Kau adalah antara keturunan ketua semut yang dibanggakan. Bukankah moyang kau pernah menceritakan sejak turun temurun kisah yang tercatat dalam Surah An-Naml tentang dia dan Nabi Allah Sulaiman? Maha Suci Allah yang mengurniakan kelebihan kepada baginda yang dapat memahami sekalian pertuturan haiwan hatta sekecil serangga seperti kau, seekor semut.
Ya, dan setelah berpindah randah sehinggalah ke sempadan Gaza ini pun, kau masih ingat kisah itu. Sayangnya, hari ini bukan lagi tapak kaki kuda atau bala tentera Nabi Sulaiman a.s. yang kau takut akan menginjak anak-anak buahmu, tetapi dari sepelaung sudah kau dengar dentam dentum Air Force F-16 buatan Amerika itu mengenai tanah tempat kau berpijak. Ngeri. Memang ngeri. Waktu itu, berkebetulan, kau baru sahaja mengarahkan anak-anak buahmu mencari sisa-sisa roti atau mungkin sebutir gandum di lapangan dapur sebuah rumah buruk yang hanya tinggal retak menanti belah itu. Susah betul mencari makanan. (Jangankan sebutir gandum, hampasnya pun sukar untuk dijejak. Manusia tempat kau tinggal ini bukanlah bangsanya yang suka membazir. Sejak sekatan 19 bulan lalu ke atas tanah tempat koloni kau membiak, kau juga turut sama merasa tempias derita lapar dan dahaga). Ketika itulah gegaran maha hebat menggoncang segala yang maujud di atas tanah bersepai berderai diledak entah apa yang jatuh dari langit dalam sesaat cuma. Jeritan dan laungan kau memanggil anak-anak buahmu, berselang seli pula dengan esak tangis anak manusia, memekik memanggil si ibu yang baru tadi usai menyuapkan cebisan roti kering ke mulut sang anak. Kau tidak peduli itu. Kau terus memanggil dan memanggil walau kau tahu nyawamu kini sudah di hujung tangan Izrael. Lalu, bila kau mati dihempap batu konkrit yang pecah atau dipijak manusia yang hilang arah nanti, kemudian berselisih dengan Abdul Aziz Rantisi, (ataupun kalau kau ternampak kelibat Syeikh Ahmad Yassin), sampaikan salamku kepada mereka. Khabarkan bahawa HAMAS yang diasaskan mereka kini sedang hebat diranduk jet pejuang udara tentera Israel. Katakan juga, bumi Palestin masih belum aman kerana umat Islam masih belum berani menentang sang zionis yang lapar darah itu. Maaf kerana tidak dapat membantu kau, seekor semut mengumpulkan anak-anak buahmu, apatah lagi melakukan solat jenazah untuk kematianmu yang tidak sedikit pun dipedulikan dunia. Apa pun, jangan lupa ya, sang semut! Pesananku itu!
(Sehingga entri ini ditulis, lebih 374 yang syahid dan 1400 lagi cedera parah. Sudahlah merampas tanah rakyat Palestin yang telah disekat-sekat sehingga sekecil itu, sampai pula hati meratah zalim penghuni-penghuni di tanah yang sekerat itu. Jelas, seperti kata kawan saya, sejak trauma Holocaust dulu, Israel dan sekutu-sekutunya punya masalah mental yang kronik)
14 buah bicara:
Akak sangat suka semut! Sangat! Jangan ditanya mengapa, inda ku tau jua bah...
keimanan semut, bahkan semua binatang2 yang ada dibumi mahupun dilangit ini tidak payah dipertikaikan, bukankah mereka berzikir sepanjang masa? aduhai diri, alangkah baikanya engkau menjadi seekor semut yang sentiasa bersyukur!
:D moga israel itu, dilaknati RabbulIzzati secepat mungkin!
Ya, melihat haiwan-haiwan (kecuali khinzir, ya) adalah seperti melihat pangkalnya diri sebelum menjadi seorang yang lalai. Aduh! Haiwan tidak diberatkan dengan tugas mentadbir bumi, tetapi mereka tetap akur pada Yang Mencipta. Mengapa tidak kita, ya?
Ameen pada doamu, Kak Fakhzan!
Itulah, agaknya perlu diserang seperti Bosnia herzegovina atau israel, baru mahu terngadah, mungkin....
Anak bangsa, apa sahajalah yang difikirnya, ya?
Hurm, memang patut terlepas pandang pun, saya postkan kedua-duanya sekali...
Cuma sedikit beza pada waktu, lihat tarikh kedua entri ini...
Hehe, sebab perlu menahan diri dari nafsu ber'blog' untuk seketika!
Bilakah saatnya bumi barakah itu akan aman? Masih ada lagikah cinta di Palestina?
Sebetulnya ia adalah entri berbentuk satira, tetapi tidak tahulah samada maksud saya itu tercapai atau tidak. Huhu...
Itulah, sebenarnya palestin itu adalah ujian buat umat Islam kan? Mahu melihat sejauh mana Umat islam benar-benar sedar dan mengambil kesedaran dengan sejarah dan kisah pedih palestin. Juga mahu melihat apa tindakan umat islam sedunia... selagi kita tidak sedar, kita tidak akan mampu membantu mereka...
Wallahua'lam.
mungkinkah semut2 lain hanya mendiamkan diri membatu melihat kejatuhan sang semut itu dari kejauhan?hurm..
Lagi seorang yang meminati semut, hehe...
mungkin juga, hurm....
Bercerita ttg semut. Mengingatkan kak su ttg kesepakatan. Tapi kak su pernah melihat semut bergaduh. Sungguh! Bergaduh sesama mereka sehingga ada yg terkorban.
Semut bergaduh? Wah... tajam mata kak su dapat melihat semut bergaduh, ya... bukan selalu dapat peluang begitu...
Koloni semut juga mungkin seperti manusia juga kan? Ada perasaan mahu bergaduh, huhu...
Tetapi semut memang terkenal dengan kerajinan, kesepakatan mereka...
Kita hanya ibarat semut kecil berbanding mereka yang besar dan gagah namun kecil jika bersatu dan bekerjasama semua pekara dapat dilaksana
Wassalam
Yep, right you are...
wassalam..
Post a Comment
Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!