Wafeya

Life is a serious matter.

Wednesday, February 16, 2011

Nefrotik sindrom

Rindu. Betul rindu banyak benda. Tengok gambar salji, rindu pada butir-butir halus putih yang sejuk dan beku itu. Rindu rasa mahu jalan dan dengar bunyi ais hancur-hancur bawah tapak but. Rindu mahu lihat semua tempat jadi putih, pokok, rumput dan sungai yang sedikit membeku. Betul rindu. Bila lihat gambar daun coklat kuning yang gugur, rindu pula pada pepohonan maple, pada daun-daun kering yang selalu mengisi tepi-tepi jalan setiap pagi mahu ke tempat belajar. Rindu juga pada bunga-bunga yang berkembang semi tiap kali tiba musimnya. Warna-warni yang tampak seperti lukisan sedang ia lakaran terindah ciptaan Tuhan. Rindu betul!

"Doktor, dah dapat belum darah saya?"

Er, eh! Astaghfirullahala'zim....

"Eh, ye... susah betul nak cari salur darah awak ni..."

"Amik dekat femoral jelah doktor, sakit kena cucuk banyak-banyak kali ni..."

"Erm, okay..."

Kadang-kadang pesakit lebih arif. Itu antara hakikat yang perlu didepani dan diterima.

"Bismillah.... tahan sikit ye."

Dia tersenyum.

"Doktor ni doktor baru ye?"

"Erm, ya. Okay, dah. Terima kasih"

"Terima kasih doktor."

Jarang ada orang yang berterima kasih selepas dirinya dicucuk banyak kali dan darahnya diambil saban hari.

Bunga semangat sedikit berputik. InshaAllah, semoga kerja hari ini dimudahkan.


*Aku malas menulis. Nanti aku sambung ya. Tisbah a'la kheir.*




Tapi benar aku rindu,

2 buah bicara:

Salam dik,
Busy ye?
Moga dipermudahkan segala urusan.
 
Tabahkan hati bile bergelar doktor..kehidupan akan bermula di mana kita belajar untuk hidup, kehidupan bermula untuk kita belajar dan terus belajar dan terus belajar..guru yang paling garang adalah yang membuatmu paling berjaya. so jgn sekali2 terasa hati ok! percayalah semua doktor akan lalui detik2 getik bergelar houseman..gluck.
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!