Mahukah kalian kalau saya beritahu apa yang paling menyedihkan hati saya kala ini?
Saya tidak tahu mahu mulakannya bagaimana. Saban hari saya berfikir tetapi saya masih tidak ketemu jawapan. Kalian masing-masing tentu punya kawan sewaktu bersekolah dahulu, bukan? Dan tentu kini sudah membawa haluan kehidupan sendiri. Ia kisah yang alami, kisah putaran roda kehidupan yang biasa. Tetapi selalu membuat saya tercengang-cengang memahami mengapa ia bisa berlaku. Salahnya di mana, kawan? Sungguh, saya tidak mengerti.
Saya seringkali akan menumpang gembira melihat kejayaan rakan-rakan dalam apa jua bidang; akademik atau bukan akademik sekalipun. Ada yang menjadi guru, jurutera, doktor, petani moden, arkitek, dan... eh, banyak lagilah! Tahniah, tahniah. Tahniah kerana berjaya menjadi manusia berguna. Lebih tahniah lagi andai turut sama berjaya memanusiakan manusia. Doa saya untuk kalian semoga lebih terus berjaya. Dan berjaya. Dan berjaya. Ya.
Namun, adakalanya saya bersedih apabila di sebalik kejayaan itu turut sama membawa bersamanya sebuah kemungkaran. Oh, Tuhan. Saya menyaksikan dengan penuh mata batin yang menyiksa. Diam saya kadangkala mengheret sama rasa bersalah dan berdosa.
Ini kawan-kawan saya yang sama-sama belajar Tauhid dan Feqah, Tafsir dan Hadith, sama-sama habiskan silibus Quran Sunnah dan Syariah Islamiah. Ada waktu, sama-sama ulang hafaz satu dua surah-surah dari banyak-banyak surah dalam Al-Quran. Juga sama-sama dahulu amalkan a'mar makruf nahi munkar. Eh, ya. Ya. Itu bukan petanda kita akan menjadi orang baik-baik. Orang soleh-soleh. Tidak. Tidak. Maafkan saya kerana terlupa fakta penting ini.
Saya faham, dalam kehidupan yang penuh dinamik ini kita akan sentiasa berubah. Perubahan biasanya berlaku hasil dari tindak balas kita terhadap persekitaran. Bagaimana kita berfikir dan mengolah keputusan samada ingin menjadi terbaik atau tidak, di tangan kitalah yang rancangkan. Saya juga faham, dalam banyak perkara bahawa kadang kala kita tidak meminta ia terjadi, bahkan sering kita berdoa minta dijauhi tetapi akhirnya kita sering alah juga oleh kehendak dan desakan. Betul bukan? Ada kata-kata menarik tentang kehidupan; you will usually go the wrong way first before you found the right one. Saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya kata-kata ini.
Tetapi kawan, setiap dari kita diberi peluang untuk memilih. Yang baikkah atau yang burukkah. Pilihan-pilihan yang ada itulah sebenarnya ujian-ujian dari-Nya, selayaknya kita sebagai hamba kepada-Nya. Di situ kita berdiri, antara simpang-simpang jalan mana yang harus kita tempuhi. Pilihlah yang terbaik kawan. Untuk diri kita dan juga diri kita di masa hadapan. Allah tidak mencipta kita sia-sia. Hidup ini suatu rahmat, justeru jangan bazirkan ia tanpa faedah yang menguntungkan di akhirat sana. Dua dekad sudah hidup kita lalui, bakinya bagaimana, ya? Eh, eh... manalah saya tahu.
Sekian untuk tatapan. Bukanlah saya ini orangnya sempurna amat. Diri sendiri pun kadang kala berhutang wajib dengan Tuhan. Yang sunat? Oh, oh, oh. Buku amalan kanan saya sangat kurang ++++++ (baca: plus, plus, plus)
Mengapa saya menulis? Kerana saya ada blog, maka saya tulislah. Oh, oh, oh. ^^
Ampun dan maaf saya dahulukan. Saya mahu tidur. Rasa kantuk baru datang. Assalamualaikum.
Anak Pertama
1 week ago
13 buah bicara:
Teguran secara halus telah saya berikan kepada salah seorang kawanmu dan mungkin juga kawanku (jika dia beranggapan begitu)..dan akhirnya namaku dipadam dari senarai kawan-kawan fbnya..oh alangkah..kemewahan mugkin menjadikan dia begitu..wallahua'lam..
