Wafeya

Life is a serious matter.

Wednesday, November 19, 2008

Hebat sangatkah blog kamu?

Sewaktu saya masih hingusan dalam dunia blogging dahulu, perkara pertama yang diharap dan dinantikan selepas saya menerbitkann entri adalah komentar daripada pembaca. Anda pun sama bukan? Tidak kiralah atas asbab apa kita mula menulis blog; minat IT, blogging, menulis, berkarya; berkongsi pengalaman, perjalanan dan kehidupan di rantau orang; berkongsi ilmu dan pendapat semasa; mahu berniaga dan meluaskan empayar perniagaan; berdakwah atau berpolitik, atau boleh jadi sekadar ikut-ikutan mengikut rakan-rakan dan tidak mahu ketinggalan dengan arus perdana masa kini. Apa sahaja pun, pada akhirnya kita mesti mahu lihat respon dan reaksi daripada pembaca bukan? Itupun kalau ada pembaca. (Tetapi ada juga orang yang terus menulis walaupun tiada orang langsung yang memberi komentar kepada tulisannya – the respect goes to you!)

Jadi, what does it takes to become a good blogger and a famous one?

Sebelum itu, mari kita lihat apa itu sebenarnya blog.

"Blog adalah kependekan dari Weblog, istilah yang pertama kali digunakan oleh Jorn Barger padabulan Desember 1997. Jorn Barger menggunakan istilah Weblog untuk menyebut kelompok laman web peribadi yang selalu dikemas kini secara berterusan dan berisi pautan-pautan ke website lain yang mereka anggap menarik disertai dengan komentar-komentar mereka sendiri.”

Baca selebihnya di sini.

Banyak perkara yang mempengaruhi sesebuah blog itu menjadi blog yang menarik, mendapat rating tertinggi serta sering dikunjungi. Apa dia?

1) Personaliti atau peribadi tuan empunya blog
Selalunya blog yang sering dikunjungi ramai adalah personaliti yang dikenali khalayak umum,
seorang tokoh atau sekurang-kurangnya punya karisma yang disegani ramai. Kalau tidak begitu pun,
penulis blog tersebut terkenal dengan akhlak yang baik (orang pun suka), mempunyai hubungan yang
baik dengan kenalan bloggers samada di dalam atau di luar alam maya, dan paling penting seorang
yang peramah (sering berkunjung balas ke blog-blog pautan dan menyapa tuan empunya blog samada
di ruangan komentar atau di ruangan kotak bual). Bagus begini. Tidak seperti saya, pemalu dan
sering menjadi pembaca senyap sahaja.

2) Tulisan-tulisan yang menarik
Tidak semua orang ada bakat ini. Kadang-kadang idea datang mencurah-curah ibarat air hujan, dan
tulisan pun menjadi seperti sungai yang mengalir deras selepas hujan turun. Ditambah pula dengan
ayat yang berbunga-bunga berperibahasa serta gaya penceritaan yang realistik . Tulisan yang berbaur
politik, isu semasa, serta beremosi juga pasti mendapat perhatian yang sewajarnya. Tetapi
tidak semestinya perlu ada bakat untuk menjadikan tulisan itu menarik. Sekadar menceritakan
pengalaman-pengalaman yang berharga atau punya isi yang konsisten dan mantap sudah boleh
memikat perhatian pembaca. Kadang-kadang tulisan yang caca marba bercempera (bahasa rojak
seharian dan tulisan sms) pun boleh jadi menarik andai isi dan penyampaiannya sampai kepada
pembaca. Tak begitu?

3) Paparan blog
Blog yang ringkas, kemas dan sederhana tetapi nampak high-tech. Faktor ini sebenarnya tidak begitu
penting jika sudah punya dua faktor di atas. Tetapi ada juga sedikit mempengaruhi pembaca
terutamanya dari segi latar belakang blog (terlalu bercorak sehingga tulisan tidak boleh dibaca),
tulisan yang terlalu kecil dan banyak potong di sini sana, terlalu berwarna warni (menunjukkan
penulis blog seorang yang ceria), widgets yang terlalu banyak dan merimaskan pembaca (suhu
kawasan setempat, jam ding dong, iklan, banner yang berterabur etc), pautan yang terlalu banyak sehingga
memenuhi seluruh  sidebar dari atas ke bawah, dan silalah tambah sendiri apa lagi yang merimaskan anda.

4) Blog ‘mesra pembaca’
Maksudnya di sini, pembaca mudah untuk menulis komentar, membaca entri-entri penulis, mencari
entri-entri lama, dan pautan-pautan yang menarik serta membantu pembaca. Faktor ini banyak
berkait rapat dengan faktor no. 3 di atas.

5) Faktor yang tidak kelihatan - Niat
Wal usul balik asal. 'Innamal a'malu bin niyyah', bukan? Walau apa pun tujuan menulis blog, niat perlu lillahi
ta'la. InsyaAllah, tulis benda yang elok-elok sahaja dan dapat kongsi perkara baik-baik (orang pun suka).

