(kadang hatiku kosong)
Gusar,
bila semak akaun iman,
bila selak bil amalan,
banyak kredit dari debit,
Aduh! Boleh bayar?
Resah,
periksa takung air mata;
kering gersang bagai sahara,
sedang separuh tawa mengisi bejana,
suku sahaja untuknya taqwa!
Apa cerita?
Gelisah,
sepertiga yang berlalu,
mereluh penuh dengkur,
kadang ngigau berpanjangan,
apa tidak dibangunkan?
Bimbang,
saat ketuk-ketuk hati,
padatkah atau lompongkah?
beratkah atau ringan?
Kosong.
Hairan,
lama dulu sudah Tuhan bicara;
sisip-sisip dalam kitabNya,
Mengapa tidak dibaca?
Duhai, tepuklah dada!
Barukisu,
Pinggir Rechnaya,
18 Mei 2009
10.02 pm
Maaflah, sejak akhir-akhir ini banyak entri melalut untuk diri sendiri sahaja. Belum mampu menulis yang bermanfaat untuk dikongsi bersama. Ada ketika, ilham itu menjadi debu berhabuk disimpan di dalam almari minda bersusun tidak disentuh kerana pintu berkerawang malas almari itu tertutup rapat dan kuncinya berbentuk rajin sudah hilang entah ke mana.
Peperiksaan hampir menjelang tiba, hairannya saya tidak berasa pun gundah gulana. Indikasi belum bersedia menelaah atau sebenarnya belum sedar diri? Ketahuilah Balqis, belajar di waktu-waktu akhir itu tabiatnya orang yang gagal!
Rasa-rasanya, saya kena format diri semula, kemudian setting minda, barulah programkan hati. Masukkan software-software (ewah, suka-suka sahaja bina perkataan berganda baharu) yang bermanfaat dan baik demi menjaga motherboard otak saya dari virus-virus malas dan mazmumah. Antivirus iman juga perlu ditingkatkan kualitinya. Banyak virus baru yang dicipta zaman ini mampu melepasi jaringan antivirus iman ini. Sukar, sukar! Setiap kali pun perlu direboot kemudian disetting semula. Mujurlah hard disk diri saya tidak akan berkurangan kapasitinya setiap kali direboot. Alamatnya yang tinggal apa sahaja nanti? Tiada ruang lagi untuk menginsafi diri. Aduhai!
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan punggungmu, dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. (Al-Insyirah: 1-8)
Itulah Balqis, lama dulu sudah kubilang!
Anak Pertama
1 week ago
16 buah bicara:
iman sering meningkat dan merudum mengikut tingkat amalannya. terkesan juga baca.
tapi yg terkena sungguh...'belajar di waktu-waktu akhir itu tabiatnya orang yang gagal!'
aduss!!
bimbangnya daku... tabiat yg merbahaya (berbahaya??)
Manakala keyboard, monitor, mouse, mic, speaker ibarat anggota badan yang lain. Gabungan itu maka jadilah seorang manusia dan sebuah komputer. Salah memerlukan bukan.
Saya tak mahu memuji kamu walaupun hakikatnya layak untuk dipuji. Kenapa? yaa, sudah tentulah puji dan memuji itu mengundang kesan. Kesan itu mengundang dosa kepada saya dan kamu.
arazma, ejaannya berbahaya.
Syukran lillah...
Tidak mengapalah, ini sekadar luahan hati saya. Apa layaknya dibaca orang? (^_~)
=>Liyana<=
Kadang-kadang sajak/puisi menjadi landasan menzahirkan kegusaran hati. Justeru tidak selalu dapat menulis begini. Tetapi akhir-akhir ini menjadi sangat obses pula dengan puisi.
Benar. Sebagai manusia, tidak dapat lari dari kenyataan itu, kan? (^_~)
Harap diri yang menulis lebih terkesan lagi merasa!
Saya tidak tahu menilai puisi. apa yang keluar adalah saat hati benar-benar memberontak. Justeru, kata-kata yang lahir adalah dari sudut paling dalam nan tertekan. (Wah, ayat tak boleh tahan, abaikan ini!)
Ya, ada orang yang berjaya dengan tabiat ini - tapi untk jangka masa pendek sahaja. Yalah, belajar hanya untuk periksa, habis periksa semua lupa - itu sayalah, hehe... orang lain mungkin lebih baik... *wink*
*Ustaz Farid sudah betulkan... Syukran ustaz =)
Na'am, bizzab keda! haza laisa fikr mustanir..li'anna yasmilu ala fikr roksumaliah..(^_~)
Hahaha, tak adalah...
Ya Allah ustaz. Bukanlah saya meletakkan entri puisi kerana minta dipuji. (Tulis pun on spot sebab rasa sangat2 dah jauh) Ia sekadar luahan hati yang tidak terperikan rasanya kerana menjadi hamba yang lalai, lupa dan leka. Sehingga sekarang segala pujian pun tidak bermakna apa-apa. Bukanlah bahasa dan ayat-ayat indah yang mahu saya sampai dan tonjolkan. Puisi tetap puisi, tetapi yang tersirat, makna serta isinya mahu saya luahkan puas-puas. Biar apabila saya berada di tahap ini lagi suatu hari nanti, dan membelek-belek blog saya - ini puisi peringatan untuk diri yang pernah saya tulis satu ketika dahulu!
Saya pun tak mahu baling pasir dekat muka ustaz, hehe.... (kan? Ada hadith pasal ni kan? Kalau memuji orang berlebih-lebihan, kita boleh sampai membaling pasir ke muka si pemuji)
Apa pun, semua kata-kata ini, kalau benar pun ia sedap dan baik untuk dibaca - kepada Tuhan jualah sebenarnya kembali segala pujian. Ilham ini, Dia yang datang hadirkan. (^_~)
Selamat periksa esok, ustaz!!!
Bittaufiq wan najah!
InsyaAllah... moga Allah pandu hati kita ke arah jalanNya...
InsyaAllah kak... Itulah sebenarnya. nak suruh saya baca bukulah ni... hehe... (bilalah nak mula menelaah) InsyaAllah ameen... semoga dan mudah-mudahan!! (terima kasih....)
Ya, pandai kamu. Memang betul pasal pasir itu.
Aik, kata mahu baca usul Fiqh ustaz?
Sempat lagi membalas komentar di sini?
Baca ustaz, baca! Jangan tak baca!
Aroma bayu Malaysia dah terbau-bau dah ni... hehe.
Ya, semuanya pasti ada hikmah dan ketentuan yang sudah tertulis. Pasti ada sesuatu yang perlu dicari - kelemahan yang perlu dibaiki dan kekuatan diri yang perlu diselidiki. Aduila!
Post a Comment
Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!