Wafeya

Life is a serious matter.

Monday, December 22, 2008

Bola golf, batu kerikil, pasir dan air kopi

Mimpi ngeri

Apabila ada banyak perkara yang mahu dilakukan, tetapi masih bertangguh-tangguh kerana kemalasan, maka bala apakah yang bakal menimpa? Suatu mimpi ngeri di layar realiti. Kalau sedang tidur itu, mimpi datang, dan kalau sudah jaga juga mimpi tidak pergi-pergi, pasti ada urusan belum selesai dilunas sang pemimpi. Benarkan?

Tatkala membuat senarai semak perkara-perkara yang harus digaris potong lama dulu, saya mengeluh berat. Bukan kerana panjangnya senarai yang dibuat, tetapi kerana kesal tidak memberi perhatian sewajarnya dahulu. Saya melihat kembali senarai yang ditulis di helaian kertas. Mengapa boleh jadi sebegini banyak? Apa sahaja yang mengisi?

Keliru yang ‘terutama’

Saya masih mengingati dan pasak memahami, malah sedaya upaya telah cuba mengaplikasikan habit ketiga Dr. Stephen R. Covey, ‘Put first thing first’ dengan baik. Tetapi di mana silapnya? Senarai yang panjang ini menjadi bukti bahawa saya salah mentafsir dan tidak mencerna habit ketiga ini dengan betul. Pemahaman saya jelas, tetapi pengamalan saya rupanya tersasar. Benar, saya utamakan yang perlu diutamakan, tetapi kerana bagi saya sekecil-kecil benda juga perlu diutamakan, lantaran itu yang ‘terutama’ tidak diutamakan. Maka bersusunlah yang ‘terutama’ menghuni garis-garis lurus dalam buku nota kecil harian.

Nampak bukan? Saya benar terkeliru. Saya tidak menggunakan ‘Time Management Matrix’ dengan baik. Mudah kata, salah letak tempat. Menghabiskan sebuah buku ilmiah bukan perubatan, memang kelihatan mudah benar dari membaca dan cuba memahami salah posisi fetus ketika bersalin dan komplikasinya (Fetal malposition) atau melayari internet konon untuk menambah ilmu serta maklumat semasa itu lebih ‘afdhal’ dari cuba menggarap sebaiknya manual ‘Tsojanov’ untuk menyambut kelahiran bayi songsang.
‘Hai, takkan semuanya nak kena buat C-section kot, Dr. Balqis?’

‘Eheh, tak boleh ker?’

Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Saya jelas zalim.

Ingat jar mayonis dan air kopi

Mak cik saya pernah menhantar lanjut sebuah e-mail lewat tiga tahun lalu, sewaktu saya sedang berperang teruk dengan mehnah dan cabaran sebuah alma kehidupan seorang bergelar pelajar perubatan. Mungkin kerana sudah lama saya tidak bertanyakan khabar arwah opah di kampung, maka e-mail dari mak cik ini menampar halus jiwa saya, tidak memberat tetapi meringan lara serta menghampar ingatan beserta sebuah kekuatan bahawa keberadaan saya di sini atas doa mereka juga di tanah air sana. Saya bangun. Tersentak membara. Saya baca…


Suatu hari, dalam sebuah kuliah pengajian filosof, seorang profesor sedang berdiri di hadapan pelajar-pelajarnya dengan beberapa barangan aneh di atas meja. Apabila kuliah bermula, tanpa sebarang kata, beliau mengambil jar mayonis yang besar dan kosong, lalu diisi dengan bola-bola golf sehingga penuh. Kemudian, beliau bertanya kepada pelajar-pelajarnya samada jar itu sudah dipenuhi atau tidak. Sekuliah mengangguk bersetuju mengatakan jar itu sudah penuh.

