Wafeya

Life is a serious matter.

Sunday, April 04, 2010

Escapade: Sudak II - Mencari Jalan keluar

(Sungguh, alam telah meyakinkan)

Saya jarang menulis tentang kembara. Semuanya saya simpan sendiri. Bukan apa, bila sudah pulang, rasa penat, kemudian terus lupa mahu tulis dan catat di sini. Dan, rasa tidak seronok lagi kerana bila simpan lama-lama sudah tidak sesegar saat baru pulang tadi. Tetapi, atas permintaan cikgu aklcitizen dan tiba-tiba saya pun rasa seperti hendak berkongsi keindahan alam yang saya lihat; maka, terimalah!



Suatu hari, tiba-tiba rasa mahu keluar dari Simferopol tempat kami belajar. (Negeri-negeri di Crimea ini hampir semuanya pernah terkena sentuhan pemerintahan empayar Uthmaniah, justeru kalau tidak sedikit pasti banyak tinggalan sejarah yang terkait dengannya) Terus, esok pagi bergerak ke stesen bas, naik bas ke Sudak dan tunggu bas bergerak. Perjalanan memakan masa hampir dua jam. Kami bertiga duduk asing-asing, kerana masing-masing mahu menikmati pemandangan dari tingkap bas. Di sebelah saya duduk seorang wanita dalam lingkungan awal 20-an. Kami main tarik-tarik langsir. Saya mahu melihat pemandangan luar, dia mahu menutup pula kerana cahaya matahari terik tumpah terus ke wajahnya. Perlukah saya rasa kasihan? Kerana saya lebih terkena hangat simbahan mentari tersebut. Akhirnya saya beralah, pasang mp3 dan terlena seketika. Bila terjaga, matahari sudah terlindung di balik awan, saya buka semula langsir dan dia tidak membantah. Ladang gandum yang keperang-perangan terbentang luas. Saya jadi teringat pada sawah padi di kampung – hijau dan nyaman.

Bas tiba di Perhentian Sudak. Angin sejuk menerpa kuat. Lupa bawa pakaian tebal, harap-harap mentari terik di perbukitan nanti. Seorang pak cik pertengahan umur datang memberi perkhidmatan teksi untuk ke Noviy Sviet – 7km dari Sudak - destinasi utama kami. Seorang bayar 20 Grivnia, bermakna 60 Grivnia semuanya untuk tiga orang. Mahal. Terima kasih sahajalah. Tetapi pak cik terus mendesak. Kami meminta kurangkan harga. Dia tidak mahu. Sekian. Rela menunggu bas dalam kesejukan seketika. Bas tiba 30 minit kemudian, dengan tambang hanya 2.50 Grivnia kami dibawa ke Novi Sviet melalui pekan kecil, kemudian masuk kawasan perbukitan. Jalan di sini sempit, tinggi, curam dan berbengkang-bengkok. Seperti menuju Cameron Highland, cuma bezanya pemandangan sekitar tidak diliputi hutan hujan tropika menghijau dan bunyi cengkerik yang bersahutan, tetapi dari atas tebing tinggi ini boleh terus nampak Laut Hitam terbentang luas berkilau-kilau dipanah mentari seperti himpunan mutiara dalam tadahan dua tapak tangan. Wah, hiperbolanya. Oh, oh, destinasi tujuan hampir tiba!

Kami pernah ke sini, tiga tahun dahulu bersama teman-teman yang dahulu belum bersuami dan berkeluarga. Alahai, kenangan. Indah andai masa dapat diputar kembali. Kenapalah tiada orang yang berjaya cipta mesin masa? Baiklah, soalan mengarut. Kehidupan adalah suatu kitaran terus-menerus, “Dia yang menjadikan malam dan siang silih berganti, bagi orang-orang yang ingin mengambil pelajaran atau ingin bersyukur". (3:190)

