Wafeya

Life is a serious matter.

Tuesday, May 12, 2009

Usrah Terakhir

Ia bukanlah usrah terakhir di abad ini. Bukan. Usrah tidak akan pernah berhenti. Ia adalah usrah terkahir kami berenam yang sedikit masa lagi akan tinggal bertiga. Betapa-tapalah pilunya mengenangkan kehilangan mereka. Ya, Kak Nurul Maya, Kak Solhaa dan Kak Yanti akan tamat pengajian mereka Julai nanti. Tamat dan pulang pergi meninggalkan kami adik-adik usrah yang pasti akan merindukan celoteh, buah fikiran, serta nasihat-nasihat mereka yang baik dan bernas. Oh, kami tidak akan lupakan semua itu.

Demi sebuah keakraban yang terjalin lewat berusrah selama dua tahun, kami meraikan mereka bertiga makan di Divan, restoran Tartar di sini. Maka riuhlah kami bertukar cerita, mendengar celoteh mereka buat kali terkahirnya. Tuhan Maha Penyayang – menemukan kami semua dalam lingkungan ukhwah yang tidak bertepi nikmat bersahabat dan berkasih sayang – moga-moga Dia tetap memelihara ikatan ini sampai bila-bila, biar sampai mati pun!

Yang diraikan: Kak Solhaa, kak Yanti dan Kak Maya

Tavuk Kebab: Nasi putih, ayam panggang, bawang putih, sos dan lavash

Et Kzarmasi: Juadah tengah hari saya; nasi putih, ayam dan salad

Pemanis mulut: Baklava dan teh sedang dituang Kak Shibrah ke dalam mangkuk

Kad tahniah: Congratulations!!

Kad: Penuh kata-kata tahniah dari kami

Makan: Kak Shibrah dan Kak Nabihah

Kami yang tinggal – Kak Nabihah yang penyabar, Kak Shibrah yang comel, dan saya yang paling nakal dan degil – pasti akan merindukan mereka bertiga! Pasti!

Demi Tuhan, doa-doa dari kami akan tetap sentiasa mengiringi kepulangan mereka dengan kejayaan yang tidak putus-putusnya. Moga menjadi doktor-doktor yang baik-baik, yang solehah, yang berjasa untuk agama, bangsa dan negara, ya akak-akak!

Oh, paling penting – jangan lupakan kami di sini, ya!


Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

17 buah bicara:

salam adikku sayang....

wah...enaknya makanan...( mukadimah hihi )

lamenye tunggu entri ini di'post'kan ^^

hmm satu lagi entri sedih nampaknya...masing2 nak emosi ye...takpe2...akak nak tunggu dapat gambar dari nabihah dgn kak sol,baru buat entri...nak emosi dan sedih2 jugak lah ^^

sesungguhnya akak akan merindui balqis,shibrah dan nabihah,naqibah kita yang ayu itu....selamat meneruskan usrah ya...akak takut juga sebenarnya...di Malaysia nanti,tak tahu akan masih aktif dengan usrah atau tidak huhuhu

apa2 pun...selamat berjaya dalam peperiksaan nanti...

jangan nakal2 ya...akak suruh kak nabihah rotan nanti ^^

jadi tak nak buat BBQ ni?

~~ yes...dapat jadi peng'komen' pertama...hepi!!! ~~

love you...^^
 
walaupun jauh di mata, di alam cyber dekat saja..
masih bleh teruskan usrah dan syer lg ramai...kak bleh tumpang sama..
 
Salam,

ermm..baru kenal.

Apappun jangan sedih-sedih ya..nanti kalian boleh berjumpa juga di Malaysiakan.
 
Assalamualaikum Balqis,
Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa.
Jangan sedih-sedih ya.
 
=>Kak maya<=

Salam kakakku sayang~

Yer, yer paling sedap saya punya, hehe...

almaklumlah mengedit gambo dulu, lepas tu ada org tu dok minta2 gambar pulak, aduhai...

