Wafeya

Life is a serious matter.

Sunday, January 31, 2010

Ketika Salji Bertasbih


Aku suka melihat alam. Seperti burung-burung ini; yang berkumpul bertasbih ketika tebalnya salju, tidak pernah sekali mengingkari sunnatullah. Singgah melewati kedinginan di sini sebelum berhijrah merapati iklim yang suhunya tidak akan membuat badan gigil kesejukan. Ah, salji dan burung - mereka tidak pernah membantah! Melihat mereka buat aku terkagum seketika. Pantas merenungi diri - yang sering jerjal dengan kerenah dan rencam bermain jukstaposisi - duhai, tak punya apa pun! Alam Tuhan ini indah. Sungguh. Tidak mampu terlukis pun dengan pastel-pastel warna air di atas sekeping kanvas putih. Tidak akan persis. Apa lagi di atas cantuman-cantuman statik tanpa rasa dan jiwa dalam 10 Megapixels ini. Ah, Subhanallah!


Gargarin Park, Simferopol,
Ukraine.


Kisah-kisah ketika salji bertasbih,

8 buah bicara:

ARGH..
BESTNYE KALAU DAPAT MAIN SALJI
 
assalammualaikum

tak pernah lagi merasa dingin salji
 
kali pertama berdepan dengan salji, terasa terharu tidak seperti dirumah 4 musim dahulu, kerana ianya realiti. Putihnya salji itu, menimbulkan rasa damai dihati.
 
kat Genting ada salji tapi takde burung...PEACE...
 
salam ya ukhti..
i've nothing to say..but i really like to read ur blog..
well done!!
Allah yubarik fik, ya ukhti..
 
Salam.

Semalam,di İstanbul ini,saya merasaı pengalaman pertama bermaın salji. Fuh,memang macam rusa masuk kampung.

Hatı sungguh terusik melihat burung-burung terbang seolah bergılıran mengelilingi Masjid Biru,saksı gemılang silam umat islam.

Dan betapa gambar dengan serıbu satu cerita pun belum mampu melukis rasa dı jıwa...
 
Burung-burung yang berwara-wiri seolah-olah ralit memuja zikir pada Penciptaan. Saat terbangnya ke udara - merangkumkan potret indah bersama lelangit terhampar. Pujalah Ilahi, tak rugi walau sesaat!
 
Miss Oren, best! Alhamdulillah.

Waalaikumussalam kak, InsyaAllah. Mudah-mudahan kak dikurnia rezeki dapat kembara ke negara bermusim.

Faiz, terharu. Yeap!! Sungguh. Subhanallah.

dkama, belum pernah melihat salji di Genting. Kamu serius?

Miss Fairytopia, salam kembali ya ukhti. Syukran lillah. Terima kasih kerana sudi datang berziarah. ^^

Haniff, wah di Istanbul sudah kamu ya! Sampaikan salam akak kepada Al-Fateh, dik! Khabarkan juga, InsyaAllah nanti akan berpijak juga kaki ini di bumi Konstantinopel itu. (Perasan abjad-abjad Turki dalam komentar kamu)

Ustaz, subhanallah.
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!