Wafeya

Life is a serious matter.

Sunday, February 08, 2009

Beberapa perkara...

(Amaran awal: Entri ini paaaannnjanng sangat!)

SATU : Kecil Hati
Lapangan Terbang Girona, Sepanyol

Bersabar. Itulah rasanya perkataan paling sesuai mengisi hati waktu itu. Saat ditolak sedikit demi sedikit ke belakang, masih juga cuba bersabar. Susuk tubuh Asiaku yang kecil tidak akan memungkinkan aku bergerak naik tangga memasuki kabin dengan mudah seterusnya memilih tempat duduk yang disukai. Ini penerbangan murah, maka tempat duduk tidak ditetapkan angkanya. Free sitting. Pulang ke Ukraine, sudah boleh dijangka situasi ini akan dihadapi (sepanjang kembara ke negara-negara Eropah lain tidak pula berlaku perkara ini, penumpang semua beratur dengan tertib). Ukraine yang baru 18 tahun merdeka ini, masih jelas belum dapat menerima orang asing dengan baik lagi. Aku yang kecil ini pula terpaksa beralah memberi laluan kepada mereka yang badannya dua kali ganda besar dariku. Wahai hati, tabahlah!

Betapa pun aku berasa kecil hati dengan Ukraine dan orang-orangnya, tidak dinafikan negara ini banyak berjasa padaku. Ya, aku belajar menjadi dewasa di sini. Nanti, sebelum pulang setelah tamat tahun akhirku di sini, akan kusalam berjabat tangan dengan mereka (wanita sahajalah), mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana sepanjang-panjang aku di Ukraine, susah dan payah yang dilalui, pahit dan manis yang ditempuhi, merekalah antara karakter-karakter antagonis yang sedikit sebanyak mendewasakan seorang aku. Nantilah! Ucapan terima kasih itu akan kuhambur jua, belum tahu dalam pilu atau gembira. Yang pasti, perjuanganku masih bersisa satu tahun setengah lagi di Ukraine. Ada lagi kisah-kisah yang bakal tercipta dalam episod-episod kehidupan yang akan datang. Tersenyum, dan mata pun mulai terkatup rapat saat kapal terbang Wizz Air yang dikelolakan oleh syarikat penerbangan dari Hungary itu mula berlepas naik ke angkasa meninggalkan Lapangan Terbang Katowice, Poland menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kiev, Ukraine. Cuti sudah habis, dunia khayalan harus ditinggalkan, dunia nyata menanti di hadapan. Ah, kembara ini berakhir di sini, tetapi kembara hidupku masih jauh penuh berliku. Panjang jalannya tidak kutahu, tetapi destinasi akhir sudah dipasti. Persoalannya, bersedia atau tidak? Yang aku tahu, aku telah pun terlena keletihan.

DUA: Oncology

Oncology. Cycle pertama untuk semester baru ini. Subjek difzacut dan gurunya pula Dr. Rahul. Itu seingatnya khabar yang saya terima usai menjejak kaki ke hostel pulang dari kembara. Lelah dari berjalan jauh belum lagi hilang, perlu pula menghadapi pelajaran berat ini. Bukan mengeluh, sekadar mencuit sedikit simpati untuk diri. Simpati yang nyata ditata hati sendiri. Ah, hati biar kering, bak kata Iliana. Lantas kekuatan dan mood belajar diredah dan dicari kembali. Semangat perlu dibina, jangan mudah mengalah!

TIGA: Kelupaan


 
Ini nama saya yang ditulis Dr. Rahul. Saya tidak pernah lupa menulis nama pada buku. Kerana kelupaan dan kerana terlalu memikirkan perkara-perkara yang saya angkat menjadi penting seperti membuat nota, mengulangkaji dll, nama sendiri terlupa untuk ditulis. Kebiasaannya Dr. Rahul akan menyemak nota-nota yang dibuat oleh pelajar sambil bertanya soalan-soalan maut berkaitan topik yang bakal dibincang pada hari tersebut. Melihatkan buku tanpa nama itu, dia lantas bertanya, dan saya pula pantas memperakui hak milik.

“Lain kali, tulis namanya di sini”.

