Ini semua sampai petang tadi
Saya memang lama tertarik dengan Melaka dan sejarahnya, sejak sekolah dulu lagi. Dari Melaka, saya mengenal Melayu dan budayanya. Saya bukan pecinta buku-buku sejarah tetapi kalau dibentukkan dalam sebuah jalan cerita saya tidak keberatan untuk membacanya. Jadi, saya beli NBSA ini untuk dibuat koleksi.
Rasanya teramat bahagia. Untuk itu, terima kasih kepada satu-satunya lelaki yang saya cintai sepenuh hati dalam hidup saya. Yang memahami seluruhnya isi hati saya. Saya tahu kadang-kadang saya agak sedikit kebudak-budakan. Tetapi lelaki ini yang tidak pernah bosan melayan kerenah saya, (tetapi juga jarang-jarang beri muka kepada saya) membenarkan saya memesan buku ini, memandangkan saya tidak menjumpai buku ini ketika di Malaysia. Saya tidak punya kad kredit sendiri. God knows what will happen if I do have one. Not shopping clothes and stuff. No, forget about it! I'll shop for book, book, book and more books!! And that, saying something. Terima kasih yang tidak terhingga, ayah! Kerana memberi peluang walau sekali ini sahaja! Maaflah, anakmu ini orangnya gila buku!
Buku ini sasarannya lebih kepada kanak-kanak dan remaja. Tetapi tidak salah rasanya kalau orang tua seperti saya membacanya. Setiap hari yang dilalui adalah peringkat-peringkat kematangan dalam proses menuju kedewasaan; untuk seketika, saya mahu kembali ke zaman kanak-kanak - biar sekejap cuma.
Tentang buku ini:
Ulasan dari pembaca - Kubu Buku, Ulas Buku, The Reading Room
Sinopsis - ...Tak ramai tahu Sultan Alauddin bukan sahaja tangkas menangkap penjenayah, di waktu kecilnya motivasi diri baginda sebagai insan berketokohan sudah terpancar. Rupanya baginda juga pencipta teknologi kereta yang pertama! Dan paling menggamamkan permainan politik baginda di peringkat serantau amat bijaksana... Baca seterusnya.
***************
Esok adalah hari pelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 yang bermula dari 17-26 April 2009. Zaman sekolah dahulu, peluang bergadang di PWTC mencari buku memang tidak akan dilepaskan. Kini, semuanya tinggal kenangan. Kepada rakyat Malaysia yang 'bertuah', selamat mencandu ilmu di sana, ya! Aduhai, cemburunya saya!
Okaylah, saya mahu membaca buku Forensic sekarang, nanti esok bukan dada mayat yang dibelah, tetapi leher saya yang bakal disembelih cikgu. Aduh!
Orang selalu salah faham,
dan sering kita tidak tahu-
bagaimana mahu betulkan.
Ah, biar sahajalah!
24 buah bicara:
wah buku ini.
tulisan faisal tehrani, tak baca lagi tapi dalam senarai menunggu.
haah. rindu pula. dulu bila ada pesta buku di PWTC, mesti pergi. rugilah kalau lepaskan peuang. buku-buku banyak discount pula. boleh jumpa penulis kegemaran juga!
p/s: sweetlah ayah bagi pinjam kad kredit untuk beli buku ;)
Erkk, sudah tuakah kamu? seperti saya yang lebih tua:)
saya sangat cemburu dengan pesta buku Antarabangsa tu sebab :
1. tak dapat pergi (sedang musim peperiksaan)
2. perangai saya, saya tak suka tempat yang sesak
p/s : dah tua ke? (garu-garu kepala)
p/p/s : selamat membaca ^^
Kamu juga, ganbatte ya!!
Ya, tulisan faisal Tehrani. Beliau memang berbakat kalau menulis tentang sejarah Melaka ni...
Betul2... boelh jumpa penulis terkenal! Tapi setiap kali saya pergi, memnag takde rezeki, saya tak jumpa sesiapa pun, tentu saya pergi salah hari, huhu...
p/s: Huhu, berpeluh saya nak tanyakan ayah, haha...
kalau mahu dibandingbezakan dengan kanak-kanak dan remaja belasan tahun, memang saya rasa tua, haha... ya kamu lebih-lebih lagilah tuanya. (-_^)
Bila mahu balik Malaysia?
Ha'a, contoh lagi satu seperti 1515, saya sampai hampir keliru, betulkah yang benarnya Melaka menawan Portugis? kemudian ada pula kampung Melayu di Portugis. Sungguh mengelirukan! Huhu...
Tapi, boleh nampak apa yang FT nak sampaikan... iktibar lagi-lagilah banyak, kan?
Terima kasih kerana singgah!
Hanya seorang yang meminati saya - ayah sayalah!
Owh, bila peperiksaan kamu habis?!!
Saya juga tidak suka tempat yang sesak, jadi saya selalu pergi hari-hari yang orang sudah kurang, itu sebablah tidak dpt berjumpa dengan penulis terkenal semua!!
p/s: Uish, tua sungguh dah ni...
pp/s: Terima kasih!! Good luck exam!
wassalam...
Ya, InsyaAllah, kamu juga!
Eh, tak adalah... ini cuma entri tentang sebuah buku, huhu...
Saya ada terjumpa satu buku ini. Ia satu rekomendasi dari pensyarah saya. Girls of riyadh oleh Rajaa Alsanea. Sangat menarik untuk dibaca. Sisi gelap wanita Saudi. Saya belum membacanya, namun doktor saya menceritakannya dengan sangat bergaya, menjadikan saya juga teruja ingin membacanya. Buku ini dilarang di Arab Saudi, namun telah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris.
Sesuatu yang ingin saya kongsi bersama kamu.
Okay, saya buat ingatan minda untuk ini. Terima kasih kerana berkongsikannya. Saya rasa juga perlu menukar bahan-bahan bacaan saya yang nampak agak stereotaip, huhu...
Post a Comment
Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!