Ketika Aisyah berkata kepada anaknya, Abu Abdullah daripada puak Bani Al-Ahmar, raja terakhir kerajaan Islam Granada pada tanggal 21 Muharram 897H, "Menangislah anakku seperti kaum wanita menangis, ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak dapat memeliharanya seperti seorang lelaki", maka saat itu berakhirlah era pemerintahan kerajaan Islam yang berkuasa selama 800 tahun di bumi Eropah kepada Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella.
Islam jatuh dengan amat hina sekali. Hampir seluruh penduduk Muslim dibunuh tanpa belas setelah diberi jaminan palsu akan keselamatan mereka oleh pemerintah Kristian. Waktu itu, kata-kata keramat Tariq bin Ziyad, “Wahai manusia, ke mana kau akan lari? Laut di belakangmu dan musuh di hadapanmu. Maka, tidak ada jalan lain untuk selamat kecuali berjuang berhabis-habisan," sewaktu menakluk Andalusia, pun tidak mampu memberi semangat kepada kaum muslimin yang sudah berpecah belah tika itu. 800 tahun bukanlah masa yang singkat, selepas umat Islam membangkitkan Sepanyol dan menjadikannya bangsa yang bertamadun berbanding bangsa Eropah, akhirnya Islam seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu. Lalu, dari sejarah ini, kita tidak belajar sesuatukah?
Musuh Islam tidak akan pernah mengalah untuk menghancurkan Islam, dari setiap sudut apa pun. Maka, apakah kita sekadar terlongo melihat dan menanti? Ayuh, kalau boleh kita kembalikan kegemilangan Islam seperti suatu ketika dahulu, mengapa tidak bermula dari sekarang? Perjuangan menegakkan Islam tidak semestinya dengan mengangkat pedang, bukan? Ilmu juga adalah senjata. Lantaran itu - Selamat menghadapi peperiksaan buat semua. Tiada apa dapat saya berikan melainkan doa berpanjangan, usaha dan tawakkal itu tangga kejayaan kalau keduanya seiring dan sejalan! Andalusia, nantikan ketibaanku!
Oh, ya!
Dan Selamat Tahun Baru 2009 buat semua!
8 Januari 2009 - Obstetric and Gyneacology
(Doakan saya mudah menjawab nanti, ya!)
23 buah bicara:
quote yang saya juga pernah cakap pada sahabat saya. dunia sekarang berperang dengan ilmu. siapa yang hebat, dialah yang menguasai pemikiran semua.
(kembalikan zaman kegemilangan salahuddin al-ayyubi)
p/s : selamat menjawab peperiksaan..semoga segalanya jelas dari kegelapan ya..saya turut mendoakan kejayaan kamu (^_^)
selamat tahun baru juga
gud luck untuk exam...
chaiyokkkkkk..!!!
Ya, kerana kita tidak dilatih dan diajar memegang senjata sejak dari kecil, juga negara kita setakat ini masih aman dan sentosa, maka yang kita ada hanyalah ilmu di dada. Andai punya keduanya, bukankah lebih bermanfaat? Huhu...
Salahuddin Al-Ayyubi pasti menangis melihat teruknya Palestin dihentam zionis...
Benar, bukan sahaja malas menuntut ilmu, semangat apa pun tiada, oh... aduhai...
Ya, terima kasih, mudah-mudahan... doakan ya, Iliana!
Obstetric and Gyneacology --> Bersalin dan sakit puan (^-^)
Doakan saya!
Damai
Terima kasih, Kak Maya. Sebetulnya saya ada rasa sedikit takut, tapi... biasalahkan...
Sofie Nur
Happy new Year,
Terima Kasih...
Ya, Chaiyokk!!
p/s: Kamu sudah habis exam kah, Safiah?
6 Jan-Geometri(mahu juga beritahu..haha)
selamat berjuang ya balqis..Gambate!
