Terengganu. Empat hari saya di sana sempena program Sure Khatan 2008 di Kg. Pak Ba, Setiu. Pengalaman mengkhatankan murid-murid sekolah dari dua buah kampung adalah antara kenangan yang manis dan teristimewa buat saya. Dua malam tidur di rumah keluarga angkat serta mendapat ramai kenalan baru juga meninggalkan memori-memeori indah yang pasti sukar luput dari ingatan.
Kemudian percutian di Pulau Perhentian lagi-lagi mengingatkan saya betapa Allah Maha Agung dan Indah. Pertama kali melakukan aktiviti ‘snorkeling’ dan melihat dasarnya laut di Pulau Perhentian itu, diri rasa betapa kerdil dan kecil di muka bumi Allah ini. Subhanallah, pemandangan yang tidak terucapkan oleh kata-kata. Kalau kamu melihat ke dasarnya laut seperti kamu masuk ke sebuah dunia lain. Batu karang indah tersusun tak terusik. Ikan-ikan kecil berenang riang sambil main sembunyi-sembunyi di sebalik batuan. Cantik! Tak terungkapkan; pantai dan pasirnya, laut dan hidupannya, gunung-ganang nan tertancap gagah bersama pohonan hijau nan melambai. Alangkah! Ma Ajmala!
“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allahlah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh). (Surah Huud:6)
So, let the pictures tell d story...
Ceramah motivasi buat adik-adik UPSR
Bergerak menuju lokasi berkhatan
Rombongan pulut kuning...
Sek Keb Pak Ba-lokasi berkhatan
Masuk, masuk... jangan takut...
Mandi adat atau bersiram
Bersama keluarga angkat- Kak Ti sedang membungkus nasi lemak pelanggan
Indahnya Pulau Perhentian!
Penyu Terengganu - Sayang saya tidak berkesempatan melihatnya
Menulis saat hujan lebat membasah di luar
Angin pula kencang-kencang bertiupan
Mahu beritahu apakah?
Kuala Lumpur.
2 buah bicara:
Pulau Perhentian dan hidupan lautnya... mmg best kan?
Kak su ambik scuba diving licence kat sana tahun lepas. Niatnya nak menghayati kehidupan alam laut, nak menyapa Nemo yg terkenal tu kalau terjumpa. Tapi sibuk memikirkan bagaimana nak mengawal segala pergerakan dalam air, buat kak su tak mampu nak nikmati apapun...
Tapi sungguh... bernafas di bawah laut buat kak su terfikir ttg kematian. Tak tahu kenapa... mungkin takut lemas kot. hehehe
Yep, memenag best!
Hebatlah Kak Su, amek scuba diving licence... boleh lebih meneroka hidupan laut!! Saya ada nampak mcm nemo je ari tuh, tp x pastilah.... huhu, xpe memula blajar pergerakan, nanti lelame bila da expert, leh nikmati kehidupan laut tu... bestnya... teringin nak blajar scuba juga..
betul, kak Su!! saya pun ada prasaan yg sama, walaupun x menyelam dlm laut, tp terkontang kanting atas laut terapung2 pun da rasa cam tak ckup nafas je, lg2 bila kwn2 sumer jauh dr saya yg tak brapa pandai berenang nih... isk...seram bila igt2 balik... bygkan kat pdg mahsyar nanti dalam lautan peluh manusia.... astaghfirullah...
Post a Comment
Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!