Kamu tidak akan tahu bila kamu dijangkiti virus yang menyebabkan selesema, tiba-tiba sahaja kamu akan bersin beberapa kali, dan hidung kamu akan mula berair. (Oh, kadang-kadang sungguh menyeksakan menanti bersin yang terhendap-hendap mahu keluar).
Virus-virus ini akan mula membahagi dengan banyak, menyerang sel-sel di permukaan dalam hidung kamu yang kemudiannya akan mula menghasilkan mukus dengan sangat banyak untuk memerangkap virus-virus tersebut dan menghalangnya daripada menjangkiti bahagian bawah salur pernafasan (farinks, larinks, trakea, bronkus dan seterusnya paru-paru). Mukus inilah yang kamu panggil hingus. Hingus yang sangat banyak akan menyekat salur pernafasan menyebabkan kamu tidak dapat bernafas dengan baik. Kamu akan mula rasa berat kepala, mengantuk dan mudah penat, semuanya kerana kamu tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi apabila hidung kamu tersumbat. Kasihan.
Lebih teruk lagi jika virus sudah menjangkiti nasofarinks (bahagian antara hidung dan tekak) dan kemudian larinks (bahagian penghasilan suara). Tekak akan berasa gatal-gatal seperti mahu ditoreh serta digaru dan batuk pula datang bertalu-talu tanpa dipinta. Sungguh menyakitkan.
Kadang-kadang bersama batuk dan gatal tekak, mata kamu akan berair (watery eyes) tetapi sebenarnya kamu tidak menangis. Ini kerana terdapat satu salur kecil yang menghubungkan antara mata dan hidung dipanggil salur nasolakrimal. Dalam keadaan normal, kelenjar lakrimal yang sentiasa menghasilkan air mata (untuk membersihkan mata) akan dialirkan dari mata ke hidung melalui salur ini. Apabila hidung kamu tersumbat, salur ini juga turut tersumbat lalu mengakibatkan air mata kamu tumpah dengan banyaknya seolah-olah kamu sedang menangis kerana kesedihan. Oh, bersabar ya!
Haa chum!!
Tahukah kamu? (Kalau sudah tahu, baguslah)
- Andai diserang selesema, cepat-cepat pakai topeng hidung dan mulut, agar tidak menjangkiti orang di sekeliling. Sila prihatin, ok!
- Menghembus hingus sekuat hati (hingga berbunyi) bukanlah cara terbaik untuk melegakan selesema. Ini akan menambah terukkan keadaan malah memanjangkan jangka masa diserang selesema. Lebih baik dikumpul dan dibuang melalui mulut sebagai kahak.
- Apabila baring, tinggikan sedikit kepala dengan dua buah bantal. Ini kerana tarikan graviti akan
mempengaruhi keseimbangan pengeluaran mukus dari kelenjar. Lebih banyak mukus dihasilkan, maka lebih teruk hidung akan tersumbat. - Opps, jangan segera mengambil antibiotik andai ada tanda-tanda diserang selesema. 90% dari selesema adalah disebabkan oleh virus, bukan bakteria. Tiada ubat yang benar-benar dapat memulihkan selesema. Virus yang mengakibatkan selesema ada banyak dan akan sentiasa bermutasi untuk ketahanan dirinya. Untuk mendapatkan rawatan segera silalah berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan dengan anda. (Hehe)
- Jika selesema kamu tidak berkurangan atau berhenti, dan demam pula menjelma, jangan ambil ringan, ya! Kamu mungkin diserang virus influenza!
- Andai teman sebilik/rakan sekelas kamu diserang selesema, maka bersedialah! Kamu berkemungkinan adalah mangsa seterusnya. Hihihi.
Semak, serabut, serabai
Apa lagi?
15 buah bicara:
Kalau selesama berterusan bagaimana mahu menyelesaikannya?
