Wafeya

Life is a serious matter.

Monday, May 18, 2009

Rahsia dan Rosak

Kita memang banyak rahsia. Banyak juga menjaga rahsia orang. Di samping banyak juga mengetahui rahsia orang. Jadi? Biarlah rahsia.

Oi! Oi! Jangan pandang sebelah mata, ya! Saya bukan daun!!!

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk sangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari buruk sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. (Al-Hujurat: 12)


Rosak

Lihat gelas separuh penuh, bukan separuh kosong

Terkadang terlupa diri tidak sesempurna mana, lantas terzahir kritikan berbaur putus asa. 'Rosak sudah manusia masa kini. Apalah mahu jadi'. Sedang diri? Man qola fasadan nasu fahuwa afsaduhum - Barangsiapa yang menyebut bahawa manusia semuanya sudah rosak, maka dia itulah yang paling rosak di kalangan mereka" [Hadith Riwayat Muslim]

Nau'zubillahiminzalik...



Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu, garu kepala.
Apa ertinya?

5 buah bicara:

Salam,

Aik, bila masa muncul artikel ini ya..
Ya, oleh itu bila kritik harus bersama kesan yang membina. Bukan kritikan menjahamkan.

Contoh.. "Mat Jenin, sungguh rosak perangai kamu ini!"

Berkata atas dasar memerli, mengaibkan.

Dan yang paling penting, MUHASABAH itu sangat perlu. Kerana saya, kamu, kalian tidak akan sama sekali sempurna melainkan kekasih Allah yang maksum.
 
=>faridrashidi<=

Salam,

Muncul pada hari yang sama tetapi beberapa jam awal dari artikel selepasnya (^_~)

Betul. Jangan ingat diri sendiri sahaja yang betul.

Sedang bermuhasabah, justeru entri ini menjadi medium luahan.
 
Erti Hadis: Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”. [H.R. Muslim]

Keterangan:

Imam Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus-Shalihin Beliau memberikan penjelsan seperti berikut:

“Larangan semacam di atas itu (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi denan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka.Maka yang demikian ini adalah haram”.

“Adapun orang yang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya”.

“Demikianlah yang dijelaskan oleh para ‘ulama dan begitulah cara mereka menghuraikan permasalahannya.Di antara ‘ulama yang berpendapat begitu ialah Imam Malik bin Anas, al-Khath-Thabi, al-Humaidi dan lain-lain”.
 
=>Faridrashidi<=

oooo... begitu. Terima kasih kerana sudi berkongsi. Alhamdulillah, bagus berkawan dengan penjual minyak wangi ini. Baunya turut tersebar kepada orang-orang di sekeliling.

Apa pun situasi dan keadaannya, saya tetap takut termasuk dlm golongan yang disebutkan dlm hadith tersebut. Justeru, risau tetap risau, tetapi risau juga dengan keadaan diri sendiri. Allahua'lam.

Anyway, jazakalllah...
 
Asslmu'alaikm jzkk kpd kupasan Farid Rashidi. Maaf kerana saya x tau nk tambah apa lg, cuma nak tanya keterangan tu drp Syarah Sahih Muslim kan? Maaf juga kpd tuan blog sbb saya x dpt tanya terus dlm blog saudara Farid Rashidi (tak dapat buka blog dia) Wallahua'lam Wsslm
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!