Setiap kali sebelum ke kelas, bersedia atau tidak dengan topik yang akan dibincangkan pada hari itu, saya tetap meletakkan mode bersedia
Tidak apa, pembelajaran menjadi lebih berkesan kalau kita sering membuat salah dan dibetuli guru. Betulkan? Ia lebih tepat menusuk masuk terperangkap dalam neuron-neuron yang baru terbentuk demi menyimpan seciput memori kecil itu. Harap-harapnya bertahan sampai ke tua! Tetapi jangan selalu sangat membuat salah, nanti guru pun tak pandang, kita pun terkapai-kapai dalam kesesatan yang nyata. Dunia hari ini, manusia sering berlumba-lumba, ke hadapan dan terus berlari ke hadapan. Sedangkan masa yang ada tidak banyak, aduhai!
Tambah-tambah pula cycle Forensic ini kerap kali dibesar-besarkan cerita, merupakan cycle yang paling digeruni sekali dalam sejarah pembelajaran perubatan selepas subjek Anatomy dahulu di sini. Yang digeruni malahan bukanlah mayat yang harus didepani dalam proses memahami prosedur autopsi itu, tetapi adalah buku teks setebal 463 muka surat yang perlu direbus, diperah dan kemudian diminum airnya. Ertinya, setiap hari dalam seminggu lebih ini harus baca (dibaca: baca, fahamkan dan ingat dalam satu malam) sejumlah 70-90 muka surat paling banyak kerana soalan guru tidak terjangkakan dari muka surat manakah munculnya ia. Adillah juga kiranya soalan cepu emas ini datang bertandang; buku Forensic kamu baca, Al-Quran kamu baca tidak? Aduhailah jiwa-jiwa yang lemah!
Cuaca cerah elok pagi itu, tetapi sejuk tetap sejuk. Semakin bersinar matahari, semakin kuat bayu bertiup. Seakan-akan ada pertandingan bersaing kekuatan. (Oh, kamu ingat kisah pendek itu?) Saya masuk ke dalam kelas yang sudah dipenuhi oleh pelajar dari kelas lain, kali ini kami bergabung lagi dan kelas sempit itu berusaha memuatkan kami semua yang berjumlah 15 orang. Ya, kalau mahu belajar, jangan banyak rungutan nanti nikmat menuntut ilmu itu terhapus sama sekali.
“Hari ini kita akan tengok mayat!”, sahut rakanku, ceria.
Bukankah terlalu ironi penyataan tersebut dengan keghairahan yang jelas terpamer?
“Baguslah, sebab aku tak habis baca lagi”, sahut seorang rakan yang lain pula.
Ini lagi terlalu kontradiksinya. Melihat mayat lebih bagus dari membaca buku?
Walhal di dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu betapa bertahan-tahannya keberanian kami dengan doa dan zikir yang tidak henti-henti. Waktu inilah firman Tuhan dalam surah Ar-Ra’du ayat 28 benar-benar menguasai jiwa. Duhailah hati-hati yang lemah! Dan kami bergerak perlahan-lahan menuju bilik autopsi yang terletak nun di hujung sekali sambil tangan cekatan mengikat kemas topeng penutup hidung ke muka.
Apa itu mati?
Kalau imaginasi waktu kecil saya tidak salah, mati itu bererti dibungkus dengan kain putih, diangkat oleh ramai orang dan dikambus di dalam lubang yang gelap. Kemudian ditinggalkan orang sendirian, tidak lagi dijenguk untuk beberapa lama. Apabila mula bersekolah, saya belajar bahawa setelah mayat ditinggalkan orang tujuh langkah, akan datang dua malaikat maut yang namanya Munkar dan Nakir (dari namanya juga sudah gerun, bukan?) menyoal si mati dengan soalan-soalan yang sudah saya hafal jawapannya setepat mungkin waktu itu kerana kata guru, kalau tidak dapat menjawab dengan baik, akan dipukul sang malaikat dengan kuat sehingga terbenam sedalam tujuh petala bumi.
Dan setelah sedikit dewasa, saya mengerti bahawa mati itu bukan sekadar ‘pergi tidak kembali’ tetapi adalah satu perjalanan lain di daerah asing yang kita tidak diberi melainkan sedikit ilmu mengenainya. Bezanya perjalanan itu harus ditempuh sendirian tanpa keluarga dan teman, kecuali beruntunglah mereka-mereka yang siap membawa bekal amalan bersama-sama.
Lamunan terhenti saat bau hanyir menyengit mencucuk deria bau saya. Ya ampun, busuk bau bangkai manusia ini rupanya. Saya menekap tangan ke hidung yang sudah pun kejap dipakaikan mask. Tanpa disangka-sangka, rakan di sebelah menghulurkan Vicks.
“Tak tahan bau, ya?”, soalnya.
Padanlah nampak tenang sahaja dari tadi, sudah ada persiapan rapi rupanya. Saya yang terkesip-kesip menahan bau menyambut tanpa memberikan jawapan. Secalit Vicks saya sapu pada hidung kemudian menarik nafas kelegaan. Saya pulangkan kembali dengan ucapan terima kasih dan rakan saya sekadar tersenyum sinis.
