Ichi: Tolong senyap, boleh tak?
(Benar rupanya asas ajaran setiap agama itu, cuma akidahnya, tauhidnya lari entah ke mana)Di luar, cuaca seperti segan-segan mahu sejuk. Lebih baik duduk sahaja di dalam kelas waktu-waktu rehat begini. Cikgu juga tidak mahu keluar, leka menyambung tugasan entah apa di komputer ribanya. Kesempatan begini baik digunakan untuk menunaikan fardhu Asar yang baru sahaja menjengah waktu. Setelah meminta kebenaran, tiga daripada rakan saya bersegera mengirai sejadah dan dibentang menghala kiblat berdasarkan arah duduk bangunan tempat kami belajar. Tidak berjemaah, kerana tiada lelaki untuk mengimami, suara perempuan itu pula aurat bagi dua lelaki bukan muslim di dalam kelas kami. Sementara menanti giliran, saya menyambung bacaan, gusar berpangkah debar kalau-kalau ditanya sang guru nanti. Sebelum sempat saya menyelak helaian teks, saya dicuit rakan sebelah berbangsa India, "Kenapa dia sembahyang pakai kasut? Boleh ker?". Saya melempar pandangan ke arah Sakiah yang baru sahaja mengangkat takbir pertamanya. Pantas memandang semula rakan yang bertanya tadi saya memberitahu, "Oh, boleh...Tak ada salahnya pakai kasut waktu sembahyang, ia satu kemudahan, tapi ada sya..."
"Please be quite, your friends are praying!", tiba-tiba sang guru yang sedang leka menghadap komputer ribanya bersuara perlahan, tetapi tegas nadanya. Saya dan rakan di sebelah tertunduk diam, memandang buku di ribaan (bilik profesor ini tiada meja!). Meja sang guru hanya beberapa inci dari tempat duduk saya, lantaran itu sekadar bisik-bisikan juga pasti mudah ditangkap gegendang telinga. Ah, malunya, ditegur oleh seorang penganut Kristian Ortodoks begitu! Sebetulnya memang perlu berdiam tatkala ada yang berdekatan sedang khusyuk bertemu Tuhan, sementelahan bilik yang sekecil itu, pasti amat mengganggu! Saya tidak pasti guru menegur kerana apa; kerana kami mengocak konsentrasinya atau benar-benar guru meminta kami diam bagi menghormati rakan yang sedang bersolat. Saya sekadar bersangka baik dengan pilihan kedua. Kamu?
Ni: Bukan kami tidak mahu makan... tapi...
"Mahu ke mana?" tegur Ketua Jabatan Medical Catastrophe tatkala melihat saya dan Sakiah (Sakiah lagi!) berjalan deras-deras melintasinya yang muncul secara tiba-tiba di tepi birai pintu.
"Makan, cikgu!" saat terucap sahaja kalimah nikmat itu, hadir Lavash smiasam berawan-awanan di ruangan minda, lantas pantas kelenjar liur merembes saliva menambah giur pada kering tekak dan kosong perut tika itu.
"Mahu makan apa?" tanya beliau sambil jalan beriringan dengan kami.
"Lavash smiasam".
"Oh, tak mahu cuba daging
"Eh, kami tak boleh makan, cikgu", balas kami hampir serentak.
"Kenapa? Saya memang dengar yang kamu tak boleh makan daging
Aduhai, mahu jawab apa? Kalau dihuraikan bahawa itu adalah perintah dari firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat ketiga, bolehkah dihadamnya? Tentu persoalan, 'Tapi, kenapa?' akan berulang kembali. Kemudian,
"Sebab...erm, alah, cikgu pun tahukan, yang dalam daging
Pecah gelak tawa beliau sambil turut mengiyakan dengan anggukan juga. Memandang kami sebelum berlalu pergi, beliau sempat berkata,
"Jawapan yang bijak. Saya setuju, tapi kalau sekali sahaja, takkan ada apa-apakan?"
Ah, tetapi kalau ditakdirkan yang sekali itu bisa mendatangkan mudarat, siapa yang tahu, kan cikgu? Tentunya sekadar terdetik dalam hati tanpa mampu bersuara lagi kerana beliau telah pun hilang lesap dari pandangan kami.
