SAMBEST: Barisan guru-guru yang pernah mengenalkan aku kepada hakikat ilmu!
Selamat Hari Guru dan Maafkan Kami Cikgu!
Tetapi guru bukan lilin. Tidak. Lilin nanti apabila habis diguna tinggal mencair dan tidak punya apa-apa lagi malah akan lekas diganti baru. Itu bukan umpamanya guru, berhenti berkhidmat bila diri sudah ketung dan tinggal puntung. Tetapi seorang guru adalah yang berusaha sepenuh kudrat mencerah dirinya dengan ilmu kemudian mencurah pula sepenuh ilmu kepada yang dahagakannya. Atma seorang guru itu agung mengabdikan diri dalam kitaran ilmu yang terus-terusan mengalir, ibaratnya ilmu tidak pernah putus selagi yang bergedang adalah sang guru pencinta ilmu kerana ilmu itu cahaya dan cahaya sifatnya menerangi yang gelap.
Demi guru-guru yang pernah mengajarku tulis baca, yang mendidik aku bahawa - hakikat ilmu itu bukan untuk dijunjung, bukan sekadar untuk mengenal dunia tetapi kenal hati, kenal diri, kenal Tuhan Yang Maha Pencipta! Selamanya guru-guru itu akan berada dalam lipatan doaku, semoga tabahlah mereka, redhalah mereka akan segala ilmu yang pernah ditumpahkan dahulu. Kerana guru yang telah mengajarku, aku selamanya juga akan terus menjadi pencinta ilmu! Terima kasih guru-guruku!
Aku terkesan dengan sajak Guru karya Prof Winarno Surahmad ini;
“Tanpa sebuah kepalsuan, guru artinya ibadah.
Tanpa sebuah kemunafikan,
Semua guru berikrar mengabdi kemanusiaan.
Tetapi dunianya ternyata tuli. Setuli batu.
Tidak berhati.
Otonominya, kompetensinya, profesinya
hanya sepuhan pembungkus rasa getir,”
“Bolehkan kami bertanya,
apakah artinya bertugas mulia
ketika kami hanya terpinggirkan
tanpa ditanya, tanpa disapa?
Kapan sekolah kami lebih baik dari
kandang ayam?
Kapan pengetahuan kami bukan ilmu kadaluarsa?
Mungkinkah berharap
yang terbaik dalam kondisi yang terburuk?”
“Ketika semua orang menangis,
kenapa kami harus tetap tertawa?
Kenapa ketika orang kekenyangan,
kami harus tetap kelaparan?
Bolehkah kami bermimpi di dengar
ketika berbicara?
Dihargai layaknya manusia?
Tidak dihalau ketika bertanya?
Tidak mungkin berharap
dalam kondisi terburuk,”
“Sejuta batu nisan
guru tua yang terlupakan oleh sejarah.
Terbaca torehan darah kering:
Di sini berbaring seorang guru
semampu membaca buku usang
sambil belajar menahan lapar.
Hidup sebulan dengan gaji sehari.
Itulah nisan tua sejuta
guru tua yang terlupakan oleh sejarah,”
p/s: Masih adakah lagi sekolahnya di Malaysia yang seperti kandang ayam?
Bertatih aku berjalan,
21 buah bicara:
Oh,betul juga tu. Mudah-mudahan menjadi guru dengan niat yang baik demi mendidik anak bangsa InsyaAllah!!
Ooo... ustazah baru jelah di sana...
Ganbatte ustazah, semoga sukses selalu mendidik anak bangsa!
Apa yang dimaksudkan dengan Negara Bangsa ye.. hmm
Itu tema hari guru 2009:
maksudnya...
* Guru sebagai pendidik terbukti telah memainkan peranan utama dalam memperjuang dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui sIstem pendidikan dan seterusnya membangunkan negara sehingga dikagumi oleh dunia luar.
* Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara glokal yang mampu bersaing dengan kepesatan dunia luar.
