Terkesan dengan sajak ini. Lalu saya ambil dan saya kongsi dengan kalian di sini.
(Akhir-akhir ini agak penakut menulis sajak - dicoret dan dipadam)
Di Perut Nun
Pada dinding putih, ada waktu yang tergantung
berlari, tak pernah jeda walau untuk berpesan,
demi aku, manusia dalam kerugian.
Di luar, ada rintik yang menyapa gersang tanah,
aku termangu, Mikail masih di situkah?
Anugerah untukku?
atau aku mesti terus menunggu
setelah doa-doaku tercicir
tiris dari bakul ibadah yang rompong.
Entah berapa lama, kali terakhir kumembilang titis hujan
dan mengutip butir jernih, buat dihimpun menjadi sekolam wudhu.
Pun, sekolam itu, aku masih sangsi, pergikah segala dosa semusim leka
seperti daun gugur meluhurkan sunah Allah?
Seorang umat, yang bersinar dan dikenali, akukah?
Atau gelap ini abadi? Gelisah ini membawa aku ke perut Nun
Dari situ, ada rintih Yunus yang kembali,
Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau,
Sungguh, aku termasuk orang-orang yang zalim.
Gelap ini; Yunus, aku dan sesiapa, tak punya siapa kecuali Tuhan.
Balam-balam malam ini, aku sendirian
kehilangan kasih-Mu. Tuhan, di hadapan pintu-Mu
aku berdiri.
Hafez Iftiqar,
15, Kings Court, Oakleigh East, VIC, Australia.
Dipetik dari blog hafeziftiqar
Di hujung kembara tak ada lelah - adalah kembara yang terbaik,
Anak Pertama
1 week ago
6 buah bicara:
Cetusan jemari yang sangat indah.
Saya suka.
:)
Puisi ini sekali dibaca terasa di hati. Kadang-kadang kita juga akan lari ke 'perut ikan nun' mencari kekuatan dari Tuahn yang Satu.
http://rqyali.blogspot.com/2010/01/blog-post_11.html
for the insyaAllah arabic version with the lyric...:) or perhaps you have already found it?
miss u! please update...:D
lama sungguh tak melawat blog Balqis. Lama juga tidak bersapa dengan Balqis. Kita rasa Balqis mesti sedang sibuk dek persiapan exam, but I just want to let you know that I do think about you. Insha'Allah we remember each other in our prayers ye Balqis.
PS. Alhamdulillah kita lulus peperiksaan pra-klinikal that took place awal Januari lepas. Sekarang di Malaysia, sedang bercuti ;D
All the best juga untuk Balqis!
best wishes,
'Aqilah
http://himehikari.wordpress.com/
Ahsani Taqwiim, alhamdulillah. ^^
Kak Chik, waalaikumussalam. Khabar baik sahaja di sini, alhamdulillah. Harap Kak Chik juga baik-baik sahaja di tanah air. Ya, sekali sekala berada dalam perut ikan nun baru terasa Maha KuasaNya Tuhan. ^^
Kak Nur, Thank you!!! Nope, I've never found it until you told me here. Thanks!! Miss u too! InsyaAllah, will update in the near future. ^^
A'qilah, salam alaik, sis!
You're right. Just around the corner. I do too! ^^ InsyaAllah, A'qilah.
p/s: Alhamdulillah, proud of you A'qilah. But jealous that you're already in Malaysia holidaying. Thanks, will try my best, InsyaAllah.
Can't open the website. Did I misplaced anything? Huhu...
Post a Comment
Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!