Makanan tengah hari tadi memang kurang sedap. Bukan saya tidak bersyukur tetapi rasanya benar tawar dan sedikit pahit kerana terlalu banyak bawang merah. Sambil makan, beberapa kali saya letak serbuk garam yang disediakan. Tetapi saya habiskan juga kerana sangat lapar (walaupun nasi gorengnya tinggi menggunung hampir mencecah 5 sm dan penuh sepinggan)
Saya berbual-bual sementara menanti rakan saya selesai menikmati nasi gorengnya pula (
Sekalian yang ada datang membantu, (ya, mujur yang makan-makan di situ majoritinya pelajar perubatan atau doktor) tetapi tidak boleh berbuat apa-apa melainkan tunggu dan lihat. Sesetengah yang lain pula menjerit minta dipanggilkan ambulan. Tukang masak yang muncul entah dari mana cuba memaksakan sudu ke dalam mulutnya yang sudah keras dan kaku seperti terkena kancing gigi. Saya rasa itu bukan idea yang baik. Pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri, memasukkan sesuatu dalam mulutnya yang sukar dibuka boleh menyebabkan trauma. Mujur guru (juga seorang doktor) yang sedang mengajar di study room berdekatan datang dan memberitahu.
Agak lama berada dalam unconscious state (keadaan tidak sedar) - kami agak risau sebenarnya. Pesakit mungkin tertidur dan kami tidak mengejutkan; fasa koma. Goncangan yang kuat seluruh badan tadi melemahkan tenaganya. Melalui kata-kata yang saya dengar, rupanya beliau menghidap post traumatic epilepsy, sejenis sawan yang disebabkan kerosakan pada otak akibat kecederaan serius pada bahagian kepala. Dan melalui pemerhatian, beliau mengalami sawan tonik-klonik atau Grand Mal.
Lalu, secara tiba-tiba juga sepertimana ia bermula, pesakit mula membuka mata, perlahan-lahan dan melihat sekeliling. Terkejut mungkin melihat ramai orang mengelilinginya. Saya tahu, dia sedang keliru. Selalunya pesakit tidak ingat apa-apa kejadian yang berlaku sebelumnya. Setelah beberapa minit, perlahan-lahan dia minta diangkat dan mereka membawanya ke bilik berdekatan dapur. Selang 15 minit kemudian barulah dua paramedik tiba memberikan bantuan.
Saya berasa kasihan. Saya kenal orang yang jatuh tersebut. Beliau banyak membantu kami ketika kami mula-mula datang ke Ukraine. Tetapi saya tidak dapat berbuat apa-apa. Saya kira, saya amat terkejut untuk melakukan apa-apa pun tambah-tambah simpati saya lebih menguasai. Pengalaman pertama saya berhadapan kes kecemasan di tempat awam. Saya perlu lebih banyak belajar.
Sedikit perkongsian tentang rawatan kecemasan ketika sawan:
Rawatan kecemasan diperlukan jika pesakit mengalami kekejangan yang serius.
Dalam kes sawan ini, pesakit akan pengsan dengan tiba-tiba, tubuh-badan menjadi kejang diikuti dengan sentakan anggota kaki dan tangan.
Pesakit jarang mati disebabkan sawan. Sawan yang berlaku sekali sahaja tidak membahayakan nyawa.
Anda tidak berupaya untuk menghentikan sawan tetapi ada beberapa perkara yang patut dan tidak patut anda buat untuk membantu pesakit yang sedang sawan:
HARUS BUAT:
Sentiasa tenang. Jangan panik.
Anda perlu berfikir dengan jelas untuk membantu pesakit tersebut.
Perhatikan pesakit semasa sawan (turutan peristiwa, pergerakan badan dan anggota, tempoh masa sawan)
Elakkan kecederaan
Jangan alihkan pesakit.
Alihkan pesakit hanya jika di dalam keadaan bahaya contohnya di tengah jalan atau tempat tinggi.
Jauhkan pesakit dari benda-benda merbahaya.
Pusingkan pesakit ke kedudukan mengiring.
Ini akan mengelakkan pesakit tercekik dengan air liur atau muntah sendiri.
Berikan sokongan dan jadilah orang yang sensitif terhadap perasaan pesakit.
Cakap dengan tenang dan perlahan, pastikan orang lain tidak mengerumuni pesakit.
JANGAN:
Pegang pesakit dengan kuat.
Biarkan sawan itu berhenti dengan sendiri.
Letakkan objek ke dalam mulut pesakit seperti sudu atau kunci.
Ini hanya akan menyebabkan kecederaan kepada mulut dan lidah.
Berikan makanan atau ubat melalui mulut
Tunggu sehingga sawan berhenti dan pesakit sedar sepenuhnya sebelum memberinya makan.
Lakukan CPR atau resusitasi mulut ke mulut.
Pesakit tidak akan berhenti bernafas atau mati dari sawan yang sekejap.
Biarkan pesakit tidur selepas sawan.
PENTING: Dapatkan pertolongan doktor jika sawan berterusan lebih dari 5 minit.
Sawan tonik-klonik (Grand Mal)
Mahu belajar lebih lagi tentang sawan? Anda boleh tonton di sini.
