Wafeya

Life is a serious matter.

Tuesday, December 02, 2008

Ittadakimasu!!!

(Hai, obsesi, obsesi... Bilakah agaknya mahu berakhir?)




ITTADAKIMASU!!!!!!!

Wargh......

Lain dulang lain kakinya
Makanan Jepun apa rasanya

Ratib-ratib buluh nipah
Baru rasa hendak muntah

Gendang gendut tali kecapi
Pedas betul wasabi ini

Duduk inding enggang tap
Sambal belacan juga yang sedap!

Siakap senohong, gelama ikan duri
Sedap lagi sushi sendiri

Sudah gaharu cendana pula
Belum tahu kenalah cuba!!

Puas saya bertanam ubi
Nanas juga dipandang orang
Puas saya makan sushi
Nasi dan lauk juga yang dipandang


Sensitiviti : Saya memohon beribu kemaafan kepada semua anak Melayu yang mencintai bahasa  

                  Melayu, lebih-lebih lagi sastera Melayu kerana telah mencemar mengubahsuai sedikit   
                  khazanah bangsa ini. Sekadar meminjam tiada salahnyakan? Moga tiada yang berkecil hati.



Menimbang-nimbang,
apa yang perlu ditimbang,
timbang jangan sampai jatuh,
timbang biar sama saksama,
biar sama serasa.
(bukan lambang politik,ya! Ahaks!)

21 buah bicara:

itadakimasu!!!

indah rupawan si puteri,
menjadi igauan si putera,
sushi itu nampak enak sekali,
membuat hati ingin mencuba.

hihi..
bcoz entry ni berpantun,
so kena la balas berpantun jugak.

baru jugak makan sushi ni dalm bulan lepas,
tapi beli jer... malas den nak buat..
perantau di negeri org ni banyak yer belajar masak memasak ni... ke memang dah sedia pandai memasak??

saya tak makan lagi pagi ini,
lain kali saya komen lagi,
 
pisang emas dibawak belayar
makan sushi kenalah bayar
(kak su tak pandai buat, beli la)

masak sebiji diatas peti
adakah sushi dimasak dlm kuali?
(jahilnya kak su... tahu makan je)

nasi lemak buah bidara
balqis datang sini nanti kak su belanja

daun selasih hamba lurutkan
sambal belacan kegemaran pasti kak su uruskan

adeh....
apa lah yg kak su mengarut ni... hehehe
rosak.. rosak bahasa melayu... ampun..
 
Embun pagi di sebalik daun,
Balqis pandai berbahasa Jepun,
Makan sushi bertahun-tahun,
Tak bagi kita pun!

Hehe..
 
Anonymous
Salam...

Hahhaha...i hate sushi too...hate ok..not do not like...it has been elevated to hatred...my flatmate always buy it, but i could never eat it...:D
 
Makan syushi tak tahu hanyir,
Tambah kelapa dibuat lauk.
Cis! Ayat terakhirmu berbau sindir,
Entah kenapa aku yang batuk.

p/s: Haha. Pantun Kak Su memang paling lucu dan menarik. Hadiah johan untuk Kak Su. Kikiki.
 
Anonymous
Singgah ke sini kerana Sang Pelangi,
Lantaran updatenya di Twitter,
Di Malaya jua boleh berjumpa sushi,
Tapi adakah sama rasanya dengan di saner?


Haha. Mind my language. Sangat tak cantik pantun itu. :P
 
Uit Atiqah.
Twitter ~ saner. Buruk bunyinya. Haha.
 
Anonymous
Wah, wah asyik sungguh tuan hamba semua berpantun-pantun, ya! Nampaknya terpaksalah hamba membalas pantun2 dari tuan hamba semua! Ehem, dengarkan ya! (haha)

mfk

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Nampak enak sushi itu
Ada peluang jaaangan tak cuba

Hehe, sejak duduk di rantauan nilah baru pandai memasak, iyalah, tak masak=tak makanlah~

Dahulu parang sekarang besi
Silalah datang lagi!

Kak Su

Pisang emas dibawa belayar
Nak tak kalau saya ajar? (eheh, InsyaAllah... saya bagi link resepi jelah, boleh?)

Kelapa dibelah kemudian diparut
Nasi ditanak kemudian dibalut
(Ada beras khas, masak seperti biasa, kemudian ratakan di atas nori(rumpai laut kering yang diratakan), tengah-tengahnya diletak apa sahaja bahan seperti ketam, timun-ikut sedap hati, kemudian balut! Semua bahan kat tengah itu adalah mentah, ya! Kalau tak lalu, boleh rebus, eheh~)

Nasi lemak buah bidara
Kak su nak belanja? Bestnya!!!
(pantun ni memang hancur terus, isk)

daun selasih hamba lurutkan
Okey, Kak Su, saya nantikan! (eheh =p)
(pssst mesti sedap sambal belacan kak su ni!)
 
