Wafeya

Life is a serious matter.

Sunday, May 31, 2009

Jangan panik, ya!

Kali ini kita buat sedikit rumus matematik, ya. Rindunya pada calculus!


Rumus ini Professor Volchenko yang ajar sewaktu saya di tahun kedua. Waktu itu semangat belajar sangat tinggi menggunung! Kuliah beliau sangat mudah difahami, justeru tidak hairanlah ramai yang hadir dan memberikan perhatian termasuk juga saya yang ketika itu sangat rajin membuat nota dan catitan ringkas lambang belajar dengan baik dan tekun sekali.

Topik kuliah Fisiologi pada hari itu ialah Emotion, Sleep dan Memory. Lagi-lagilah bersemangatnya kami mendengar. Menurut beliau, banyak teori tentang emosi dibuat oleh para saintis bagi memahami apa itu emosi, apa yang mengawalnya dan bagaimana pula ia mengawal hidup manusia sehari-harian. Beritahunya lagi, ada lima teori tentang emosi dan saya tertarik untuk berkongsi teori yang terakhir ini dengan kamu memandangkan musim peperiksaan hampir mendekati. Teori terakhir ini jelasnya menunjukkan kaitan antara masa dan stress.

Teori yang dipanggil Information Theory of Emotions ini direka oleh George (kata Professor, beliau menemui ajalnya dalam satu nahas kemalangan jalan raya di Moscow) dan A. Kositsky, seorang fisiologist Russia. Menurut teori ini, State of Tension boleh dirumuskan sebagai ST = f (InEnTn - IaEaTa) di mana;

I = Information
E = Energy
T = Time
n = necessary
a = available

Begini, katakan kita akan menghadapi peperiksaan dalam masa terdekat ini. Jika kita mempunyai banyak maklumat, tenaga dan masa lapang untuk belajar (Information, Energy and Time available) berbanding maklumat, tenaga dan masa yang yang diperlukan untuk belajar (Information, energy and Time necessary), maka itu adalah lebih baik untuk pengawalan stress (State of Tension). Selalunya memang maklumat, tenaga dan masa yang kita perlukan untuk belajar lebih banyak dari maklumat, tenaga dan masa yang kita ada untuk belajar. Jadi, semakin kecil perbezaan antara yang kita perlukan dengan yang kita ada (necessaries minus availables), semakin baik State of Tension kita!

Andainya perbezaan itu sangat besar iaitu yang kita perlukan sangat banyak dari apa yang kita ada (maklumat, tenaga dan masa yang sangat sedikit) kita mungkin boleh jadi gila kerana tidak cukup maklumat dan kurang tenaga mahu telaah semua subjek dalam waktu yang sangat singkat.

Mengapa boleh jadi gila? Mari kita lihat State of tension yang ada empat ini pula:

Peringkat Pertama - AMA (Attention, Mobilization, Active)
Contoh: 10 hari sebelum peperiksaan - Ada banyak masa dan tenaga, boleh mendapat/mengumpul banyak maklumat sebelum periksa.

Peringkat Kedua - Negative Stenic Emotion
Contoh: Dua hari sebelum peperiksaan - Kurang masa, tenaga dan maklumat menyebabkan lekas marah, bengkeng dan meradang.

Peringkat Ketiga - Negative Astenic Emotion
Sehari sebelum peperiksaan - Tiada masa langsung menyebabkan rasa takut, gementar, panik dan risau yang melampau.

Peringkat Keempat - Breakdown, Neurosis 
Pelajar gagal dan macam-macamlah yang boleh berlaku kalau tiada iman dan kesabaran dalam diri; bunuh diri, juga bunuh guru dan ibu bapa, terjun tinggi, lompat jauh, langgar lari dsb.

Justeru, faktor utama yang perlu kita rancang dan jaga dengan baik adalah Time atau dalam bahasa Sepanyolnya - Masa. Semakin banyak masa yang kita ada, InsyaAllah semakin baik pengurusan stress kita. Sebenarnya tidak payah ada rumus-rumus ini pun kita sudah boleh fikir sendiri. Sajalah saintis ini semua tiada kerja maka direkalah rumus-rumus begini agar mudah difahami human behaviour yang kompleks dan kadang-kadang tak masuk dek akal waras pemikiran normal manusiawi.

Rumus ini bukan untuk pelajar yang akan menghadapi peperiksaan sahaja, tetapi boleh juga diapply dalam kehidupan seharian seperti seorang editor majalah yang sedang mengejar dateline, bussinessman, atau sesiapa sahaja yang kerjanya terikat dengan masa.

Fahamkah? Maaflah, saya bukan penerang yang baik. Susah juga mahu terjemah Matematik dalam bahasa. Moga perkongsian ini ada baiknya buat kamu semua yang sedang dan akan menghadapi peperiksaan. Jangan tension-tension, ya!

Man jadda wa jada!

Wallahua'lam.

p/s: Wah, wah, wah. Sudah dekat periksa sempat lagi update blog. Apa barang sheikh? Buat tebiatkah?

p/s: Rindu pada template blog lama yang bersih dan cerah.



Gagal merancang - merancang kegagalan,

5 buah bicara:

nasib baik tak panik..tapi entri ni juga boleh difahami dari sudut psikologi..

saya masih bersetuju dengan pendapat yang menyatakan kebanyakan teori sebegini yang diperkenalkan oleh Barat adalah buah fikiran mereka semata..kita sebagai orang Islam mesti melihat dari sudut yang berbeza..

masyarakat mungkin agak janggal dengan psikologi ISlam misalnya..tapi sebenarnya psikologi sufi juga wujud..kena selongkar buku-buku di kutub khanahlah jawabnya..

itulah pesan pensyarah saya..bukan menerima bulat-bulat kan..
 
=>Syahidah<=

Ya, alhamdulillah. Tetapi sekarang tgh panik juga, masih banyk belum baca!

Benar, ada kaitannya dengan psikologi. Kamu sukakan subjek psikologi?

benar lagi. teori mereka baik-baik sahaja. Kita ambil yang baik dan perbaiki lagi dengan menambah serta memasukkan nilai-nilai islam. Contohnya, kalau asyik fikirkan mahu berjaya sahaja dalam periksa tentulah kalau gagal merana, kan? justeru usaha perlu ada kemudian tawakkal juga. banyak berdoa dan banyak meminta ketenangan dariNya, barulah andai gagal masih boleh terima kenyataan, InsyaAllah..

Ya, saya ada dengar juga. cara belajar ulama', cara belajar sufi. Kurub khanah mana nak selongkar ya?

bagus pesan pensyarah kamu. nanti kalau kamu ada maklumat ttg buku2 psikologi islam, sudi-sudikanlah berkongsi dgn saya atau isinya di blog kamu ya! Teringin mahu tahu!
 
boleh klik pada label..saya ada cerita sedikit tentang psikologi..oh ya dulu Kak Balqis pernah baca dah tentang teori mimpi di blog saya..sebab ada Kak Balqis tinggalkan komentar di situ..

saya ambil subjek psikologi..banyak perkara yang saya belajar pada mulanya saya tak boleh terima...mujur ssalah eorang pensyarah saya selalu ingatkan kami di akhir kulah..beliau tidak bulat-bulat mengajar kami berdasarkan teori barat..
 
syahidah
=>Syahdiah<=

Ya, ada. Antara komentar-komentar terawal saya di blog kamu dan bermulanya perkenalan kita. Entri mimpi kamu - saya ingat sangat!

Owh, padanlah. Ya, nanti ada masa saya singgah2 blog kamu mencari ilmu psikologi.

Doakan saya exam, ya!
 
Good sharre
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!