Emosi yang diharuskan... hehe...
jangan beresmosi kak, ingat tak La Tahzan?

Kami pun sama di sini. Cari-carilah, usrah di Malaysia lagi bnyk. Siapa tahu di hospital tempat akak bekerja ada usrah sendiri. kalau takde pun, buat je usrah dengan pesakit, hehe...

Yer, terima kasih kak...InsyaAllah...

Adeh!

InsyaAllah, tgu kami habis periksa dululah yer...

Tahniah!!!!
 
=>Kak Ami<=

Iyer, betul tu kak, tapi kakak2 ni semua sure takde masa dah nak main internet, hehe....

Betul juga tu, usrah InsyaAllah takkan berhenti. Tetapi pelajar di Ukraine semakin brkurangan (tidak bertambah) jadi walaubagaiamanapun mmg akan berkurang. Uwaaa.....

Akak nak join usrah kami? Boleh jer, mesti lagi best! hehe...
 
=>Faridrashidi<=

Salam,

Apanya yang baru kenal ustaz? (^_^)

Yer, takdelah sedih sangat sekarang ni, tahun depanlah baru terasa sedihnya bila mula sem baru dengan usrah yang tinggal bertiga. Aduhai...

Hurm, itulah - bagaimanalah mahu berjumpa, seorang tercampak di Sabahlah, sarawaklah, Peraklah, merata-ratalah ustaz... entahkan jumpa lagi, entahkan tidak, wallahua'lam..
Sibuk masing2 nanti, dengan keluarganya, kerjanya... isk, isk, isk...
 
=>Kak Chik<=

Ya, betul Kak Chik...
terima kasih kerana mengingatkan...
Itu macam bunyi lirik lagukan?

Aduhai lagilah sedihnya... huhu...
 
kak Balqis, ada seorang sister pernah cakap. satu ikatan kerana Allah, bila brpisah pasti akan berjumpa lagi. insyaALLAH.

p/s: macam mana buleh ade link post somchan kat bawah entri ini? :p
 
=>Liyana<=

InsyaAllah, ya mudah-mudahan....

p/s: Haha, entahlah, akak pun tak tahu, selalu pun mcm tu, akak sendiri pun x tahu bagaimana benda tu berfungsi, tetiba jer ada link, confuse juga sebenarnya...
 
dh abes dh...sayonara. next sem ada lg. cycle ape skrg yek??
 
=>Zulfahimi Husain<=

Yup, that's it but not that's it.
InsyaAllah ada lagi...

baru habis Hospital Peadiatrics, esok InsyaALlah ophthalmology...
 
Wah..sayunya..jauh dari segi fizikal namun sentiasa dalam doa dan ingatan insyaAllah.

Ganbatte Balqis!
 
Salam Balqis,

rindu kamu!

Ah, lama benar akak ngga singgah disini, maaf kan akak, terlampau busy dengan urusan ayah bonda, tapi kamu tahu bukan? Kamu ini sentiasa didalam lipatan hati dan segunung du'a yang dipanjatkan setiap hari.

Semoga berjaya dalam exams!
 
=>Akira<=

InsyaAllah...

Hait, Ganbarimas!!

=>Kak Nur<=

Salam Kak Fakhzan!!

Rindu kamu juga!!! Aduhai, lamanya tidak kemari!

Ya tahu, moga dalam baik-baik kedua-duanya! Terima kasih ya akak, saya pun begitu jua buat kamu!!!!

Ya, semoga!! Ameen pada du'a-du'a kamu!
 
Saya setuju, usrah memang tidak akan berhenti kerana tarbiyah itu perlu sentiasa berjalan.

usrah bukan segala-galanya tapi segala-galanya bermual dengan usrah.

Salam ziarah dari negara matahari terbit.
 
=>Fareast<=

InsyaAllah, ia takkan berhenti selagi ada hati-hati yang masih mahu meneruskannya.

Selamat datang!
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!