Syahidah

Dayung perahu menuju Melaka,
Membawa rokok bersama rempah;
Ampun dan maaf hamba pinta,
Kerana makan tak ingat Syahidah.

Hehe...

p/s: Adakah Syahidah fikir saya menuntut di Jepun? Saya sebenarnya menunut di Ukraine, tetapi obsesi dengan Jepun. (huhu)

Fakhzan Marwan

Geeezz.... i guess you should try a home made sushi rather than buying outside, i mean the one we make ourselves (got a malay taste, you know). Usually they put some vinegar, that's why the taste is quite sour. I prefer a lil' bit salty though... Which part of the sushi you hate? The rawness (adakah perkataan ini?) or the whole sushi?
 
SangPelangi

Orang Daik memacu kuda,
Kuda dipacu hingga ke pinggir;
Alamak, SangPelangi janganlah terasa,
Bukan niat hendak menyindir.

Huhu, betul... bukan ditujukan kepada kamu, saya juga pencinta bahasa dan sastera Melayu seperti kamu! Saya sekadar paranoid sahaja. Manalah tahu, tiba-tiba blog ini diblock oleh pihak DBP kerana merosakkan khazanah pantun warisan negara. Masih ingat kes lagu negaraku dirosakkan dahulu? Hihi...

A t i Q a h

Apa guna pasang pelita
Jika tidak dengan sumbunya
Apa rupanya sushi Malaysia
Belum pernah saya rasa!

Saya kenal sushi sejak menuntut di Ukraine, di Malaysia belum pernah lagi saya ke kedai sushi, nantilah bila ada peluang, mahu juga merasa pelbagai jenis sushi. Atiqah pernah makan sushi di Malaysia?

SangPelangi

Uiit SangPelangi,
sempat lagi jadi pengkritik, ya! Hihi...
 
Saya lupa nak beritahu, kalian benar-benar telah menceriakan hari saya. Seronok betul baca pantun-pantun di atas, tak sangka pula entri ini, komentarnya akan dibalas dalam pantun juga. Kalian semua memang hebat!! Benar anak Malaysia yang serba boleh, huhu~
 
Gemilangnya cahaya si lampu jalan,
Indahnya kembara di perantauan,
Tak kira Jepun mahupun Ukraine la kan,
Bahasa ibunda tetap diutamakan.

Saya rasa perlu panggil Kak Balqis la ni kan.Hehe~Mula-mula ingat belajar di Jepun.
 
Anonymous
Syahidah

Gemilangnya cahaya si lampu jalan,
Indahnya kembara di perantauan,
Bahasa ibunda tetap diutamakan,
Itulah pegangan anak watan.

He.. oh yer ker? (tak mengaku tua, haha) Nak panggil kak pun boleh, tak panggil pun boleh... huhu~
 
Salam ziarah..
wah..indah sungguh bahasa melayu
melihat kalian semua berpantun
namun sayang saya bukan ahlinya..
 
salam ziarah kembali Hana...

Bahasa Melayu memang indah...
Malah merupakan antara 10 buah bahasa paling luas dipertuturkan di dunia... sekadar kajian~
 
dulu selalu jadi wakil sekolah dalam pertandingan pantun. tapi, tu dulu la kan. dah bertahun tak berpantun jadi kekok pula. tapi, nak cuba juga la. ehem2..

indah semesta Tuhan kurnia,
mencari makna usah lupakan,
walau kembara ke hujung dunia,
masakan ibunda tetap ditagihkan.

selayang pandang pemanis bicara,
seindah bahasa sekuntum senyuman,
berdulang makanan membuka selera,
nikmati rasa biar berteman.

haha~ sungguh tak sedap. berterabu habis bahasa. hentam je la. harap2 guru bahasa tak marah. ampun tuanku~
 
e-leeyana,

Tokok takal depan pintu
Tepat sekali bicaramu!

walau kembara ke hujung dunia,
masakan ibunda tetap ditagihkan,
walau di mana jua berada,
masakan Malaysia tetap dalam ingatan!

berdulang makanan membuka selera,
nikmati juadah biar berteman,
berdulang makanan pelbagai rasa,
takkan kenyang jika berseorangan!

hantam sajalah labu.... tihihi~
 
wah enaknya...
maaflah Balqis, saya tak mahir berpantun :)
 
Tidak mengapa....
kamu pernah makan sushi?

=)
 
Oh! Mestilah! Kalau pergi JJ, memang akan beli sushi dan Takoyaki. Cuti summer lepas, 4 kali saya ke Sushi King. XD

Sedapnyeee
 
Heish....

Takoyaki saya belum pernah makanlah...

jealous, jealous....
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!