“Maaf, cikgu. Saya terlupa”.

Dan tanpa bicara lagi, nama saya ditulisnya pada kulit buku tersebut. Oh, saya bukan berasa lagi terhormat (seperti kata kawan-kawan), malahan rasa malu dan terhinanya, apabila nama sendiri ditulis oleh guru di buku sendiri. Nampak teruk benar bukan? Ini bukanlah hari pertama kalau mahu beralasan menggunakan buku baru sekalipun dan saya bukanlah kanak-kanak tadika yang baru hendak mengenal ABC 123. Perkara itu nampak kecil, malah remeh mungkin tetapi itu antara ciri-ciri penting kalau mahu menjadi seorang doktor yang baik. NAMA SENDIRI JANGAN LUPA TULIS. Ah, itulah jadinya kalau yang kecil sudah dianggap tidak penting. I really need to sort out my priorities!

EMPAT: Poster peringatan


Tidak tahu siapa yang meletakkan peringatan ini di lobi hadapan 5th hostel tempat saya menetap. Tahu-tahu sahaja, sewaktu melangkah keluar meninggalkan hostel untuk kembara selama seminggu lebih, poster bertulisan tangan ini sudah tertampal molek di papan kenyataan. Dan bila kembali, ia masih lagi cantik tidak terusik sehingga kini. Entah yang lalu lalang peduli atau tidak, saya tidak pasti. Tetapi yang saya tahu, ini tentang Palestin. Hadith ini menjentik hati saya yang mengaku sayangkan saudara seIslam di Gaza sana. Saya tabik hormat pada yang menulis dan menampal. Moga Allah memberi ganjaran besar buat kalian. Ini juga namanya perjuangan walau sekecil tulisan tangan di atas kad manila putih.

LIMA: Beli barang boikot

 

Tangan acapkali mencapai Johnson’s and Johnson’s, Nestle Cornflakes, Danone dan ah, beribu lagi barangan yang didanai Israel. Kali ini, harus tegas! Baru hendak biasakan diri barangkali, setiap kali harus memeriksa troli kalau-kalau terambil jenama-jenama yang perlu diboikot. Kalau ada, perlu diletakkan balik ditempatnya dan diganti dengan jenama lain. Ya, bukan senang. Naluri dan nafsu telah terbiasa dengan jenama-jenama itu. Hati perlu dididik, jiwa perlu dibentur. Walau tidak ke Gaza membantu, (sebenarnya tidak buat apa-apa langsung pun) ini sekurang-kurangnya, saya harap dapat membantu. Moga-moga.

Muat turun indeks jenama yang perlu diboikot dalam format PDF
Kak Chik juga ada berkongsi kod-kod rahsia yang penting. Tengok di sini.

ENAM: Politikus menikus

Tidak mahu cerita panjang. Saya bukan pakar penganalis politik. Bermain politik adalah sesuatu yang saya akan cuba jauhkan nanti. Namun separuh darah dalam diri saya mengalir darah dari negeri itu. Terasa sedikit. Terkesan memanjang. Rasa ingin diluahkan juga walau secubit. Melompat-lompat begitu seperti perangainya orang tidak berprinsip. Orang tidak berprinsip bagaimana mahu memimpin rakyat jelata? (Saya tidak kisah parti mana pun kamu tetapi jangan jadi pemimpin kalau tidak tetap hati, ya). Pegang Islam elok-elok dalam memimpin pasti takkan terjadi perkara-perkara begini. Setuju tidak? Ah, saya hari ini melihat politik di Malaysia seperti keanak-anakan. Apa pun jangan lupa, marga rakyat sekalian adalah pemerhati politik paling baik. Tamat.
"Tiap-tiap seorang dari kamu adalah pemimpin. Justeru itu kamu adalah bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah kepimpinan kamu. Ketua Negara adalah bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Ketua keluarga adalah pemimpin kepada ahli keluarganya dan akan ditanya tentang kepimpinannya..."
p/s: Saya tertarik dengan pendapat penulis blog ini tentang isu ini.
     Ibnurashidi juga membahaskan isu ini dengan bernas sekali. Jom baca!

TUJUH: Istanna Suwayya! Fi eh Kaman?


