Bila aku tak boleh menulis. Aku membaca. Bila aku bosan membaca, aku termenung dan merenung. Makanya banyak buku yang aku beli tak sempat baca.
Duit boleh dicari, kata kawan aku. Tapi masa, perasaan bahagia semua adalah anugerah. Orang yang mencari bahagia, belum tentu akan dapat kebahagiaan yang dicari walau macam mana pun dia usaha. Selagi Allah tak anugerahkan rasa bahagia tu dalam hati dia, dia tetap akan rasa resah gelisah sampai bila-bila. Orang yang mencari masa? Heh, ada orang yang cari masa? Masa tu memang dah ditetapkan. Kita yang hidup dalam ruang lingkup masa ini, hanya boleh mengatur sebaik mungkin supaya masa yang ada, yang dianugerahkan kepada kita dapat kita gunakan sebaik mungkin. Atau masa memang akan berlalu dan habis begitu sahaja. Sebab kita tak tahu bila riwayat hidup kita tamat, kita tak tahu bila masa kita habis. Kadang- kadang kita selalu tak sempatkan? Dia melirik dengan anak mata.
Diam.
Aku selalu diam bila dia bercakap begini. Selalu membiarkan dia terus bercakap. Bila nanti, dia akan turut terdiam juga. Barangkali menghadam butir-butir bicaranya sendiri atau sekadar menghormati aku yang berdiam.
Betul tak? Akhir sekali dia akan menambah.
Aku selalu pula akan angguk. Selalu akan mengiakan.
So, kalau terasa nak beli buku tu, beli jelah.
Maka sebab tu dia tak pernah menghalang aku untuk membeli banyak buku yang belum tentu akan aku baca.
Kawan begini. Yang sering menenangkan dan memenangkan. Dia adalah kawan yang tidak perlu dibeli dengan wang, di luar jangkauan masa dan di luar atur bahagia. Dia adalah masa, dia adalah bahagia. Dia adalah kawan yang sebaik-baik kawan.
Dan aku tak mahu kehilangannya.
p/s: aku tak boleh membaca sekarang, sebab itu aku menulis.
Anak Pertama
1 week ago
0 buah bicara:
Post a Comment
Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!