Wafeya

Life is a serious matter.

Friday, May 29, 2009

Bawalah Hati

Sepanjang-panjang hidup kita, bukan sekali pernah kita menangis. Tatkala sedih, kecewa, gembira, marah - dan air mata akan mudah tumpah andai perasaan-perasaan itu mampu menyentuh atma paling dalam kita. Tetapi berapa kalikah agaknya kita menangis kerana mengingati Dia? Sejujurnya saya, paling sedikit barangkali.


Bacaan Mishary Rashed Al-Efasy menyentuh hati para jemaah. Beruntung memahami Bahasa Arab, beruntung lagi kalau mampu menghayatinya sepenuh jiwa. Ya Tuhan, aku bagaimana agaknya?

Ini terjemahannya dari Surah At-Tahrim ayat 8-12, sama-sama kita dengar dan hayati, InsyaAllah - andai tidak sedikit, banyak yang terkesan di lubuk hati kita. Bawalah hati bersama-sama.

8. Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

9. Hai Nabi, perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah jahannam dan itu adalah seburuk-buruknya tempat kembali.

10. Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)."

11. Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: "Ya Rabbku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam firdaus, dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.

12. dan (ingatlah) Maryam binti Imran yang memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebagian dari ruh (ciptaan) Kami, dan dia membenarkan kalimat Rabbnya dan Kitab-KitabNya, dan dia adalah termasuk orang-orang yang taat.

Sodaqallahula'zeem...

Selamat Hari Jumaat.




Hati separuh-separuh,
penuhkan!
Hati lemah-lemah,
Sunguhkan!
Bawalah hati!
Bawalah!

16 buah bicara:

beruntungnya jika memahami bahasa alquran..dapatlah menghayati lebih lg makna2 ayat yg dibacakan. belajar arab dulu pun setakat utk SRP (PMR sekarang)...
 
Salam dik Balqis...
Menangis kerana takutkan Allah, tak mudah untuk dilakukan. Kalau nak kata org Arab tu bertuah sbb faham apa yg di baca, rasanya kita tak juga ada penyelesaiannya. Tak faham, boleh saja baca Al-Quran dgn terjemahan. Tapi apakah mampu membuatkan diri kita menangis ketakutan tiap kali membaca kisah ttg panasnya api neraka?

Ya Allah, lembutkanlah hati-hati kami...
 
=>Kak Ami<=

Sungguh kak. Faham sepatah dua pun ayat Al-Quran kadang-kadang sedikit bergenang air mata. Entah kuasa apa, Al-Quran itu benar-benar ubat bagi mereka yang mencari ketenangan, InsyaAllah...
 
=>Kak Su<=

Itulah, andai tidak dibawa hati bersama semasa membaca memang tidak dapat menghayati. Baca sudah, faham pun sudah. tetapi andai tak mengahayati apa yang kita faham itu memang tak sampai menangis. Setakat ambil kesedaran superficial - memang susah nak menangis. teringat sahabat-sahabat nabi dahulu, baca beberapa ayat sudah menitis air mata. Ada ulama', wali pula dengar ttg kisah api neraka sampai boleh pengsan-pengsan. Kita memang tak boleh sampai tahap tu. Untuk permulaan, cukuplah sekadar memahami. Andai memahami itu boleh membawa kepada menghayati maksudnya - Alhamdulillah sangat-sangat...
 
beruntung orang yang memahami bahasa AlQuran ini.

quoted by someone:

”Kekurangan kita ialah banyak membaca AlQuran tanpa mengetahui maknanya. Kelemahan kita ialah mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya. Kelemahan kita yang bertimpa-timpa ialah mengetahui tafsirannya tetapi tidak mengetahui rahsianya. Kelemahan kita yang tertinggi ialah mengetahui rahsiannya tetapi tidak mempercayainya. Kelemahan kita yang paling tinggi ialah tidak mempercayainya lalu meninggalkannya”.


betul, bukan mudah untuk menangis kerana Allah. kunci nya hati, belum cukup dekat dan hadir kepadaNya waktu solat dan membaca ayatNya. kerdilnya diri.
 
=>Liyana<=

Subhanallah. Thanx for sharing that superb quote.

"Kelemahan kita yang tertinggi ialah mengetahui rahsiannya tetapi tidak mempercayainya. Kelemahan kita yang paling tinggi ialah tidak mempercayainya lalu meninggalkannya”.

Moga-moga kita tidak sampai ke tahap ini!
Nau'zubillahiminzalik...

Kuncinya hati...
Bawalah bersama!
 
Kedahsyatan paling tinggi ialah mereka yang tidak mempercayai Al-Quran dan menghinanya...

Kalau di sini, setiap malam 27 Ramadhan pasti ramai yang menangis sampai pengsan-pengsan kerana menghayati bacaan Al-Quran Syeikh Jibrial di Masjid Amru Al-Ash, masjid pertama di benua Afrika.

Memahami maksud secara sarohah sudah menangis apalagi memahami tatabahasa balaghahnya yang menggentarkan masyarakat Jahiliyyah itu. Nilai sastera tertinggi yang tiada menandingi.
 
=>Faridrashidi<=

Astaghfirullah, astaghfirullah...

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan itu...

Beruntungkan? Tetapi sampai pengsan-pengsan, tak batal solat ker? Atau maqam sudah tinggi sangat?

Sungguh!
 
Sudah tentulah batal solat. Maqam setinggi mana pun kalau sudah pengsan jawabnya ulangi semulalah kalau solat itu wajib. Kalau sunat tak mengapa.

Sangat beruntung kalau kita mempraktikkan apa yang Quran dan Sunnah ajarkan. Nescaya masuk 'hutan' atau ke mana saja takkan sesat.
 
=>Farid Rashidi<=

Yalah kan... huhu, apalah saya ni.

Sungguh!
 
Balqis, terima kasih kerana berkongsi ye. Memang beruntung dapat memahami bahasa al-Quran, semoga kita sama-sama berusaha untuk memahami intipati al-Quran ni ye. (peringatan untuk diri sendiri)

Kena sentiasa kuat dan istiqamah. Yosh!
 
=>A'qilah<=

Sama-sama A'qilah... Itulah, beruntung lagi kalau kita turut mengamalkannya, kan? (peringatan untuk diri sendiri juga)

Yosh!
 
subhanallah lagi, mishary rashed ni mmg pembaca kegemaran saya! kebetulan.
 
oh saudari balqis, tolong lah dengar Nasir Al-Qatami, bacaan dia mmg menyentap2 hati.

http://www.youtube.com/watch?v=TXAsx2GK_0E
 
oh, sorry kalau ayat menyentap tu bunyi agak keterlaluan, mungkin perkataan yg sesuai adalah 'menenangkan' :)
 
=>Bro Mirul<=

Jeez, terima kasih. Alhamdulillah. Dah dengar. (Actually sedang dengar). Subhanallah. Thanx for sharing bro. It really did 'menyentap'.

Thanx for dropping by here anyway and you, in your last year n dah dapat your degree. Can't help myself but - Congratz, bro! You've done it. Semoga menjadi doktor yang best, InsyaAllah! Best in every aspect, okay! Good Luck! =)
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!