Jangan tidak tahu, saya sebenarnya baru sahaja habis membaca AAC. O-ops, saya dengar tahu, bahawa kamu sedang ketawakan saya. Ketawalah. Dahulu, sewaktu kawan saya mengunjuk dua buah buku untuk dibaca, saya pilih Tautan Hati (yang tidak habis pun saya baca malah sudah dipulangkan semula) kerana saya fikir AAC berkisar tentang cinta sahaja (itulah, terlalu pesimis!). Selepas menonton filemnya juga, saya masih belum mahu membaca AAC (bodoh sombongkan?) Akhirnya selepas membaca kritikan Ayu Utami di dalam Berita Harian tentang novel AAC, kemudian diikuti pula oleh diskusi di grupyahoo GKLN, saya rasa jadi sangat jauh terkebelakang (padan muka!). Lantas, usai peperiksaan tamat, saya cuba meminjam novel ini dari kawan saya dengan susah payah (kerana telah bertukar-tukar tangan). Akhirnya, novel ini saya bawa semasa kembara dan saya baca ketika menanti waktu berlepas dan juga sewaktu di dalam kapal terbang. Habis kembara, habis buku ini saya baca. Lain benar dari filemnya! Itu yang tersembul di benak saya. Membaca AAC, saya akui, langgam bahasanya indah makar, sampai dan terkesan. Cabang ilmu yang dikongsi penulis, Saudara Habiburrahman El-Shirazy begitu meluas. Watak-watak yang dimainkan begitu cantik tersusun berhubung antara satu sama lain lantas plot dianyam dengan sangat baik. Ini novel dakwah dan ya, bernafsu kebenaran. Tetapi bukankah baik kalau bernafsukan kebenaran? Melainkan kalau kita tidak mencari kebenaran, maka kita tidak merasa bahawa bernafsukan kebenaran itu sesuatu yang baik, kan Ayu Utami? Yang pasti, membaca novel ini, saya tidak membaca Ayat-ayat Cinta, tetapi saya membaca seorang Fahri, seorang Aisha, seorang Maria dan seorang Nurul. Oh, dan tidak lupa juga keluarga Kristian Koptik Tuan Boutros itu. Selepas ini, saya harus ada semangat belajar seperti Fahri dan buat peta 10 tahun ke hadapan. Bukan main-main. Saya beriltizam, bukan berazam. Mudah-mudahan. Jangan gelakkan saya!

LAPAN: Digital Fortress - Suatu kejutan


Apa yang istimewanya buku ini? Ya, saya suka baca buku-buku tulisan Dan Brown. 'Tukang pecah minda'. Itu panggilan saya kepada Pak Cik Dan Brown ini. Saya walhal baru sahaja membaca dua dari empat novel terlaris beliau, Deception Point dan inilah, Digital Fortress. Jadi, apa istimewanya buku ini kepada saya? Novel ini saya jumpa dijual dengan harga murah penghabisan stok sewaktu kembara ke London tempoh hari. Saya sangat-sangat ingin membelinya, tetapi wang yang saya ada ketika itu, cukup-cukup untuk membeli barang pesanan ayah. Bukukah atau ayah? Akhirnya, dalam dilema, saya tinggalkan buku dan saya beli barang pesanan ayah. Sedikit terkilan tapi saya pasti bisa terubat nanti kalau melihat senyuman ayah terlukis tatkala menerima barang yang dipesannya. Itu lebih indah, saya kira. Tetapi tahu bagaimana saya mendapat buku ini? Rupanya, kawan saya Farhana membelikan (ya, saya ada memesan, kalau terjumpa nanti, harap dapat tolong belikan, ongkosnya nanti saya bayar kemudian), ketika kembaranya ke London yang berkebetulan selepas saya. Oh, oh, oh, tidak saya sangka, sewaktu saya datang mengambil buku ini, dia telah pun siap meletakkannya dalam beg kertas kecil yang comel dan dengan selamba berkata, “ Bal, ini sebenarnya nak bagi hadiah untuk hari jadi nanti”. Saya terkejut sambil malu-malu berkata, “Eh, tapi hari jadi saya lambat lagilah…”. “Alah, siapa yang suruh datang ambil awal”, balasnya kembali. Ah, kejutan begini, bisa buat hati saya jadi tambah terharu. Lama mengenali Farhana, dia memang seorang kawan yang baik. Farhana, saya sayang kamu!!
Dalam satu hadits mursal, Imam Malik di dalam Al-Muwatha' mengeluarkan hadis dari Atha' ibn Abdillah al-Khurasani bahawa Rasul saw. pernah bersabda:
Saling berjabat tanganlah kalian, niscaya akan hilang rasa dengki; dan saling memberi hadiahlah kalian, nescaya kalian akan saling mencintai dan akan lenyap rasa permusuhan (HR Malik).

