Wafeya

Life is a serious matter.

Monday, February 09, 2009

Sajak: Apresiasi Kasih Suci 09022009

 
"Dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai peringkat umur dewasa; dan dalam pada itu ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu".
Surah al Haj, ayat 5

Apresiasi Dua Puluh Tiga Tahun

Redup kasih ibu,
bening keringat ayah;
adalah yang mengiringi,
seorang anak -
meredah lembah kedewasaan.

Dewasa;
Bicara tegas ayah,
Bukan pada mahalnya kemahiran,
tidak juga pada nilaian segulung ijazah.
Tetapi adalah,
pada bernasnya akal,
luhurnya pekerti;
mengasah pengalaman,
mencanai pengetahuan.

Hidup;
Tutur lembut ibu,
Bukan bererti ada,
Tidak bermaksud maujud.
Tetapi bermakna,
memberi bakti dan jasa,
membela maruah,
agama dan bangsa.

Lantas,
kerana cinta dan sayang,
yang tiada berkalang harganya,
dan tiada boleh berganti letaknya,
ini kupersembahkan,
sekadar ucapan biasa,
dari dalam lubuk malar kasih,
jua titipan doa, demi -
kebahagiaanmu dunia dan akhirat sana,

"Terima kasih, ibu.
Terima kasih, ayah.
 Kerana tabah mendewasakan anakmu,
Selama dua puluh tiga tahun ini!"

Barukisu,
09022009
Lecture Hall No. 10
CSMU

Kemaskini 09022009, jam 1809: Kak Nurul Maya (Damai) datang mengetuk pintu bilik saya, dan menghantar gulai ayam yang dimasaknya. Terkejut saya, rezeki datang tanpa disangka! Terima kasih, Kak Maya!! Bertuah sungguh jadi junior Kak Maya ini, hehe...

Gulai Ayam Kak Nurul Maya.

 

19 buah bicara:

Assalamualaikum...

Selamat Hari Lahir yang ke 23..semoga Allah memberkati hidup dan mengampunkan dosa-dosa lalu.

Siap ada sajak yang bagus lagi ya..silakanlah jadi anak yang solehah..
 
salam buat Barukisu... ^^

selamat ulang tahun yang ke 23...
semoga mendapat redha-Nya hingga ke syurga... ^^
 
Anonymous
Happy Birthday!

Moga2 Allah sentiasa merahmati, melindungi dan menyayangi Balqis...

Moga2 kamu ini calon syurga dan dijauhkan dari azab neraka dan azab kubur...

Moga2 kamu ini srikandi negara dan agama...

MOga2 , ya, moga2 kamu ini menjadi yang terhebat! :D
 
selamat menyambut ulangtahun ke-23..

wahhh kak maya bagi hadiah gulai tu..nak juga rasa..

hadiah dari saya? tunggu balik Malaysia ya hehe ;p
 
wah...
sajak sempena menyambut ulang tahun kelahiran...
ko mmg berbakat balqis,
kalau bab2 ni la...

pastu sempat lagi tulis masa kat lecture hall..
aish...
kalau dah ilham dtg, jgn dilepaskan..
lagi sekali ucapan selamat hari lahir... ;)
 
Salam,

Sanah helwah,ya BalQis.
 
hoho..siap ada entri lagi..sanah helwa ya ukhti Balqis...=P
 
Anonymous
ohh..selamat menambah bilangan umur ya balqis!
(minggu ini memang musim hari lahirkah??senior2 ku sahaja sudah beberapa org menyambutnya..aii)

с днём рождения!
moga kamu bisa melaksanakan apa yg ingin dilaksanakan..insyaAllah.
 
Anonymous
Ibnurashidi, yEm...

Syukran atas ucapan, mudah-mudahan InsyaAllah. Sedang berusaha menjadi anak yang solehah dan mencari keredhaanNya hingga ke syurga, ameen, InsyaAllah...
 
Kak fakhzan

Moga2 Allah juga sentiasa merahmati, melindungi dan menyayangi Kak Fakhzan...

Moga2 akak ini juga calon syurga dan dijauhkan dari azab neraka dan azab kubur...