Nota kaki :
1. Medical Catastrophe - Cabang ilmu perubatan kecemasan ketika berlaku malapetaka besar seperti
banjir, letusan gunung berapi, gempa bumi, ribut taufan dll.
2. Lavash smiasam - Bayangkan isi burger keju dibalut dengan roti pita (?). Tambah sos dan mayonnese
3. Taenia Solium - Cacing pita dari babi, diketahui sejak Hippocrates, atau mungkin sejak zaman Nabi
Musa walaupun pada waktu itu belum dapat dibezakan antara cacing pita daging
lembu dengan cacing pita daging
4. Ichi - Satu
5. Ni - Dua
Bonus :
Software Al-Quran untuk dimuat turun:
1) Al-Quran Terjemahan Melayu lengkap.
2)Plug Ins Al-Quran in Microsoft Words.
(Wah, ada bonus-bonus pula! Bagi yang sudah ada, tidak mengapa. Kalau tiada, muat turun, ya! Berguna amat!)
Tonton video 'Ada apa dengan khinzir' ini :
Eurotrip: Siapa mahu ikut?
12 buah bicara:
Ichi. Hoho dah pandai letak nombor
Ni. Ada bonus. Bagus.
San. Banyak ilmu baru hari ni. Termasuk nama saintifik cacing pita tu.
best jugak jawapan sakiey tuh...hihi
Sini pun selalu kena, kenapa tak boleh itu, kenapa tak boleh ini, sungguh2 mencabar dan dicabar rasa2nyer...:D
bukan sahaja tentang wuduk, tapi cara solat yang pelik dan mungkin tak boleh diterima oleh sesetengah orang yang terlalu rigid dengan hukum hakam agama membantah atas tujuan ianya mengelirukan. ini termasuklah ibadah ketika di medan peperangan..mufti perak tak silap saya ada mengeluarkan fatwa ianya tak sah kerana mengelirukan..amatlah mendukacitakan..
Islam itu mudah, tapi bukan untuk dipermudahkan..
Wah, wah... sukanya SangPelangi menjadi orang pertama!
Ichi. Ilmu baru perlu diamalkan! ;)
Ni. Atas cadangan kamu jugakan? Terima kasih!
San. Alhamdulillah, saya gembira dapat berkongsi!
Sofie Nur
Beeetuulll!!!!
JhazKitaro
Haha, tidak apa...
Oh, begitu~ InsyaAllah saya jejak juga Cordova nanti, terima kasih, ya kerana sudi berkongsi maklumat!
Cabaran dan dugaan tinggal di negara majoriti bukan Muslim, begitulahkan? Kita yang perlu menjadi da'ie dan duta kecil (besar sebenarnya) Islam. InsyaAllah, ganbatte!
syahida
Betul! Tinggal hendak dan tidak sahaja!
Kapt Ir Dr
Begitu...
isk, isk...
nampaknya salah pandangan itu perlu diperbetulkan, nanti lebih, lebih mengelirukan pula!
Cantik jugak nama cacing tu kan? kekeke
Ada ex-officemate kak su yg berpegang pd ajaran Katolik dah tak makan babi slps tahu ttg cacing tu.
Tulahkan....hehe macam nama orang pun ada sikit2...
Baguslah kalau begitu...
wah2 ader 2 name aku ter mention kat blog ko nih..
fofular gitu haha.ni nk tmbah,ms nk mkn tu aku jwb 3 cacing,taenia solium,taenia saginata,n trichinella spiralis.tu yg ckgu tu tergelak.cz dgn laju nye aku mnjawab ketiga2 itu.tp pape pon kan,aku suke r cikgu tu..de byk pngalaman prgi ngare2 yg ditimpa malapetaka.so de agak hebat r.
p/s:hopefully de dh xmkn babi lg ..ehekhek
Huhu, pengalaman bersama kau agak banyak jugalah...
Huh? Oh, ye ker, aku pun tak perasanlah, lama sudah, tak ingat, huhu...
Betul!!
Semua bahasa pun dia boleh cakap, termasuklah bahasa Arab, huh!
p/s: moga-moga, hehehe..
Post a Comment
Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!