Wafeya

Life is a serious matter.

Sunday, January 11, 2009

Tag: Sepuluh Tentang dan Gambar di Google

Assalamualaikum wbt,
Segala puji-pujian ke atas Tuhan Pencipta Alam - Allah SWT, selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta seluruh ahli bait baginda, salam sejahtera ke atas seluruh umat Islam - yang tidur, masih lena, telah jaga, baru sedar atau sedang terpisat-pisat, mamai mencari duduk letak diri kala ini - doaku buat diri dan semua, semoga tetap terus thabat pada jalanNya, tetap - terus - thabat! Buat Gaza - bertahanlah!

Dua tag yang tertangguh - alhamdulillah selesai ditunaikan. (^-^)

Dozo!

TAG 01. Sepuluh tentang... (dari Kak Nurul Maya aka Damai)

1. Sesiapa yang kena tag, tulis 10 perkara berkenaan orang yang men'tag' dia.

 Taman Rama-Rama Pulau Pinang: Tengok apa tu, Kak Maya?

  1. Nama diberi Nurul Maya Binti Sharip
  2. Antara seniorku yang sungguh baik hati dan amat mengambil berat
  3. Kali pertama kenal rapat adalah pada tahun 2006 sewaktu Kak Maya menyertai usrah kami
  4. Seorang yang sensitif tetapi tidak lama rajuknya
  5. Suka bantu menyelesaikan masalah teman-teman seperjuangan apatah lagi kami adik-adik junior yang nakal ini!
  6. Kelihatan seperti manja dan lemah lembut, rupanya dalam kelembutan tersimpan sebuah ketegasan.
  7. Sering memberi nasihat-nasihat yang berguna dan berkongsi ilmu yang bermanfaat apabila ada sahaja peluang.
  8. Katanya mahu menjadi doktor pakar kanak-kanak terbaik, kan Kak Maya?
  9. Saya sebetulnya terkejut apabila mengetahui yang Kak Maya rupanya sudah mempunyai blog. Hehe...
  10. Apa-apa hal pun, Kak Maya memang best lah!
2. Orang yang kena tag kena tulis tentang dirinya.
 (Apa mahu goreng, ya? Hurm...)


 Yenikale Fortress: Saya sewaktu di pertanjungan Kerch, Ukraine. Seberang daratan sana adalah tanah besar Russia.
  1. Menya zavut Balqis binti Yahaya
  2. Anak sulung dari empat beradik. (Jadi, selalu kena tunjuk contoh yang baik-baik pada adik-adikku, oh!)
  3. Kalau tidak menjadi seorang doktor; mungkin seorang pustakawati di perpustakaan negara atau di perpustakaan-perpustakaan lain terkenal di dunia, membuka toko buku terkenal seperti Borders, MPH, Kinokuniya atau seperti kedai buku MARI BACA Kak Chik (tentunya kedai buku saya diberi nama Barukisu ltd.), pereka hiasan dalaman (suka menyusun atur barang dan perhiasan dalam rumah), pernah berangan-angan mahu menyertai pasukan CSI!
  4. Suka makan: Laksa, Nasi Ayam, Masak Paprik, Kangkung Ikan Masin, Ulam dan Sambal Belacan, dan apa sahaja yang saya selalu masak itulah yang saya suka makan. Mudahkan? (^_^)
  5. Sangat suka mengembara. Andai punya rezeki lebih, mahu jelajah serata alam menjejak kesan-kesan tinggalan manusia terdahulu, melihat hebat dan indahnya alam ciptaan Tuhan, oh!
  6. Suka juga bidang fotografi! (Ramai yang tidak tahu ini, oh!) dan hadiah hari jadi paling bermakna adalah buku! Oh, suka juga barang-barang yang funky.
  7. Mudah berasa kasihan kepada nenek-nenek yang sudah tua tetapi masih menjadi pengemis meminta sedekah, bekerja berat-berat mencari rezeki, kadang menjual barang-barang yang tidak/jarang akan dibeli. Oh, masih ada yang susah dan lebih susah dari kita! Melihat mereka sering buat saya terkenang arwah opah. Perginya tidak sempat saya bersua. Sedih, wo...
  8. Jika saya diam, boleh jadi saya; marah, sedih, geram, tidak suka, tidak setuju, sedang memikirkan masalah berat yang tidak mahu dikongsi, ada perkara yang merunsingkan fikiran, termenung kosong, sedang berfikir atau mungkin juga saya sekadar menyampah. Jadi, kadang-kadang orang selalu keliru apabila saya tiba-tiba sahaja menjadi pendiam. 
  9. Sebenarnya saya akui, saya tidak reti memulakan perkenalan seterusnya menjalin persahabatan, oh! Ada waktu, saya memang amat pemalu yang tidak kena pada tempatnya. (Tetapi ada waktu pula saya menjadi pemberani kala orang lain mahu berpaling ke belakang)
  10. Saya sangat sayang kedua ibu dan ayah (Oh, siapa yang tidak?). Merekalah teman baik di kala susah di kala senang, pendengar paling setia dan paling sabar, kaunselor saat saya kebuntuan, memberi nasihat dan teguran saat saya kesasaran, tidak akan meninggalkan saya saat saya berasa kehilangan. Ya Allah, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu kecil!
Sebenar pasti, saya bukanlah insan sempurna (Oh, siapa pun tidak sempurna, bukan?). Saya tidak akan dapat menjadi seperti yang orang lain mahukan, saya adalah diri saya, terimalah saya seadanya, ya! Yoroshiku onegai shimas!

Alert: Menyambung ikatan persahabatan ini kepada:  Sarah Shazwani, Faiz Kamal, Sofie Nur dan Madziani!


