Wafeya

Life is a serious matter.

Saturday, May 02, 2009

Consequence



Ada satu ketika dalam hari-hari dewasa kita - sekarang
pasti pernah terkenangkan
peristiwa-peristiwa lucu - yang buat kita tersenyum sendirian
kadangkala memalukan - yang kita tolak jauh-jauh ke belakang fikiran
atau mengaibkan - yang cuba kita lupakan buat selamanya
segala peristiwa
yang pernah kita lakukan
sewaktu kecil
tika remaja
yang waktu itu
tidak pernah kita fikirkan
sebab dan akibatnya
naif, kata orang
melulu, kata mereka
'tak pernah nak fikir ke?' tanya ayah
'apalah yang ada dalam kepala otak budak ni?' keluh ibu
pun begitu
tidak kita endahkan
asalkan kita bahagia
dan merasa puas
ya, zaman kanak-kanak yang riang
siapa yang pernah fikir dahulu sebelum buat?
Alangkah!
Bukan salah kita.
Rupanya bahagian otak paling lambat bertumbuh
adalah bahagian
yang menimbang baik dan buruk;
kesan dan akibat -
itupun sempurna setelah
21 tahun umur kita.

Kita memang naif!



Tersenyum, teringat kisah-kisah lalu...

26 buah bicara:

bahagian otak yg lamabat tumbuh?
kene baca blk la neuroanatomy camni~
 
Anonymous
Sofi al-muqriyes, the last part to develop - prefrontal cortex.
Bukanlah lambat bertumbuh, belum sempurnalah berfungsi. Otak dah ada, cuma neuron2 tuk fungsi tersebut belum betul2 develop...
 
bahagian mana pulak yg paling cepat merosot menjelang 'senja'?? ntah nyer bhgn yg sama... sebab ade masa nyer suka gak buat keje x pikir pjg...
 
salam kak balqis..

fuiyo~ baru tahu pasal ini.

terima kasih ^^

patutlah kadang2 macam terkeliru nak buat keputusan.. neuron tk matured lagi nak berfungsi rupanya.. hee~
 
kak AzmaIyer tak iyer juga yer kak...

Mengikut kajian (tidak pasti sumber mana), bahagian yang paling cepat menurun fungsinya ketika proses penuaan adalah bahagian yang mengawal memori/ingatan iaitu hippocampus.

Keadaan ini berbeza bagi setiap orang. Misalan ada yang sudah berusia sampai 100 tahun tetapi masih cergas ingatan dan kuat daya fikirannya walaupun badan agak sedikit lemah. Ada juga yang baru memasuki usia seawal 60-an tetapi sudah mula kurang daya ingatan dan fikirannya. Ini bergantung kepada bagaimana seseorang individu itu menggunakan sepenuh otaknya dalam aktiviti. Cth: seseorang yang banyak membaca, rajin bekerja, sangat aktif berfikir w/pun sudah tua, InsyaAllah kuat daya fikir dan ingatannya. Berbanding dengan yang malas menggunakan otaknya sewaktu muda, kurang membaca, kurang berfikir dan kurang aktiviti menggunakan otak. Selalunya mereka ini mudah diserang nyanyuk.

Berkenaan buat kerja tak fikir panjang pula, hehe... saya ni pun memang selalu jer buat kerja tak fikir panjang. Kadang-kadang bukanlah manusia tidak menggunakan otak untuk berfikir sebelum membuat sesuatu perkara, menimbang baik dan buruknya, sebab dan akibatnya. Tetapi mengikut satu kajian lain pula (kajian manalah pulak ntah sumbernya, banyak sgt kajian omputih ni, hehe... tetapi mungkin boleh merujuk artikel yang sama yang link kan dalam post ini berkenaan remaja), hormon memainkan peranan yang penting dalam mengawal otak juga. Terutamanya dalam keadaan emosi yang tidak stabil cth estrogen, adrenalin - punya pengaruh yang besar dan aktif di otak terutamanya di bahagian yang mengawal instinct dan emosi - amygdala (bahagian otak inilah yang mengawal pemikiran sewaktu kita kanak-kanak/remaja. Apabila dewasa bahagian prefrontal cortex mengambil alih tugas tersebut). Jadi, kalau dilihat dan direnung2 kembali selalunya bila buat kerja tak fikir panjang ini, mungkin kita dalam keadaan yang beremosi - marah, sedih, terlalu gembira etc. Itulah sebabnya bila sudah besar panjang pun kadang2 masih kedengaran kata-kata seperti, ' Buat kerja macam budak-budak' atau 'kebudak-budakan'.
Begitu, wallahua'lam.

p/s: Andai ada sesiapa yang boleh berkongsi pendapat mengenai perkara ini, amatlah dialu-alukan juga. (^_^)
 
LiyanaSalam Liyana...

