Assalamualaikum sahabat. Sejahtera buat kalian,
Sewaktu Cinta Sempurna ditayangkan di Astro Oasis Ramadhan lepas, saya antara beribu penonton yang turut sama menonton drama berkaitan religion skepticism tersebut. Saat itu jugalah saya mula mengikuti Qamar Bani Hashim yang ditayangkan awal sejam sebelumnya. Episod pertamanya saya ikuti dengan penuh minat. Ini sejarah yang saya belajar lama dulu sewaktu di bangku sekolah. Juga kisah yang saya baca dalam buku-buku yang dibeli ayah. Tetapi menonton kisah kehidupan baginda SAW di kaca televisyen, ada sesuatu yang mengharukan. Dahulu, saya tidak belajar sirah nabawiyah untuk mengenali baginda, tetapi cukup untuk sekadar berjaya di dalam periksa. Banyak kisah-kisah baginda yang diperdengarkan kepada saya, hanya cukup untuk saya simpan sebagai ilmu pengetahuan am yang harus saya ketahui.
Sedutan dari episod akhir Qamar Bani Hashim. Tonton dari mula. Kalian pasti berasa rindu dengan baginda.
Namun saya pasti, Qamar Bani Hashim yang menelan belanja sekitar dua juta dollar itu bukan hanya menuntut untuk ditonton. Juga bukan sekadar untuk dibanggakan punya nabi sehebat baginda sehingga ke milenia ini. Saya yakin, drama ini mengangkat tema dan persoalan yang lebih daripada itu.
Di sinilah hadirnya Tawassul dalam membawa saya meneroka kefahaman tentang sejarah baginda. Ya, Tawassul tulisan Isa Haji Kamari itu adalah karya yang pelik bagi saya pada mulanya. Tentulah kepelikan itu kerana tingginya nilai karya dan gagasan pemikiran yang dibawa. Lewat-lewat saya mencerna sehingga akhirnya saya memahami sisi Islamik yang mahu dibawa beliau. (Hah, saya hanyalah pembaca amatur, kalian tahu). Maksud yang mahu disampaikan mudah. Sejarah boleh sahaja berulang-ulang, tukar zaman dan waktu sahaja. Tetapi apa yang boleh kita peroleh dari sejarah? Soalan paling asas dalam silibus awal subjek sejarah.
Sejarah baginda bukanlah untuk dikenang-kenang. Tidak cukup sekadar ada rasa bangga menjadi umat baginda, Rasul akhir zaman, Rasul pilihan, kekasih Allah. Tidak. Sejarah itu perlu dibawa dalam penghayatan, seterusnya pengamalan. Bagaimana? Telah cantik Allah berfirman dalam kitab-Nya;
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu uswatun hasanah (suri teladan yang baik) bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
[QS. Al-Ahzaab: 21]
Allah tidak menghantar Rasulullah dan seluruh kehidupannya hanya untuk disimpan dalam lakaran sejarah. Baginda dan seluruh kehidupannya adalah suri teladan yang baik. Duhai, betapa tertibnya kehidupan andai setiap darinya kita ikuti dan amali. Mengingati baginda tidak hanya sekadar menonton kisah kehidupan baginda di kaca televisyen. Tidak juga menghabiskan bacaan sekian, sekian buku tentang baginda.
Tidak besar isu yang dibawa. Samada Qamar Bani Hashim yang merupakan adaptasi Sirah Nabawiyyah tulisan Dr. Mustafa As-Syibaie ataupun Tawassul yang mengulang sejarah kehidupan baginda secara garapan primitif, kita semua tahu tujuan diutuskan baginda sebagai nabi akhir zaman.
"Barangsiapa memuja Muhammad, Ketahuilah Muhammad telah wafat. Tetapi barangsiapa memuja Allah, Allah sentiasa hidup."
Kita boleh hasilkan banyak lagi drama seumpama Qamar Bani Hashim atau menulis buku-buku tentang baginda. Kita boleh terus mengulang-ulang sejarah baginda. Mendasari malahan. Tetapi untuk apa? Semoga bertemu jawapannya.
yang masih kecundang menjadi umat yang baik,
5 buah bicara:
tak berkesempatan lagi menonton video tersebut...
nanti akan cuba juga meluangkan masa menontonnya... tq
Waalaikumussalam, cikgu. Sila-sila. Sama-sama. (^_^)
mulanya, saya tidak tahu ini kisah tentang Baginda, jadi terasa pelik, 'kenapa ada orang tolong cakapkan pula?'
lepas tu baru perasan, ....qala Rasulullah..'ow..camtu ke...'hak
tawassul tidak sempat saya khatamkan..'tersadai' di tengah jalan,padahal novelnya nipis sahaja.
teringat Atas Nama Cinta,jga tulisan Isa Kamari mengisahkan tentang Natrah..saya amat berminat kisah Natrah,sehingga menjadikannya tajuk kajian kursus sejarah tingkatan 3..
owh..di manakah folio itu sekarang..bnyk masa dihabiskan untuknya..hu
Ya, kerana kan kita tidak boleh berlakon menjadi nabi SAW, lalu sabda baginda yang kita ceritakan. ^^
bacalah Tawassul, konfius juga akak dibuat pada mulanya... akhirnya baru faham. bagus novelnya..
Hai, masih belum berkesempatan membaca Atas Nama Cinta. Eh2, jangan dihilangkan folio2 yang penat2 dibuat. sayang, he3. Simpan2.
Post a Comment
Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!