Rasa sejuk mencengkam naik; membuang segala rasa yang aneh-aneh itu, saya melihat sekeliling. Mata merakam setiap inci ruang yang menempatkan dua almari besi berisi perkakasan bedah, satu almari berkaca, sebuah meja beserta kerusi, sinki dan sebuah alat penimbang di suatu sudut di sebelahnya. Bilik ini bertutup rapi, tingkap yang terkunci rapat dan hanya satu pintu untuk masuk dan keluar. Di setiap penjuru tingkap terletak gambar kecil Jesus yang dianggap Tuhan oleh orang Kristian. Hati menggerutu bingung, sudah berdepan dengan mayat-mayat ini, apakah bisa lagi berada dalam kegelapan yang zulmat? Benarlah, cahaya hidayah itu memang milik Tuhan dan Dia memberi kepada sesiapa yang dikehendakinya. Tatkala itu jua pandangan tertumpah pada objek yang berada di tengah-tengah ruang autopsi itu - yang saya nampak pertama kali masuk tadi tetapi buat-buat tidak nampak - mayat yang akan kami bedah!
Bersambunglah pula…
(Kalau saya rajin, entri ini akan ada penyambungnya. Kalau tidak, kamu buatlah cerita sendiri. Eheh!)
Maksudnya: “Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya)” (Surah az-Zumar, ayat 42).
Bisa benar, bisa tidak,
10 buah bicara:
Usah khuatir dengan kesusahan BalQis. Saya juga seperti kamu. Kitab Qodoya Muasarah setebal 400 M/S perlu saya khatamkan dan hafal sebelum imtihan nanti. Soalan mana akan tanya? Wallahua'alam.
Walaupun nampak panjang, bila baca terasa cepat habis pula. Apa sambungannya? Adakah pembedahan itu berjaya? Atau mayat itu bangun? Atau dan atau?
Bau mayat bagaimana ya? Alangkah untungnya mereka yang mati syahid, ulama', al-Hafiz kerana mayat mereka tidak reput dan berbau. Malah seharum kasturi pula.
Kan? Ha, itulah... don't jugde the book by its cover, eheh. Sambungannya? Apakah maksud pembedahan itu berjaya? Psssttt, kami bedah mayat, bukan orang. InsyaAllah, andai direzkikan Tuhan ada kesempatan untuk menulis dan takdirnya untuk dikongsi, InsyaAllah... pasti akan ada sambungannya.
Bau mayat ya? Okay, pernah siang ayam/ikan kan? Lagi best, mesti pernah lapah kambing/lembu kan? Isi-isi perut haiwan-haiwan ini semua + bau tong sampah yang dah lama tak angkat + bau najis manusia. Terbayangkah?
MasyaAllah. Mayat seperti itulah yang kita mahu jadi. Moga-moga kita juga tergolong dalam golongan tersebut. Tidak dapat menajdi pun tidak apalah, asalkan ada tempiasnya sedikit pun sudah cukup. wallahua'lam.
Ohh, begitu rupanya bau mayat. Seperti ngeri baunya...bau ubat mayat boleh melelehkan air mata kerana kepedihan bukan?
Tak perlu, tak perlu... hehe...
Bau ubat mayat? Maksud Ustaz, Formalin? Untuk mayat yang dibedah dalam forensik ni, mereka tidak pakai ubat mayat - kasi fresh punya. Ubat mayat untuk awetkan mayat - darah semua kering, dan mayat jadi keras, untuk pembelajaran...
Tapi, ya memang benar formalin itu memedihkan mata kalau terlalu lama duduk dgn mayat tersebut dan menghidunya dengan banyak adalah bahaya juga - racun.
Aihh, freshkah? kenapa pelajar medic di sini kata masa mereka lihat mayat itu pedih mata dan meleleh semua air? kata mereka mayat tu telah diletakkan ubat.
Iya, fresh punya sebab dalam forensik, nak tahu punca kematian. Kalau yang pedih-pedih mata punya mayat itu, sudah beberapa hari mati, tiada waris menuntut dan khas tuk pelajar perubatan belajar. (^_^)
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :- 1. Para Nabi 2 Para Ahli Jihad 3. Para Alim Ulama 4. Para Syuhada 5. Para Penghafal Al Quran 6. Imam atau Pemimpin yang Adil 7. Tukang Azan 8. Wanita yang mati kelahiran/beranak 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya 10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman
Iya, formalin semua dah meresap ke dalam badan mayat, sebab itulah apabila dibuka badannya, sedikit sebanyak vapour dan baunya naik menyengat di udara. Arsenik? Wah sangat beracun tu. Wallahua'lam. Sebelum ni belum pernah dengar arsenik digunakan.
MasyaAllah...
Tentu Doktor Balqis merenung 24 saat memikir tentang komen saya yang mengarut itu. :)
Adalah juga saya fikir-fikirkan. Malahan rasa seperti mendapat ilmu baru yang lain. Cuma belum kaji sahaja lagi. Eheh!
Post a Comment
Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!