Saya kalau di Malaysia pagi-pagi sering bersin. Tapi kat Mesir tak. Mungkin faktor cuaca kering agaknya.
Hurm, bahaya atau tidak bergantung kepada sistem ketahanan (imunisasi) tubuh seseorang melawan virus tersebut serta berapa banyak/ jenis virus yang menyerang. Lagi banyak dan lagi kuat - lagi teruk. Wallahua'lam.
Betul!!! Itulah sebabnya apabila sampai ke sini (Ukraine), saya agak terkejut dgn budaya mereka. Andai ada selesema, anda akan 'dihalau' dengan baik dari kuliah atau kelas. Boleh baliklah, walaupun nak belajar sgt, hehe. Kalau tidak pun, kena pakailah mask sepanjang2 kelas tu, rimas juga, tapi nak buat macam mana, kena fikirkan orang lain juga, huhu...
Dulu, waktu jerebu di malaysia, saya juga tidak pakai, hehe... (pengakuan tulus ikhlas), yelah sebab takde pengetahuan lagi ttg ni semua. Itulah mind set rakyat malaysia perlu diubahkan?
Selesema dan Resdung..apa bezanya ya?
Tak dinafikan, kedua-dua penyakit tersebut punya simptom-simptom yang hampir sama.
Selesema = Rhinitis
Hanya menjangkiti bahagian hidung dan tekak. (ini dalam kes selesema biasa). Selalunya tidak lama, seminggu/dua minggu. Dan selalunya berjangkit dari orang lain. Simptom biasa seperti berhingus, bersin, batuk etc
Resdung = Sinusitis
Resdung berlaku apabila berlaku inflamasi (keradangan) pada sinus (ruang udara) yang terdapat di sekeliling hidung. Ada 4 semuanya di setiap kiri dan kanan. Keterukan resdung ini berlainan bagi individu yang berbeza. Ada yang terlalu teruk dan ada yang biasa2 sahaja. Resdung selalunya lama dan kadang-kadang sehingga ada sepanjang hidup seseorang itu, andai tidak dirawat dengan segera. Tanda-tanda resdung hampir sama dengan selesema cuma yang membezakannya adalah ia berpanjangan, hidung sering gatal2, kalau ditekan pada bahagian sinus yang berkenaan di muka akan berasa sedikit sakit, sering demam, dan jika lebih teruk lagi, bahagian sinus tersebut kelihatan kemerah-merahan (boleh lihat pada muka).
Penyebab:
1) Alahan (so, maybe dari kecil sudah ada
resdung)
2) Selesema yang berpanjangan (hingus yg banyak termasuk dalam sinus, menjadi pekat, berkulat, kuman dan bakteria hidup dan membiak dalam sinus)- jd jgn amalkan hembus hingus bila selesema, ya!
3)Termasuk bendasing dlm sinus
4) Trauma pada sinus (accident etc)
5) Kadang2 bentuk hidung juga boleh mempengaruhi. Wallahua'lam.
Saya harap jawapan ini membantu. Untuk penerangan lebih lanjut, bolek klik di sini.
Kalau selesama berterusan bagaimana mahu menyelesaikannya?
Jika selesema berterusan hingga 10 hari dan hingus yang jernih bertukar menjadi hijau atau kuning, mungkin berlaku jangkitan pada sinus (resdung). Biasanya jika selesema berpanjangan lebih dari sepatutnya ia adalah indikasi kepada penyakit-penyakit lain. Jadi perlu jumpa doktor dan periksa, adakah ia resdung atau tidak. Kalau selesema, biasanya doktor akan bagi ubat yang akan 'mengeringkan' hidung. Tapi itulah, tiada ubat yang baik pun untuk selesema ini, semuanya memberi kesan yang sementara shj. Untuk resdung pula, rawatan berasap selalunya berkesan jika diamalkan. InsyaAllah.
Yang penting: Kebersihan diri, tempat tinggal dan tempat tidur perlu sentiasa dijaga. InsyaAllah...