* Kecekapan dan keberkesanan guru menerusi sIstem pendidikan membina negara bangsa yang berjaya.
* Peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan.
Sumber = di siniTapi mesti Ibnu Ali ada buah fikiran tersendirikan?
Negara bangsa.... Hurm... apa ya?
***
Selamat hari Guru to u!! (^_^)
oh, baru tahu tema hari guru tahun ini.
tak sempat nak buat post tentang hari guru. huhu apa pun terima kasih dengan entri ini.
mak saya seorang guru. setiap tahun nyanyi lagu 'kami guru malaysia' sampai saya pun dah terhafal.
salam liyana,
Ehehehe, akak pun baru tahulah masa nak buat entri ini...
ayah akak juga seorang guru...
lagu tu bestkan...
ada kesyahduannya tersendiri...
Tentang guru. Segala cerita boleh dikaitkan dengan guru. Kerana apa? kerana bermula tadika sehinggalah sekarang kita sentiasa dikelilingi oleh guru. Jadi atas alasan apa mahu berpisah dari mengingati guru?
Baiklah, saya seperti ada persoalan di sini. Sebagaimana ibnu ali dalam komentarnya. Perihal negara bangsa itu..
Istilah itu bagi saya mungkin sesetengah pihak menganggap tidak bermasalah. Tetapi perlu ingat, Nabi pernah bersabda tentangnya. Rujuk entri saya tentang Visa dan Passport itu.
Selamat hari guru juga buat mereka-mereka yang bergelar guru. Walau mengajar setitis ayat, ia juga dipanggil guru.
Syukran faridrashidi, nanti ana rujuk entri enta..
Waalaikumussalam,
Ya, lagi-lagi guru pertama kita. Ayah dan ibu. Lagi sampai sekarang masih berusaha mendidik kita...
Ya, saya juga kemudia menjadi seperti tertanya juga... maksudnya melebihkan negara dari agama bukan? Sudah rujuk dan mungkinkah itu jawapannya? Minta perbetulkan andai salah, ya.
Selamat hari guru..
Maaflah saya tidak menjawab soalan...
hehe... mari sama2 cari jawapannya, nanti kalau sudah tahu bolehlah kongsikan di sini, ya.
Sudah betul cara fikirnya. Bila agama dipinggir ke tepi, negara bangsa diletakkan di hadapan makanya adalah teramat wajar ia dikategorikan sebagai apa? sebagai sekularisme.
Penerangan saya di entri visa itu hanya sekelumit, mahu yang menggunung tinggi? oh, doakan saja supaya Allah SWT berikan kelapangan kepada Farid Rashidi untuk menulis.
Aduhh, tiba-tiba saja teringat kisah telinga ditarik cikgu akibat tak faham matematik, berdiri atas kerusi dan..meja. (seperti kelakar tetapi itu kisahnya.
Penampar ustaz? saya mahu rahsiakan saja.
Ana mish fahem...
tapi jawab jelah,
Enta keda... birohtak...
Oh.... saya faham sekarang. sekularism lah tema hari guru tahun ni, hahaha, kan?
Semoga ada kelapangan. Faridrashidi sungguh rajin menulis, hehe...
Mesti pelajar nakal di sekolah dulu ni, hehe...
Ya, tepat tu! ini bukan pemikiran cemerlang, kerana mengandungi fikrah kapitalisme..
Senang bercakap dengan manusia mudah faham. Just give n smile :)
Oh, tidak nakal. Cuma ada salah faham sedikit. Tak sepatutnya kena, tetapi terkena.
Hai, lain dengan terjemahan saya. Mujur ustaz beritahu...
*smile*
Kasihan. Tentu menjadi kenangan terindah dalam hidup ustaz, kan? (^_^)
jasa guru-guru tak mampu kita balas.
usah lupakan mereka.
kerana mereka, kita di sini.
Yep, tanpa mereka, kita tak ke mana, belajar rajin2 ye dik!!
Post a Comment
Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!