“Rasulullah SAW bersabda, “Empat perkara yang akan ditanya oleh ALLAH SWT
pada hari kiamat adalah: Umur, masa remaja (muda), harta dan ilmu.”
pada hari kiamat adalah: Umur, masa remaja (muda), harta dan ilmu.”
Hujan yang turun mengaum kelaparan. Lebat. Deras. Membasahkan setiap yang bermukim tanpa naungan dan teduhan. Menggeletar, aku kesejukan. Angin yang bertiup keras mencakar-cakar batang pohon Maple di sisiku tanpa belas kasihan langsung menggoncangkan ranting-ranting yang mudah sahaja meluruhkan daun-daun maple yang berbucu-bucu berbentuk seperti bintang separuh itu.
“Pernah pada suatu ketika, saat Saidina Umar R.A. baru hendak melelapkan mata, tiba-tiba muncul seorang utusan mengetuk pintu rumah baginda. Lantas beliau bangkit dari pembaringan dan segera bertemu dengan utusan tersebut seraya berkata : “Bagaimanakah aku boleh tidur, sedangkan ada hak yang perlu aku tunaikan? Dan bagaimana aku boleh tidur di waktu malam sedangkan aku perlu menunaikan hak Allah?”
Boom!!!
Panahan kilat dan petir dari langit hampir-hampir mengenai tempat aku berpijak. Tidak berganjak, aku sekadar membatu melihat kesan panahan tersebut. Ya Tuhan, kelajuan degupan jantungku melangkaui had normal. Setiap debaran menambahkan kecelaruan, menjanjikan ketidaktenangan. Syaitan manakah yang menumpang teduh bersamaku ini? Mengawal perasaan sambil beristighfar, aku melihat ke atas. Gelap. Telefon bimbit yang kubawa tidak dapat selamanya bertahan memberikan cahaya. Bakal padam bila-bila masa sahaja.
“Dua nikmat yang manusia sering lupa adalah nikmat SIHAT dan MASA LAPANG. Ramai yang berkorban harta benda, wang ringgit demi menjaga kesihatan, menunjukkan betapa sihat itu amat penting bagi manusia”
Mengapa aku berlari pulang pada waktu-waktu begini? Sudah tahu hujan bakal turun, mengapa tidak aku sediakan payung? Malah seorang diri pula? Hujan ini. Bila mahu surut agaknya? Seperti tidak akan reda. Dan guruh yang berdentuman ini, semacam tertawa ria melihat aku mengerekot menahan kesejukan di sisi batang pohon maple yang sedang mula menguning daun-daunnya ini.“Mengapa seringkali kita merasa tidak cukup waktu? Sedangkan pasti dan pasti setiap kita diberi masa yang secukupnya, malah sama rata bagi setiap manusia. Acapkali pula kita mengeluh kerana kekurangan masa. Kenapa? Mengapa terjadi perkara seperti ini?"
“Kerana tiada BERKAT di dalam waktumu.”
Prak!!
Allahuakbar! Terasa luruh jantungku jatuh berdebuk seperti nangka busuk. Entah kayu apa, ranting mana atau batang reputkah yang mendarat cemas di hadapanku? Cis, iblis laknatullah mana pula yang bergayutan bersembunyi di atas ini. Sengaja menegakkan roma-romaku naik terpacak dalam hawa sejuk-sejuk begini. Tidak boleh. Aku tidak boleh lama di sini. Aku harus pulang, harus segera berlari pulang. Biar lencun kebasahan seketika dari lama di sini bermain perasaan menahan seram dan melawan kedinginan. Aku memandang ke hadapan. Melihat-lihat susuk jalan yang harus aku lalui. Aduhai. Kegelapan menguasai pekat malam. Cahaya bulan pula sama-samar menerangi. Bagaimana mahu pulang? Aku tidak nampak jalan. Oh Tuhan, bantu aku.