Beliau meneruskan dengan mengambil kotak yang dipenuhi batu-batu kerikil lalu dituang ke dalam jar yang sama sambil menggoncang sedikit jar tersebut. Butir-butir kerikil berwarna hitam bergerak mengisi ruang-ruang kosong antara bola-bola golf. Sekali lagi beliau bertanya samada jar itu sudah penuh atau tidak. Anggukan serata kuliah sekata bersetuju.

Lalu, sang professor mengambil pula sekotak pasir dan dituang selamba ke dalam jar yang sama. Tentulah, pasir-pasir halus lagi seni itu bergerak mengisi segenap ruang yang ditinggalkan bola golf serta guli. Dan seperti sebelumnya, beliau bertanya soalan serupa. Kali ini bergema laungan ‘Penuh!!’ berselang-seli. Hairan bercampur sedikit geram, mungkin kerana berasa seperti dimain-mainkan sang professor seakan kanak-kanak kecil.

Akhirnya beliau mengeluarkan dua cawan berisi air kopi dan dituang semuanya ke dalam jar, lantas kerana sudah sifatnya air mengalir mengikut bentuk, pantas sahaja memenuhi rongga-rongga halus yang terbentuk antara butiran-butiran pasir. Sekalian pelajar semacam ada yang ketawa dan tersengih melihatkan aksi aneh professor mereka.

“Sekarang”, sambung professor kembali apabila bingit tawa menghilang, “Saya mahu kamu anggap jar ini sebagai kehidupan kamu. Bola-bola golf pula adalah perkara paling penting dalam hidup kamu. Keluarga, pelajaran, agama, kesihatan, dan minat kamu. Perkara yang apabila segalanya telah hilang dari diri kamu dan yang tinggal hanyalah itu, hidup kamu masih lagi penuh. Batu-batu kerikil pula melambangkan sesuatu yang kamu perlu demi sebuah kehidupan. Pekerjaan kamu, rumah kamu, dan kereta besar kamu.

Pasir pula adalah perkara-perkara lain. Hal-hal kecil dan remeh. Seandainya kamu memasukkan pasir ke dalam jar terlebih dahulu,” sambungnya, “tidak akan ada tempat lagi untuk bola golf dan batu-batu kerikil. Sama juga seperti kehidupan ini. Andai kamu menghabiskan masa dan tenaga hanya untuk perkara-perkara kecil, maka tidak akan ada ruang untuk perkara-perkara yang lebih penting dalam kehidupan kamu.

Jadi, beri perhatian kepada hal-hal yang paling kritikal kepada kebahagiaan kamu. Luangkan masa bersama keluarga. Jaga kesihatan. Ah, kamu pasti akan ada masa untuk kerja-kerja lainnnya. Jaga bola-bola golf dahulu, perkara yang paling utama. Tentukan keutamaan kamu. Yang lain hanyalah pasir!

Seorang pelajar kemudian mengangkat tangan lalu bertanya apa ertinya pula kopi yang dituang kemudian itu.

Tersenyum professor. “Gembira saya, kamu bertanya. Ia hanya mahu memberitahu kamu, bahawa betapa ampuh penuh pun kehidupan kamu, masih ada lagi ruang untuk secangkir kopi bersama teman seperjuangan.”


Menumpu dahulu baru mengatur

Selama saya sibuk mengatur sebuah kehidupan, saya tersalah membuat percaturan. Dalam catur, raja hanya melangkah setapak, tetapi tumbangnya bererti kehilangan seluruh marga tentera di medan pertempuran. Saya tidak mahu membunuh keutamaan itu. Masih belum terlambat kiranya untuk saya menumpu dan mengatur semula. Dua minggu lebih sedikit tiga hari setengah sebelum saya meletak pen dan menjawab tiap soalan di hadapan sang guru. Keutamaan perlu saya tumpukan, hala tuju perlu saya perjelaskan, supaya tidak salah mengatur dan mengimbang sebuah kehidupan. Sebagai ingatan, saya entrikan di sini, moga tiap kali terbayang lintas mahu lari dari keutamaan, entri ini biar menghantui. Yang menulis itulah yang sepatutnya lebih tegar mengamal. Begitu.

