Wafeya

Life is a serious matter.

Thursday, December 11, 2008

Buku!!!

Satu dua minggu ini asyik memikirkan tentang buku dan membaca buku. Bukan buku-buku teks pelajaran. Tetapi novel. Ah, bukan novel biasa! Begitu. Terlambat sedikit untuk membaca, barangkali. Orang sudah sampai ke mana, saya baru ingin menguliti Isabella, teringin untuk menyentuh Maria dan sekadar bermimpi tentang Weil China. Saya tidak membaca semua jenis novel. Prinsip saya pada sebuah novel mudah. Fakta, kefahaman dan pengajaran. Semua itu kalau digarap dalam sebuah cerita dengan baik, saya sudi membacanya berulang-ulang kali. Sekali sekadar membaca, dua kali untuk mengulang kaji. Tiga kali, tidak saya mahu lupa isinya!

ISABELLA



Penulis: Maulana Mohammad Saeed
Terjemahan oleh: Abdullah Hussain

Membaca Isabella mengingatkan saya kepada novel Tuhan Manusia karya Faisal Tehrani yang pernah saya baca. Bezanya, Ali Taqi datang dari zaman moden ini dan Isabella pula wujud nun pada zaman keagungan Cordova ketika Mesir diperintah oleh Dinasti Fatimiyyah.
Mulanya buku ini dicadangkan oleh seorang teman kepada saya, katanya, “Kau mahu ke Cordova bukan, cuti musim sejuk nanti? Cuba baca Isabella, kisahnya berlatar belakangkan Cordova. ”

Kerana minat yang mendalam tentang Islam di Andalusia, pantas saya mencari Isabella di halaman maya ini walaupun masih belum pasti yang Cordova itu akan saya jelajahi. Saya jumpa, cetak dan kemudian bukukan ala kadar, sekadar untuk bacaan dan simpanan sendiri. Novel versi Melayu tidak dijual lagi, manakala versi Inggeris pula, melambatkan proses penghadaman saya. Maka maafkan saya, saya tidak punya pilihan... Dan novel ini, tidak mengecewakan saya.

“Baiklah,” kata Michael, “apakah kamu percaya dengan Ketuhanan Suci dan Jesus Kristus sebagai Tuhan dengan segala keperluan kewujudannya?”

“Saya percaya kepada Tuhan sebagai Tuhan dan bukan manusia sebagai Tuhan,” jawab Isabella.

“Jadi jelaslah bahwa kamu tidak percaya kepada Ketuhanan Tuhan Jesus Kristus. Jadi, apa lagi bukti yang ada kalau kau bukan seorang Muslim?” tanya Michael.

“Maksud saya, tidak ada bukti di mana-mana pun jua di dalam Injil bahawa Jesus itu Tuhan,” jawab Isabella.

Kalau kamu mahu tahu tentang (hampir) segala kelemahan agama Kristian, buku ini sangat membantu. Selepas habis membacanya, saya jadi sangat tahu. (Ooopss, bukan bermakna kamu boleh menuding jari ke arah saya dan bertanya itu ini tentang teologi dan falsafah) Buku ini menambah tahu saya bahawa agama yang sedang saya anuti ini tiada cacat celanya, malah sempurna amat dan kitab suci Al-Quran yang sering menjadi bacaan dan rujukan adalah mukjizat Nabi Muhammad SAW yang paling utuh hingga akhir zaman! Ya, semua Umat Islam pun tahu itu (benarkah?), tetapi ada yang tidak pernah memikirkannya – malah tidak mahu ambil tahu apa dan kenapa istimewanya Islam ini sehingga kadang-kadang lebih yakin dan percaya dengan agama-agama lain yang amat-amat mengelirukan. Isabella bantu menerangkan itu semua di bawah bimbingan Umar Lahmi, sang cendekiawan dan sarjana Islam yang berani. Isabella pula adalah anak perempuan kepada seorang ketua paderi di sebuah gereja besar di Cordova, Andalusia, Sepanyol. Bernas, bijak, cekal dan tabah. Hujah-hujahnya tepat menumbangkan dakyah-dakyah Kristian yang berbelit-belit. Kristian, pada saya adalah sebuah agama yang lompong, dindingnya kelihatan kukuh, tetapi apabila diketuk, kosong bunyinya (dasar-dasarnya tiada, ajarannya direka-reka dan ditokok tambah sehingga tidak masuk akal).