Yep, begitulah rasanya, InsyaAllah...
Asma baru jer pergi hari tukan?
Thanks, doakan yer!
Dinie
Senjata saya adalah mulut!
Hehe, bukanlah, tentulah ilmu yang mana sempat saya baca, exam saya dlm bentuk lisan, dapat soalan, kemudian kena jawab, begitu...
Hoho, kamu lagi hampir! Selamat berjuang juga!
Hait, ganbatte!!
Semoga tahun baru Hijrah & Masehi ini menjadikan diri kita hamba-hamba yang lebih beriman.
Betul, Kak Chik, apa sahaja pun kalau ada IMAN yang kukuh dan mantap, insyaAllah Tuhan akan bantu kita, malah kemenangan itu dengan mudah akan berada di pihak kita.
Terima kasih Kak Chik. InsyaAllah, mudah-mudahan. Amin...
semoga kamu tenang menghadapi peperiksaan
moga dibukakan hati untuk menjawab soalan
moga kecemerlangan milik kamu,InsyaAllah
ob&gyn-selalu jadi kesukaan saya,
penuh onak dan duri,
namun akhirnya diri insaf,
dunia,manusia,alam tidak terjadi sendiri,
pasti ada yang mencipta dan mengatur,
Subhanallah
waa...akan ke andalusia.
semoga iktibar peristiwa andalus mekar di ingatan.
Salam imtihan
=)
InsyaAllah, ameen pada doa kamu, Madziani!
Benar! Bukan senang mahu memahaminya, tetapi setelah dapat menggarap, subhanallah... kejadian manusia itu, hanya Yang Maha Kuasa tahu rahsianya!
InsyaAllah...
itu sudah pasti!
Terima kasih =)
Moga2 pemergian ke Spain akan menambahkan keimanan mu!Owh Spain, tunggu aku !
Pi study nuh...
Good luck ye!
:)
Thanx, Kak Fakhzan!!
Dah habis exam pun...
Yep, InsyaAllah!
Dr. Ummi
Syukran Kak Ummi! Thank You!!!
Kak Su
ok2...
hehe...
terima kasih...
minna-san!
Terima kasih untuk segala dua!
Saya sudah habis periksa!
yeay, alhamdulillah!
How r u? How's ur exam?
It is true. Andalucia suatu ketika dulu memang suatu kerajaan yang hebat. N ada banyak bukti melalui bangunan n senibina yg mengagumkan.
Tapi mase Yeh pegi sane tahun 2000, kebanyakan bangunan tu hanye tinggal ukiran kat dinding je. Masyarakat Sepanyol khususnya dah xde lagi unsur2 keIslaman langsung. Yang sedihnya masjid byk ditukarkan jadi gereja Kristian.
Sampai ade satu mase tu, ade terjumpe sorang Muslim kat Cordova, die sgt gembire jumpe another Muslim sbb kat sane dorang selalu diberi layanan 'second class' disebabkan die sorang Muslim. Ade lagi byk incident yg buktikan yang org kat sane mmg pandang sinis kepada Muslims. So, kita patut betulkn persepsi ni dengan bangkit jadi satu umat yang kuat balik kn?
p/s:Nice entry n sori ye coz terpanjang sket bg komen.hehe.
Salam,
I'm fine, alhamdulillah...
Oh, dah pernah pergi ker? mesti bestkan?
Hurm, souka? Tak abar rasanya nak gi sana after The Dreamer citer nih...
Betul2, kita sekarang ni kena tindas dengan sangat teruk! Allahumansurilislam!
p/s: Ho, makasih... (buat masa tgh tensi sebab buku x baca lagik, huhu)
takper jarang org bagi komen panjang2, so kalau ada satu, saya amat seronok!
salam...
Itulah ramai yang sudah kata begini, huhu..
tak sabar saya mahu pergi...
doakan saya selamat ke sana, ya!
Post a Comment
Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!