“Mencari keberkatan waktu itu ada tujuh cara iaitu dengan:
1) Meninggalkan maksiat
2) Meningkatkan ketaatan
3) Menjaga solat di awal waktu
“Rasulullah SAW bersabda : Orang yang paling bagus adalah yang apabila habis waktu solat, dia menantikan waktu solat yang seterusnya”
4) Membaca Al-Quran
5) Tidak tidur selepas solat subuh
6) Memperbanyakkan menuntut ilmu
7) Menjaga makanan yang dimakan
Tiba-tiba terasa hangat menjalar ke seluruh tubuhku. Panas. Pohon Maple di sebelahku terang benderang jingga kekuningan pucuknya dijilat api yang marak entah dari mana. Titis hujan terakhir meluncur turun dari hujung-hujung daun Maple terus mengenai batang hidungku. Sambil mengesat dengan hujung lengan baju yang basah kesat, aku melihat-lihat sekeliling. Serasanya aku tidak sedar bila dan bagaimana petir menyambar pohon tempat aku mencari teduh ini. Dalam samar kecerahan itu, aku dapat melihat tiang kayu yang menampung wayar-wayar elektrik di tepi jalan berhampiran jatuh seakan tersungkur menimpa bahagian barat pohon itu. Tumbang ditimpa angin mungkin. Hujan pula entah bila sudah berhenti.
****************
“Ouch!”
Pedih hujung jari kelingkingku terkena bilah-bilah pemanas elektrik yang dipasang di bahagian belakang masjid ini. Tak ku perasan, pemanas ini sudah sampai suhu yang sangat tinggi dan aku masih lagi duduk berhampirannya.
“Apsal kau ni?”
“Tak ada apa.” Aku menyedekahkan sebuah senyuman yang mampu ku ukir saat itu. Kelat. Pandangan kembali ku hala ke hadapan. Tazkirah dari Brother Arnus, pelajar tahun 6 dari Jordan itu ku dengar antara faham dan tidak.
“Orang yang bijak adalah orang yang selalu muhasabah dan melakukan perkara yang berguna untuk hari akhirat. Manakala orang kafir yang tidak mahu berusaha mencari kebenaran adalah seperti haiwan ternakan. Hidupnya hanya untuk makan dan minum sehari-harian tanpa perlu memikirkan tujuan sebenar kehidupan di dunia.”
****************
Lambat. Aku terlambat. Tentu sudah banyak yang terlepas. Aduhai, kenapa tidak bersiap sedari awal tadi. Malu pula mahu masuk jika sudah lambat begini.
“Kreeekkkk,” berbunyi pula pintu yang satu ini.
Sudah masuk. Mencari tempat duduk. Ah, belakang ini kosong, tapi pandangan jelas ke hadapan. Cantik.
“Tajuk apa ya, hari ni?”
“Entah. Tak pastilah. Masa. Pasal masa. Kenapa selalu tak cukup masa.”
Kaboom!! Terasa bagai dipanah petir mendengar perkataan masa. Terasa suatu perlian yang amat sangat pedih. Bisa sungguh rasanya. Topik ini tepat mengenai batang hidungku sendiri. Tepat! Ibarat meludah ke langit jatuh semula ke muka (kalau tak elaklah).
************
“Jadi, bagaimana mahu mengurus waktu?”
“Pertama, mesti ada jadual waktu-tulis lepas ni mahu buat apa, dan apa. Kemudian mesti kena ada matlamat, seterusnya perlu ada kawan yang baik-yang selalu mendorong untuk berbuat kebaikan dan tidak mengajak untuk berbuat perkara yang tidak berfaedah, yang membuang masa kita, dan akhir sekali, perlu ada cita-cita. InsyaAllah kita akan dapat kejayaan, akan buat lebih kebaikan dan dapat jadi orang yang lebih beruntung.”
“Kemudian,” tambahnya lagi.
“Masa lapang itu sebenarnya adalah masa yang tidak kita gunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah.”