Ada banyak lagi faktor-faktor sampingan yang mungkin saya tidak terfikirkan. Ini sahaja setakat ini. Mungkin
kamu ada idea yang lebih menarik? Boleh kongsi di sini.

(Idea ini tercetus sewaktu saya sedang mengemaskini blog ini dan mahu mencari template yang sesuai bagi menggantikan template yang lama. Sukar juga, tetapi setelah lama meredah belukar maya ini, saya menemui template ini. Green Light namanya. Ya, saya suka warna hijau. Ada juga jumpa template berwarna hijau yang lain seperti Japanese Fleur tetapi tidak menambat citarasa saya kerana latarnya berwarna putih. Saya sukakan latar berwarna hitam kerana warna hitam punya kesan khas ‘deep effect’ dalam menyampaikan perasaan dalam penulisan (ini sekadar pendapat ya, bukan fakta). Walaupun latar template ini juga berwarna putih, secara keseluruhannya saya boleh menerima susun atur template ini. (Oh, kalaulah saya boleh menukar latar ini kepada warna hitam).

Disclaimer : Entri ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana blog. Sekadar pendapat umum yang ingin
dikongsi di sini walaupun tajuk entri ini berbaur kontroversi. Gempak je lebih. Sudah pasti anda
yang punya hak sepenuhnya ke atas blog anda.

p/s : Siapa tahu bagaimana mahu memendekkan entri di paparan utama blog seperti klik di ‘read more’
atau ‘baca seterusnya’? Atau blogspot sememangnya tidak boleh begitu? Entri saya yang seringkali sangat
panjang, pasti merimaskan anda, bukan?

Sebelum melangkah keluar,
Bisikkan dahulu kalimah ini,
'Bismillah'
Semoga dengan namaNya,
tidak lupa asal dan usul,
sebelum melangkah keluar.

8 buah bicara:

Warna-warni itu satu hal. Isi blog pun harus dinilai juga. Ada blog tulisan ringan, untuk bacaan sendiri, atau untuk menyumpah orang lain. Hai..macam-macam jenis blog ada zaman sekarang ni.

p/s: Maksud kau nak potong-potong artikel macam blog GKLN itukah? Cuba tanya Bro Fahd, sebab dia yang urus rasanya.
Atau kau baca ruangan help di Blogger:
http://help.blogger.com/bin/answer.py?hl=en&answer=42215
Harap membantu sedikit.

Anonymous
Iya, seperti di blog kamu dan di blog ramai lagi...
Kamu tahukan, sepatutnya entri kamu panjang, tetapi kamu pendekkan dan selebihnya, pembaca perlu klik link "baca lagi" atau apa sahaja untuk meneruskan bacaan...

Bila kamu gunakan 'kau' rasanya seperti apa ya? haha, Faisal tehrani banyak gunakan kata ganti diri 'kau' sebagai monolog diri dalam bukunya 'Tuhan Manusia' dan '1511'. Tak silap saya...

Oh, dan terima kasih kerana membantu~

bagus info ini, sesuai untuk menjadi rujukan kepada penulis baru.

sebelum sampai ke tahap ini aku juga pernah berada di awal penulisan, berterabur dan tidak kemas. tetapi kita belajar dari pengalaman.

dari blog peribadi sehingga lah blog-blog yang menghasilkan duit.

ya, yang penting niat kita untuk menulis!

Anonymous
Salam..kali pertama di sini..Erti kata blog yang sebenar?..ermmm..mungkin saya masih belum kenal lagi..apa pun semoga berjaya..

Anonymous
Megat:

Terima kasih kerana singgah di sini.
Niat itu satu, lagi penting perlu konsisten kan?
Hai, kadang-kadang malas juga mahu update~
lebih seronok membaca di blog orang =)

mulabelajarhenti mimpi:

Ya, selamat datang dari saya,
erti kata blog yang sebenar sangat subjektif...
saya pun masih belum tahu dan dapat memahaminya.

Iya, terima kasih...
semoga berjaya kepada kamu juga~

salam'alaik..~agak baru melawat sini..dapat dari sahabat saya muhammad. entri yang agak basic tapi masih ramai yang tak mengetahui..

ape pun, untuk kaedah buat 'read more' untuk entri saya, kamu blh dapatkan dari blog saya:

http://www.mohdzulhelmi.com/2008/11/membuat-read-more-untuk-entri.html

untuk kod pada setting > comments tu:

Tulis ringkasan entri anda di sini

Tulis sambungan entri anda selebihnya di sini

sila buang tag
untuk dapatkan jarak yang lebih rapat. Kesemua entri mesti diedit dengan memasukkan tag  pada akhir perenggan summary dan  pada akhir sekali untuk setiap entri.

yep, thanx!

saya cuba!

arigatou gozaimasu!

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!