Berapa tahun umur kamu? hehe....
yang hairannya kan, ada juga kanak-kanak yang masih kecil tetapi kematangannya mengalahkan orang dewasa macam kita - rasa-rasanya tentulah perkembangan otaknya sangat pantas dan berkembang dengan baik. Cth: macam iklan-iklan susu kat tv tu, hihi...

Sama-sama (^_^)
 
Salam,

Dalam hal ini saya melihat bahawa budak-budak arab cepat matang. Jadi otak jenis apa yang mereka gunakan? Saya juga kurang pasti bila saya matang dengan jayanya..
 
tu yg sronok link ngan blog balqis.. bila ade query, nnt balqis jwb ngan memacam research findings... akak ni jenis suka cari kaitan atau prove ttg sesuatu terutamanya yg scientific dan dpt diterima akal.. klu petua n pantang larang orang tetua pun, kak cuba kaitkan rasionalnya dari segi sains dan logic nyer.. x nk jd org tua yg stakat turunkan petua atau bagitau pantang ini pantang itu tp x tau sebab musabab nyer. lg pun anak-anak sekarangpun bnyk soalnyer.. kena la be prepared..

bab guna otak utk berfikir ni, mmg dari pengalaman pun bleh nmpk orang yg rajin belajar, bekerja, beribadat ni fikirannya tetap sihat dan cergas... sronok tgk tok-tok n opah-opah sambung study kt campus.. kt mesia ni mungkin senario org tua study agak kurang tp kt oversea dengarnya tgn dh menggeletor pun masih attend lecture dan sebagainya.. kagum dgn semangat mereka..
 
FaridrashidiSalam,

Bukan sahaja budak-budak arab, malahan budak-budak di Eropah ini pun matangnya sangat awal dari budak-budak Malaysia. Tidak lain tidak bukan tentulah pengarauh persekitaran tempat mereka membesar. Cth: kalau di tanah arab - kesusahan, peperangan, kemiskinan mendewasakan mereka lebih awal dari kita. Kalau di Eropah pula - mereka didedahkan dengan adab-adab dan peraturan kehidupan yang ketat. saya pernah ke rumah sepupu seorang sahabat yang berkahwin dengan orang putih, anak-anaknya yang masih kecil memang disuruh tidur seawal jam 7 malam dan bangun pada pukul 5 pagi. Sangat ketat peraturan itu bagi kami, tetapi melihatkan keakuran anak-anaknya, mereka dididik begitu supaya mengikut peraturan dan mendapat tidur yang cukup. Orang putih ini, mereka tidak manjakan anak. Very strict and stern. Mungkin kerana kehidupan tiada beragama, maka yang mengawal kehidupan seharian mereka adalah disiplin yang ketat. Alangkah indah andai mereka mengenal Islam, praktikal dan amalnya pasti lebih berkesan.

Berbeza dengan Malaysia. Terlalu dimanjakan - ah, rakyat Malaysia sendiri juga sangat manja dan dimanjakan. Ituylah sebabnya, kematangan sangat lambat. Melainkan yang dibesarkan dengan suasana kesusahan dan kemiskinan - kecil-kecil sudah kena kerja cari nafkah. Apa yang dapat saya simpulkan - secepat mana kanak-kanak itu mula menggunakan otak untuk berfikir, secepat itulah dia menjadi matang. Ya, situasi tertentu kadang-kadang memaksa kanak-kanak menjadi cepat matang. Especially mereka yang tidak dapat merasa zaman kanak-kanak dengan baik cth: palestin.

Wallahua'lam.
 
Kak AzmaOh, sebenarnya saya terkejut dengan soalan Kak Azma. Soalan yang bagus dan yang tidak terjangkakan dek saya sewaktu membuat entri ini. Terima kasih kerana bertanya. Sekurang-kurangnya, otak saya kena bekerja mencari maklumat untuk mengukuhkan pendapat. Terima kasih!