Kembali seketika ke tiga tahun yang lampau, kami berlapan ketika itu bersama-sama mendaki bukit, menuruni lurah sejauh hampir 3 km sehingga tiba di atas sebuah tanjung yang menganjur ke Laut Hitam. Berhenti rehat, makan perbekalan yang dibawa; nasi putih dan serunding penghabisan stok. Kemudian, sudah tidak tahu hendak ke mana, mengambil keputusan berpatah balik ke tempat asal di mana kami bermula. Penat, tahu! Sayangnya bila dapat tahu, laluan keluar hanya beberapa meter lagi di hadapan dan terlepas pula melalui taman dengan tanaman-tanaman pohon yang aneh. InsyaAllah, ekspedisi kali ini akan kami cari jalan keluar tersebut dan habisi eksplorasi bersama teman-teman tiga tahun dahulu! Wah, hari ini penuh semangat, sepuluh tahun nanti bila terbaca kembali, pasti akan tertawa. Seluruhnya, biarlah gambar yang berbicara;


Kami tidak naik bas ini...


Dari atas laluan tebing: bukit itu bakal kami daki.


Tapak permulaan pendakian.


Peta laluan pendakian.


Sebahagian dari Laut Hitam: pemandangan terindah, subhanallah.


Laluan pendakian yang telah dipermudahkan.


Rasa mahu terjun!


Kadang-kadang ombak berdesir menghempas batuan.


Laluan turun masuk ke dalam gua.


Terus melangkah...


Turun bukit...


Naik bukit...


Pelikkan pokok ini. Rasanya kerana sering ditiup angin sebelah arah sahaja.


Dua sahabat se-ekspedisi; merakam setiap sudut bumi Tuhan dengan lensa kamera.


Tanjung tersebut!


Di atas tanjung: Hai...lah Camar, turun kau ke sini!


Di sini, tiga tahun dahulu; nasi putih dan serunding, ahaks!


Yah, telah kutemui jalan pulang!


Taman dengan pohon aneh; khabarnya ada rusa tetapi tidak kelihatan pun.


Subhanaka Rabbi...


Entah apa namanya pohon ini tetapi rupa seperti pokok dalam kartun Pocahontas


Bagaimana ia bisa tumbuh begitu rupa?


Sakura berkembang mekar...


Inilah jalan keluar tersebut, ahaks!

Wah, wah, wah! Entri ini panjang dengan gambar sahaja. Ya, ampuuunnn!! Apa pun, syukur kepada Tuhan atas nikmat rezeki, kelapangan dan kesihatan. InsyaAllah, andai bisa berkunjung ke sini lagi, tidak akan kulepas peluang tersebut; akan duduk lama-lama, puas-puas tadabbur alam Tuhan. Ekspedisi kali ini agak terkejar-terkejar kerana mahu pulang cepat, takut tertinggal bas yang sudah ditempah tiketnya. Teman, sungguh kenangan itu indah.

Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah). (Ibrahim: 34)


Kalian bagaimana? Sudah ketemu jalan keluar? ^^

14 buah bicara:

"Ladang gandum yang keperang-perangan terbentang luas. Saya jadi teringat pada sawah padi di kampung – hijau dan nyaman."

The same goes here, kak. Rasa mahu lari-lari golek-golek sahaja di situ.( dasar perosak..ha)
Cuma belum cukup 'perang'.

cantik gambarnya.
moga saya juga berpeluang sampai ke sana suatu masa nanti.
 
rindu...itu je yang mampu ditulis di sini...balik malaysia macam2 jadi...sampai satu tahap terasa jauh sangat dari-Nya...huhu hargai cebisan2 masa yang ada di sana ok :P
 
salam..
wah besynya, bersyukurlah sebab dapat belajar kat oversea.dapt lihat keindahan dunia ciptaan tuhan

belajar perubatab ye ka ukraine? berapa tahun lagi mahu habis?
hehehe..saja tanya..bila tengok orngg oversea teruja. moga2 saya dapat g satu ari nanti...
 
MashALLAH, cantik.

Imam Ghazali telah memesan. Ada beberapa golongan musafir.

p.s: Apakabar Balqis. Lama tak nampak dan tanya khabar.:)
 
MashALLAH, cantik.

Imam Ghazali telah memesan. Ada beberapa golongan musafir.

p.s: Apakabar Balqis. Lama tak nampak dan tanya khabar.:)
 
Rock nye gambar2 tuh... PEACE balqis...
 