Brother Arnus merupakan pelajar terbaik dalam tahunnya. Maka tidak hairanlah tazkirah-tazkirah beliau berisi sedikit nasihat dan motivasi untuk belajar dengan lebih baik. Beliau menyampaikan dalam bahasa Arab yang jelas dengan suaranya yang lantang. Kemudian diterjemahkan oleh Saudara Ali dengan bahasa Melayu yang mudah difahami. Sayang saya turun lambat hari ini. Entah apa sahaja yang sudah saya tinggalkan. Kerana tidak mengurus waktu dengan baik dan sering merungut tidak kecukupan waktu, saya kerugian masa-masa yang amat berharga. Dan rupanya, saya punya banyak masa lapang yang tidak saya gunakan dengan baik. Padan muka saya!
(Teringat Imam Nawawi rahimahullahu ta’la yang umurnya tidak panjang, kalau tidak silap saya tidak sampai 45 tahun pun, tetapi telah berjaya menghasilkan banyak buku, malahan ‘Hadith 40’ karangan beliau itu menjadi rujukan umat Islam sehingga ke hari ini. Mampukah kita menjadi seperti beliau? Tepuk dada tanyalah diri sendiri).
p/s : Tazkirah Brother Arnus setiap Jumaat di Masjid Hostel 5. Saya tidak pasti tentang
waktunya kerana selalu sahaja berubah-ubah mengikut perubahan waktu solat. Nanti akan
diberitahu dari semasa ke semasa. Datang ya, tidak rugi!
Updated (24 November 2008): Terima kasih yang tidak terhingga buat A'qilah yang telah menerbitkan
entri ini di edu.iluvislam.com. Jasamu dikenang!
Bila hati mengadap Tuhan,
Baru kusedar ada kelemahan,
Terasa kerdil berbanding Yang Esa,
Terharu terfikir betapa agungnya,
Tuhan...
16 buah bicara:
Pernah dalam satu episod kehidupan kak su, masa dirasakan begitu singkat... tak cukup masa... terkejar-kejar...
Mungkin bila terlalu menumpukan hidup pada matlamat dunia, keberkatan masa itu hilang, dan masa dirasakan begitu kurang. Hakikatnya... mmg masa kita semakin kurang sbb bila umur semakin meningkat, hayat kita semakin singkat, tapi bukannya itu bermakna kita tak cukup masa.
Bila kita sentiasa mengingatinya, mendekatkan diri padanya, insyaAllah, keberkatan masa akan kembali.
Tika diri berteleku bisu
Mengingatkan masa yg kian berlalu
Hanya hati yg berlagu sayu
Ampunkan aku... maafkan daku...
Og Tuhanku...
Antara tanda lain ialah kerana akhir zaman masa semakin laju melarikan. Kekadang kita merasa hari ini masih semalam rupanya hari ini sudah menjadi esok.
Balqis, sebab terlalu bagusnya artikel ini, sudi tak kalau saya kongsikan artikel Balqis ini di edu.iluvislam?
http://edu.iluvislam.com/v1/news.php
Entri yang mengesankan.
Demi Masa
Imam Syafie menceritakan, setelah 10 tahun membuat pemerhatian kepada kaum Sufi, tidak kelihatan baginya melainkan tiga perkara. Salah satunya masa.
" Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya dia akan memotongmu."
Ya, demi masa...
Kealpaan dan kelalaian sering buat kita terlupa masa yang berlalu takkan dapat kita ulang kembali
dan betapa ruginya kita kerana tidak menggunakannya dengan baik~
Kak su...
Betul kak su, kerana selalu sibukkan urusan dunia, kita tertinggal banyak perkara tentang urusan akhirat dan kemudian di akhirnya kita sering mengeluh pula tidak kecukupan waktu untuk melakukan semuanya...
Dunia telah mengambil banyak dari masa kita, atau kita yang ingin mengambil banyak dari dunia dalam masa yang sedikit?