Isabella adalah sebuah kisah benar. Membacanya mengajak kita berfikir bukan ringan-ringan. Berat amat. Tetapi manfaat dan ilmu yang diperoleh, InsyaAllah mahal harganya! Oh, ya! Terima kasih kepada Isabella, dia buat saya tambah rindu pada Rasulullah SAW di akhir novel ini.

Kredit kepada:

Sumber maklumat: Saifulislam.com, Isabella (Versi Melayu), Isabella (Versi Inggeris)


MARIA dan WEIL CHINA


Penulis: Emina Senlikoglu (Turki)
Terjemahan oleh: Ustaz Rofizi Dollah

Maria membawakan tema yang hampir sama dengan Isabella, juga merupakan sebuah kisah benar. Weil China pula digarap dari sebuah tragedi yang benar-benar terjadi, dan lebih-lebih lagi mendebarkan. Saya belum dapat membaca kedua-dua buku ini. Keinginan lebih meluap-luap apabila membaca sinopsis kedua-dua novel tersebut. Penulisnya seorang wanita Turki bernama Emine Senlikoglu. Melihat biodata penulis ini juga sudah membakar semangat saya untuk membaca buku-buku tulisan beliau yang telah diterjemahkan ini. InsyaAllah akan saya cuba dapatkan!

Sinopsis Novel Maria

Maria merupakan kisah benar yang diceritakan kembali kepada penulis yang berasal dari Turki. Maria mengungkap kisah seorang gadis Jerman bernama Mary (Maria) yang menghadapi konflik tiga penjuru antara Kristian (yang dianuti oleh diri dan ibunya), Athies (ideologi yang dipegang oleh ayah, adik dan kekasihnya) dan Islam (yang diperkenalkan oleh Abdul Wahab dan kekasih barunya Muhammad).
Baca seterusnya…

Sinopsis Novel Weil China

Gadis yang aku cintai hanya menggerak-gerakkan jari jemarinya. Dia tidak mengangkat tanganya agar orang lain tidak memahami, namun aku memahaminya. Suara lemah emakku yang meraung meminta tolong. "Tolong emak Qan!" masih lagi terngiang-ngiang di telinga. Berikan kami sedikit kebebasan! Duniaku bagaikan gelap gelita sewaktu gadis yang aku cintai meludahi mukaku di hadapan khalayak ramai. Baca seterusnya...

Sebenarnya novel-novel bertemakan perbandingan agama dan falsafah ini mungkin ada banyak lagi yang tidak diketahui dan disebarluaskan. Sayang kalau tidak dibaca dan diselongkar segala rencam isinya. Tambah-tambah lagi kalau ia merupakan bingkisan kisah yang benar. Jadi, andai mahu mencari sedikit suluhan kebenaran, cubalah cari buku-buku ini! Wallahua’lam.
 


Tamat peperiksaan nanti,
akan kugeledah novel-novel begini lagi,
ya, novel!
Untuk dibaca mengisi senggang masa, pastinya~

21 buah bicara:

membaca tu menyeronokkan kan. sy pun sedang demam dibuai keindahan bahasa buku cuti-cuti ni. satu yang saya gembirakan, sekarang kalau pergi ke kedai buku, dah ada satu bahagian khas untuk novel Islam. menarik sekali. tapi, akhir-akhir ni saya jarang baca novel sebab banyak novel cinta je. dan terima kasih atas entri ni, mungkin dah bagi saya inspirasi untuk mencari buku apa lepas ini hehe
 
wah2...boleh jadi promoter ni hehe

hmm insyaAllah akan akak usahakan untuk dapatkan buku2 itu...jazakillah balqis for the info ^^
 
Mula : Salam aidiladha kembali..Lewat..hehe..baru balik dari kampung..