Haniff, uish... tunggu perang nanti - sila teruskan niat murni itu. Terbaik. InsyaAllah, semoga. Jordan pun barangkali ada tempat-tempat lawa begini... ^^

Kak Maya, long time no see you. Apa khabar? Harap baik-baik sahaja. Rindu? Ahaks. Saya pun pasti kan mengikut jejak langkahmu akak. Semoga tak lari jauh dari-Nya. InsyaAllah. ;p
 
Faizal, alhamdulillah, sungguh-sungguh dan sangat bersyukur. Alhamdulillah. Yup, InsyaAllah sudah tahun akhir kini, doa-doakan ya! InsyaALlah, ada rezekinya nanti tu... ^^

Kak Sumayyah, yup, cantik, subhanallah!
p/s: Ada sahaja di sini. Saya sihat alhamdulillah kak. Akak pun harap-harapnya sihat wala'fiah InsyaAllah... ^^

dkama, rock, rock... memang banyak rocks di situ, eheh. Peace back!
 
Salam,

Subhanallah, cantik sekali gambar-gambarnya ya. Saya tertarik pada bas ala-ala perang dunia 1,2 itu. Seperti soviet union punya?
 
Ustaz, salam kembali.

Ahaks. Saya pun tidak tahu. Barangkali ya, barangkali tidak. Pun begitu, unik bukan?
 
Salam. Jalan keluar? Masih samar-samar Balqis. Ataupun, boleh jadi sengaja disamarkan. Ahh, entah pilihan mana yang hati ini patut peduli. Kadang yang beratnya ke situ, dibisiknya agar beralih ke yang lagi satu. Beralih arah, dibisiknya menoleh kembali.haih. Itulah, yang pahit itu mesti ditelan, mengharap manis berkandungan. Maaf, sudah jadi tempat curhat disini.

Ohh, ini menjadi entri bergambar. Nampaknya teknik meletakkan gambar adalah lebih berkesan melahirkan rasa cemburu pada orang lain.haha. Semoga saya punya kesempatan ke sana. Tiada ke mana lagi Balqis? Berpandu wiki, semacam pelbagai lagi tempat indah di Crimea itu.

P.s: haih.sekian lama tak menulis sebenarnya.untuk menulis sepanjang ini pun dah mengambil masa yang sangat lama.apa nak jadi dinie ni.
 
A'hah, tidak mengapa. Saya doakan deh, agar kamu mudah mencari jalan keluarnya. Kadang bila sering beralih arah, bererti kita sedang belajar mengenal diri. Dan itukan bisa jadi pengalaman terbaik buat kita di masa akan datang. hadapi dengan cekal, ya! InshaAllah.

Haha. Cemburu ya? saya cemburu juga melihat kamu meneroka Eropah di musim yang lepas. Ada cadang-cadang mahu jelajah ke mana-mana lagi? Owh, buat masa sekarang tidak ke mana, sedang musim peperiksaan. Barangkali setelah graduasi nanti, siapa tahukan. Ada terbayang dalam minda suatu destinasi, namun belum kutemui jalannya dan belum kurancang perjalanannya. Eheh.


P/S: Ahaks. Tidak apa. Serupalah kita. Kata-kata yang tulus tidak lahir terus dengan cepat, tetapi dengan penuh pemerhatian dan setelah difikir baik-baik dengan penuh mendalam. (^_^)V
 
sangat2 cantik!!! subhanallah. saya tak pernah jumpa air sejernih itu..

eh bas tu exotic betul! :p
 
Liyana, yup! Cantik, lagi-lagi kalau berada di situ, menghirup udaranya, memandang laut luasnya, berlarian atas tanahnya, berbaring atas rumputnya... subhanallah! subhanallah! sungguh, kalau dihimpun seluruh lautan menjadi dakwat, tak tertuliskan seluruh kecantikan alam ciptaan Tuhan ini...

yup, bas zaman manalah, hehe...
 

Post a Comment

Assalamualaikum teman-teman, terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak bicara kamu, sekurang-kurang kalian telah hadir menceriakan hari-hari saya di persimpangan ini. Jazakumullah!!