Maka apabila engkau telah selesai [dari suatu urusan], maka kerjakanlah [urusan lain] dengan bersungguh-sungguh dan kepada Tuhanmulah kamu berharap.

Al Insyirah:7-8

Nota kaki:

C-section = (Ceasarean section), pembedahan yang dilakukan ke atas ibu mengandung yang punya 
                   komplikasi sekiranya melahirkan anak secara normal.

15 buah bicara:

Salam,

1st - I love love love cappuccino. However, as now I have developed rashes which I suspect the milk is the culprit, I abandon my love immediately. I realise now, coffee isnt everything..:D

2nd - When you walk into the exams hall, in the war with the words, memories and understanding, dont forget your friends hope and prayers, which are more potent than any walking weapons on earth. Believe in yourself, tawakal, and place everything in Allah.

3rd - I never believe in the malay pepatah "menyesal dahulu pendapatan (erk, betoiker?), menyesal kemudian tiada gunanya", as I emphasis as above, never to despair, hope is an eternal spring. Like Gandalf used to say to Frodo, it is the time in your hand that you should use it properly, effectively, efficiently ( I stretch it a little bit further!), dont cry over the spilled milk.

4th - wahhhhhhhhhhhh, dahsyat nyer entry ni! best! MasyaAllah, you write beautifully in malay dik! All the best in your study.
 
Salam DR Balqis..

menarik sekali perumpamaan yang diajarkn oleh pensyarah kamu..teruskan menulis ya..benarlah setiap manusia pemikirannya berbeza-beza..
 
Entri ni sesuai dibaca ni alang-alang tahun baru bermula..

Apa pun penggunaan perbendaharaan kata yang menarik..

Orang yang menulis perlu lebih tegar mengamal..
 
Anonymous
salam..
wahh...entri kali ni agak berkait dengan entri terbaru yang sedang saya usahakan..ulasan tentang ANTIBIOTIC..InsyaAllah..akan segera saya publishkan.
Ape2 pun..Nice one..saya juga mengalami masalah yang same,mengutamakan hal kecil,sedangkan hal yang besar jauh lebih penting.
Rasa macam tertampar plak.
 
waduh buk..maka benarlah cerita dalam entri kamu kali ini. sungguh menghentam kepala. tapi, nak mengadah, hanya sia-sia. saya perlu meneruskan pengembaraan..ouch ouch ouch..yang penuh berliku ini..

kadangkala, kita fikir itulah yang terpenting. hakikatnya, itulah yang selayaknya terkebawah sekali. sungguh pemikiran manusia ini ada hadnya.

p/s : mula membuka nota perancangan 2009..tik tik jari mengetik. fikir-fikir nih~
 
kak Fakhzan

1st- Well then, what about a cup of tea? I always have passion for tea. Warm soothing tea.

2nd- InsyaAllah, those will be forever in my heart.

3rd- Yep, i believe you are saying the right thing. It's just a matter of time, right? Just, do it!!

4th - Thank you. All the best to you too, kak!!
 
Ibnurashidi

Salam Ust Farid..

Eh, ini bukan perumpamaan pensyarah saya, ini adalah isi email dari mak cik saya. Kisah asalnya di dalam bahasa Inggeris, saya terjemahkan ke dalam bahasa Melayu untuk entri ini. Ya, setiap fikiran manusia berbeza-beza, mencapah walau sebenarnya buah fikiran yang ingin dituju hampir sama. Hihi...

Minat saya menulis, saya akan terus menulis. InsyaAllah...

Ust Farid juga teruskan menulis, ya!!
 
Syahidah

Oh, saya sebenarnya hampir lupa kepada tahun baru yang bakal menjelang tiba.

Terima kasih. (^_^)

Hana

Oh? Saya tunggu entri ANTIBOTIK dari Madziani nanti, seperti menarik seminar yang dihadiri...
Siapkan, ya!
 
