di dalam lubang telinga dan jika tidak disedari dan dibiarkan lama akan menyebabkan terjadinya jangkitan kuman dalam lubang telinga.


3) Penggunaan putik kapas yang terlalu ganas seperti menolaknya terlalu jauh ke dalam dengan kuat berkemungkinan akan mencederakan gegendang telinga yang memisahkan antara bahagian luar telinga dan bahagian dalam telinga. Jika ini berlaku, kuman malah mudah masuk terus ke bahagian dalam telinga dan menyebabkan jangkitan dalam telinga yang sukar dirawat. Malah jika baik pun, peratus untuk berulangnya jangkitan amat tinggi. (Tympanic membrane perforation)

Putik kapas tersekat di gegendang telinga 

Kami lantas bertanya guru, samada batang besi halus bersama penyangkuk kecil boleh diguna ganti untuk mengeluarkan cerumen.
Sambil ketawa, cikgu berkata, “Tidak perlu membuang cerumen yang dihasilkan. Padahal cerumen itu mengandungi bahan yang boleh membunuh bakteria dan melindungi telinga kamu dari kotoran-kotoran luar. Ia memerangkap habuk serta memastikan telinga kamu berfungsi dengan baik. Menggunakan besi juga amat berbahaya jika kamu tidak berhati-hati, malah lebih parah jika tercedera tanpa disedari”.

Hah? Habis itu mahu dibiarkan sahaja telinga dipenuhi cerumen? Eeii… Geli juga jika dibayang-bayangkan cecair kuning malah kadangkala coklat pekat itu memenuhi lubang telinga. Pastinya tidak selesa dan minta dibersihkan segera.

“Alahai, selama aku hidup, guna putik kapas, ok jer… Asasnya, kalau pandai guna dan jaga, InsyaAllah tak jadi apa-apa”, rakan di sebelah menjawab selamba usai guru menamatkan kelas.

Ya, betul juga. Malahan beberapa pengeluar produk putik kapas menyediakan arahan di bahagian luar bekas seperti , “Never insert a cotton bud into the inner ear or nose. Keep out of children’s reach. Improper use can cause injury”. Dalam Journal of the Royal Society of Medicine, satu kajian ‘Use and Abuse of Cotton Buds’yang dijalankan di sebuah klinik ENT mendapati banyak kes yang melibatkan jangkitan telinga dilaporkan dan kebanyakan dari mereka menggunakan putik kapas untuk membersihkan telinga. 

Tetapi naluri saya sering tertanya-tanya. Seandainya Allah menjadikan cerumen untuk melindungi telinga, tentulah Dia juga mencipta cara untuk dapat membersihkannya dengan baik tanpa memudaratkan si pengguna, kan?

Kamu tahu apa dia? Itulah sejenis cecair yang jernih, menyegarkan dan dapat digunakan untuk membersihkan apa sahaja jenis kotoran kurang degil; air. Mudahkan? (Tetapi bukanlah dengan memasukkan air ke dalam telinga sehingga tersumbat dan mengurangkan deria pendengaran pula) Caranya mudah sahaja, iaitu dengan rajin MANDI. Apabila kita mandi, air yang mengalir tanpa kita sedari melembutkan/mencairkan cerumen yang berada dalam telinga lalu mengalir keluar bersama-sama air tersebut. Kalau tidak percaya cuba periksa telinga kita selepas mandi. Sedikit bersihkan? Hanya orang-orang yang tidak/jarang/malas mandi sahaja yang mempunyai masalah telinga kotor dan tersumbat dengan cerumen. Nenek moyang kita dahulu tidak menggunakan putik kapas pun, tetapi pendengaran sesetengah dari mereka malah amat baik dari kita, kan?

Apatah lagi orang Islam seperti kita yang mengangkat hadas kecil sebelum solat, pasti akan membasuh telinganya sebanyak lima belas kali sehari dalam proses tersebut dan ini sudah cukup untuk membersihkan telinga dari sebarang kotoran. Ah, berapa bersih lagi yang kita mahu?

-Tamat-

Aik, ada soalan lagi?

Habis itu kalau tidak digunakan untuk membersihkan telinga, buat apa dicipta putik kapas?
Kasihan sungguh Leo Gerstenzang pencipta putik kapas pada tahun 1923 yang mendapat ilham setelah melihat isterinya menggulungkan kapas kecil pada hujung pencungkil gigi untuk membersihkan telinga bayi kecil mereka yang comel. Hah, bacalah di sini.