Novel Isabella saya ada dalam versi Bahasa Melayu..dah baca masa sekolah rendah lagi.masa tu tak berapa faham..cuti semester tahu lepas jumpa balik novel tu dalam timbunana buku-buku di rumah..baca semula..baru faham..Isabella sangat berani..saya rasa paling sedih masa dia kena tangkap kat bilik gelap tu..
 
Anonymous
Iliana

Yep, terutamanya kalau kita memang ada banyak masa lapang, hai... bilalah saya nak bercuti pula, ya. Eheh...

Kedai buku mana yang Iliana selalu pergi, ya?

Saya juga tidak berminat dengan novel-novel cinta. Entah kenapa ia memualkan saya.

Sama-sama. Saya gembira dapat berkongsi sesuatu di sini...

Damai

Hehe... Akak nak baca Isabella ke? Boleh pinjam dari saya..
 
Syahidah

Oh, selamat kembali semula (dari kampung) eheh...

Wah, beruntungnya kamu sudah baca Isabella dari kecil lagi. Ya, saya yang sudah tua ini pun, masih terkial-kial menangkap isi penyampaian dalam buku tersebut. Alhamdulillah, memberi sedikit ilmu kepada saya.

Betul. Teruk juga Isabella kena. Saya terfikir, dahsyatnya agama Kristian...
 
Salam Balqis. Kenapa buku-buku yang awak baca semuanya menarik? How can I get my hands on them. Buku Isabella tu macam sesuai dengan mood Spain saya :D
 
Wah! Wah! Balqis rupa-rupanya novel Isabella itu is the novel that I've been looking for for a long long time! Dulu di KISAS ada majalah yg diterbitkan oleh BADAR dan pernah diselitkan 2 muka surat dari novel Isabella. Selepas tu dihentikan terus. Alhamdulillah berjumpa semula. Terima kasih Balqis! *hugs*

Can I link this entry with mine, since ada kena mengena dengan Spain? Please?
 
Ha, kalau nak pergi Spain kena baca buku Isabella tu, highly recommended. Nanti bila tengok Masjid Besar Cordova (sekarang sudah jadi gereja), barulah ada feel...

Ho, really??!! Huhu... baca tau sebelum pergi Spain, hehe....

Yep, sure. You can have the link, with pleasure~ ;)
 
i love books, but I havent read any of your books here ...what a shame! Will do that when I get hold any of the books...

Now I'm devouring the no.1 ladies' detective agency series...it is so deliciously funny, but lots of moral values included without being too obvious...i dont really like thriller books, it poisons my mind..erk..bleh ker tulis macam ni...hahhahaha...

Have you read Harry Potter? It is another series that I really2 love, being older I am able to divorce myself from the superstitious...alhamdulillah, otherwise, I may fall for the dark magic instead!

But do read the hikayat2 melayu lama, because even the stories are lost within time, the values stay with you, indeed, it shapes your life..

mak aii panjang nyer, cam posting la plak...forgive me!
 
Kak Fakhzan!! *wink^wink*

I love books too!! especially the smell of the paperback one. Huhu. It's okay, they're just a suggestion, though.... but if you can find one, don't hesitate to buy and read them, ya!

N0.1 detective agency series? Never heard of them... Which one ya? Nancy Drew? (I was once addicted to Nancy Drew's game, lol). Well, for thriller, it's depend. I could do with Dan Brown's for sure. It just seems so real!

Harry Potter?? You've asked the right person my dear sister. I've read all them 7 series. What a fantastic story J.K. had made for us, though it was of course, undoubtedly fantasies... huhu.
(You may click at my Bookshelves corner to see what kind of book I read else)

Hikayat-hikayat melayu lama? Macam rasa ada tersimpan dalam almari di rumah. Hurm, or not? wallahua'lam, tak ingatlah. nanti balik saya cari... ho, and that will be the next year, of course, he...

p/s: Oh, don't bother, please drop by here anytime you feel free!!!
 
No no no, it's not Nancy Drew, I loved it too, when I was a child, itu lah cita2 dari darjah satu sampai 3 nak jadik penyiasat! Hheheh, but my youngest sister wants to involve in CSI activities, bless her, I cant even think about corpse without shudder. Dan Brown? Really? I will search for it in our public library, I loveee Sherlock Holmes, so clever!