Betul, soalan kanak-kanak kadang-kadang lebih power dari soalan pakar dan saintis. Huhu...

Yup, ramai orang kat oversea sangat cintakan ilmu. Kalau boleh nak tahu semua dan nak fikir semua. Malaysia pun ada juga orang begitu, tetapi tak banyak... Saya harap bila saya tua nanti, saya masih rajin belajar sebab sekarang ni pun dah nampak tanda-tanda malas itu, aduhai... (-_^)
 
Hihihi. Saya pun cam tu gak. Parents suruh buat lain, kita buat lain. Bila dah kene baru nak nyesal. Orang puteh kata ' learn by the hard way'. Takpelah. Janji amek pengajaran kan...
 
Ahmad EisaLearn by the hard way.

Hurm... lagi hard lagi terkesanlah kan sepanjang hidup pengajarannya. Rasanya - pengalaman lebih mematangkan fikiran, kan?
 
Ya benar, dan satu lagi mungkin sebab cuacanya pelbagai. Itu teori saya saja. Mahu ikut atau tidak terpulang. Insya'Allah tidak sesat. :)
 
FaridrashidiCuaca yang pelbagai. Ya, mungkin benar juga. Malaysiakan iklimnya khatulistiwa - mudah. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk - manja.
 
salam....dalam hati mesti ada kebasaran Allah...baru senang tunai perintah Allah....
 
Anak Pendang SekeluargaSalam. Ya, betul begitu...
 
Arigato gozaiman Balqis.

Walaupun suami akak doktor, dia tak pernah pula bagitahu fakta tentang penumbuhan paling lambat tu. Tentang hippocampus itu dimaklumi cuma yang paling awal tu.*Rekindle balik umur masa itu.

Apapun, benar pramatang dan puncak kematangan banyak berkait dengan proses berfikir. Bukan sekadar proses sosio ekonomi atau sosio budaya tetapi rasanya yang paling dekat ialah proses berfikir di kalangan masyarakat. Walau masyarakat miskin tidak semestinya mereka kuat bekerja atau banyak berfikir. Walau anak kaya tetapi tidak semestinya manja atau tidak tahu berfikir.

Cuaca? Is that one of the main cause. Well, pardon me but I beg to differ. Maybe on the sarcastic or sinikal comprhension yeah but not sceinctific research.

Kayu ukur utama lebih kepada sosio budaya setempat dan cara pembesaran yang menyumbang kepada proses pertumbuhan kematangan akal dan berfikir. Still, its still on going research.

Cuma bila menyebut Arab ini mengikut sirah Islam panglima paling muda Usamah bin Zaid diarah Rasulullah saw menjadi ketua perang.

Then, jika dibesar dengan Quran, Sunnah dan pembacaan yang konsisten dan proses pencernaan common sense yang biasanya dipraktik Barat, inshAllah kita akan matang cepat lebih dari biasa. Allahua'lam.

p/s: Balqis, so sorry 'terpanjang' pula.
 
Kak Sumayyah Doiteshimashita Kak Sumayyah.

Saya pun terjumpa fakta itu sewaktu menonton short movie - Consequence. Hence, the title of this post. (^_^)

Yup, right you are Kak. Couldn't agree more. The point is - how you use your brain. Miskin atau kaya, kalau malas - hasilnya tetap samakan?

I guess so, it seems. But then, no statistical fact to prove about weather being one of the factor. Well, there are some people though who're most affected (mood dependent) with weather changing. Between tropical countries and seasonal one, there must be a lot of difference especially in the upbringing that can affect maturity. It's just a guess so far.

This - I agree with you.

Itulah, saya rasa keperluan masyarakat ketika itu juga membentuk peribadi pemuda pemudi menjadi cepat matang dan berfikir. Saidina Ali karamallahuwajhah cth lainnya dan ramai lagi pada ketika zaman Rasulullah menyertai peperangan dan terlibat dalam penaklukan ketika usia masih muda. Al-Fatih etc...

Then, jika dibesar dengan Quran, Sunnah dan pembacaan yang konsisten dan proses pencernaan common sense yang biasanya dipraktik Barat, inshAllah kita akan matang cepat lebih dari biasa. Allahua'lam.Kesimpulan terbaik setakat ini, Kak.
Thanx for sharing your side of mind. Really do appreciate diskusi ilmiah seperti ini.
Wallahua'lam.

p/s: No worries Kak Sumayyah. (^_^)
 
salam singgah...

bila fikiran tidak matang,jangan malu bertanya pada yang layak memberi jawapan...bukankah malu bertanya itu akan sesat jalannya?...