Bersin pagi2? Alhamdulillah...
dua kali sihat, tiga kali ada penyakit, mungkin. Wallahua'lam.
Maaflah saya beri penerangan panjang lebar, tak reti pendekkan. Sesiapa yang lalu di sini, dan lebih pakar, kalau ada salah silap saya, sila betulkan, ya! Wallahua'lam.
Saya budak baru belajar... eheh.
Tapi memang lebih selesa kalau selesema pakai mask dan nampak lebih macho,yeah!!
Yelah dari membiarkan diri dilihat dengan hingus meleleh.huhu.
Apepun diri saya memang mudah kena demam selesema.Apabila perubahan musim,cuaca panas dan berhabuk akan mudah selsema lepas tu.
Dah selesema,apa lagi..tidurlah.smile
Tak tahu pula saya kalau pakai mask nampak lebih macho, eheh.
Perubahan cuaca antara faktor yg blh menyebabkan selesema juga terutamanya kepada mereka yang punya sistem ketahanan badan yang kurang (mudah kena penyakit).
Jangan tidur lama-lama. (itu juga tidak elok untuk kesihatan) Bangun dan ambil angin segar sekali sekala. =)
seronok dpt berkongsi... =)
Memula baca, kaksu ingat nak tanya pasal resdung, tapi Farid dah tanya dulu. So semua soalan dah terjawab. Tapi kan... bagaimana rawatan berasap tu yg berterusan tu dikatakan boleh menyembuhkan resdung?
Dan kak su keliru, apa beza hingus yang dihembus dari hidung dgn kahak yg keluar dari mulut. Nampak sama je. Sebab, kalau menahan hingus keluar, selalunya ia akan keluar melalui tekak jugak. Rupanya pun lebih kurang sama je.
Sebenarnya, saya sendiri kurang pasti, kerana ini adalah rawatan tradisional dan bukan modern medical. Kenyataan saya sebelumnya 'Untuk resdung pula, rawatan berasap selalunya berkesan jika diamalkan. InsyaAllah. adalah berdasarkan kepada beberapa testimoni tidak rasmi dari orang2 terdekat yang pernah mengamalkan kaedah ini. Walaubagaimanapun, saya juga ingin tahu mengenai kaedah rawatan ini, maka cari punya cari, jumpa jugalah beberapa penjelasan mengenai rawatan berasap ini.
sedikit petikan,
Habuk-habuk kuning yang timbul meliputi muka semasa / selepas melakukan rawatan ini adalah kesan dari lilin ramuan yang membaluti rokok resdung tersebut. Tetapi sekiranya anda perhatikan betul-betul, akan ada benda-benda halus seperti bulu roma disebalik lapisan habuk kuning itu. Untuk lebih jelas lagi, perhatikan dibahagian tengkuk selepas rawatan ini selesai dilakukan. Akan terkeluar begitu banyak bulu-bulu halus yang rapuh sedangkan rawatan tidak dilakukan pada bahagian tengkuk! Sememangnya itu adalah ulat resdung yang mati kepanasan lalu terkeluar dari sarangnya. Oleh kerana rokok resdung menggunakan bahan yang panas, ia tidak keluar hidup.
Baca selanjutnya
Kalau yang saya belajar, salah satu rawatan untuk resdung adalah hot steam treatment, di mana pesakit meletakkan muka di atas wap yang keluar dari air panas. Ini adalah untuk membuka liang-liang roma yang tersumbat dan melegakan pesakit resdung. Tetapi terapi ini hanyalah untuk relieve dari sakit resdung, tidak berfungsi untuk menyembuhkan. Cuma kaedah wap dan asap untuk memanaskan muka adalah satu kaedah yang sama, cuma lain cara dan hasilnya.
Sebenarnya terdapat berbagai-bagai cara untuk mengubati resdung, cuma hasilnya yang berbeza bergantung kepada tahap resdung dan tahap kesihatan individu tersebut. Wallahua'lam.
