Wafeya

Life is a serious matter.

Saturday, May 09, 2009

10 Minit

Assalamualaikum,

Dobar den. Kako ste?

Ini ada sebuah filem pendek buah tangan Ahmed Imamovic, pengarah prolifik dari Bosnia langsung dinobatkan penerima anugerah Filem Pendek Terbaik Eropah 2002. Mengambil latar belakang dua buah negara sekitar tahun 1994; Sarajevo, Bosnia dan Rome, Italy - filem pendek ini merungkai kisah tragis yang berlaku ke atas sebuah keluarga ketika perang Bosnia-Serbia (1992-1995) di Sarajevo sementara pada masa yang sama di Rome, seorang pelancong Jepun sedang menanti gambar-gambarnya siap dicuci - semuanya dalam masa 10 minit sahaja. Kita mungkin sudah lupa, apatah lagi dengan tertangkapnya mastermind pembersihan etnik itu; Radovan Karadzic dan sekutunya Radko Mladic Julai tahun lepas seakan-akan dendam lama telah bersih dibilas. Percayalah, luka pedih yang kini berparut masih segar mendiami hati-hati mereka yang teraniaya di Bosnia Herzegovina.
This short film, as its title indicates lasts only 10 minutes, but it tells a much longer story which unravels only in our imagination upon seeing the end of the film. While 10 minutes in someone's life mean nothing, they can be fatal in another: a boy and his loving family, tragedy in a war-torn city, death and destruction. All in just ten minutes. The film follows two simultaneous story lines: one set in Rome, and one in Sarajevo, in 1994, the worst time of the war in Bosnia.

Mungkin kamu pernah menonton filem pendek ini, mungkin tidak. Apa pun selamat menghabiskan masa selama kurang 10 minit! Hvala vam!



10 minit itu masanya saya menikmati coklat panas bersama biskut gula. Kadar waktu yang pasti berbeza bagi saudara kita di Palestin sana. Moga-moga doa kita tetap bersama mereka.

P/S yang tidak perlu: Maaflah, hanya mampu berkongsi entri ringkas sebegini setakat ini. Idea ada, tetapi mahu menulis panjang itu yang tidak mampu. Saatnya gue merasa buntu dan keliru. (^_^)


Glosari:

Dobar Den - Selamat tengah hari/petang (Bosnian)
Kako ste? - Apa khabar? (Serbian)
Hvala vam! - Terima kasih (Bosnian)



Akar nibung meresap-resap,
Akar mati dalam perahu,
Terbakar kampung nampak berasap,
Terbakar hati siapa yang tahu.

17 buah bicara:

salam..

dobar den - ingatkan "berdebarnye sy"
haha

syukran, atas peringatan bersama..
asyik dgn buku je..
biarpun exam tp umat Islam sana-sini jgn dilupa..

jazakillah khairan jaza'!
 
Anonymous
Sofi al-muqri'Salam...

Haha. Adui, gelilah perut saya... Iyer tak iyer juga, ya. Itulah bahasa. Perkataan yang sama, bunyi lain, maksud juga boleh lain. (^_^)

Sama-sama...
Iyer, betul tu!

barakallahuhufeek
 
Menarik... akan cari untuk ditonton!
 
assalamualaikum wbt!

act, memula saya pun ingat berdebar den..lepas tu terfikir kako ste tu apa..kiki~

apa pun,kreatif pembikin video ini.
betapa, 10 minit itu, jangka masa yang bagi sesetengah orang pendek dan tak bermakna tapi sebenarnya boleh memberi makna sangat besar bagi sesetengah orang.

tetiba sensitif..

p/s: saya juga menghadapi perkara yang sama. nak tulis banyak tapi tak mampu. huhu

p/s2: selamat hari ibu! [setiap hari adalah hari ibu] ^^
 
Balqis! Terima kasih kerana berkongsi! I'll be watching this while I eat my late dinner huhu. Kenapa buntu ni? Moga Allah memudahkan segalanya.
 
dlm 10 minit mcm2 bleh berlaku... sedih dan simpati pada saudara2 kita di bumi palestin dan semua saudara kita yg menerima nasib yg sama...
bersyukur kpd Allah kerana kita tidak diuji sedemikian rupa...
selamat hari ibu buat semua ibu... setiap detik dan masa adalah pengorbanan oleh ibu...
 
10 minit yng sungguh bermakna....ah terharu...moga mereka diberi kekuatan...dan kesabaran
 
salam..peperangan yg begitu kejam....menakutkan
 
Salam & konichiwa...
Satu filem pendek yang memberi banyak kesedaran.
Bukan sahaja dalam 10 minit bahkan sesaat sekalipun banyak perkara yang boleh berlaku.Seperti dalam Surah Al-Asr,
"Demi masa.Sesungguhnya manusia dalam kerugian.Kecuali mereka yang beramal soleh.Dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran."
 
=>zafi<=

Hurm, kisah sangat menyentuh hati. Sila tonton!
 
=>Liyana<=

waalaikumussalam wbt!!!

Huhu, actually bunyi sebenar dia 'dabar dan'. Dalam video ni ada, budak tu ada sebut. Bunyinya sedap, sebab itu saya cari, hehe...

Kan? memang tak terfikir, sebab itulah mungkin dia menang. Betul, bila dibayang-bayangkan, alangkah berbezanya aktiviti dan nasib manusia di seluruh dunia. Hurm...

Takper, after warching this vid, it's normal to be that sensitive. (^_^)

p/s: Susahkan? kadang-kadang sudah ada point, bila mahu elaborate, aduhai, hilang punca dan hilang kata-kata.

pp/s: Ya, selamat hari ibu!! Alangkah saya sepatutnya buat satu entri unutk hari ibukan sebagai manifestasi cinta buat ibu. Eheh... rindunya...
 
=>Akira<=

Salam A'qilah!! You should! And you're welcome! (^_^)

Kadang-kadang ia juga merupakan manifestasi sindrom kemalasan yang kronik. Eheh. Alamak, itu bukan alasan, ya! *wink^wink*
 
=>kak Azma<=

Betul, kak. Saat saya sedang menaip membalasi komentar ini semua, entah apalah agaknya yangs edang dihadapi saudara-saudara kita di timur tengah sana dan di tempat lain juga. Moga Allah sentiasa bersama-sama dengan mereka dan semoga kita juga tidak lupakan Allah!

Ya, bersyukur sungguh masih dapat menyedut udara tanpa dicemari serpihan mortar atau racun phosphorus. Aduhai!

Selamat hari ibu kembali, Kak Azma!!!
 
=>Ustazahlina<=

Ya, semoga!

=>Arsaili<=

Moga ia memberi semangat dan mengingatkan kita bahawa si kufar tidak akan pernah berhenti berfikir bagaimana cara untuk terus-terusan memusnahkan kita. Tabahlah!
 
=>'Atiqah jasni<=

Salam dan konichiwa!! (kembali) (^_^)

Kamu benar. Demi masa! Semua pun di bawah penentuan Dia demi memberi kita pengajaran dan peringatan. Dan demi mendapat pengajaran dan peringatan itu, masa jangan dibazir sedikit masa pun dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Kalau tidak, termasuklah kita dalam golongan yang rugi itu. nau'zubillahiminzaalik..

Terima kasih untuk peringatan tentang masa, oh!
 
speechless..sy memang tak bisa menonton kisah perang..
 
=>Iliana<=

Kan? Habis sahaja tgk, memang sedih betul, huhu... endingnya...
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!