SEMBILAN: The Arrivals
These series explores the revelations in world religions regarding the arrivals of the Antichrist Dajjal, Imam Al-Mahdi, and The Second Coming of The prophet Isa a.s. A work inspired by Hashems Films and of course the words of the Noble Quran, The Holy Bible, and The Torah, The Arrivals is a joint production by truthseekers Noreagaaa , Achernahr and The Wakeup Project.

Saya belum habis tonton lagi siri ini. Saya syorkan kepada kamu untuk rajin-rajinkan diri menonton di sini. Banyak maklumat yang saya perolehi, Alhamdulillah. Kita jahil tentang ini, atau sebenarnya kita tahu tetapi terlupa, atau kita sengaja buat-buat lupa kerana malas untuk ambil tahu. Apa-apa sahajalah.

Kalau rajin, boleh muat turun gabungan video-video yang sudah disatukan menjadi filem/dokumentari (barangkali) di sini. Saya sudah beberapa minggu muat turun tetapi belum habis-habis lagi kerana tiada orang yang seeding. Nanti kalau kamu muat turun, tolong seed sama, ya. Terima kasih.

The Arrivals - Trailer



The Arrivals Part One - Proof from the Holy Quran




SEPULUH: Syakir awi – Syakiruuun - Syukran a’la ziaratikum!

Sudah yang kesepuluhkah? Pertamanya maafkan saya kerana merepek dan merapu tidak tentu pasal dalam entri ini. Itulah jadinya kalau sudah lama tidak mengemas kini blog, segala di atas konon-kononnya adalah apa yang saya kumpul-kumpulkan untuk dikongsi bersama kalian, juga sebagai penyataan maaf saya kepada kalian kerana sudah lama tidak mengemas kini Barukisu. Nampak gayanya perlu membuat entri berjadual seperti Iliana selepas ini. Hehe. Ya, yang di atas hanyalah beberapa perkara yang tidak penting dan hal kecil yang remeh-temeh juga tidak perlu untuk dipedulikan. Tetapi bagi saya, adalah mutiara-mutiara pengalaman berharga yang saya kutip di sepanjang perjalanan dalam hidup saya. Kalau kamu membaca sampai habis, terima kasih saya ucapkan. Mohon maafnya atas segala kekurangan dalam entri ini dan juga jika tidak membawa sebarang manfaat kepada kamu. Juga terima kasih kerana masih sudi membaca di Barukisu. Sebenar pasti, saya bertuah kerana diizinkan Allah bertemu kalian semua yang sering datang berkunjung ke sini. Saya amat hargai. Barukisu bukan Barukisu pun tanpa kalian semua. Jazakumullahukhairan kathiran!!


Nota kaki:

Oncology - Cabang ilmu perubatan yang mengkaji segalanya tentang barah.
Cycle - Kitaran kelas sepanjang semester. Kelas Oncology selama seminggu, kemudian kelas Hospital 
             Therapy dua minggu, selepasnya Epidemiology selama tiga minggu. Begitu...
Dr. Rahul - Guru yang agak strict, sebab itu sedikit terasa kesusahannya belajar subjek ini. Apa pun itu 
                    tidak boleh dijadikan suatu alasan, bukan?
Subjek difzacut - Pelajaran di mana markah akhir kelas akan dimasukkan di dalam buku laporan pelajar
                             selepas menduduki ujian lisan. (Kira bukan peperiksaan besarlah, tetapi markahnya                             dikira, begitu...)
Istanna Suwayya! - Tunggu sebentar! (Petikan dari AAC)
Fi eh kaman? - Ada apa lagi? (Petikan dari AAC)
Syukran a’la ziaratikum! - Terima kasih atas ziarah kalian!
Syakir awi/Syakiruuun -  Bahasa A'rab a'miah(pasar) - guna untuk mengucapkan terima kasih. Oh,  
                                        saya kurang pasti sebenarnya).