Andainya kamu masih belum berpuas hati (almaklumlah sudah bertahun-tahun menggunakan putik kapas untuk membersihkan telinga) bolehlah google web sahaja tentang masalah ini. Banyak kes-kes menarik akan ditemui nanti.(^-^)

I must be out of my mind - writing about cotton buds and - earwax? Eheh.

Nota kaki:

Cerumen - Tahi telinga lah!!
ENT - Ear Nose and Throat
Otitis - Jangkitan telinga


Without wax,

26 buah bicara:

salam balqis..
saje nk tegur..
best karangan anda..
sgt berilmiah..
i looike...
mls nk komen pjg2..
otak dah beku pagi2 bute ni..
hihi..
 
Menarik betul tulisan kamu. Kat paket cotton buds mesti tertulis do not put cottonbuds into nose or ear canals....dulu ade terfikir gak nape diorg tulis camtu, kalau tak guna cottonbuds nak gune ape lg. Ingatkan diorang tipu je..hihi
Keep on writing :)
 
Salam...

Sekala sekali menulis memberikan sesuatu yang berharga...bagus..dan tentang putik berkapas itu saya selalu menggunakannya sebelum ini (sekarang putik kapas dari Malaysia itu sudah habis)..

Dan..ada kawan berkata dengan nada biasa-biasa.."saya takut guna putik kapas jual tepi jalan kerana ada emel katanya bahaya"...oh, saya menjawab dengan keadaan terpinga-pinga..sangkaan saya putik kapas yang dijual difarmasi itu selamat..rupanya...

Jadi?perlukah saya berdiam diri lepas ini dari memikirkan tentang cerumen itu?
 
ooooooo...hehe..terima kasih info kesihatan ini..
 
Anonymous
Assalamualaikum Balqis.
Perkongsian ilmu yang bagus tu tapi kedegilan diri ni menyebabkan masih lagi menggunakan putik kapas ni. Dulu2 masa kecik kakak tlg bersihkan telinga tapi dah tua ni kenalah buat sendiri. Risau juga & selalu je beringat semasa menggunakannya.
 
hehehehe...alahai~

betul tu..jangan dikorek telinga tu..guru saya sampai ketahap hilang pendengaran seketika dek kerana mengorek telinga hari-hari. maka, cerumen berkumpul lalu mengeras di situ..haiksss...bahaya juga ya
 
Salam, BalQis.
Lama tidak menjenguk blog kamu.
Bila belajar medik, baru tau cotton buds ni tak elok. Ibu saya juga pernah berkata sedemikian. Namun, satu pesanan dari pakar ENT, dia cakap adalah digalakkan untuk tidak mengorek telinga kita selama 3 bulan. lecturer kamu pernah cakap bende yang same ke?
 
archienot

Salam enot...
thanx kerana tegur....
terima kasih...
moga-moga bermanfaat
You like?
takpe, komen pendek pun ok jer...
owh... kul baper tu?
hihi...
 
Ahmad Eisa

Terima kasih. Saya sebenarnya tak pernah baca pun kat paket gotton buds tu... hehe... sebab general knowledge memang untuk itukan fungsinya? Takpe, masih boleh digunakan di bahagian luar telinga, cuping dan belakang telinga juga perlu dibersihkan.
Okay, InsyaAllah!!
 
Ibnurashidi

Salam...
Yep, terima kasih... moga-moga saya dapat teruskan menulis seperti ini lagi, huhu... beli dari mesia? mesir tak jual ker?

Owh, memang yang jual tepi jalan, kurang boleh dipercayai, kapasnya tak tahu dibuat dari apa, samada dikitar semula yang dari hospital punya (yang ada darah, nanh semua) kemudian dibasuh, dicuci dan diguna semula buat putik kapas. Yang terjamin memang putik kapas di farmasi. Putik kapas tak berbahaya, cuma kalau kita salah menggunaknnya, ia jadi berbahaya...hehe...

Berdiam diri? kalau boleh berdiam diri oklah, kalau tak mampu, Hurm, kalau rasa kurang bersih dan dah biasa guna putik kapas, gunalah tapi berhati-hati, jangan tolak terlalu dalam.... =)
 
Syahidah

Yer...... hehe, sama-sama....
 