Moga2 akak ini juga srikandi negara dan agama...

MOga2 , ya, moga2 akak ini juga menjadi yang terhebat! :D

Terima kasih, akak atas doa'nya!!
 
Iliana

Terima kasih...
Huhu, sedap tau, jangan tak tahu...
Ada nak bagi hadiah ker? Oklah, nanti saya balik Malaysia saya beritahu sama Iliana. Hehe =p
 
Faiz Kamal

Entah, mana datangnya minat menulis sejak pun aku tak tahu. tahu-tahu sahaja sudah jadi begini, huhu (apakah ayat...)Semuanya dari Allah, syukran lillah...

Actually takdelah menulis pun, (sebab tengah sibuk salin nota lecture) terfikir tajuk jer, then bait-baitnya, terus datang macam tu, simpan dalam kotak minda, balik terus karang sikit2. Ni tak diedit, itu sebab cacat semacam je, huhu...

terima kasih, ya atas ucapannya. Barakallahufeek
 
Hana dan Syahidah

Terima kasih ya, adik-adikku, hehe...

Dinie

Ya, ya, sudah bertambah sehari. Iya? Di sini sahaja, bukan aku seorang. Bulan Februari memang musimnya mungkin...

спасибо бальшой!!
InsyaAllah mudah-mudahan ameen...
 
laa.. hari lahir akak?? ptt la nmpk status kak nabilah baruriksu??? knp baruriksu?? hehe..
btw.. sanah helwa ya gamilah..
semoga hidup akak sentiasa diberkati dan dirahmati olehNya.. ^_-
semoga panjang uMo+muraH reZki
 
ehem...terima kasihlah letak gambar gulai yang cair tu hahaha

sorilaa syg...silap teknik mase masak tu...huhuhhu

selamat hari lahir balqis...
semoga setiap impian dan cita2mu diperkenankan Allah...^^
 
atikah

Yer sayang, hari lahir akak.
Eh, iyer ker? Allah hai, tak perasan pula status kak nabilah tu...
Barukisu lah sayang, bukan Baruriksu. barukisu tu sebutan nama akak dalam Jepun. Huhu...

Syukran... InsyaAllah mudah-mudahan...
 
Damai

Hehe, kebetulan akak sampai, saya baru sahaja update entri ni, huhu..alang2 dah pun...

ya, terima kasih, huhu...
ameen ya rabbal a'lamin...
 
"Ya Allah, Ya Hakiim, Ya Hayyu, Ya Qayyum...
Mohon padaMu Ya Allah
Rahmatilah adikku Balqis
Hiasi hidupnya dengan cahaya suluhan iman
Bentuklah dia menjadi muslimah kebanggaan
Lembutkanlah hatinya dengan perasaan kasih dan sayang
Jadikan dia insan yg kuat semangatnya dan penuh keazaman
Kurniakan dia kejayaan dalam pelajaran
Jagai dan pelihara dirinya dari segala keburukan
Anugerahi dia dengan umur yang berkat dan terjaga kesihatan
Semoga hanya yang baik-baik saja berlaku dalam kehidupan.
Amin."

Doa dari hati...
Selamat menyambung ulang tahun kelahiran buat Balqis...
 
Terima kasih Kak Su!!!

“Tiada seorang hamba pun yg Muslim yg berdoa utk saudaranya yg tidak ada (in his absence, yakni pada waktu itu tiada di sisinya / doa senyap2), melainkan malaikat akan berkata: “Engkau juga memperoleh sebagaimana yg engkau doakan itu.” (Riwayat Muslim)
“Doa seorg Muslim kpd saudaranya di luar adanya (in the absence of saudaranya) yang didoakan itu adalah mustajab. Di sisi kepalanya ada malaikat yg diserahi untuk itu. Setiap ia berdoa untuk saudaranya itu dgn kebaikan, maka malaikat yg diserahi itu berkata: Amin - semoga Allah mengabulkan doamu itu - dan engkau pun memperoleh sebagaimana yg engkau doakan itu.” (Riwayat Muslim)
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!