~~ macam tiada kaitan je komen ni?? huhu ~~
 
Kak MayaSalam...

Dalam keadaan fikiran tidak matang, mungkin jadi terlupa untuk bertanya. kerana ketidakmatangan itu menutup jalan berfikir dengan baik. Hehe...

Ya, tapi benar juga, kalau tidak ketahuan, bertanyalah supaya lerai segala permasalahan.

Jadikan juga macam ada kaitan, hehe...
 
definisi matang tu sebenarnya apa?
pada pandangan kak, expose kpd kehidupan diri dan pengalaman org lain bnyk mematangkan fikiran.. x kira la org tu lalui sendiri atau sekadar ditonton di tv atau dibaca mana2.
mungkin org2 arab tu cepat matang sebab bahasa Quran pun dlm bahasa arab. depa dpt pengajaran direct dari Quran tanpa nk translate lg.. secepat pandai membaca, bebudak arab dh bleh belajar dari alQuran..
klu cuaca pulak, macam ade kesannya.. contohnya dh plan nk g sana sini tetiba hujan, cancel n mungkin tido le pulak.. bilanye nk kuar cari pengalaman nyer. klu panas pun gitu... bab manja memanjakan, tu pilihan kita.. nk tegas dlm keadaan kasih sayang pun boleh..x mesti manja.
tp klu dh rasa diri tu anak tunggal atau anak bongsu atau ape2 anak le dan rasa diri tu istimewa, mulalah nak bermanja n mengada-ngada! hee... cik su-cik su jgn marah... bukan nk provoke.. ada betul ka? pandangan ini adalah peribadi dan tidak mewakili mana2 pihak atau parti atau peanut..
 
Kak AzmaSalam Kak,

Mengikut kamus Dewan (tidak pasti edisi ke berapa), matang dalam konsep yang kita bincangkan ini bermaksud; mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran: hujah yg mantap dan ~ tentang sastera Melayu; sungguhpun ia masih muda, tetapi fikirannya sudah ~ ; orang yg benar-benar ~ dlm ilmu iniJadi, kesimpulan yang dapat kita buat setakat ini tentang faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kematangan seseorang antaranya:

1) Persekitaran tempat membesar - sosiopolitik
2) Budaya setempat - adat dan agama
3) Cara individu dibesarkan e.g didikan,
pengaruh luar etc
4) Pendedahan awal kepada bahan pembacaan yang
bermutu
5) Latihan didikan - praktikaliti amali dan
terapan disiplin dari ibu bapa bersama
keseimbangan rohani
6) Pengaruh rakan sebaya
7) Cuaca(?) - bergantung kepada individu
8) Banyak juga bergantung kepada bagaimana
parents mendidik anak2 mereka melihat dunia.

Setakat ini, itu sahaja yang dapat kita sama-sama simpulkan. Keseluruhannya banyak bergantung kepada individu sendiri. Lebih cepat berdikari, lebih cepat matang (mungkin).

-> Dah mcm buat rangka karangan SPM jer, eheh!

Ada juga orang arab faham al-quran tetapi tidak mengamalkannya. Bermakna, yang penting adalah didikan Al-Quran di dalam jiwa sepertimana Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.

Definisi matang bagi saya: Seseorang yang telah dewasa dan telah mencapai kesempurnaan pemikiran yang mana dapat menentukan baik buruk serta membuat keputusan/pilihan dengan tepat tanpa membebankan/menyusahkan orang lain dalam keputusannya.
(Suka-suki jer buat definisi sendiri, eheh! =p)

Terima kasih Kak Azma atas sumbangan buah fikiran. Seronok berbincang kerana bukan selalu kita dapat membahaskan perihal kematangan ini. =)

wallahua'lam.
 
mak aiii...entri ciput, sekali baca komen panjang daa~

ini dah kes terbalik ni hehe..

p/s : alamak, komen tak berkaitan ;p
 
IlianaHehe, saya pun tak tersangka begini jadinya...

Terbalik sungguh!

p/s: Takpelah...
 
saya 21 tahun tapi macam 18..hehe
 
=>Liyana<=

Owh, baru sahaja melangkah ke alam dewasa rupanya... Selamat datang ke dunia kedewasaan, Liyana...
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!