Wafeya

Life is a serious matter.

Thursday, September 10, 2009

Lebih kejap dari mangga!

(yang aneh-aneh dengan cinta)

Rome, Ponte Milvio: The “padlock” tradition (which comes from a book by Federico Moccia called Ho Voglia di Te) wants lovers to lock the padlock, with their initials written on it, on the lamppost of the bridge and throw the key into the Tiber.

Lebih kejap dari mangga!

Cinta dikunci mangga,
Adalah ketumbuhan aneh; membarah
pada pagar besi, tiang lampu,
pada tembok dan jambatan,
pada kaki tubir sungai.

Cinta dikunci mangga,
di mana terpatri ucap setia,
kata sayang sehati sejiwa,
dunia anganan uda dan dara,
pada sebuah mangga (?)

Cinta dikunci mangga,
apakah kekal hingga ke akhirnya,
sedang *cinta Tuhan,
tiada siapa dapat menerka,
lebih kejap ia dari mangga,
boleh dikunci tak boleh dibuka!

Balqis
10092009
Simferopol darul Rahmah

*Setelah teruja melihat mangga-mangga bersangkutan antara satu sama lain di pagar jambatan Sungai Rechnaya berhampiran hostel tempat tinggalku. Cinta Tuhan itu adalah cinta Tuhan kepada manusia. Cinta manusia kepada Tuhan sering berbolak balik tiada tetapnya kecuali cinta para rasul dan nabi kepada Allah rabbul 'izzati.

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga).(3:14)

Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(3:31)

'Love padlocks' di pagar jambatan Sungai Rechnaya yang baru bermula

Seni di mata kiriku, vandalisma di mata kananku


Tuhan, rahsia apakah engkau mencipta cinta?

10 buah bicara:

assalammualaikum

lama tak mendengar berita...rupanya sudah ntri kedua sejak dimanakah relevannya

sihat?
study ok?

semoga bertambah rahmat Allah di bulan penuh barakah ini
 
salam Balqis,

Baca tajuk, ingatkan mangga, mempelam.
Wah, sudah datang ramuan ilham,
hanya melihat mangga

He .. Balqis, doktor yang
penyair

Ilham, anugerah-Nya
 
Salam Balqis...
Maggakan cintamu dik hanya pada yang hak, dengan begitu kau akan tahu rahsia Dia mencipta cinta.
 
Cikgu, waalaikumussalam. (^_^) Sihat Alhamdulillah, study alhamdulillah. Semoga untuk cikgu juga, amin!

Abuya, salam. Tiba-tiba kecur liur bila sebut mempelam. Kadang-kadang sahaja, bila jiwa penyair datang. Ilham anugerah-Nya, alhamdulillah.

Kak Su, salam. InsyaAllah kak. (^_-)
 
Kenapa kita masih memiliki ruang-ruang yang banyak dalam kepentingan diri berbanding masa pengorbanan untyk cinta Allah?...hmmm, aduh terkena diri sendiri..

apa pun, =P, semoga berjaya mengurus!...:)
 
Anonymous
Syahidah, betul itu. Kenapa, ya?

Mengurus apa? Mengurus cinta? Haha. Ya, kalau ada InsyaAllah. ;p
 
mangga tu locked kat situ smpi bile2 ker?

hurm..menarek..:)
tertarik dgn gelagat manusia...

"dan ingatlah bhawa khidupan dunia ini tdk lain hnyalah kesenangan bg orang2 yg terpedaya-Al-Hadid:20
 
Anonymous
Anonymous, yep! Kalau di Ponte Milvio di Rome, kuncinya dibaling ke dalam Sungai Tiber. So, memang tak boleh dibukalah. Lagipun kalau ada kunci mustahil nak cari balik mangga yang dah bertimbun-timbun. Siap ada nama pasangan lagi tu, yang bestnya, ada yang engravedlah etc...

Menarikkan?
Tapi pihak bandaraya memang tak suka, mereka anggap mangga-mangga ni menyemakkan dan mengotorkan kawasan. Actually tiang lampu kat Sungai Tiber tu dah berapa kali dibersihkan dah dari mangga2 tu, but dia jadi balik... kerana cinta manusia! Hoho...

Alhamdulillah, Allah pun dah menyebutnya dalam Al-Quran... terima kasih berkongsi~
 
salam ziarah kpd pembuat blog ini dan pembaca-pembca setia blog ini :)
rahsia Allah mencipta cinta.

Tidak kira lah cinta kpd Allah atau manusia,keduanya mstilah diingat ianya berbeza kerana cinta Allah adlh priority kite walhal cinta kite kpd manusia hnyalah sbg alat kita...
yer..sebagai alat...mmg benra..sbg alat...

kmbali kpd fitrah tujuan asal mnusia hidup di dunia,tasawwur mukmin thdp cinta yg dikurniakan Allah adlah mnjadikan cinta ini sbg alat di dunia utk mencapai matlamat hidup yg bhgia serta kekal di akhirat.
Krana sifat dunia ini yg smntara,maka mnusia haruslah mngunakn dgn sebaik mngkn CINTA yg dikurniakn Allah ini dlm erti kate laen "JANGAN MENYALAHGUNAKAN CINTA"

One must remember love could be a disaster if wrongly use it,as mentioned in the Quran below..
Katakanlah: “Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, istri-istri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.(9:24)


apepon,tulisan yg panjang ini adalah utk dikongsi oleh semua pembaca-pembaca setia blog ni... :)
 
Anonymous
Anon, terima kasih kerana berziarah. Barangkali kamu juga adalah antara pembaca setia blog ini? Terima kasih!!! ^^

Kamu benar. Cinta manusia hanyalah sebagai alat. Untuk mencapai cintaNya, kan?

Jazakallah atas perkongsian. Cinta adalah rahsia Tuhan kepada hambaNya. Hanya yang berjaya menemui cintaNya sahaja yang akan mengetahui rahsia Dia mencipta cinta.

Oh, sangat2 berterima kasih kerana kamu sudi memberi komentar di sini. ^^
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!