Salam Balqis...
Kak su pun pernah baca email ni. Memang berkesan di hati. Ramai yang keliru untuk meletakkan mana yang penting dalam kehidupan.

Setelah masa berlalu dan sedikit pengalaman pahit manis dalam kehidupan, kak su menggali rahsia dan matlamat hidup yg sebenarnya. Dan kak su temui sesuatu. Apa yang paling-paling-paling penting ialah ibadat pada Allah. Menghayati ajaran agama yang menjadi pegangan kita. Tanpa agama, kita akan sesat. Dengan agama, kita tahu apa yang perlu diutamakan.

Pagi tadi, sementara menanti subuh, kak su cuba menghabiskan bacaan buku kupasan mendalam tentang Asma Ul-Husna, dan salah satu ayat yang buat kak su tersentak ialah... tentang dua perkara yang Allah anugerahkan pd kita tapi serikngkali buat kita lalai iaitu harta dan anak-anak (keluarga). Ya Allah... sungguh benar sekali. Lalu kak su fikir, seharusnya kita utamakan Allah, dan Allah akan bantu kita menyenaraikan apa yang penting dlm kehidupan. InsyaAllah.

Salam sayang dari kak su buat Balqis. Moga Allah sentiasa membantu Balqis menjawab apa saja persoalan yg singgah di minda Balqis.
 
Anonymous
Iliana

Betul, kerana terlalu memikirkan perkara kecil, yang utama tertinggal lalu bertimbu menjadi banyak.

Hai lah diri...

P/s: Plan betul2, ya! Eheh... nak ikut samalah~
 
Salam kak Su,

It's true that, a soothing words could melt a frozen heart, and a remembrance to Allah, will make you feel better, no matter in what state you are in right now...

Lalu kak su fikir, seharusnya kita utamakan Allah, dan Allah akan bantu kita menyenaraikan apa yang penting dlm kehidupan. InsyaAllah.

Thanks, kak Su for reminding me of what's the most important for me right now, as a muslim, a student, a daughter and a friend...

may Allah bless you in whatever you do, InsyaAllah...

Salam sayang dari saya buat kak su juga!!
Take care!
 
salam kenal..setiap yg kita lakukan kenalah dibuat dengan bersungguh2...baru terbit rasa puas..sekurang2nya kita telah melakukan yg terbaik...dan selebihnya....kepadaNya juga kita memohon
 
Salam kenal kembali...

InsyaAllah, saya cuba!!
 
Salam,

Yang menghantui hidup aku sekarang, bukan bola golf, tapi seketul batu yang lebih besar yang jika dilihat secara rasionalnya tak mampu di masukkan kedalam jar. Tapi aku cuba, sama ada jar ini pecah atau ...........

setakat ini, aku yakin batu besar ini takkan mampu aku masukkan namun aku cuba untuk masukkan juga, dan respon kawan-kawan, "kenapa buat kerja gila gadaikan kehidupan untuk generasi akan datang? gadaikan kehidupan kerna menzahirkan ad-deen Allah?".

Namun jika bukan aku yang mulakan siapa lagi?

Nice entry, pertama kali aku meluangkan masa membaca entry yang panjang.

mardhotillah....
 
Salam pendekar,

MasyaAllah, nampak berat sungguh yang menjadi keutamaan sang pendekar.

Terasa-rasa juga berat itu di fikiran saya yang membaca.

InsyaAllah, andai yang ditanggung sebesar batu hitam itu demi untuk menzahirkan Ad-deen Allah, ia bukanlah kerja gila, tidak sekali!

(Nabi SAW dahulu pun dipanggil orang gila dalam usaha menyebarkan agama Islam, maka apalah sangat pada kita?)

Mudah-mudahan dimudahkan Allah jua adanya, InsyaAllah!

Terima kasih kerana singgah! =)
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!