Iliana

Hehehe, lucu sangatkah? (Saya pun rasa begitu masa mula-mula tulis entri ni, ntah manalah saya dapat idea nak tulis pasal cotton buds ni)

Korek hari-hari? Mesti kes ketagih ni? Kawan saya ada juga seorang ketagih korek telinga, tapi alhamdulillah pendengaran masih jelas... kasihan guru kamu. Sekarang sudah oke ke? Yer, bahaya memang bahaya kalau tak berhati-hati....
 
Hana

Salam hana,
Yer, lama juga tak nampak kamu di sini... saya juga lama tak ke blog kamu, maafkan saya...

Kan?
Ti...tiga bulan? Is that a fact? lama tuh? Mungkin menunggu cerumen itu melembut tak.... hurm.... cikgu saya tak kata spesific waktulah, just jangan korek telinga, hehe tu jer..

anyway thanx for the new knowledge, kalau dah pakar kata mungkin ada benarnya... kan?
 
kak Chik

waalaikumussalam kak chik... lama tak dengar citer...
huhu..thanx...
hehe, masa saya kecik2, mak saya yang bersihkan telinga saya, guna minyak kelapa. Saya pun tak tahu apa kegunnannya minyak kelapa tu, huhu...
Yer, memang kita perlu berhati-0hati, malahan dalam semua perkara pun...
 
Salam'alaikum Balqis.
See how we look at things far away but neglect the loyal H2O that Allah has created for us to especially clean our ears (time wudhu', 5 kali sehari!).

Manusia, manusia..lalai dan alpa (reminder diri sendiri)

Saya juga baru belajar Head and Neck, belajar lah mengenai cerumen and how alright je biarkan cerumen disitu. *laughs* janggal juga ye?
 
Waalaikumussalam akira

Yep, that's how we always look at things right... tinggalkan yang praktikal islami but other things we pick up laju like bullet train, huhu...

See, right? Memang janggal.... huhu
 
Itulah. Thus, Balqis tolonglah remind kita juga ye ;) (sendiri bercakap padahal kitelah org yang paling byk lupe..)

*hugs*

Sangat, sangat! Tapi..x pernahla sebenarnye mencuba kan.. XD
 
akira

InsyaAllah, kita remind sama-sama, hehe

*warm hugs back*

Hehe, same here A'qilah.... haha... (I mean like, who cares...)
 
Salam.
Ini apa yang saya pk.
Tempoh 3 bulan tu, ya, ia akan melembutkan cerumen tu.
Dan kedua, kalau kita menggunakan putik telinga semasa mengorek telinga, ia mungkin menyebabkan injury kat mane2 tanpa kita sedari, oleh itu, 3 bulan tu adalah masa untuk mengelakkan berlaku lebih byk injury pada bahagian dalaman telinga sebelum tempat yg injured tu heal.
ini logika saya aje.
 
hana

Salam.
Betul Hana, now I really got it. Saya tak terpk pasal injury, since kalau ada injury yang berlaku dlm telinga, kita mesti rasa sakit and terus check. This must be injury yang kita tak perasan. Great. I think the logic is yours. Betul2, boleh diterima logika kamu....

Great thinking, hana... may you be agood doc in the future, insyaALlah!!
 
new info for me...keep up writing balqis...
 
kina

Owh? InsyaAllah, thanx for dropping by anyway~
 
Assalamualaikum

artikel yang mantap mengenai 'cerumen'. Datuk saya pernah terkena jangkitan kuman dalam telinga kerana tabiat menggunakan cotton bud. Dan jangkitan tu bernanah dan berbau. Memang harapan utk sembuh sangat tipis. Jangkitan tu terus menerus jadi teruk , tak sembuh-sembuh.

Barulah saya faham setelah membaca artikel ni. Sesal dahulu pendapatan...
 
Syafiq

Waalaikumussalam...

Komentar kamu boleh menjadi testimoni kepada entri ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

Sesal kemudian tiada berguna...
 
hehe...betulla teori dan fahaman yg sy pgg slm ni...:) hihi...trm ksh la balqis krn post awk ni memperkukuhkan pendirian yg sy pgg slm ni...hehe...:)
 
amami

Baguslah kalau kamu dah lama pegang teori ini, saya yang baru terkial-kial mahu praktis tidak menggunakan cotton buds...

Sama-sama, hehe... ;)
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!