Menulis yang terlintas, sebelum bersiap untuk ke kelas, agar tidak lesap menjadi hampas!
Semalam telah kuhantar pergi Khamis,
dengan senyum lega,
kusambut pula Jumaat yang berkunjung,
dengan hidangan seribu syukur,
berkisah panjang bertukar cerita;
ke mana aku selama Jumaat tiada.
Kepada Jumaat aku bicara:
Sabtu kelmarin tertidur aku,
Hingga Ahad, masih kusambung rehat,
Tiba-tiba, dalam kelam Isnin menerkam,
Sambil memanggil Selasa,
bersama kerja bertimpa,
Dan Rabu pula tidak menunggu,
dalam lena pun aku mahu diganggu,
garau suara guru mengajar padaku,
'Kalau sakit ini, guna ubat itu.'
Mujur bertemu Khamis,
menghilang serabut mengkhabar lembut,
'Setiap hari,
adalah sela waktu
yang akan diuji ke atas kamu'.
Pilu Jumaat mendengar,
Aku membuang hari seperti tiada erti,
lantas di telingaku Jumaat berbisik,
'Jangan sia-siakan hari ini,
kerana mungkin tiada lagi aku buat kamu.'
Habis beku segala air yang bertakung di lopakan,
malam tadi, salji turunkah?
8 buah bicara:
Terima kasih.
(Hurm, buat sajak letak nama tuanku? Tengoklah kalau beta rajin nanti, eheh)
Kamu memang puitis.
Simple sajak.tapi mendalam maknanye.
Saya pun mcm tu..bekerja keras selama 4 hari,jumaat adalah hari rehat.Sedangkan rehat tidak patut wujud.haih...
saya berharap saya menjadi seorang yang puitis. Hehe... Apa pun terima kasih, alhamdulillah. (masih di tahap percubaan).
Itulah, selalu memikirkan Jumaat adalah hari yang dinanti2 (weekend), igt sudah fikir apa yang nak dibuat sabtu dan ahad, tetapi lain pula jadinya, haha, lari habis semua, bila isnin tiba barulah kelam kelibut, haih... *sigh*
saya sudah habis baca Isabella. Alhamdulillah, banyak juga dapat input...
baca jangan tak baca...
-Fahd Razy-
Terima kasih kerana berkunjung, bro fahd!
Post a Comment
Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!