Wafeya

Life is a serious matter.

Sunday, December 07, 2008

Salam Aidiladha 1429H

(Kullu 'am wa antum bikhair)


"Apa sebenarnya kisah di sebalik Hari Raya Qurban ini?" soal sang penceramah, Kak Faezah kepada sekerat jemaah yang hadir pada pagi Subuh hening itu kepada hati-hati yang lapar minta diisi sesuap makanan rohani.

Kedengaran suara bertingkah-tingkah menjawab antara dengar dan tidak, ada juga yang diam menanti bicara seterusnya.

"Semua pasti telah mendengar kisah Nabi Ibrahim A.S. dan anaknya Ismail, bukan?"

Ada yang mengangguk, ada pula yang sekadar memerhati, lebih berminat untuk mendengar dari turut sama bersuara. Masih dikuasai kantuk lagi barangkali atau terlalu kekenyangan santak bersahur mee goreng masakan Kak Aini sebelum subuh tadi.

"Mengapa sampai boleh berkorban sebegitu rupa? Tidakkah Nabi Ibrahim a.s. sayang dan kasihkan anaknya, Ismail?"

"Ketahuilah rakan-rakan sekalian, bahawasanya, cinta dan kasih Nabi Ibrahim Khalilullah kepada Allah SWT melebihi cinta dan kasihnya kepada anaknya sendiri".

Saya terpisat-pisat seketika menghadam jawapan tersebut. Berkali-kali mendengar kisah Nabi Ibrahim dan Ismail pun, isi dan intinya seringkali saya terlupakan. Bukan tidak mahu mengerti, bukan tidak mahu memahami tetapi lebih kepada sekadar mencelup separuh tangan ke dalam air, tidak benar-benar bersih.

Benar. Bukan mudah menjadi seorang Nabi. Ujian yang Allah beri bukanlah sekadar suatu permainan, tetapi merupakan perhitungan antara hidup dan mati. Siapa yang mahu menyembelih anak sendiri? Sudahlah bertahun-tahun tidak mendapat zuriat, sudah dapat diperintah Allah pula ditinggalkan di tengah-tengah panas padang pasir yang tiada seorang pun manusia yang mendiaminya. Kemudian, baru hendak melepaskan rindu dendam kepada anak tercinta disuruh pula disembelih anak itu. Sesuatu yang sukar diterima akal bagi orang biasa seperti kita.

Tetapi tidak bagi Nabi Ibrahim dan juga Nabi Ismail. Allah itu lebih utama melebihi segala-galanya. Pengorbanan apakah itu kalau tidak kerana cinta dan kasih kepada Yang Maha Esa?

"Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar".
(As-Shaafaat : 107)

Dia lebih mengetahui segala-galanya, yang baik mahupun buruk, kerana Dialah pencipta kita, Dia jugalah yang telah mengatur perjalanan hidup kita sehingga ke akhirnya. Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui.

(Kisah penyembelihan Nabi Ismail a.s ini dinuqilkan dengan terperinci dalam kitab suci Al-Quran surah As-Shaafaat bermula dari ayat 100 hingga 111). Wallahua'lam.

Sudah berapa Zulhijjah saya hidup, kisah Ibrahim dan Ismail tetap akan selalu diulang-ulang. Sampai licin daging korban saya makan tiap-tiap tahun pun, kisah itu tetap akan disebut-sebut. Tetapi apakah makna Zulhijjah saya andai kisah yang diulang-ulang itu tidak pernah saya ambil pengajaran? Tuhan, ampuni daku!

Salam Aidiladha buat semua yang pernah hadir membaca blog saya. Ampun maaf dipinta andai pernah ada salah dan silap di mana-mana. Sambil-sambil tumbangkan seekor dua lembu itu, ingat-ingatlah mereka yang di perantauan ini. (Ha, ha - tidak ada kena mengena).

Oh, ya!

Kelebihan puasa Hari Arafah (9 Zulhijjah), diampunkan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
Hadith Riwayat Imam Muslim.

Wallahua'lam.

Kemaskini (8 Disember 2008) : Kad raya ini diterima dari blog Ibnurashidi. Terima kasih ya, Farid!




Labbaikallahumma labbaik...
labbaikkallaa syarikalakalaabaiik...
innal hamda wan ni’mata lakawal mulk...
laa syariikalak.
Hai, menyeruak rasa keharuan dalam jiwa,
bila agaknya dapat bertamu ke sana?

11 buah bicara:

kak pae terharu namanya disebut di sini ^^
 
Salam eiduladha 1429H dari bumi Indonesia.
 
Anonymous
damai

Oh? Maaflah saya tak beritahu mahu meletak namanya di sini, eheh~

hana

ya, salam eiduladha 1429H kembali....
 
Salam Barukisu...

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1429H buat anda dan semua pengunjung..

Kalau sudi, ambillah kad raya.
 
Salam Ibnurashidi...

Selamat Hari Raya Aidiladha 1429H kembali...

Terima kasih ya, kad raya!
Sudah saya letakkan di blog ini..
 
salam Aidiladha 1429H kembali, BalQis..
moga pengorbanan tahun ini lebih bererti..~
jazakillah..~
 
InsyaAllah...
 
Dear Balqis,

Eid Mubarak! Moga anda di bawah lembayung rahmat-Nya, moga kita dibebaskan dari api neraka, dan moga raya ini membawakan sesuatu yang bermakna dalam hidup, berkorban demi Tuhan! :D
 
Dear Kak Fakhzan,

Eid Mubarak!
Yep, thanx and InsyaAllah, ameen to you too!
 
السـَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ

Salam Ukhuwah dan Eid Mubarak
Jika anda ada kelapangan masa, singgah singgahlah sebentar ke blog hamba yang tidak seberapa ini.
 
Waalaikumussalam...

Salam ukhuwah kembali,
InsyaAllah, jangan lupa singgah sini juga selalu.. =)
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!