Wafeya

Life is a serious matter.

Wednesday, April 22, 2009

Dari Bawah


Seperti kata orang-orang lama, hidup itu ibarat roda; sekejap berada di atas, nanti sekejap di bawah pula. Semakin laju ia berputar, semakin tak terasakan silih bergantinya pusingan. Terus berputar dan berputar seperti tak akan ada hentinya.

Sewaktu saya masih anak-anak, nasihat ini sentiasa dititik beratkan; kalau berada di atas, jangan dilupa nanti bila-bila masa sahaja akan berada di bawah pula.

Di jalan mana pun, pasti akan ada persimpangan yang bakal disinggahi. Selaju mana pun roda berputar, ada waktu ia akan perlahan dan berhenti; simpang tiga atau simpang empat sekalipun pilihan harus tetap dibuat, kerana perjalanan perlu diteruskan. Jalan luruskah, jalan bengkok berbelok-belokkah, atau berlekuk mengandung lecak, kita yang memilihnya. Sedikit kita ingat bahawa Tuhan jua yang menentukan - untuk segala pilihan yang tersedia.

Semoga saya tidak lupa ingatan Tuhan dalam kitabNya, 'Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.'
(Al-Baqarah, 153)

Merasa berada di bawah kadang kala adalah nikmat susah yang tidak terperikan. Tanah ini begitu asing!

 *Gambar - Lebuhraya Utara Selatan - Saya mahu pulang!



Yang lelah dan capek,

8 buah bicara:

salam kak balqis.

ringkas namun berguna!

saya ada juga terdengar satu kata-kata: biarlah berada dibawah jika itu membuatkan kita sentiasa bersyukur.

tapi apa pun, di mana jua kita berada. pekalah hakikat berada di atas atau di bawah, bersimpang siur atau lurus jalannya.

p/s: saya juga mahu pulang!
 
LiyanaSalam Liyana.

Benar, berada di bawah sering membawa diri dekat denganNya. Siapa lagi tempat meminta?

Iya, kalau berada di bawah, tapi jalannya masih tetap bengkok, apa ertinya jugakan?

p/s: Jom pulang sama-sama. *wink*
 
Salam,

Kalau dibawah kerana dihenyak orang atas lebih baik kita cepat-cepat lompat ke atas bimbang terus lemas. Kalau dibawah itu kerana zuhud, semoga zuhud itu memeluknya.

Sudah lelah dan kecapetan? oh, sabar. Saya lebih lelah sebenarnya kerana sudah hampir 4 tahun lari tanpa henti. Cari juga plaza tol, tapi tak jumpa.
 
sujud kita pada Allah.. ketika itulah kita berada paling bawah... dan ketika itu juga terasa betapa hampirnya kita denganNya..
 
salm...cantiknya ciptaanya....kt na..nie.mcm kt lebuhraya PLUS..je..
 
Akhi Farid RashidiSalam,

Terima kasih atas ingatan tersebut. Sekadar meniti jalan2 semak berduri sahaja dalam kehidupan seorang pelajar. Harus tempuh jua!

Iya, kasihan kamu. Tidak mengapa, hampir tamatkan pelarian kamu? Sedikit sahaja lagi, semoga berjaya!
 
Kak AzmaBetul, kak. Insaf saya. Ke mana pun kita pergi, kalau tak kembali kepadaNya, selagi itulah masalah2 dalam kehidupan semakin menjadi bercelaru dan keliru.

Terima kasih atas ingatan.
 
=Anak pendang Sekeluarga=

Salam... Cantikkan? malaysia memang indah. Ini memang lebuhraya utara selatan pun, huhu...
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!