Lagu apa tu Kak Su? Tak eprnah dengar pun? hehe...
Ibnurashidi...
Ya, akhir zaman semakin menghampiri dan manusia sering dan masih sibuk dengan urusan dunia. Saya salah seorangnya!!!
Astaghfirullah....
A'qilah...
Saya cuma menulis apa yang saya rasa saat itu dan kemudian menjadi karangan yang panjang pula...
Sebenarnya idea ini tercetus kerana saya dan kawan2 sering menggunakan ungkapan ini untuk saling mengingatkan kalau akan membuat salah atau terbuat salah
"Karang tak pasal-pasal kena sambar petir, naya jer"
"Tidur waktu2 maghrib ni, nak kena sambar petir?"
Begitulah...
Nak letak di iluvislam? Boleh juga. Ingin juga berkongsi dengan lebih ramai pembaca. =)
Terima kasih...
Al-qasam...
Terima kasih kerana berkongsi, apa lagi dua ya, yang Imam Syafie dapat melalui pemerhatian beliau kepada kaum sufi selain masa?
Itulah, kalau pedang itu tajam betul, mesti sakitkan, kena potong dek masa yang ibarat pedang itu~
Sakit kerna tertinggal, aduh!
dah lame bace entry ni n nak komen tapi asek busy kebelakangan ni.huhu.
Anyway, i really like this entry. It really touched me in many ways.
Memang selalu merasakan masa kita tak cukup kn? Barukisu pun ase cam2 gak kn?
kalau difikirkan, sekarang semua dah bergerak laju. Kenderaan semakin pantas dan teknologi semakin laju. Tapi semakin laju n maju teknologi nape ase semakin xcukup mase untuk uruskan hal2 kita ek? kalau nak diikiutkn Rasulullah lagi banyak n berat kerjanya kn.
Thank you for sharing this article=).
Hopefully we can improve on our time management supaya dapat menghasilkn output yg lebih berkesan n lebih baik insyaAllah.
Long time no see? Eheh~
Yer, saya memanglah tersangat setuju dengan pendapat The Dreamer (walaupun sini takde ketapi laju can kat Jepun, eheh, itu bukanlah alasan sbenarnya) tapi zaman Rasulullah dulu, mana ada teknologi secanggih sekarang ni, kan? Tapi Rasulullah takde masalah pasal masa pun...
Itulah, rasanya banyak sgt benda dunia yang kita kejar maka tak terkejar semuanya yang nak dikejar...
Petanda akhir zaman...
yeah, hopefully we can manage our time more wisely, dakara, ganbatte ne~
Ni link aritkel yang dah dipublish. Jzkk kerna sudi berkongsi dengan edu.iluvislam :)
Belakangan ni terasa kesibukan sentiasa..almaklumlah exam semakin dekat...entry ni jugakla yg sentiasa jadi reminder.
Sorry for being absent once in a while ek Balqis!~
Thanx a lot, ya! never dream that I could publish it somewhere else other than my blog, huhu...
Thank you very much!!
Yep, being busy is a good news, right? That means you ar edoing something to fill the times ;)
It's okay, A'qilah...
'Absence makes the heart grow fonder'
(ek, betul ke ni? Gasaklah =p)
Ganbatte ne, akira chan~
Tak tahu kenapa, your words always makes me feel better (tengah down sedikit ni..tak pasti kenapa..mungkin hormones ^___^).
Coincidentally lepas sesi luah perasaan dgn blog private terdetik nak pergi ke blog kamu. Alhamdulillah. Tak pasti kenapa, rasa better. Thank you Balqis. Ketenangan yang Allah bagi definitely boleh datang from anywhere.*hugs*
Yeah, they said it's all about estrogen and a lil' bit of pheromones, i guess, huhu~
Be strong, aite!
There's always somewhere in the path of our journey that we will stop and be at a loss, just look back at the map in your hand, you may have read it the other way round~
Post a Comment
Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!