Tetapi kata pakar pula memang seperti apa yang saya belajar. Sebenarnya apa yang ada dalam rongga sinus adalah nanah (mungkin ada bakteria/kulat) yang tertahan/tersumbat dan tidak dapat keluar lalu lama kelamaan menjadi nanah. Jadi, dari mana datangnya ulat kecil-kecil berwarna putih dan bergerak-gerak itu, wallahua'lam.
apa beza hingus yang dihembus dari hidung dgn kahak yg keluar dari mulut
Soalan ini best. Waktu saya kecil, saya juga pelik dengan hingus yang boleh keluar melalui mulut kemudian dipanggil kahak pula.
Sebenarnya, hingus dan kahak adalah serupa. Rongga hidung dan rongga mulut kita bersambung di bahagian belakang dan bertemu di laluan yang dipanggil farinks. Jadi, jika kita berhingus dan kita cuba bernafas dengan menarik hingus kita, ia akan pergi ke bahagian mulut pula. (Bahkan kita boleh menarik hingus/kahak ini dari bahagian belakang mulut untuk dibuang sebagai kahak). Ada juga yang telan. Hehe.
Selain itu kahak juga terhasil dari pengumpulan mukus dari dalam salur pernafasan. Mukus ini dihasilkan oleh kelenjar-kelenjar yang terdapat di sepanjang laluan salur pernafasan (dari paru-paru hingga ke atas), dan ditolak oleh cilia (rerambut kecil) yang terdapat di permukaan salur ini juga ke atas. Mukus ini selalunya mengandungi bakteria-bakteria yang telah mati dan seeloknya perlu dibuang. Jadi, tidak semestinya waktu selesema sahaja menghasilkan kahak.
Kata guru Al-quran saya sewaktu di sekolah dahulu, kalau bangun pagi dan terasa ada kahak, perlu dibuang atau dipaksa buang, supaya sentiasa sihat dan otak sentiasa cerdas (tidak malas dan pelupa). Itu petua beliau untuk menghafal Al-Quran. Wallahua'lam.
Saya harap saya menjawab pertanyaan Kak Su. Maaf andai ada kekuarangan, huhu...
Apa pun setiap penyakit itu pasti ada ubatnya, InsyaAllah kecuali tua/mati...
Wallahua'lam.
Thank you for this article. Memang kebetulan agaknye coz I`m having a cold right now.huhu. Byk advice yg berguna yg bley dipraktikkan.hehe.
U know sumthing, I always wandered why sometimes keluar macam air mata tu, well now I know.Thanks again.hehe.
You're welcome. Is it? Then hope that you'll get well soon, InsyaAllah!!
Panjang dan jelas sungguh penerangan yg Dr Balqis bagi. Kak su berangan nak jadikan Balqis personal doctor kak su nih... huhu... angan-angan je lah. Bimbang tak mampu nak bayar fee nanti.
Saya beritahu sedaya mana yang saya tahu. Melalui pertanyaan kak su dan yang lain juga, saya sendiri banyak mengulangkaji kembali dan belajar benda baru, alhamdulillah...
Takpelah, kalau kak su nak tanya apa-apa, boleh sahaja, yang mana akal seorang pelajar perubatan tanpa pengalaman seperti saya mampu menjawab, InsyaAllah... saya cuba...
Saya kerja dengan kerajaan dulu, hehe...
Selsema kalau dibiar tanpa rawatan yg betul, boleh mengakibatkan melarat jadi resdung. So, sesiapa yg mengalami simptom bersin selesema yg kuat, bolehlah segera ubatinya dengan meluangkan masa meneliti web page ini:
Hapuskan selsema dan bersin teruk
Semoga info ini dpt membantu mereka yg masih belum mendapat jln penyelsaian sebaiknya. Tq.
Post a Comment
Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!