25 buah bicara:

ohohoho..memang panjang..saya tinggalkan komentar dulu ,baca kemudian..hehe..
 
Anonymous
agak la panjang... skali tulis bantai letak semua..hehehe..
pasal kes kat ukraine,
kena bersabar jer la..lagipun lagi sikit jer nak habis

pastu kes tak tulis name: hahaha,
kalau sini x tulis nama, terus dapat markah kosong. rajin betul dr2 kat sana check buku nota..

boikot plak.. mmg tgh memboikot pun...

pasal novel, akan baca balik lepas exam ni...

ok la itu sahaja..
 
wahhh ini entri membalas dendam bercuti ke london haritu ke? walaupun panjang berjela, saya suka! banyak sekali infonya..saya akan segera ke sana lepas peperiksaan malam esok..owhh~ sungguh tak sabar menanti menariknya link yang disertakan..

oh ya, AAC tu saya pun tak baca lagi heee~ dan masih ada lagi 3 buku yang dah bersawang barangkali masih belum sempat disentuh..saya pun nak carilah buku pembuka minda tu..pasti menerujakan..

p/s:sempat curi2 baca blog orang sambil buat nota hehehe ;p

p/p/s: selamat menempuh gelora ombak yang baru ya (^_^)
 
Salam Cik Dr Balqis.

Erm.Cik punya blog ni dah kahwin??
Mestilah belum, kalau tak nape wa panggil Cik..

Tapi kalau dah kahwin nanti mesti jenuh suami Cik Balqis nak mendengar semua cerita Cik.Ape lagi, 10 Greatest hits stories compilation macam ni..(iklannya akan kuar petikan2 lagu dengan tagline album..sure lentoq!!..aikk??)

Sabar je la Sabariah..Sabar la mendengar.
Gurau demam selsema. :-)

Wassalam
 
Anonymous
hmmm..bagus ya dari jauh pun ambil tahu tentang politik..saya baca juga tapi serius tak pandai nak komen banyak..

AAC ,tak kisah lambat atau cepat..di kedai-kedai buku tanah air buku tu masih dijual dan stok tak putus..tapi saya tak berapa suka filemnya..tak sampai maksud seperti dalam buku pun..susah kan mahu buat filem islami ni..selamat menyambut hari jadi ya!..haha bila tu?..

Tautan hati bagus untuk pendakwah muda.

Dan Brown ,owh tak pernah baca pun..seronok ya?

boikot ,tahan diri tak pergi TESCO..sekarang ni pergi kedai runcit beli barang..ramai dah kawan-kawan yang turut boikot..depan pintu bilik pun dah tampal senarai barang mesti boikot.

lupa?..adoi..tak sengaja terlupa tak pe kan?

kecil hati?..hehe sabarlah jawapannya..itu sahaja jalan terbaik sebab kita bukan nak perbanyakkan musuh kan..
 
Anonymous
Salam.
List yang panjang,namun nampak hala tujunya.Kamu mungkin sedang belajar melakukan perancangan 10 tahun akn datang :D
 
:D

best! ceria kerana kamu pun ceria...wah, turun london kah? i thought u went to spain only? kenapa tidak beritahu? boleh akak turun london berjumpa, atau ya, kamu naik ker durham melihat itik2 di Elvet River dan Durha Castle!

Takper, lain kali dtg lagi ya? :D
 
faiz kamal

Ye, ye, memang perlu bersabar. sabar itu seprauh dari iman.

Tak tulis nama dapat markah kosong? memang pentinglah nama itukan, sebenarnya. (Dr. rahul jer yang rajin semak nota).

Boikot, jangan tak boikot.
Baca jangan tak baca, huhu...
 
