skip to main |
skip to sidebar
Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya pernah mengingatkan kita: " Dunia itu penjara bagi orang mu'min, dan syurga bagi orang kafir". Kita melihat dunia sebagai suatu perhiasan yang kalau kita tidak ada, hidup adalah ibarat sang pengemis yang menadah semangkuk tangan setiap hari, mengeluh dan meminta kepada insan, memberi barang sedikit simpati. Sedang sering kita lupa, dunia itu hakikatnya sementara dan yang sementara itu tidak kekal. Maka, bagi orang-orang beriman perumpamaan dunia itu mudah; dunia itu ibaratnya penjara. Sebuah kisah menceritakan di mana ketika Rasulullah s.a.w. pergi berehlah ( jalan-jalan) dengan para sahabat, baginda melalui kawasan sampah sarap yang sangat busuk lalu baginda bersabda: "Inilah perumpamaan dunia yang kamu kejar". Barangkali kawan-kawan, kita adalah maling yang sering curi-curi keluar dari penjara dan yang harus dipenjarakan kerana sering kali berlegar mengeremuni sampah sarap yang busuk.
Doa Rasulullah SAW di pagi hari,
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan hari ini, kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya, dan petunjuknya. Dan aku memohon perlindunganMu dari kejahatan yang ada di dalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya.
Selamat hari Isnin.
*Maling = pencuri
7 buah bicara:
sekiranya semua orang di dunia ini nampak hakikat perumpamaan ini. pasti tiada yang akan terlampau mengejar dunia yang diibaratkan sebagai sampah sarap.
terima kasih dengan doa dan perkongsian di atas. :)
p/s: ohh, terima kasih wish good luck. match volleyball. ^^
kalaulah semua orang sedar itu, alangkah bagusnya.
Terima kasih atas ingatan...
Salam!
Ya, tetapi tidak semua orang yang nampak termasuklah saya yang hina dina ini, huhu...
Sama-sama. Semoga bermanfaat. :)
p/s: Sama-sama kembali. Bola tampar? Huhu ^^
Salam Kak Su sayang!!
Mudah-mudahan begitu, Kak Su...
Sama-sama...
semoga akak,kamu dan semua antara kita menjadi banduan yang soleh dan solehah...ameen ^^
Ya, mudah-mudahan
Wah dah ada domain sendiri... huhu...
InsyaAllah nak datang berziarahlah lepas ni, er jamu-jamulah apa yang patut, huhu....
Post a Comment
Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!