Don't panic,
19 buah bicara:
terima kasih atas ilmu ini..
selama ini saya tak pernah jumpa orang yang sedang sawan. kalau tiba-tiba saya berada dalam situasi itu pasti panik juga sebab saya juga tak tahu apa yang perlu di lakukan.
tapi kadang-kadang kalau tahu. adakah kita senang mengaplikasikannya? panik juga saya rasa.
apa pun. saya rasa ini sangat berguna. terima kasih ya.
Salam!
Sama-sama...
Itulah, ini juga pertama kali buat saya. Haha, betul, betul. Jadi jangan panik, tambah2 kalau kita seorang sahaja yang berada di situ...
memang tak mudah mengaplikasikannya, kecuali bagai orang yang berpengalaman. Ketua kelas saya tu dah eprnah tgk orang sawan, hehe..
Sama-sama kembali, seronok berkongsi~
sungguh bagus pengisian di blog kamu.
saya follow kamu ya.
terima kasih dan teruskan menulis entri2 sebegini
salam Alaik, srisufi,
Terima kasih, ya silakan. Nanti saya follow kamu juga, ya?
Sama2, InsyaAllah~
Kak su tak penah berhadapan dgn sawan.
Agaknya kalau kak su kak su ada kat tempat Balqis, kak su pulak yg terlebih 'sawan' - panik dan menjerit melolong sbb terkejut.
Huhu... mmg tak leh jd doctor lah kak su nih.
Salam Kak Su...
Saya pun, ini kali pertama.
Huhu, itu reaksi yang normal, tapi harap paniknya sekejap sahaja, ya... kasihan yang terkena sawan, perlu segera kita bantu...
Takper, takper... at least kita tahu apa nak buat kalau doktor takder, huhu...
ooooo...dah..
oooo...apa yang dah?
Kalau kita letakkan sesuatu yang agak lembut di mulut, bleh ke? Contoh kita letak tuala kecil yang bile digigit agar tak mencederakan mulut. Sebab, jika dlihat, pesakit memang akan menggigit bibir mereka jika dalam berlaku sawan.
1. Sewaktu epilepsi, patient tends to breath more through mouth cuz wktu epilepsi need more air (tachypnoe) so takut obstruct air pathway.
2. Takut, patient cuba nak menelan benda yang dimasukkan (they x realize apa yg dorang buat)
3. If we put somethings, they tend to gigit the thing dgn sgt kuat, tak kisahlah lembut ke atau tak, either way, will cause injury to tongue and jaw (mandible dislocation), sebab pressure terlalu kuat.
I tried to google web, but semua pun remind not to put soft/hard things inside their mouth with obvious reason that they will cause trauma/injury. If you have any info regarding putting some soft material inside the epileptic patient, do tell me, ok!
Anyway, thanx for asking... really.
Saya cuma pernah menonton drama bersiri jepun. Kisah benar tentang seorang doktor ni, kala itu dia mendapat pesakit yang sawan. Itulah yang dia buat, meletakkan tuala kecil ke dalam mulut pesakit tersebut. Nampaknya saya perlu lebih berhati-hati ketika menonton drama tentang dunia perubatan, tak semua yang dilihat itu betul. Thanks for the info, buat susah2 kamu aje.
saya dah bertanya dengan cikgu saya, dia kata boleh masukkan benda lembut sebelum mulut patient rigid, sebelum tertutup. In this case, patient yang kena sawan tu adalah org yang kita kenal, so kita tahu nak masukkan bila sebab it's just within seconds between mulut ok and nak become rigid. So, kalau kita sempat, masukkanlah, kalau tak, terpaksalah biarkan...
begitu...
Tak menyusahkan langsung, saya suka kalau org bertanya, manalah tahu ada yang saya tak tahu and saya akan dapat benda baru... kalau ada soklan2 lagi + info + ilmu baru kongsi2kanlah...
dahagakan ilmu...
Just a random point, baru je menghabiskan buku cerita about a genetic disease (yang tak wujud pun eheh) but it is a sort of epilepsy/seizure attack cuma it is not manifested by tonic contractions etc. Something to do with visual chiasma that triggers the attack.
The book is titled the Time Traveller's Wife by the way ;)
I've googled this book. And, hey... they made a movie too? Yeah, it said there in wiki that the things that trigger Henry to travel through time is kinda similar to the things that cause epilepsy... In this case - stress, panic and and visual chiasma (television) which manifested in him traveling through time, right? Jezz, I must find the book and the movie. It sounds classic tapi mesti bestkan?
Saya takut melihat budak tak berbaju itu menggeliat.
Adakah sawan ini juga digelar penyakit gila khinzir? (rasa lembut sikit bunyinya)
Dia tak menggeliat, dia terpaksa berkeadaan begitu kerana oto-otonya menegang dan mengedur tak tentu pasal.
Ya, kalau ikutkan sawan ada berbagai jenis. Ada yang hanya satu/dua anggota, ada yang seluruh badan. Ada yang sekadar dua saat dalam keadaan tiba-tiba sahaja tiba-tiba sahaja berhenti buat apa saja kerja dan menjadi batu. Ini dinamakan absence. Selepas dua saat, bila kita tanya balik apa yang berlaku, pesakit tidak ingat apa-apa pun dan terus menyambung kerjanya seperti tiada apa2 yang berlaku. Sawan dalam entri saya ini, juga dinamakan sawan khinzir. Begitu.
Post a Comment
Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!