Iliana

Lebih kurang membalas dendam jugalah, hehe...
Asalnya mahu buat sikit2, tetapi kemudian merasa bahawa alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, lalu terjadilah entri yang amat panjang ini, hehe...

Sila-sila, lawatilah link-link yang disediakan, semoga membawa munafaat bersama, InsyaAllah.

Oh, kamu pun belum habis baca AAC lagi? Yeay, saya menang, hehe...

cari-cari, jangan tak cari... Kalau kamu ingat, dia nilah penulis buku The Da Vinci Code yang famous itu...

p/s: Tak apa, merehatkan minda sebentar, hehe...(harap singgah blog saya ni, dapatlah merehatkan minda, ya?)

p/s: Ya, terima kasih, InsyaAllah, saya cuba yang terbaik.
 
AsadulQalb

Eh, eh, kenapa pula kamu yang beremosi?
Men are from Mars, Women are from Venus, kan?
Bagi saya, kalau seorang isteri itu banyak bercerita, itu normalkan? Kalau diam sahaja, jaga-jaga, pasti ada yang tidak kena. (Wah, memandai sahaja saya yang belum berkahwin ini membuat teori, tetapi melalui pemerhatian, ada betulnya jugakan?)

Dalam dunia mayapada, semua orang pun boleh jadi banyak bercerita. Dalam dunia nyata, saya adalah yang sebaliknya, sedikit pendiam dan pemerhati yang baik =)
 
Syahidah

Entah, kerana merasakan menjadi rakyat Malaysia mungkin, lantas sedikit suara saya harus kedengaran jugakan?

Oh, ya ka? nanti pulang mahu beli satulah AAC. hehe, untuk adik2 di rumah baca pula. Ya, sukar mahu adaptasi filem dari novel. Hari jadi saya, hari ini!! 9/2/2009. hehe...

Tautan hati untuk pendakwah muda. Betul! tapi sayang, saya tak habis baca pun, huhu...

Dan Brown. Seronok2, cubalah.... (kalau nak tahu rahsia sekuriti Amerika keparat itu, bacalah novel-novel Dan Brown.

Saya terbeli juga coklat jenama Nestle tadi. manalah saya perasan ada logo Nestle yang teramat kecil di bahagian belakang, kerana jenama besarnya seperti kelaran buatan Ukraine, ah! Sukarkan?

Tak sengaja, tapi kalau benda penting, isk... tak patut juga tu...

betul2, kita nak jadi manusia berguna, bukan nak bermusuh...
 
Hana

Ya, list panjang yang merapu. Ada-ada sahajalah kamu ni, Hana. Peta 10 tahun kehadapan, harus saya bentang besar-besar nanti ni...
 
kak Fakhzan

Terima kasih... mudah-mudahan saya seperti yang kamu katakan, ameen.

Ya, singgah juga ke London untuk beberapa hari yang singkat amat. Saya teringat juga kamu, dan sebenarnya rasa ingin sangat berjumpa dengan kamu. tetapi kembara saya diikat jadual sang kawan yang menjadi ketua, hahaha...

Tak apa, tak apa... InsyaAllah, andai ada rezeki lebih nanti, saya ke London lagi. Kalau tidak pun, manalah tahu ada rezeki berjumpa di Malaysia ker? huhu...
 
Let me think 4 a while, all of us are insan. Word insan originated from word nisia, which means someone who love to forget...hihihi. Yea, maybe if i not mistaken. So it's normal...Only God never forget anything.
 
Sala..Izzayyak?amil eh dil wakti? kullu miyyah miyyah? kuwais? hehehe..

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menghabiskan bacaan kamu yang berperingkat sehingga sepuluh cabang itu. Agaknya berapa lama mengumpul maklumat menjadi satu entri? semuanya menjadi satu:)

Jangan tak tahu, saya juga belum habis membaca novel AAC.

Syakirin awii atas maklumatnya!!
 
salam bal..i slalu hadir tp jarang meninggalkan kesan tapak kasot..best baca entry panjang tp macam2 criter...nak2 plak baca kol 4 pagi camni..hehe

ps- rahul?? ahahaha..last word dia pd ku sem lalu..please pray hard that ur gruop wont get me for next year..dalam hati (i will sir..i will), dgn rahul xyah nk hard feeling la bal =)
 
Anonymous
Ahmad Eisa

Yep, right you are. The only thing was that, he wrote the name for me instead of letting me write my own name. That part showed how dependent I am. hehe...
 