TAG 02. Googling Google Images (dari Kak Chik)

"The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tagged 5 people."

 1. Next year (2010), I'm
 2. I really want to go to...

  1. Hajj
  2. Gaza
  3. Places in this book
 3. My Favourite Places

  1. My cozy home
  2. Borders Bookshop
  3. My workplace (o'coz this isn't mine, lol)
 4. My Favourite Things 

  1. Collections of books
  2. Acer Aspire 4310 from mom and dad
  3. Old Sony Ericsson W580i (d pic shows d new one)
 5. My Favourite Drinks

  1. Milo
  2. Ice 'Limau' Tea
  3. Nestea (Ice Tea)
  4. Persian Earl grey Tea
  5. Citrus Green Tea
 6. My favourite Foods

  1. Laksa
  2. Ayam Masak Paprik
  3. Nasi Ayam
  4. Kangkung Ikan Masin
  5. Nasi Kandar
  6. Ulam with Sambal Belacan


 7. My Favourite Colours

  1. Green
  2. Light Purple
  3. Black and White
 8. I live in...
Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur

 9. I was born in

Penang General Hospital


 10. A nickname I had




 11. My College Major


 12. My Bad Habit

  1. Daydreaming
  2. Procrastinating

 13.  My Hobby

  1. Reading
  2. Blogging
  3. Travelling

 14. I wish...
  1. I could travel all around the world
  2. I could help the people in Gaza

Oh, mencabar sungguh tag yang satu ini. Apa pun terima kasih kepada Kak Chik kerana kini saya seperti baru mengenali diri sendiri setelah membuat tag ini, eheh...

Alert: Lantaran itu, saya serahkan cabaran ini kepada - Kak Nurul Maya (Damai), Kak Fakhzan, Iliana 
           dan Syahidah!

*Dozo! (Japanese) - Silakan!
*Menya zavut (Russian) - Nama saya
*Yoroshiku Onegai Shimas (Japanese) - Selalu guna waktu berkenalan (lebih kurang la)

14 buah bicara:

Assalamualaikum BalQis.

1. Terima kasih sebab sudi juga menjawab tagnya. Tapi kan... ngape ada yang kosong tu? Tak jumpa dalam Google ya? Terutama yg No. 1 tu.
2. Terima kasih juga sebab macam promo MariBaca tu.
3. Ada beberapa perkara yang kita punya persamaan.

Jazakillah
 
Salam,BalQis..
owh..saya ditag.
InsyaAllah akan saya langsaikan.
namun,mungkin agak lambat kerana minggu ini
saya pula yang akan menghadapi exam.

namun..akan cuba mencuri sedikit masa buat kamu =)
 
owhhhhhh..tidakkkkkkkkk..nasib baik bukan tag yang pertama..kalau tak bagaimana saya nak jawab..hehe..ulat buku ek?..

nanti saya jawab ya..dah jadi dua dah saya simpan ni..
 
Anonymous
salam untuk balqis yang sudah tidak sabar keluar mengembara hehe...

aduh...mencabar sungguh tag ini...namun,akan akak usahakan..insyaAllah ^^
 
huhuhu di'tag' lagi..insyaallah akan dijawab..

hih, dah nak mengembara ke? gudluck ya (^_^)
 
Kak Chik

Waalaikumussalam kak chik,

1. Sama-sama. Ada yang kosong? Saya rasa saya telah menjawab semuanya terutamanya yang no 1 tu, mungkin tidak keluar sewaktu kak chik blog saya kot...
2. Hehe, saya memang suka kedai buku...
3. Saya pun rasa begitu juga, huhu...

Barakallahufeeki..
 
Ani

Salam Ani,

Ya kamu di'tag', maaf ya~
Tidak mengapa, utamakan yang perlu diutamakan... tag ini sebetulnya sekadar perkara sampingan, tidak wajib dilakukan jika tidak mahu, huhu...

Apa pun, good luck exam kamu, ya Ani...
InsyaAllah, saya doakan!
 
Syahidah

Hohoho...

Saya minta maaaaffff, ya!
Tapi, tag-tag ini kalau tidak disebarkan, rasa tak seronok pula, huhu...
Saya terkena, orang lain juga perlu terkenakan? (Oh, kejamnya, saya!)

Dulu, waktu sekolah, mmg itulah gelaran, kini bila sudah besar, mmg semua orang pun perlu baca buku pelajaran unutuk berjaya, jadi istilah ulat buku itu sudah tidak relevan jadinya sekarang~

Jawa2 jangan tak jawab, ya!
 
Damai

Hoho, biasa sahaja, sebetulnya tidak sabar untuk melihat Al-Hambra dengan lebih dekat, huhu...

Ya, usahakanlah selagi mana termampu dan terdaya!
 
E-leeyana

Huhu, maaf ya! Kalau kamu tidak mahu buat, tak perlu... (tapi, buatlah ya..hehe)

Terima kasih, doakan saya dan kawan2 selamat sepanjang pengembaraan!
 
Salam Balqis...

Hohoho... Balqis ulat buku ye!?
Kak su pulak, buku berulat. Hahaha...
Erkk... kalau buku yg tak best, mmg baca sikit je pastu berkulat, nasib baik tak berulat. :D
Teruk kan? huhuhu
 
salam kak su...

dululah saya ulat buku, hehe...
sekarang ulat makan, ulat internet, ulat menonton...

ulat sampah je belum lagi, hehe (minta dijauhkan...)
 
Salam Balqis..
Semoga berjaya dalam hidup kamu..
banyak persamaan..

Wasalam.
Hamba Allah
 
Anonymous
Salam anonymous..
InsyaAllah mudah-mudahan,
terima kasih...

sama juga kepada kamu, semoga berjaya dalam hidup kamu...

wassalam.
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!