Owh the no.1 ladies' detective series are about Mma Ramotswe's life in Botswana. The series teach me to be sooo kind, Harry Potter's series teach me to hope.

Yeah Hikayat lama2 like Hikayat Malim Deman, I love every single folk tales, including from foreign countries.

Owh Balqis, you have been tagged! Deeply sorry, but love to see your fav picts!
 
You wanted to be a detective? Ho ho me too!! Your sister must've got some nerves in her, if she really want to involve in CSI. But I could say that it's really interesting working with corpses. Hehe... Ya, you know right? The writer of the best seller 'The Da Vinci Codes' novel. You must read 'The Deception Point'. Conspiracy, that's what it is...

Never heard of that book before... If i come across one, i'll read and see what it's about, InsyaAllah.

Hikayat Malim Deman. I know I've read this book somewhere... It's related to one of the early Majapahit-Melaka History, if i'm not mistaken...

Eeek! *grasping for air*
Do I have to respond to this? Haha, InsyaAllah, i'll see how it'll be, but not in the nearest time though... Hehe, anyway, thank you for the tag. Fav pics eh... doukana, hurm..
 
my sister is one of the coolest girls i have ever met in my entire life, this praise isnt because she's my blood sister, but indeed lots of people were commenting on this, even one of my bestfriends confirms my suspicion, that she has a charisma, ceh, did i sound a jealous sister or the proud one? hahahhaha

did dan brown write da vinci code? i love the movie, and i have the book, it is under my bed, i dont have the courage to read it yet, it is sooooooo thick! hahahhahahah...

yeah you should try to read it, i'm not so sure your taste, but for me, it's brilliant. it has been sold million worldwide, thus i guess lots of people love this series.

hikayat malim demam - really? i cant remember, what i do remember is the black princess was being kidnapped by the garuda, and the cousin (used to jeer her because of her skin colour) tried hard to track her and yeah, as we know, there was a happy ending...:D

doukana? what is that? *too lazy to google it*...hehhehehe...yeah please do, in you spare time of course!

:D
 
Hey! That is the name of my daughter! hahaha

Greetings!
 
Fakhzan Marwan

Both! Haha...

OMG, you don't know, but instead you've watched the movie? How can that be? And you have the novel and you put it under your bed? C'mon..

Well, that part of Hikayat malin Deman - i can't even recall, huhu...

Sorry, it's Japanese, means 'how is it, ya..' sumthing like that, 'uh, oh, i'm not sure'. Better ask the expert, ;)

InsyaAllah...
 
Alejandro

Is it? Then your daughter really have a beautiful name!!

Send my greetings to your daughter too, tell her that she have a a very great name!

Are you from Spain?
 
Salam dear sister

Sangat-sangat direcommended Weil China dan Maria. Cuba dapatkan dan baca secepat yang mungkin. Akak lebih suka Weil China. Sungguh menggugah.
 
Kak SumayyahSalam dear sis,

The problem is I don't know if they still sell them. Dengar citer jual di mesir sahaja, huhu...

I hope very much dekat Malaysia pun ada jual juga. Really hope...
 
salam
adui...jeles
mana ya nak dapatkan 3 novel itu?
cuma pernah baca Tuhan Manusia,
yummy..mengenyangkan.
 
salam dik.. ^^

novel Isabella, boleh download di sini atau boleh copy paste di sini. kalau nak best lagi, boleh print dan buat jadi buku dan baca!! That's what i did. ^^

Dua novel lagi tu sampai sekarang pun akak belum dapat rezeki untuk baca, sebab hanya ada dijual di Mesir. Adik di jordan, kan? Barangkalai ada senior2 yang ada buku tersebut? Atau kalau ada kesempatan dan rezeki boleh ke Mesir dan ke kedai buku di sana dan tanya kalau2 ada? Manalah tahu kalau2 ada rezeki...^^

Tuhan manusia, the best!!
 
Haaaa takde jual kat Malaysia?sedihnya.... Saya pernah ada buku Maria tu.. Cetakan pertama lagi... Tapi dah hilang... Waaaaaa!!
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!