Ibnurashidi

Allahukabar!! (Hah, amik kau Balqis, nak sangat cakap BA a'miah, hah, amik tu!). Saya jawab:

Salam... alhamdulillah, bikhair. Dil wakti kuntu syaghol fi muzakaroh. Tamam alhamdulillah. Kuwaisin?

Alhamdulillah. Maaflah, saya menyusahkan pembaca semua. Tak apa, latihan mata, hehe... sehari setengah sahaja, =)

Oh, iye ker? Makanya saya bukanlah terlampau ketinggalan ke belakang, kan?

Syukran lillah... =)
 
Kak Aimul

Salam kak. A'ha... takper, at least ada juga kesannya, hehe...(tapak kasot pun tapak kasotlah, kalau itu yang memberi kesan degil paling terhebat, hehe). Pukul 4 pagi? Mu stay up ke gapo? ke mu bangun terkejut?

p/s: A'ha, penyataan yang sama juga kepada kelas kami. Saya juga harap dapat cikgu lain, tapi perancangan Tuhan, siapa yang tahukan? Takde feeling langsung pun, haha.. (kecik ati jer skitlah tapi, huhu)
 
Salam Balqis...
Wah... banyak betul sub topiknya.
Dah abih baca semua, tapi tak tahu nak komen yg mana satu... huhu (alasan sbb malas nak mengolah ayat sbnrnya. ish...)
 
Salam Kak Su...

Hehe, lama tak datang sini...
Takper2, kak su datang and baca pun saya dah gembira, hehe....
 
salam..saya juz nk ckp pasal AAC je..mmg lain ngn movie die..terutama msg n cara penyampaian die..saya baca novel dulu baru tgk movie die..rase hampa jgk la..huhu..x penting sgt pun komen ni..hii.


selamat berkenalan.
smoga bermujahadah..
 
Anonymous
dihaa

Salam... yep, saya plak tgk muvi dulu baru baca, so terbaliklah, baru rasa yang aac tu best sbenarnya, huhu... sesuailah tuk pelajar am saya ni bukunyer, muviya cam tuk org dewasa kot, huhu...

thanx singgah, selamat berkenalan kembali..
wassalam.
 
Salamun'alaykum wbt adik Balqis dearie...

Bismillah, semoga khabar ini barakah (meminjam kata-kata seorang saudari seaqidah yang akak baru kenal di bumi Queensland)...entah kenapa, jari ini ter-click link blog Balqis dari blog akak sendiri..lama sudah tidak sempat mampir ke sini...entry balqis ini dah lebih sebulan yang lalu...akak dah sedikit terbelakang....tapi takpe, akak 'enjoy' je baca entry panjang (sebab akak sendiri suka tulis panjang-panjang)...huhuhu

InshaAllah, perkongsian pengalaman hidup yang realiti...kerana itu akak lebih suka "menulis kehidupan"...istilah ini akak jumpa setelah membaca Muqaddimah buku karangan Kang Abik berjudul "Dalam Mihrab Cinta"...memang menulis kehidupan itu sedikit sebanyak menimbulkan kekuatan dalam diri...semangat untuk teruskan hidup yang ternyata semakin sukar...maka, hati perlu lebih kuat....(nasihat pada diri sendiri).

Ok adik...akak sekadar merisik khabar dari kejauhan...semoga Allah sentiasa menjagamu, adik sayang....Amin

From Queensland to Ukraine, with love
~Kak Yus~
 
Kak Yusrina

Waalaikumussalam wbt, akak yusrina dearie~

Huhu, mudah-mudahan InsyaAllah ada barakahnya...
Takpe2, terklik tu, mmg dia nak suh singgah blog saya nilah, huhu...

Menulis kehidupan... hurm, prosa yang menarik tuh...
Buku Kang Abik yang itu saya belum baca lagi, huhu...

Ok, akak...thanx singgah2 sini... really appreciate it, huhu..take care, akak...

Back to Queensland from Ukraine with Love~
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!