Kita digalakkan selalu berdoa.."ya Allah, janganlah Kau sesatkan aku setelah Engkau beri petunjuk" dan do'a itu merupakan otak ibadat. Sesekali kita akan tersasar juga dari jalan yang lurus kerana kita ini umat di akhir zaman tapi bagi yang beriman, dia akan cepat2 tersedar dan kembali ke pangkal jalan. Do'akan moga kawan-kawan yang tersasar itu akan kembali semula ke jalan yang lurus.InsyaAllah
kita juga tidak tentu... balqis juga tentunya faham.
kekadang, kesilapan bisa membuatkan pesalah lebih dekat dengan Allah setelah terkejut dari mimpinya, lebih dekat berbanding dengan mereka yang tidak pernah salah...
cumanya kita minta daripada Allah, janganlah kita tersesat walau pun sesaat .
Sahabat lama, ah, siapakah dikau, ya! Misterius sungguh namamu itu! Apa pun, alhamdulillah, sekurang-kurangnya kamu telah berusaha. Pada akhirnya kita berserah sahaja pada Dia.
Kak Tirana, selamat datang kembali. Terima kasih kak, atas perkongsian doanya. Jazakillah. InsyaAllah, ameen.
Ridhuan, ya kita barangkali belum diuji-Nya. Semoga terus thabat pada jalan-Nya InsyaAllah. saya pun takut tersasar. Sama-sama berdoa, ya! ^^
Waalaikumussalam, cikgu. Ya, cikgu benar. Saya faham. Mudah-mudahan begitu, InsyaAllah. Ya, moga dijauhkan Allah dari kesesatan yang tersembunyi mahupun nyata. Ameen.
itulah antara punca saya menutup akaun frienster setahun yang lepas, tapi kembalinya saya di rangkaian sosial semula, ada sesuatu yang ingin saya laksanakan, semoga usaha kecil saya dipermudahkan,
saya tak pandai untuk menegur sahabat-sahabat lama saya secara terus, apa yang saya lakukan ialah
contohnya, apabila status Fbnya berbaur memohon pertolongan/sedih/kecewa atau sewaktu dengannya, waktu itulah saya cuba sedaya boleh untuk mendekati, membantu apa yang perlu
secara jujur waktu di sekolah tidaklah saya rapat dengan mereka sebab saya agak pendiam, tapi masa berubah, enam tujuh tahun tak jumpa,
ada satu kejadian, junior saya ini menyatakan secara jelas bahawa beliau tidak suka ditegur oleh sahabat-sahabatnya, walhal saya sendiri pun rasa hendak menangis melihat apa yang beliau lakukan (berdasarkan apa yang ada di Fb)
tapi saya jadikan itu suatu peluang, dan saya tak mahu melarikan diri dari beliau, fitrah manusia itu adalah kepada kebaikan,
Oh My God, antara yang diutarakan, sama ada sengaja atau tidak, fitrah manusia itu perlu kita sama-sama renungi
semoga urusan seharian kita dipermudahkan.
saya tukar url blog lagi! ada masalah yang sebelum ni, huhu
http://syahidahmahassan.blogspot.com/-dua
InsyaAllah, semoga dipermudahkan~
^^
tapi kdg2 KITA mmg mengerti keadaan seumpama ini dan amat jelas tentangnya..KITA kerap kali berfikir..aku tak mampu untuk menjadi seperti itu..aku tidak layak..
rasa ini lah kekadang2 yang membantutkan KITA melakukan apa yang sepatutnya KITA lakukan..
rasa inilah yang menyebabkan KITA kekal di dalam kemungkaran itu walaupun sebenarnya KITA memang mengetahui KITA berada di dalam kemungkaran itu...
kenapa KITA mempunyai rasa seperti itu?
patutkah KITA mempunyai rasa seperti itu?
bagaimana KITA mahu menghilangkan rasa seperti itu?
tepuk dada tanyalah iman KITA..
sampai bila KITA mahu berada di dalam kemungkaran itu..
...dan untuk itu KITA perlu berusahakan? Iman tidak akan datang bergolek, rasa cinta pada kebaikan perlu ditanam dan selebihnya, yang terbaik adalah memohon petunjuk dan hidayah Allah. Agar jangan hilang terus nikmat iman itu. Jangan tercabut terus rasa mahu kembali ke jalan-Nya. Ah, risau!
(indeed...feel so lucky have a friend like you..)
Thanx for dropping by anyway. (^_^)
Post a Comment
Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!