Wafeya

Life is a serious matter.

Monday, December 29, 2008

Selamat Tahun Baru 1430H

(Maaf untuk tajuk yang terlalu klise! Saya kelelahan prosa, huhu!)



Asar petang ini,
adalah putih salji dan sejuk beku;
Melingkar gigil,
semangkuk tadah sebuah zikir;
doa!

Moga Tuhan, sisipkan kita
perisai keberanian,
yang takut kita angkat,
kerana cinta pada loka;
pernah bersarang,
berbusut-busut,
tetap hingga kini.

Dan senja Maghrib renta,
adalah balam-balam merah,
sang mentari yang memecah,
akur membilang sujud;
tafakur!

Betapa pemurahnya Tuhan;
nafas masih bersisa,
kudrat telus ampuh,
jiwa cukup segala perasa,
hati lagi berbisik;
kita masih bernyawa
di sebuah tahun baru.

Rupanya, Muharram itu;
akhirnya selirih taubat,
awalnya sepipih harapan.
Antara keduanya;
kita tidak juga ke mana.

Barukisu,
Simferopol,
Ukraine.

*Loka - dunia
*Gambar - Rechnaya Street 2004 (Pergi balik antara bangunan Anatomy dan Hostel. Ah, betapakah 
                  nostalgia itu!)

 

Sejuk banget...
Berlingkar dalam gebar juga tiada ertinya!

22 buah bicara:

Salam alaik..salam maal hijrah..barankali hilang prosa akibat kebekuan salji kot:)

Anda juga pandai bersastera ya..seindah putih nan salji..sedamai air di kali..

Teruskan mensasterakan diri jika perlu.
 
Simferopol - sound delicious isnt it?

I love the magnificent names! Imagine Buaya Melingkar, urghh, gerun nyer! heheh
 
menggigil-gigil tak menaip ni hehe..salam maal hijrah ya..berpuisi sebagai pembuka lembaran baru satu strategi yang baik kan ;p padat lagi ringkas gitu..

p/s : nasib baik ada nota kaki disertakan sekali. tinggi sangat bahasa ni. tak tercapai akal.
 
bila pelajar perubatan mula berpuisi..nah,rasakan kehebatannya ^^

salam maalhijrah buatmu balqis ^^
 
Ibnurashidi

Salam alaik...
Salam maalhijrah kembali, ustaz.
Barangkali juga, kesejukan membekukan segala pergerakan yang aktif, haha...

Tidak berapa, masih berlatih bertinta, InsyaAllah akan cuba perbaiki lagi mana yang kurang...
 
Salam Maal Hijrah, May Allah crown us with the best of iman, health, wealth and peace of mind in the New Year.

# indah nya puisi...
 
Kak fakhzan

Simferopol? Really? You mean the 'ropol-ropol' behind the name? Yeah, actually we made a joke out of it too during our first year, it really do have some funny sound somewhere, but delicious? Eeuuu, i don't know, hehe...

When i want to use the word 'melingkar', what came up on my mind was that, the putih salji and sejuk beku' (the whitish greyish color) lingering around our hand when we make du'a...

Kak Fakhzan, please... not 'buaya melingkar'.... ;)
 
Iliana

Salam Maalhijrah kembali Iliana
Hehe, baru tengah mencuba-cuba, mencungkil-cungkil...

Nota kaki? pssstt, itu pun merujuk tesaurus bahasa melayu DBP...
 
Kak Damai

Allah, perubatan kah? Akak mengingatkan saya kepada buku-buku gynea yang perlu saya telaah sekarang.... aduhai...

Salam Maalhijrah kepada akak juga!
 
Arsaili

Salam Maalhijrah kembali,
Thank you, InsyaAllah...
The same goes to you...

#Terima kasih...
 
"akhirnya selirih taubat,
awalnya sepipih harapan.
Antara keduanya;
kita tidak juga ke mana."

Paling mengetuk pinti hati yang ni..nice Kak!..Salam Maal Hijrah!
 
Anonymous
Syahidah

Alhamdulillah kerana ia sudah mengetuk pintu hati akak dahulu, moga2 ia akan terus mengetuk pintu hati kita... saat mahu tertutup dek kelapaan dan kelalaian, InsyaAllah...

Salam Maalhijrah, Syahidah!!
 
sungguh,kenapa semakin bersastera akhir2 ni?indah sekali membacanya..salam maalhijrah!
 
Anonymous
Dinie

Lama tidak nampak kamu, tentu sibuk persiapkan diri hadapi peperiksaan, bukan? V sebo Kharoshiva!

Salam Maalhijrah kembali!!
 
Salam maal-hijrah 1430H juga BalQis..~syukran jazeelan..

"Berhijrahlah! moga diri ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya..~Hijrah bukan sekadar perubahan sikap, tapi minda dan perjuangan hidup.."
 
Terima kasih, Kapten!

Ya, benar begitu.
 
Salam Maal Hijrah kembali untuk Dik BalQis. Cuaca di Simferofol sedang salji ya skrg. KakChik di Kota Bharu ni sedang musim hujan. Harap-harap hari 2 Muharram ni cuaca makin elok.
 
kak Chik

Ya, salji lebat pula, tahun ini saljinya lambat tiba. Kadang2 cuaca di ukraine ini memang tidak dapat dijangka kerenahnya...

Ya, mudah-mudahan...
 
Salam maalhijrah buat kamu di sana
:D
 
Anonymous
Salam maalhijrah buat kamu, Maziani... =)
 
ada saja disini..kerap sekali menjenguk blog kamu.cuma mungkin sudah lama tidak menghantar bicara..sibuk?barangkali..

disana juga musim peperiksaan juga ya?Udaci kepada kamu ya Balqis..
 
Anonymous
Ya, hampir musim peperiksaan, bahangnya semakin terasa.... aduh...

Kamu di sana semoga berjaya, ya... =) piyat, mesti dlm tangankan? hehe..
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!